Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

23 April 2010

Rasuah Wang dan Sex: Bekas Exco Pakatan Rakyat Perak Bebas

Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini membebaskan dua bekas anggota exco kerajaan negeri Perak dan tiga individu lain berhubung dakwaan rasuah tanpa dipanggil bagi membela diri. Hakim Azhaniz Azman berkata pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie dan mengarahkan mereka dibebaskan serta merta.

Mohd Osman Mohd Jailu, 58 (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi, 53 (Behrang) didakwa bersama tiga yang lain - bekas adun Bota Usaili Alias, 56, bekas ahli majlis daerah Perak Tengah Zul Hassan, 46, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 31.

Osman dan Jamaluddin adalah bekas Adun PKR yang kini menjadi wakil Bebas.

1 ulasan:

  1. semoga kita semua terpelihara dari fitnah di akhir zaman. Keredhaan ALLAH matlamat kita.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.