Esoknya, Haron pada awalnya merancang hendak balik ke kampung sekejap. Tapi bila fikirkan jauh, ditambah dengan kenyataan pegawai penyiasat kata tak ada dalam rekod, maka dia batalkan saja. Dia merancang untuk ke penguatkuasa Johor Bahru saja, bertemu Ustaz Razali yang menyiasat kes ini. Kalau nak tanya apa tujuan, dia pun macam tak tahu apa tujuan tapi yang lebih penting adalah untuk membela diri sebelum kena tuduh.
Harun masih tertanya-tanya kenapa peguam kata mengaku salah saja, sedangkan dia rasa dia tak salah. Kalau salah pun adalah angkara bapa mertuanya yang rakuskan hantaran 10000 itu. Terfikir juga pada fikiran Harun untuk berbincang dengan Ustaz Razali tentang hasratnya untuk mengaku salah saja walaupun itu sangat berat untuk dilakukan.
Jam 8.30 pagi, Harun dah berada di pejabat penguatkuasa. Dia datang seorang diri tanpa kehadiran Zihan. Kebetulan Ustaz Razali ada di pejabat.
"Nasib baik kamu datang, baru nak telefon suruh kamu datang pejabat". Kata Razali.
Perkataan itu membuatkan Harunterkejut, sedangkan dia datang secara kebetulan saja.
"Kenapa ustaz ?"
"Penolong Pengarah saya, Ustaz Khalil minta kamu hadir untuk siasatan lanjut, ada beberapa isu lagi di sini".Kata Ustaz Razali.
Harun pun masuk ke dalam pejabat dan duduk di meja siasatan. Tidak sangka pula kehadirannya di pejabat itu untuk disiasat sekali lagi. Tapi dia gembira juga sebab paling kurang pun dapat memberi penjelasan lanjut kepada penguatkuasa. Serba sikit dia dapat bela diri.
"Saya diminta bertanya kamu berkenaan pernikahan itu. Siapa wali?". Kata Ustaz Razali.
"Ehhhh...emmmp. Saya pun tak tahu siapa wali, tapi bapanya ada di sebelah pak imam tu". Kata Harun
"Ada lafaz penyerahan berwakil wali kepada pak imam itu?". Tanya Razali.
"Tak tahu pulak, nampak macam tak ada". Harun jawab dalam keadaan tak pasti sangat.
"Ok. Sebenarnya yang nikahkan kamu, bapa dia atau pak imam tu ?". Kata Razali.
"Saya salam tangan pak imam tu, bukan bapa dia". Jawab Harun.
"Kamu kenal siapa jurunikah tu ?". Tanya Razali.
"Tak kenal, tapi isteri saya kata, itu kawan bapa dia sama-sama main dam". Harun jawab.
"Kamu kenal saksi-saksi dalam pernikahan itu ?" Kata Razali.
"Tak kenal, tapi semuanya kawan bapa isteri saya yang sama-sama main dam". Kata Harun.
"Ok. soalan terakhir. Kamu bolehkah bawa datang semua yang terlibat di pejabat ini, iaitu pak imam dan saksi juga wali?" Tanya Razali.
"Tak mungkin ustaz, mereka dah bermusuh dengan saya. Itu semua kawan bapa mertua saya.". Harun jawab sambil mengeletar juga suaranya.
"Kalau begitu, adakah anda yakin pernikahan itu sah ?" Tanya Razali.
"Tak tahulah saya". Harun jawab.
"Kalau tak tahu, kamu kena datangkan mereka semua sebagai saksi. Mereka semua perlu disoalsiasat. Barulah kamu dapat membela diri kamu. Tapi tuduh atau tidak, itu kuasa pendakwa, bukan kuasa saya". Kata Razali.
"Saya memang tak boleh bawak mereka, saya percaya mereka tak mahu bekerjasama". Harun jawab.
Itu antara beberapa soalan penyiasat, ada banyak lagi. Lama juga siasatan itu, hingga 3 muka surat bertulis tangan yang ditulis pegawai penyiasat. Semua soalan tentang topik pernikahan. Ustaz Khalil mahu siasatan terperinci mengenai perkahwinan pula. Sama ada sah atau tidak dari segi hukum syarak. Soal undang-undang itu soal lain, ini cerita hukum syarak dulu.
Selepas selesai siasatan, Harun berkata sesuatu.
"Ustaz, boleh ke saya nak jumpa dengan Penolong Pengarah, Ustaz Khalil". Harun membuat permintaan.
"Kenapa nak jumpa Ustaz Khalil?" Razali jawab.
"Tolong jumpakan saya dengan Ustaz Khalil, saya nak beri penjelasan, tolonglah saya ustaz?". Harun terus menyatakan hasratnya.
"Ok. Kamu duduk di luar dulu, nanti saya tanya ustaz Khalil dulu. Ok, tunggu di luar dulu". Kata Razali.
Di luar, dia melihat carta organisasi penguatkuasa. Ada gambar Ustaz Khalil yang dia tak pernah kenal tapi selalu dengar nama itu yang sering disebut oleh Razali. Harun rasa, dia perlu memberi penjelasan dengan orang yang lebih atas. Harun tertanya-tanya, adakah permintaannya nak jumpa itu berjaya atau tidak. Dia terus menanti.
Tak lama kemudian, Razali memanggilnya.
"Sila masuk, Ustaz Khalil nak jumpa, tunggu di bilik siasatan sana, nanti Ustaz Khalil datang". Kata Razali.
Harun agak berdebar dan mengingati balik, apa yang nak diceritakan. Terfikir juga yang ceritanya agak panjang tapi kena pendekkan sikit supaya senang orang yang mendengarnya. 5 minit menunggu, kemudian Ustaz Khalil masuk ke bilik siasatan. Muka Ustaz Khalil biasa saya, tidak bengis, tapi agak serius dan tidak senyum. Lagaknya seperti orang yang tak suka cakap banyak dan seperti sombong juga. Ini menambahkan debaran di dada dan hampir hilang semuanya apa yang nak diceritakan tadi.
Tuan, lagi mendebarkan!
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam