Suatu yang dibimbangi adalah kenaikan harga minyak kerana kerajaan terpaksa berbelanja lebih untuk menampung subsidi minyak. Juga kenaikan harga eletrik yang menggunakan sumber gas untuk operasi janakuasanya. Oleh kerana kenaikan harga minyak dunia ini, kenaikan harga minyak di negara kita adalah tidak mustahil. Sekiranya harga minyak dan eletrik naik, kesan ketara akan berlaku kepada seluruh penduduk negara kita. Ini pastinya akan meningkatkan harga barangan keperluan.
Apa Langkah Kita ?
Keadaan yang berlaku ini bukan kehendak kita seperti kenaikan harga minyak, eletrik dan harga barang. Tidak ada pihak yang suka. Kerajaan yang memerintah juga tidak suka dan sebolehnya mahu mengelak kenaikan ini. Sekiranya kerajaan sekarang menaikkan harga, sudah tentu rakyat akan merasa kecewa dan kerajaan yang memerintah akan jadi tidak popular. Tapi sedarlah kita bahawa inilah perkitaran ekonomi yang menyeluruh yang seluruh rakyat perlu berkorban.
Di antara perancangan kita untuk menghadapi situasi seperti ini adalah beringat waktu senang. Sekarang harga minyak belum naik, kita beringatlah dari sekarang. Banyakkan menyimpan wang dan jangan lakulan pembaziran. Kekadang kita leka apabila kita berada dalam keadaan selesa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dipersilakan komen.