"MakCik nak beritahu, bapa kau kemalangan motosikal, meninggal dunia. Mintak balik kampung segera.". Kata Makcik Kiah dengan tenang.
Zihan sangat terkejut, mengucap panjang dan terus tidak dapat berkata-kata lagi. Dia sangat sedih dengan berita kematian itu, bapa kandungnya yang membesarkannya sejak kecil hingga dewasa umur 25 tahun. Cukup besar pengorbanan bapanya. Lebih menyedihkan, kematian bapanya sewaktu dia dalam krisis dan belum sempat bermaafan. Ini menambah lagi perit dan kesedihan.
Zihan menangis tanpa henti, seolah dia seorang anak yang derhaka pada bapanya. Kalau bapanya ada buat salah, dia sedia memaafkan, tapi sebagai anak dia tak sempat berbuat demikian. Tanpa berlengah, dia telefon suaminya memberitahu berita ini dan Harun menyuruhnya bersiap untuk pulang ke kampung.
Beberapa minit kemudian, suaminya sampai dengan motosikal, bersiap nak bertolak. Dia sempat telefon Zaid, nak beritahu berita sedih itu.
"Zaid. Bapa mertua aku meninggal kemalangan motosikal di kampung. Nampaknya aku kena ambil cuti hari ni dan esok". Kata Harun.
"Aku ucap takziah pada keluarga kau. Untuk pengetahuan kau, kilang kita kalau ada kematian bapa dan bapa mertua, diberi cuti tanpa rekod 3 hari. Nanti kau photostate surat mati mertua kau tu.... Lagi satu, aku nak beritahu, kau dan isteri kau kena terus kerja shift masuk kerja 5 petang tiap hari sampai hujung bulan ni.". Kata Zaid.
"Terima kasih Zaid. Aku pun memang sesuai kerja malam. Sebab siang banyak nak uruskan kes aku kat Jabatan Agama dan hal lain. Terima kasih Zaid, tolong aku.". Kata Harun dengan sayu.
Motosikalnya terus memecut masuk ke lebuhraya melalui tol Skudai. Bawak laju boleh tahan juga, dulu dia kan Mat Rempit. Sejam lebih sikit, dalam kul 5.00 dia sampai ke rumah Zihan. Suasana sedih menyelubungi keluarga di situ. Zihan terus memeluk ibunya sambil menangis, kemudian memeluk 2 orang adik perempuannya. Ramai di rumah itu, terutama adik beradik bapanya termasuk Makcik Kiah. Jenazah bapanya masih di Balai Polis kerana menunggu doktor dan polis untuk bedah siasat.
Diceritakan, bapanya kemalangan di luar kampung itu dalam 30 km lebih dan tidak diketahui ke mana tujuan bapanya hendak pergi waktu kemalangan. Setahu orang kampung, bapanya memang jarang sekali melalui jalan itu. Bapanya dipercayai terbabas di selekoh tajam dengan kepalanya menghentam pembahagi jalan di selekoh. Ada juga orang kata, kemalangan berpunca dari langgar lagi, tapi masing-masing tak pasti. Polis ada di tempat kejadian waktu mayat dihantar ke hospital dan kes dalam siasatan polis.
Zihan juga terfikir, adakah kemalangan bapanya ada kaitannya dengan 'along', tapi dia pun tak berani atau tak mahu nak buka cerita itu sebab bapanya dah meninggal. Jam 10.00 malam, jenazah sampai di rumah dengan van jenazah. Bila dilihat dari surat mati, punca kematian adalah kerana kemalangan jalanraya, bukan unsur jenayah. Tapi, Zihan masih ada sedikit-sedikit syak, mungkin perbuatan 'along' yang rancang kemalangan itu atau terbabas waktu melarikan diri dari along, tak tahulah, cuma andaian saja.
Di pejabat Penguatkuasa JAIJ, sebelah petang, Ustaz Khalil memanggil Razali masuk ke biliknya untuk beritahu sesuatu.
"Razali. Saya dapat berita yang bapa perempuan dalam kes tu dah meninggal dunia kemalangan motosikal". Kata Ustaz Khalil.
Razali mengangguk tanda maklum kemudian keluar dari bilik itu. Di luar bilik bosnya itu, Razali mula terfikir, dari mana Ustaz Khalil dapat berita itu ?. Mustahil kalau Harun beritahu sebab Ustaz Khalil tiada nombor telefon Harun dan Harun tiada no tel Ustaz Khalil.
Selang beberapa minit kemudian, Razali mendapat panggilan telefon dari Harun dan memaklumkan yang mertuanya dah meninggal dunia. Razali buat seolah-olah dia baru tahu berita itu, sedangkan dia sudah maklum. Kemudian Razali tanya satu soalan.
"Sebelum telefon saya, ada ke telefon pegawai penguatkuasa lain ? ". Tanya Razali.
"Tak ada Ustaz. Saya tak ada nombor telefon orang lain kecuali Ustaz seorang saja. Kenapa ustaz ?" Tanya Harun.
"Tak ada apa, saja tanya". Kata Razali. Perbualan mereka berdua pendek saja hari itu.
Pada fikiran Razali, ada suatu yang dia tak tahu, tapi Ustaz Khalil ada maklumat yang lebih lagi berkenaan kes itu. Tapi tidak mungkin dia boleh tanya bosnya itu kecuali bosnya sendiri yang beritahu. Razali tahu, bosnya memang seorang yang sukar dibaca dan mempunyai ilmu perisikan yang lebih tinggi darinya. Cukuplah sekadar dia tahu, Ustaz Khalil handle unit perisikan dan ramai perisik yang beri dia info.
Esoknya, dalam jam 9.00 pagi, jenazah bapanya dibawa ke masjid di kampung itu untuk solat jenazah. Lebih kurang 50 orang juga solat jenazah terdiri dari orang kampung itu. Harun sebagai 'menantu' sama-sama solat jenazah di barisan hadapan. Sedih rasa hatinya dan Harun tidak dapat menahan air mata semasa imam membacakan doa dengan alunan suara yang syahdu..
Selepas selesai solat, dia berpaling ke belakang dan terkejut melihat seseorang iaitu mukanya macam Ustaz Khalil. Tapi dia pelik juga, kenapa Ustaz Khalil hadir ? Dia tak nampak pula Ustaz Razali. Bila dilihat kereta atau van kerajaan yang mungkin dinaiki oleh Ustaz Khalil, tak nampak pula. Tapi dia yakin itu Ustaz Khalil, cuma kenapa dia datang ke masjid itu sama-sama solat jenazah ? Harun beritahu Zihan dan menunjukkan dari jauh yang itu Ustaz Khalil.
Kemudian dia lihat Ustaz Khalil berbual mesra dengan pak imam tadi sambil duduk di penjuru masjid. Dari jauh, dia nampak Ustaz Khalil tersenyum masa berbual dengan pak imam, berbeza masa berbual dengannya sebelum ini yang tak pandai senyum.
Kemudian isterinya beritahu, bahawa imam itulah jurunikah sebenar di kampung itu yang datang waktu yang sepatutnya nikah dulu, masa Harun tak hadir tu. Kemudian kelihatan bapa saudara perempuan bersalaman dan duduk berbual bersama Ustaz Khalil dan imam itu. Zihan sempat menunjuk dari jauh kepada Harun yang itu bapa saudaranya iaitu adik kepada arwah, peneroka felda dan guru mengaji di Pahang.
Kehadiran Ustaz Khalil di situ menambahkah kegelisahan dan kecelaruan fikiran kedua-duanya. Kenapa Ustaz Khalil ada ? Nak tangkap siapa pulak ? Kemudian keduanya ke kubur dan Ustaz Khalil tak hadir ke kubur dan tak tahu ke mana pergi selepas itu. Tapi kekadang ada rasa, dia mungkin silap orang. Mungkin kerana mainan perasaan sebab sejak semalam asyik terbayang Ustaz Khalil saja.
Untuk meyakinkannya, Harun telefon Ustaz Razali yang waktu itu ada di JB.
"Ustaz. Betul ke Ustaz Khalil datang ke kampung saya?". Kata Harun.
"Tak pastilah. Tapi hari ni dia ada kes di luar". Kata Razali.
"Dia pergi mana ustaz ?". Kata Harun.
"Saya pun tak tahu dan sememangnya saya tak boleh tahu ke mana dia pergi. Dia boleh bergerak ke mana-mana saja. Semua pergerakan dia sulit". Kata Razali.
Perkebumian selesai jam 11.00 pagi kemudian balik ke rumah. Jam 3.00 petang di pejabat penguatkuasa JB, Ustaz Khalil naik ke pejabat dan panggil ustaz Razali masuk ke biliknya.
"Razali. Esok 8.30 pagi panggil lelaki tu, saya nak jumpa". Kata Khalil.
"Baik tuan, nanti saya telefon. Tuan, ada apa-apa yang perlu saya siapkan ke ?" Tanya Razali.
"Tak perlu apa-apa... Lagi satu, sebentar tadi saya dah jumpa pendakwa Syarie berkenaan kes ini, pendakwa dah buat keputusan.". Kata Khalil.
Razali kemudian terdiam dan dengar penuh teliti apa yang nak disampaikan bosnya itu.
"Ok tuan. Boleh saya tahu apa keputusan pendakwa itu ?". Kata Razali.
"Saya rasa tak perlu beritahu kamu lagi. Mungkin lepas jumpa lelaki tu esok, saya beritahu". Kata Khalil
Razali kemudian keluar dan telefon Harun supaya datang esok. Razali tertanya-tanya, apa maksud sebenar kata-kata penolong pengarahnya itu dan bagaimana kesudahan kes ini ?
Sedih giler cerita ni...saya baca sambil menangis ni.
BalasPadam...Mira
ustaz jangan break lama sangat...tak tahan nak tunggu ending ni...
BalasPadamalahai...ni yg buat xsabar nak tgu kesudahan cite ni...
BalasPadamjadi tak sabar lak nak tunggu citer ni habis .....
BalasPadamustaz...cerita ni lagi bagus dari drama tv
BalasPadamsaya belajar menjadi orang yang sabar.. :)
BalasPadamassallamuallaikum ustaz.....sdaap gile cite nie....kes dr fail mhkmah syarie kot!
BalasPadam