Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

14 April 2010

Hantaran 10,000 : Gerhana di Awal Siang (Episod 19)

Jam 2.00 petang Harun bertolak balik ke kampung setelah ambil baju Melayu untuk dipakai di majlis kawin esok. Petang itu hujan renyai-renyai dan dia terus meredah hujan, jaketnya sedikit basah. Sepanjang perjalanan, dia masih terfikir, adakah Zihan sudah tahu untuk nikah esok atau belum. Apa maknanya suruh bawak balik baju Melayu ? Dia berhenti sekejap di tempat rehat Kulai dan telefon Zihan di kampung. Tapi beberapa kali dail, tidak berjawab, tak tahu kenapa.

Dalam jam 4.00, dia sampai ke rumah ibu bapanya. Satu lagi masalah besar di sini. Ibu dan bapanya tak tahu berkenaan majlis esok sebab mereka anggap pernikahan sebelum ini sah. Abangnya yang kerja askar di JB pun tak tahu, kalau tahu mungkin dia naik angin. Pasal kes dia kena tangkap khalwat itu pun, ibubapanya lansung tak tahu. Masalahnya ialah, takkanlah majlis esok tak beritahu mak ayah. Nampak macam derhaka nampaknya. Jadi dia buat keputusan nak beritahu ibunya bila ada peluang, tapi bila agaknya masa paling sesuai, esok bukannya lama.

Kemudian dia telefon Zihan beberapa kali, tapi masih tidak diangkat. Pelik juga ni, sebelum ni jarang macam ni. Kemudian dia dapat sms dari Zaid.

"Esok aku nak datang majlis kawin kau, aku dan isteri ambil cuti esok". Sms Zaid.

"Ok. Engkau terus ke masjid tu sebelum 10.30." Harun balas sms.

Oleh kerana tak dapat hubungi Zihan, maka dia pergi ke rumah Zihan petang tu sekitar 30 km. Ramai ada di rumah itu, termasuk sedara mara arwah ayahnya yang duduk di situ sejak kematian bapanya. Bila ditannya kenapa tak jawab telefon, Zihankata tak dengar, ada ramai kat rumah. Kemudian Harun  bertanya beberapa soalan.

"Esok tahu ke kita nak nikah 10.30 pagi ?" Tanya Harun.

Zihan tak jawab tapi tersenyum saja. Kemudian Zihan kata.

"Mana baju Melayu, nak gosokkan". Kata Zihan .

"Ada kat rumah ayah lah, takper nanti gosok sendiri.". Kata Harun.

Maknanya betullah perempuan dah tahu nak nikah esok, tapi sapa yang beritahu yer.

"Siapa beritahu nak nikah esok ? Saya Ustaz Khalil beritahu". Tanya Harun.

"Ustaz Khalil ? Apa kena mengena dengan dia ? Pak imam yang beritahulah. Kenapa pulak sebut nama Ustaz Khalil ?". Kata Zihan dengan suara yang agak tinggi.

Harun makin keliru, kemudian dia fikir, mesti antara Ustaz Khalil dan Pak Imam, dua-duanya tahu. Patutlah masa lepas solat jenazah hari tu Ustaz Khalil berbual dengan pak imam. Tapi Harun masih tertanya-tanya lagi.

"Kan kalau nak nikah, kita kena isi borang dan ke pejabat agama. Ni tak buat apa-apa pun. Macammana yer ?" Kata Harun.

"Borang yang lama hari tu kan ada pada pak imam. Kemudian pak imam yang uruskan di pejabat agama termasuk wali.". Kata Zihan.

"Wali ? Siapa wali yer ?". Harun tanya sebab dia memang tak tahu.

" Bapa saudara saya, adik arwah abah yang peneroka dan ustaz ajar ngaji di Pahang tu.". Kata Zihan.

"Yang berbual dengan Ustaz Khalil dan pak imam hari tu ker ?". Tanya Harun.

"Yer. Baru saya perasan, mereka bertiga hari tu agaknyer, bincang pasal pernikahan kita. Hari tu tak terfikir pulak". Kata Zihan.

"Pasal borang tu saya tak berapa yakinlah. Setahu saya mesti kita sendiri yang proses, setakat pak imam mana boleh. Tapi kata Ustaz Khalil, tunggu di masjid saja 10.30 esok". Kata Harun.

"Entahlah. Jangan-jangan kita kena tipu lagi esok". Kata Zihan.

"Ehh takkanlah Ustaz Khalil nak bohong, dia tu kan pegawai Jabatan Agama, takkanlah dia berani nak bohong kita sampai camtu.". Kata Harun.

"Awak ni sejak bila pulak memuji Ustaz Khalil ni, sebelum ni kan awak kata macam-macam pada dia. Awak kata Ustaz Khalil nak rosakkan rumahtangga kitalah. Macam-macamlah dia buat pada kita, bosan! bosan! bosan!". Suara Zihan sedikit garang.

Bincang pasal tu pun mereka boleh berbalah dan bergaduh. Entah apa sebabnya, tiba-tiba Zihan naik angin. Mungkin ada yang dia tersinggung kot. Harun nampaknya mengalah dan tak mahu teruskan pertengkaran, mula redakan keadaan. Harun kena balik awal, sebab ada perkara yang belum dibereskan. Antaranya untuk menjelaskan pada ibubapanya.

Malam itu, waktu makan Harun berterus terang dengan ibunya waktu bapanya keluar ke surau. Ibunya menerimanya dengan baik dan akan memujuk bapanya bila balik dari surau nanti. Bila bapanya balik, ibunya menerangkan dengan baik dan bapanya dapat menerimanya juga. Malah esok ibu dan bapanya akan hadir ke majlis tu. Alhamdulillah, Harun rasa lega malam itu dan dapat tidur nyenyak.

Sebelum tidur, dia tertanya-tanya. Kenapa perbualannya petang tadi dengan Zihan boleh jadi gaduh. Sungguh tak faham, tapi mesti ada sesuatu. Sekali fikir, itulah perempuan, kalau dia dah benci seseorang itu, dia akan terus benci. Kemudian dia baru terfikir yang tadi dia tak fikir.... Adakah isterinya tahu yang kesnya sudah selesai dan dibebaskan ?

Dia rasa, mungkin tak tahu, sebab itu marah sangat bila dia puji Ustaz Khalil. Dia rasa mungkin yer, takkanlah Ustaz Khalil beritahu orang lain termasuk pak imam yang kes khalwat dia dah bebas. Kalau bab kahwin bolehlah Ustaz Khalil beritahu pak imam. Mungkin juga tekaannya betul, mungkin isterinya tak tahu dah bebas.

Nak beritahu malam ini tentu tak sesuai, esok sajalah lepas majlis nikah. Malam itu dia letih sangat dan terlupa nak gosok baju. Kalau orang tua-tua tu mesti kata, itu ada sesuatu petanda nak berlalu esok. Tapi tu tahyul dan khurafat, janganlah percaya. Sebelum tidur, dia berdoa semoga hari esok ditempuhi dengan jayanya tanpa sebarang gangguan. Walaupun kes mahkamahnya dah bebas, tapi hari esok satu hari lagi yang paling mendebarkan dalam hidupnya. Mana taknyer, kalau nak dikirakan, esok dah kira hari pernikahan kali ketiga. Berserabut fikirannya.

...BERSAMBUNG KE EPISOD 20

6 ulasan:

  1. Makin mencemaskan dan mendebarkan cerita ni. Ustaz, buatlah drama. Pasti meletup punya...
    ...Mira

    BalasPadam
  2. salam ustaz..

    Kesian si suami.. huhuhuhu..

    BalasPadam
  3. adakah sambungan tu penghujung ceritanya...makin tak sabar nk tunggu...harap berakhir dengan kegembiraan..

    BalasPadam
  4. ustaz cepatla keluarkan episod selepas ni...sy xsbr nak tau cerita ni...bestla ustaz..nape xbuat novel..cerita ni mmg feel btl..sy pn boleh menitis air mata baca cerita ni...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.