20 April 2010
Bung Mokhtar Radin, Zizie Ezette didakwa di Mahkamah Syariah Gombak
Datuk Bung Mokhtar Radin mengaku bersalah berpoligami tanpa kebenaran mahkamah ketika kesnya disebut di mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini. Isteri beliau, Zizie Ezette Abdul Samad juga mengaku bersalah bernikah dengan Bung Mokhtar tanpa kebenaran pendaftar.
Selain itu, mereka juga mengaku bersalah atas dakwaan bersubahat dengan pasangan masing-masing untuk melakukan perbuatan berpoligami itu. Bung Mukhtar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, dan Zizie Ezette melakukan perbuatan tersebut pada 16 Disember tahun lalu kira-kira pukul 8.50 malam di sebuah rumah beralamat No. 12, Jalan TC 2B/3, Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak dekat sini.
Dua abang dan adik Zizie Ezette Abdul Samad serta dua rakan Datuk Bung Mokhtar Radin mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini atas tuduhan bersubahat dengan Bung Mokhtar melakukan poligami tanpa kebenaran mahkamah. Mahkamah juga menetapkan tarikh 18 Mei ini untuk menjatuhkan hukuman ke atas mereka dan juga juga pasangan suami isteri itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ustaz
BalasPadammengada ngada je dia orang ni
patutnya tak yah layan sangat
Memalukan, mengaibkan dan menjatuhkan air muka
Ada duit kan? Diorg bayar je la denda kan? Senangnya hidup.
BalasPadamOrang yg berduit,undang-undang di tolak ketepi sebab meraka mampu membayarnya.
BalasPadammuka pun senyum jer.. nampak sgt takde rasa apa2
BalasPadam