Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

31 Ogos 2011

Mercun Tarik

Dulu-dulu ada mercun tarik, sekarang dah tak ada. Pupus macam pupusnya dinasor kat dunia ini. Mercun ni bukan merbahaya, meletup pun tak sekuat mana. Yang syoknya, mercun ni boleh buat orang terkejut.

Masa nakal-nakal dulu, kalau nak kacau kawan, ikat kat kasut dia masa datang beraya. Masa dia pakai kasut tu, meletuplah, terkejutlah dia. Kalau kat sekolah, dekat pintu, ikat kat situ, orang buka pintu, terkejut meletup. Lepas tu, orang yang pasang tu akan tergelak ramai-ramai.

30 Ogos 2011

Hindari 'boroi' di Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog ini. Semoga semua bergembira menyambut Syawal ini tidak kira di mana saja berada. Yang kena bekerja dan tak dapat balik kampung, harap bergembira juga di perantauan. Sekarang tak susah, kedai mamak banyak. Nak lepaskan rindu, bacalah blog kadikluang, mudah-mudahan terubat rindu pada seseorang atau keluarga.

Pesanan Kepada Pemandu

Kepada yang memandu tu hati-hatilah di jalanraya. Sebelum bergerak, kereta kena periksa dulu. Jangan sampai air kering, minyak power stering tak cukup, minyak brek tak sampai takat minimum, beteri kalau pakai air, tambahlah air. Kalau tayar ada paku melekat, jangan cabut paku tu, biarkan saja. Pergi cabut kat kedai, kalau angin keluar, tampal, murah RM 4-6 saja. Tak payah tukar tayar baru kecuali dah teruk sangat.

Bawak kereta kalau tayar bocor, jangan terus berhenti. Jalan dulu ke tempat yang selamat, tempat ramai orang seperti stesen minyak, kedai dll. Tanya orang mana kedai tayar, kalau dekat, jalan saja dulu sampai ke kedai tu. Kerja bukak tayar ni bukan kerja senang. Kalau kedai tayar jauh, nak taknak kenalah ganti tayar spare sendiri. 

Kalau air kering nak buat macammana ? Ini terjadi mungkin enjin panas sangat dan air kering. Juga mungkin ada yang bocor atau head radiator pecah. Kena berhenti segera di kawasan selamat, jangan tempat merbahaya. Biarkan enjin sejuk dulu, lepas tu baru buka radiator. Kalau masa panas nanti memancut. Kemudian tunggu dalam 10 minit biar sejuk lagi. Lepas tu taruk air sampai penuh dan tutup radiator. Terus jalan cari bengkel kereta dan jaga suhu kereta, kalau panas, kene berhenti lagi. Rasanya lebih 5km boleh pegi. Tuang air lagi dan jalan lagi sampai jumpa bengkel.

Kalau kat lebuhraya tu, bawak laju duduklah lorong kanan masa laju dan memotong saja, kalau tak memotong, faham-fahamlah duduk belah kiri. Sorilah pada orang kat satu negeri tu, kenapalah dari dulu suka duduk lorong kanan, kan menyusahkan orang nak laju. Orang nak laju, biarkanlah dia laju, itukan kereta mereka. Jadi yang pandu slow tu, mengalahlah duduk kiri.

Pada Yang Tinggal Kereta

Orang sekarang biasa ada kereta lebih satu, bila balik raya, pakai satu saja. Kereta ni masa tinggal, cabutlah kepala bateri satu, kalau tak nanti balik raya, tak boleh start. Tapi kalau dah tak boleh start, jangan buang bateri tu, boleh cas semula. Boleh guna jumping dan jalan, nanti bateri boleh cas sendiri.

Raya Banyak Makan
Pasal makan ni nak cerita sikit. Masa puasa sebulan, nampak semua dah turun berat badan sikit. Tahniahlah atas kejayaan itu. Tapi janganlah seminggu jer raya kat kampung, badan dan macam kena pam, bukan pam biasa, pam kereta punya. Atau dalam istilah yang lembut sikit, 'boroi'.Jadi, kenalah kawal sikit makan.

Kencing Manis, Darah Tinggi

Lagi satu, orang negara kita banyak kena penyakit sebab terlebih makan, bukan sebab kurang makan. Tu kat Somalia tu orang sakit dan kebulur sebab tak cukup makan. Jadi makan ni kenalah kawal terutama orang yang ada sakit kencing manis, darah tinggi dan gaot. Nampaknya ahli persatuan gaot dah makin bertambah sekarang, ustaz-ustaz pun ramai. Tapi saya alhamdulillah, gaot belum pernah kena, mungkin sebab aktif bersukan.

Darah tinggi dan kencing manis ni sebenarnya orang kita ramai yang ada tapi mereka tak tahu sebab tak pernah periksa. Tengoklah raya ni berapa banyak minum dan makan manis. Jadi air masak kena minum banyak, kalau malu nak mintak kat rumah orang, sediakan botol besar dalam kereta. Beli air miniral kat kedai membazir, jadi bawaklah dari rumah atau beli 20 sen kat mesin air kat kaki lima kedai.

Makan pulak, makan daging lembu, kerbau dan ayam, biar patut-patut. Paling kuat, makan sop tulang, sampai tangan pun berminyak-minyak. Basuh pakai sabun mandi pun belum tentu bersih. Itu maknanya dalam perut dan saluran darah kita pun berlemak macam tu juga. Lagi satu, makan organ dalam seperti hati, paru-paru, limpa dan perut lembu, itu semua tak elok makan banyak.

Sayur jangan lupa makan, tapi banyak rumah musim raya ni, sayur tak ada, daging saja banyak. Kalau orang Jawa, masak sayur lodeh taruk  tempe, bagus tu tempe, banyak khasiat zahir dan batin.
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

29 Ogos 2011

Lebuhraya Terengganu Dah Boleh Lalu Separuh

Kalau dari Kuantan, kena ikut jalan Jerangan-Jabor. Sampai di simpang Dungun Kuala Berang, sila belok ke kanan menuju ke Dungun. Dalam 2 km lepas tu, belok kiri masuk ke lebuhraya menuju ke Ajil Terengganu. Laluan yang boleh lalu dalam lingkungan 40 lebih saja, tapi menjimatkan masa. Tol masih free.

Lebuhraya lengang sebab ramai yang enggak tahu jalan ni udah buka. Kira jimatlah dalam sejam berbanding jalan biasa yang banyak kereta musim raya. Boleh bawak laju, tadi saya bawak 140-150 kmj juga. Tapi hati-hatilah, tadi ada satu kereta Proton Saga terbabas masuk longkang. Entah bilalah siap sepenuhnya lebuhraya ni, setahu saya dah lebih 10 tahun sejak mula dibina, sampai sekarang belum siap. Kalau siap nanti, dari Kuantan ke Kuala Terengganu rasa dalam 2 jam saja.

Ayah Saya Sembelih Ayam Tak Mati

Teringat dulu masa sekolah rendah, dalam tahun 80-an, duduk di Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang. Esok nak raya, saya dengan ayah saya tangkap ayam dalam reban. Tangkap seekor-seekor dan ayah saya sembelih, saya pegang. Semua sekali nak tangkap dalam 5 ekor, tapi tangkap satu-satu.

Ayam tu kira macam ayam daging juga. Anak ayam tu beli banyak juga di Pekan Sehari Padang Tengku. Lepas tu bela dalam beberapa bulan dalam reban. Adalah dalam 10 ekor yang hidup dan boleh jadi untuk hari raya. Tapi, lepas sembelih tu, ayam tu tak rebah tapi berdiri macam biasa.  Bila jadi begitu, ayah saya tangkap dan sembelih seekor lagi. Pun hidup juga. Tangkap lagi, sembelih dan hidup lagi. Akhirnya semua ayam tu kena sembelih, mulanya nak sembelih 5 ekor saja. Dalam 10 ekor tu, ada cuma 2-3 ekor saja yang mati.

Yang lain tu, darah dah keluar habis tapi berdiri macam biasa. Semua urat leher ayam tu putus, cuma kepala saja tak putus. Ayah saya tangkap semula dan masukkkan dalam reban semula. Ada seekor tu boleh terbang pulak tapi berjaya ditangkap. Dari pagi, kita orang tunggu saja ayam tu mati tapi lama baru nak mati. Ada yang sampai petang baru mati. Rasanya ayam tu mati sebab tak makan dan minum.

Akhirnya ayah saya beli saja ayam kat pasar dan ayam-ayam tadi ditanam saja. Saya tanya ayah saya, ayam tu tak boleh makan ker ? Ayah saya kata, boleh tapi tak elok juga sebab nak jamu orang makan raya.

27 Ogos 2011

Isteri Dulu Tak Layan Sangat Suami, Bila Suami Nikah Lagi Satu, Bising Pulak


Suami 40-an baru nikah kat seberang dengan gadis 20-an. Gadis tu dikenalinya kira-kira 2 tahun lalu, masa buat latihan praktikal tahun akhir universiti kat pejabat dia. Bila dapat tahu, isteri pertama 30-an mengamuk macam orang nak buang air, tiba-tiba tandas penuh.

Bila dah gitu, suami luahkan perasaan dia. Katanya, dulu isteri dia sepanjang dah dekat 10 tahun kawin dapat 3 anak, layanan isteri tak seberapa kat dia. Sehingga suami selalu membawa diri, makan hati berulamkan kutu. Katanya suami sering dipersalahkan dan isteri dia pernah kata, dia taknak layan suami dia sangat selagi suami tak berubah. Layan pun cuma lebih kurang saja.

Bila ditanya, apa yang isteri suruh berubah. Isunya bukan besar sangat, cuma pasal hal-hal kat rumah. Tapi suami kata, dia memang susah nak berubah benda tu, lagi pun bukan buat benda salah pun. Akhirnya suami berubah betul-betul dengan buka cawangan lagi satu.

Tapi ayat yang keluar dari isteri adalah,

"Apa kurangnya saya sampai nak cari perempuan lain ? Selama ini saya layan dia dengan baik". Kata isteri pulak.

Pada saya, isteri selalu kata dia layan baik pada suami tapi tak kena tempat. Buktinya adalah, suami sendiri yang cakap, dia tak dapat layanan baik. Nak kata suami tipu atau betul, itu soal lain. Yang pasti, ceritanya ada. Maaflah, bukan nak mengata. Tapi kalau suami dah nikah lagi, tak dapek den nak nolong.

Orang Pungut Derma, Mulut Takder Insuran

Dua orang budak perempuan bertudung, umur belasan tahun pergi pungut derma di sebuah kedai makan. Kat meja tu sedang makan 3 lelaki mungkin 30-40 tahun. Perempuan tu kata nak pungut derma, entah apa-apa dermalah, tak tahulah.

Tapi bila perempuan tu mintak derma, lelaki tu jawab.

"Sorilah dik, kita orang tak ada duit". Jawab salah seorang dari tiga lelaki tu.

Mendengar jawapan tu, perempuan yang kedua pula berkata.

"Tak nak sedekah tak apalah. Tapi kalau ada duit, jangan kata tak ada duit. Nanti tak ada duit betul-betul, baru menyesal hidup". Kata perempuan tu serius.

Lelaki yang cakap tadi dah macam nak marah, tapi kawan dia yang kat sebelah tu hulurkan duit sepuluh ringgit dan tak mahu panjang cerita.

"Dah dik, ini sepuluh ringgit" Kata lelaki tu sambil menyerahkan duit tu.

"Terima kasih encik, semoga murah rezeki". Kata perempuan tu, kemudian berlalu dari kedai tu.

Lelaki bertiga  tu terpinga-pinga, macam malu pun ada. Ini adalah antara gelagak peminta sedekah yang entah betul entah tidak apa yang dimintak tu.

26 Ogos 2011

Hisap Rokok Punya Pasal, Akhirnya Bercerai


Seorang isteri 30-an tak suka suami dia 30-an merokok. Suami pun ada cita-cita nak berhenti tapi macam susah nak berhenti. Tapi isteri dia terus membebel dan macam paksa suruh berhenti merokok juga. Kemudian suami kata dia dah berhenti merokok.

Untuk meyakinkan isteri dia, suami menyebut perkataan lebih kurang begini.

"Kalau saya hisap rokok lagi, jatuh talak satu". Kata Suami dia.

Lepas itu memang suami tak merokok. Tapi satu hari tu suami hisap rokok depan isteri dia secara spontan, mungkin tak disengajakan. Isteri tahu hukum hakam serba sedikit, teringat masa kursus kahwin dulu ustaz ada cerita.

Suami terkejut dan dia mengaku memang pernah melafazkan cerai taklik beberapa bulan lalu. Kes ini dirujukkan ke pejabat Kadi, kemudian dipanjangkan ke Mahkamah Syariah. Hakim mengesahkan cerai talak satu.

Kak Syarifah Marah Saya, Kasi Anak Dia Mercun

Dulu saya duduk rumah  kat Pangsapuri Pegawai Kerajaan, Bukit Chagar, JB. Sekarang rumah tu dah roboh buat komplek Imigresen Tambak Johor. Saya duduk tahun 1997 masa mula dibina baru kemudian dirobohkan tahun 2004, maka saya kena pindahlah.

Kisah Selepas Raya

Seingat saya masa saya bujang, tahun 1998, masa tu duduk 3 orang. Lepas raya, macam biasa, adalah juga kuih raya sikit kat rumah walaupun rumah bujang. Sebab dah ada pengalaman tahun-tahun lepas, ada budak-budak datang beraya.

Sekali tu saya tengah tidur depan tv, masa tu sorang jer kat rumah, ada budak beri salam dan ketuk pintu, mesti datang nak beraya. Masa tengah mamai-mamai tu buka pintu, ada 4 budak, 3 lelaki seorang perempuan kakak dia masih sekolah rendah. Dua orang darinya anak kak Syarifah kat bawah tu. Maka jemputlah dia orang masuk, makan kuih dan minum air. Dia orang cuma minum air saja tapi kuih sentuh sikit saja.

Nampak sangat nak duit, biasalah, saya budak-budak pun macam tu. Lepas bagi duit tu, yang lelaki seorang tu tanya.

"Abang, ada mercun ker ?". Tanya dia.

"Ada. Nak ker ?". Kata saya.

"Nak, nak". Jawab budak tu bersemangat.

"Okey, mercun ni bahaya tau, hati-hati main". Kata saya.

"Alahhhh, dah biasalah, tak bahaya pun". Kata budak tu.

Saya keluarkan mercun bola, kasi seorang dua biji. Dia orang ambil suka sangat, kemudian terus balik. Mercun tu ada orang kasi saya, banyak juga. Dalam setengah jam lepas tu, pintu rumah kena ketuk lagi, rupa budak tu datang lagi nak mercun lagi. Saya kasilah banyak sikit.

Dalam sejam kemudian, sedang saya baring depan tv, rumah saya diketuk lagi. Bila dibuka, rupanya kak Syarifah depan pintu dengan anak dia kat belakang.

"Oooo, awak ker kasi anak saya mercun ?". Kata Kak Syarifah. Dia kat luar pintu, saya dalam rumah. Saya terdiam dan senyum-senyum. Alamak, Kak Syarifah marah nampaknya. Ini bukan gurau-gurau ni, marah betul. Sebelum ni tak macam ni.

"Ermmmmm, kak Syarifah, anak akak yang mintak". Kata saya gigil-gigil.

"Oooo kalau mintak janganlah kasi, ni budak-budak". Kata kak Syarifah lagi. Saya dah tak tahu nak cakap apa, menakutkan lak pulak.

Lepas tu dia tarik telinga anak lelaki dia dan terus balik rumah dia kat bawah. Hehehe... nasib baik Kak Syarifah tak mengamuk lebih-lebih. Lepas tu saya dan kak Syarifah okey jer, tak lah gaduh-gaduh dan panjang-panjangkan kisah tu. Peristiwa tu dah 13 tahun berlalu. Anak Kak Syarifah tu tentu dah umur 20 tahun lebih sekarang mesti ingat peristiwa tu. Kak Syarifah pindah rumah kat Saujana masa kita orang kena pindah, saya pindah kat Persiaran Tanjong.

Selamat Hari Raya Kak Syarifah, suami dan anak-anak.

25 Ogos 2011

Gadis 18 Tahun Mengandung 4 Bulan Masa Nikah Lelaki 18

Perempuan 18 tahun tidak bekerja bernikah dengan seorang lelaki kerja buruh umur 18 tahun. Masa nikah, perempuan mengandung 4 bulan hasil asmaradana haram mereka berdua.

Tiga Tahun Bercerai, Nikah Semula

Lelaki 30-an, perempuan 30-an bercerai tiga tahun lebih yang lalu. Dikurniakan 3 anak hasil perkahwinan itu. Selama 3 tahun mereka jadi duda dan janda. Akhirnya hari ini bernikah semula dengan bekas isterinya itu.

24 Ogos 2011

Sudah Nasibku Mat Burger (Episod 67)


Malam tu, Man agak sukar hendak melelapkan mata walaupun agak keletihan kerana fikirannya berkecamuk sekali. Tapi Man seakan memaksa juga untuk tidur. Mulanya, Man anggap kejadian yang menimpanya hari itu adalah antara yang terburuk dalam hidupnya terutama mengenai masa depan hubungannya dengan Yanti. Adakah kejadian itu sebagai nokhtah menunjukkan tamatnya percintaan tragis bersama Yanti... ? Berapa banyak air mata Man gugur sehingga membasahi bantal dan cadar.

Tulisan ini telah dikeluarkan dari blog ini kerana telah terbit novel bertajuk 'Cinta Mat Burger'. Boleh didapati di Kedai Buku Popular seluruh negara dengan harga RM23.90. Boleh juga dapat dari saya dengan harga RM30.00 termasuk kos poslaju. Hubungi saya :                0197526122  whataps)



23 Ogos 2011

Janda ditangkap Khalwat Dua Bulan Selepas Kematian Suami


Seorang janda 30-an, anak dua ditangkap khalwat dengan lelaki suami orang 40-an. Kes ini berlaku beberapa tahun lepas. Perempuan ini ditangkap selepas dua bulan suaminya meninggal akibat kemalangan jalanraya. Selepas ditangkap, beliau memutuskan hubungan dengan lelaki ini.

Dua Anggota Polis Hilang Ketika Memancing di Kota Tinggi


JOHOR BAHRU 23 Ogos – Dua anggota polis dari Unit Forensik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dilaporkan hilang ketika keluar memancing udang di Pangkalan Nelayan Sungai Serai di Ladang Nam Heng, Kota Tinggi di sini semalam.

Kehilangan Lans Koperal Hussin Isa, 48, dan Koperal Nazri Omar, 39, disedari apabila seorang nelayan menemui sebuah bot yang tiada penumpang di kawasan berkenaan.

Melawat Orang Sakit, Timbulkan Keinsafan Pada Diri Kita

Tadi berlansung majlis lawatan anjuran MAIJ Kluang ke Hospital Kluang. Disampaikan juga sumbangan bungkusan kuih raya kepada pesakit sumbangan MAIJ. Alhamdulillah, ramai pegawai dan kakitangan kerajaan turut sama menjayakan program ini. Rasanya ini kali terakhir program ini diadakan di hospital ini kerana tidak berapa lama lagi hospital Kluang akan berpindah ke bangunan baru di Jalan ke Bandar Tenggara.

Pasti ada di kalangan pelawat yang kali pertama ikut serta dalam lawatan dari katil ke katil bertemu pesakit seperti ini. Tapi bila sudah berhadapan dengan pesakit, nampaknya pelawat nampaknya peramah dan tidak kekok.

Kita Sihat, Bersyukurlah

Alhamdulillah, syukur kita sihat dan tak sakit seperti mereka. Saya tadi bertanya khabar dengan pesakit dan jururawat di sana mengenai kanak-kanak yang setiap minggu kena datang ke hospital untuk masuk darah. Lelaki itu tingkatan tiga tapi bentuk badannya kurus macam baru darjah 3. Katanya sakit itu melibatkan som-som tulang, bukan adik beradik 'osom', tapi melibatkan darah. Katanya orang yang kena sakit ini perlu menerima rawatan seumur hidup iaitu setiap minggu masuk darah merah.

Buah Pinggang

Wad dialisis kepada pesakit buah pinggang yang saya lawat tadi, menakutkan saya juga. Orang yang kena dialisis kena cuci 3 kali seminggu, begitulah seumur hidup dia. Katanya hospital cuma boleh menampung beberapa pesakit saja kerana kekurangan tempat manakala yang lain perlu ke klinik atau psat dialisis swasta.

Seorang pesakit buah pinggang yang saya temui tadi seorang kakitangan kerajaan, baru menerima rawatan sejak setahun ini pada usianya 50-an. Maknanya selepas ini dia akan buat dialisis seumur hidup. Baru-baru ini, dia menjalani pembedahan jantung.

Selalulah Melawat

Selalu-selalulah lawat orang sakit dan orang susah. Kita mungkin tak sakit atau susah seperti mereka. Kalau kita ada sedikit kemampuan, hulurkanlah buah tangan walaupun dalam jumlah yang kecil. Tapi sekecil zarah sekalipun sumbangan kita, mudah-mudahan Allah akan berkati terutamanya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Akibat Mercun

Hari ni akhbar cerita pasal kanak-kanak cedera main mercun. Tahun lepas saya dah cerita pasal mercun ni:

Masa kecil-kecil dulu banyak le, main mercun, bukan perkara rahsia lagi. Biasa le, kat kampung, kawan-kawan ramai. Nak beli kat kedai pun senang. Saya percaya, dari dulu memang main mercun ni diharamkan dan boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Tapi, macammanapun,  main mercun ni susah nak kawal atau halang..........

Bacalah lagi.......

22 Ogos 2011

Tengok Keputusan Nombor Ekor Dulu, Baru Balik Berbuka


Satu hari tu, dalam jam 6.30 petang, saya pegi  ke bandar. Berhenti kereta, nampak ada lelaki 3 orang, semuanya rambut pendek, tengah pegang kertas dan bercakap-cakap. Kereta saya cermin gelap sikit, dia orang macam tak perasan saya. Diteliti betul-betul, yang dipegang tu slip nombor ekor. Kedai ekor selang dua kedai jer dengan tempat tu. Bila saya turun dari kereta, mereka bertiga nampaknya menyorokkan kertas masing-masing.

Saya jalan ke kedai kasut dan lalu depan dia. Tak lama, dalam jam 6.45 saya nak masuk dalam kereta, lalu depan dia lagi. Masa lalu tu, saya dengar dia orang berbual.

"Jomlah balik, dah  nak berbuka". Kata orang pertama.

"Tunggulah kejap lagi, nak tengok keputusan dulu, baru balik". Kata orang kedua.

Masuk dalam kereta, baru saya faham apa yang mereka bualkan. Iaitu nak tunggu pukul 7.00 tepat, keputusan nombor ekor akan dipaparkan didepan kedai nombor tu. Nanti kalau dah balik berbuka, kenalah pulak datang sekali lagi.

Pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan terutama agensi agama tetapi nampaknya tabiat berjudi ini masih wujud. Yang paling penting di sini adalah kesedaran diri sendiri dan tidak terlalu menuding jari kepada pihak lain. Ingatlah, kegagalan dakwah Islam dan pandangan serong orang lain terhadap Islam adalah kerana soal akhlak orang Islam sendiri seperti terlibat dalam maksiat, jenayah dan sebagainya. Sedangkan Nabi Muhammad dulu berdakwah dengan menunjukkan akhlak yang mulia sehingga Islam mendapat tempat di hati masyarakat.

21 Ogos 2011

Lelaki 73 Tahun, Nak Nikah Gadis 22 Tahun

Seorang lelaki 73 tahun, duda, nak nikah gadis 22 tahun di sebuah daerah. Saya hadir ke daerah berkenaan menyampaikan sebuah dalam kursus pra perkahwinan. Lelaki ini menemani gadis ini hadir kursus. Lelaki ini dah ada ramai cucu sampai rupa jumlahnya.

Lelaki ini sudah 3 kali bernikah, seorang isterinya meninggal dunia dan dua kali pernah bercerai.  Dulu ada kedai makan, sekarang ada kebun sawit yang banyak juga, cukup untuk menampung keluarga. Manapula perempuan tidak bekerja.
SELAMAT PENGANTIN BARU.

20 Ogos 2011

Lagi Isu Sembelih Ayam, Kenapa Begini ?

Pegawai Jabatan Agama Johor memeriksa ayam-ayam yang telah disembelih ketika mengadakan pemeriksaan ke tempat memproses ayam di Pekan Nenas, Pontian. Tahniah kepada pegawai yang berkenaan kerana membongkar kes ini dan yang lebih penting adalah, berjaya membuka mata masyarakat. Tapi, ini baru di Pontian, di tempat lain bagaimana ? Sendiri fikirlah...

Hari ini hampir semua akhbar utama cerita isu ini, malam tadi TV pun ada tayang. Katanya cara sembelihan dan cara memprosesnya meragukan. Saya tak mahu ulas panjang berkenaan isu ini. Cuma saya nak pulangkan semula kepada orang Islam.........

Iaitu sekarang ini yang menguasai perniagaan ayam yang besar-besar, berapa ramai orang Islam ? Atau cuma ada tak berapa kerat saja orang Islam yang jadi tauke ayam.

Buat apa kita cakap panjang-panjang isu ini, sedangkan orang Islam tidak menguasai perniagaan ayam ini dan lebih dikuasai orang bukan Islam. Soal halal haram ini berkait dengan hukum syarak, orang bukan Islam tidaklah mengaji hukum syarak yang macam orang Islam belajar.

Kenapa orang Islam tidak mahu menguasai perniagaan ini ?.......Sedangkan, orang Islam adalah pelanggan dan pembeli utama. Sempena kemerdekaan negara tak lama lagi, kenangkanlah, kita sudah 54 tahun merdeka, tetapi orang Islam sendiri tidak menguasai perniagaan ayam ini yang sangat ada hubung kait dengan halal haram.

Menanti Lailatul Qadar



Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar : لَيْلَةِ الْقَدْرِ  (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang dalam Quran digambarkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkannya Al Qur'an. Deskripsi tentang keistimewaan malam ini dapat dijumpai pada Surah Al_Qadr, surat ke-97 dalam Al Qur'an.

Terdapat pendapat yang mengatakan bahwa terjadinya malam Lailatul Qadar itu pada 10 malam terakhir bulan Ramadan, hal ini berdasarkan hadis dari Aisyah yang mengatakan : " Rasulullah ShallAllahu 'alaihi wa sallam beri'tikaf di sepuluh hari terkahir bulan Ramadan dan beliau bersabda, yang artinya: "Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Romadhon" " (HR: Bukhari 4/225 dan Muslim 1169).

Tanda-tanda:

Tanda lailatul-Qadr seperti mana disampaikan oleh Ubadah bin Samit r.a dari Nabi s.a.w ialah suasana malam itu akan sunyi, bersih, tenang, cerah, tidak panas dan tidak pula dingin seperti diteduhi oleh cahaya bulan, tidak ada bintang-bintang yang muncul sehingga pagi. Dan termasuk tanda-tanda ialah bahawa matahari terbit pada pagi hari itu tanpa terasa panas cahayanya, seperti bulan purnama.

19 Ogos 2011

Penipuan Pelaburan Emas Sudah Mula dikesan, Dulu Saya Dah Pesan Banyak Kali(Episod 3)

NIBONG TEBAL 19 Ogos — Polis mencari seorang pemilik salun kecantikan di Simpang Ampat, di sini bagi membantu siasatan berhubung penipuan terhadap sekumpulan suri rumah dan warga tua yang kerugian lebih RM500,000 selepas menyertai skim pelaburan emas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supt Shafien Mamat berkata, wanita berkenaan dikenali sebagai Hashimah Hashim, 38, yang alamat terakhirnya di Taman Merak Jaya, Simpang Ampat di sini.
"Kami menerima laporan polis berhubung kejadian itu, polis giat mengesan wanita berkenaan bagi membantu menyelesaikan kes penipuan membabitkan lebih 30 suri rumah serta warga tua.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati wanita berkenaan menjalankan skim pelaburan emas itu sejak tiga tahun lepas.

"Kumpulan pelabur tertarik untuk melabur apabila dia menjanjikan pulangan lumayan antara lima hingga 10 peratus sebulan, sekali gus mendorong mereka melabur RM5,000 hingga RM50,000.

"Bagaimanapun sejak Julai lepas, wanita berkenaan gagal membayar dividen yang dijanjikan dan menghilangkan diri sehingga gagal dikesan oleh pelabur-pelaburnya,” katanya.

Shafien meminta orang ramai yang mengenali Hashimah agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

.....Bersambung ke Episod 4:
http://kadikluang.blogspot.com/2011/09/kawan-saya-masuk-pelaburan-emas-tapi.html

Maksiat Lain Boleh Tinggal, Nombor Ekor Saja Tak Boleh


Seorang lelaki 60-an mengaku masa muda dia bukanlah seorang yang baik. Tapi bila dah meningkat usia ini, dia sudah insaf dan banyak beribadat. Dia sudah tunaikan haji, puasa ramadhan, zakat, solat dan lain-lain.

Banyak maksiat dia dah tinggalkan, tetapi satu saja yang dia tak boleh tinggal, iaitu beli nombor ekor. Dia mengaku main nombor ekor sejak umur 30-an sebab ikut kawan-kawan. Dia pernah juga kena nombor dan banyak kali lari satu dua nombor. Kalau nak ikut modal yang dia keluar, dah puluhan ribu dan tak menguntungkan. Ceritanya, ada kawan dia meninggal dunia masa tengah gian nombor ekor. Sampai masa meninggal, anak isteri dia jumpa banyak slip nombor ekor dalam almari.

Sempena Ramadhan ini, walaupun timbul keinsafan tapi godaan untuk terus beli nombor ekor terus kuat terutama pengaruh kawan-kawan.

18 Ogos 2011

Nikah Sudah 14 Tahun, Tapi Tak Daftar

Perempuan 30-an mengadu sebagai isteri kedua kepada seorang lelaki 50-an. Beliau menunjukkan sijil nikah di sebuah negara jiran 14 tahun lalu. Bagaimanapun, tiada pendaftaran di buat di negara ini berkenaan pernikahan tersebut. Katanya, suaminya mungkir janji untuk mendaftarkan perkahwinan itu sehingga berlarutan sehingga 14 tahun.

Pasangan ini dikurniakan dua anak yang sedang bersekolah rendah. Suaminya lebih banyak duduk bersama isteri pertamanya juga ada beberapa orang anak. Pada mula, mereka merahsiakan perkahwinan, tapi beberapa tahun selepas itu telur tembelang pecah. Kira bergaduh besar juga, namun lama kelamaan sudah reda.

Sekarang, selepas 14 tahun, masalah besar timbul iaitu suami dikatakan mengabaikan tanggungjawab termasuk nafkah. Isteri kedua terpaksa bekerja dengan gaji yang tak seberapa untuk membayar sewa rumah, perbelanjaan harian, belanja sekolah dua orang anaknya dan lain-lain. Suami dikatakan sudah lama tidak pulang ke rumah isteri kedua.

Inilah Kisah

Inilah kisah perkahwinan di seberang yang biasanya dilakukan lelaki berpoligami atau tidak mendapat restu keluarga. Kalau nak fikir ambil jalan singkat memenglah mudah, tapi kesan pada masa akan datang kena fikirkan juga. Sebaiknya, sekiranya betul hendak berpoligami, ikutlah prosedur yang ditetapkan di negara kita. Ramai yang sudah berjaya berpoligami termasuk yang saya nikahkan sendiri.


17 Ogos 2011

Lelaki dari Ipoh, Perempuan dari Kota Tinggi, Khalwat di Kluang


Lelaki kerja biasa umur 35 tahun, sudah berkahwin, anak satu. Perempuan pula kerja biasa umur 31, masih bujang. Kedua-duanya ditangkap khalwat sebelum puasa kira-kira sebulan lepas di sebuah hotel di Kluang.

Ditangkap pula di hotel baru yang dalam lingkungan 2 bulan baru buka di Kluang. Dah tentu katil pun tak bergoyang, hehe.  Lelaki dari Ipoh, perempuan dari Kota Tinggi, saja-saja datang Kluang, akhirnya ditangkap khalwat di sini. Masing-masing datang naik bas. Pasangan ini akan didakwa di Mahkamah Syariah Kluang, boleh didenda sehigga 3,000 atau 2 tahun penjara atau keduanya sekali.

Empat Bulan Bercerai, Nak Nikah Semula

Pasangan 40-an bercerai talak satu, 4 bulan lalu. Lelaki kerja buruh dan perempuan pembantu kedai dikurniakan anak dua orang yang masih sekolah rendah.

Selepas empat bulan jadi duda dan janda, mereka ambil keputusan untuk nikah semula. Mereka tidak boleh rujuk tetapi hendaklah dengan perkahwinan baru kerana tempoh edah sudah tamat.

16 Ogos 2011

Jawatankuasa Pemilihan Parlimen, Tahniah Perdana Menteri


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan satu penubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemilihan Parlimen dalam masa terdekat bagi menambah baik sistem pilihan raya negara. Saya kira perkara ini sangat penting dan mencatat satu sejarah negara jika benar-benar terlaksana. Langkah ini diharapkan dapat memuaskan hati pelbagai pihak tanpa timbul sebarang syak wasangka pada masa hadapan terutama kepada SPR.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jawatankuasa tersebut yang akan dianggotai oleh wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang. Diharapkan langkah ini dapat untuk kita lihat satu sistem pilihan raya yang telus lagi bersih. Katanya, jawatankuasa itu akan berbincang serta mencari kata sepakat mengenai bentuk penambahbaikan yang perlu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum diimplimentasi pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pelbagai Persoalan Belum Terjawab

Beberapa perkara mutakhir ini telah berjaya disensasikan beritanya terutama di media internet. Antaranya dakwaan kononnya ada bukan warganegara dibenarkan mendaftar sebagai pengundi oleh SPR. Walaupun satu kes iaitu wanita bernama Mismah sudah ditemui dan membuat kenyataan akhbar yang dia sudah menjadi warga negara, namun persoalan lain masih belum terjawab lagi.

Semalam, seorang pemimpin kanan PAS, Mahfuz Omar kini mengalihkan isu kepada mempersoalkan, kenapa orang seperti Mismah diberikan taraf warganegara. Walaupun pihak berkuasa menyatakan bahawa permohonan Mismah dan orang lain mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan, rakyat sebenarnya masih keliru dan belum faham sepenuhnya, apakah lunas undang-undang mengenai kewarnegaraan ini. Mungkin ada pihak kata, persoalan ini di luar tajuk dan bidangkuasa SPR, tapi rakyat ingin tahu dan bukan boleh menerima bulat-bulat jawapan atau penafian.

Kesilapan Teknikal ?

Terdapat juga dakwaan kononnya pendaftaran berganda iaitu seorang didaftarkan sebagai layak mengundi dua kali. Apabila didedahkan di media internet, pembaca kebiasaannya tidak mempercayai sepenuhnya perkara ini. Namun mereka cuba masuk ke laman web SPR dan menaip nombor kad pengenalan berkenaan, kerana mereka bebas berbuat demikian. Maka mereka dapat jawapannya. Persoalannya, adakah itu kesilapan teknikal ? Kalau silap, maka kena betulkanlah kerana kesilapan itu boleh menghakis keyakinan rakyat. Bukan itu sahaja, orang sekarang suka mempersoalkan, kenapa dan bagaimana boleh silap itu ?

Undi Pos

Satu lagi isu adalah mengenai undi pos yang sebahagian besar melibatkan tentera dan polis serta petugas pilihanraya. Sejauh mana ketelusan dalam undi pos ini ? Ada banyak juga perbahasan dalam isu ini. Begitu juga dengan hak mengundi bagi rakyat kita di negara luar sama ada yang bekerja atau belajar. Perlukan mereka diletakkan sebagai pengundi pos ? Kalau dibenarkan, bagaimana pula perlaksanaannya yang bukan mudah untuk direalisasikan.

Teringat saya pada pemilian presiden Indonesia beberapa tahun lalu, rakyat Indonesia di negara kita berhak mengundi di kedutaan mereka di sini. Adakah rakyat Indonesia di Malaysia saja yang boleh mengundi, bagaimana yang berada di negara lain, mengundikan mereka ? Mungkin juga mengundi di kedutaan mereka di negara lain. Jadi, mungkin kita boleh belajar dari Indonesia dengan rakyat kita mengundi di kedutaan Malaysia di luar.

Pelajar di luar negara adalah warganegara Malaysia yang tidak berkesempatan mengundi sedangkan mereka belajar di sana dalam satu tempoh yang tidak berapa lama sahaja. Dalam 4-5 tahun, mereka akan pulang ke tanahair juga dan hidup dalam suasana politik negara juga. Begitu juga pekerja di negara luar yang jumlahnya semakin meningkat. Ini disebabkan perkembangan syarikat Malaysia di negara lain seperti industri minyak, jururawat di timur tengah dan sebagainya. Selama ini mereka tidak dapat mengundi.

Tahniah Perdana Menteri

Saya ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri yang membuat keputusan tepat ini. Diharapkan pelbagai pihak menerima baik tindakan ini dan berusaha buat yang terbaik. Antaranya, mengatur sebaik-baiknya jawatankuasa ini dari segi bidangkuasa dan tugas-tugas anggota.

Diharapkan keanggotaannya menyeluruh kepada parti Barisan Nasional, pembangkang seperti PAS, PKR dan DAP. Begitu juga NGO atau individu yang berpengaruh dalam memperjuangkan isu pilihanraya ini seperti Datuk S.Ambiga dan Datuk A.Samad Said, perlu dipertimbangkan juga keanggotaannya dalam jawatankuasa ini. Begitu juga dengan Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang banyak melemparkan hujah-hujah bernas ke arah penambahbaikan pilhanraya di negara kita.

15 Ogos 2011

JAKIM Sahkan 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' Tidak Halal


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Isnin mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Durian Gergasi Muar

Sebiji durian 8 kilogram..... ditemui Zheng, penjual durian di Bukit Pasir, Muar, pada 12 haribulan lalu di kebun durian miliknya. Menurut beliau, masih ada beberapa biji durian 'gergasi' yang masih belum jatuh dari pokok durian tersebut

Senarai Jenis Kopi Beracun dan Berbahaya

Sebuah akhbar harian hari ini cerita pasal kopi beracun yang dijual secara terbuka di pasaran. Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Antara 40 jenis kopi yang dimaksudkan berdasarkan laporan akhbar berkenaan adalah :
  • Cafe Abang Yes,
  • Candi Gold,
  • Candy 193,
  • Extend Up Energy Drink,
  • Extremen,
  • Extrewomen,
  • Goji Guarana,
  • Goji Guarana Extra,
  • Goji More,
  • Goji Yumberry,
  • Guara Cafe,
  • HBW Ice Lemon Tea,
  • Hotton Vitality Candy,
  • Ie2 O,
  • King Cappucino,
  • Knight Cofee.
  • Kolek Cafe Power Plus,
  • Kopi Angguk,
  • Kopi Asmara,
  • Kopi Bagus AAA,
  • Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
  • Kopi Pahlawan,
  • Kopi Super Angguk,
  • Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
  • Maca Max, Macagin Ginseng Candy,
  • Mentalk Candy,
  • Nexus MXP,
  • Night Cafe,
  • Red Energizer Candy For Men,
  • Royal Beverage Maqrifatun,
  • sasanergy Drink,
  • Trica Jus,
  • Tri-Max,
  • True SR,
  • vigor Candy,
  • Vitca-F,
  • Vitca-M,
  • Winnie Beauty V1,
  • XKL Sky Fruit Juice Premix.

14 Ogos 2011

Tetak Bapa Sampai Mati : Anak ditahan Bantu Siasatan

ALOR SETAR 14 Ogos — Polis telah menahan suspek kes pembunuhan seorang warga emas dalam satu serbuan di rumah keluarganya di Kampung Pasir Putih, Tualak, Kuala Nerang dekat sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP Ku Yaacob Ku Hamad berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat jiran itu berjaya menahan suspek lelaki berusia 33 tahun ketika dia sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah kira-kira pukul 1.45 pagi.
Difahamkan kes bunuh ini berlaku disebabkan perbalahan mengenai seekor kucing. Kejadian bunuh itu berlaku ketika keluarga berkenaan sedang bersiap-siap untuk berbuka puasa kira-kira jam 7.15 malam kelmarin.

13 Ogos 2011

Usah Gadai Agama Untuk Dapat Bantuan



Tadi berlansung majlis penyerahan bantuan hari raya kepada fakir dan miskin di daerah Kluang. Alhamdulillah tahun ini MAIJ memperuntukkan sejumlah RM 245,620 kepada mereka. Ini belum termasuk bantuan kepada saudara kita daerah Kluang yang dijangka tidak lama lagi. Mudah-mudahan, dengan sumbangan ini, dapat menambah keceriaan mereka menghadapi hari raya nanti.

Peringatan Pada Semua

Dalam ucapan saya tadi, saya menekankan beberapa perkara sebagai peringatan kepada penerima bantuan. Antaranya, mengenai sikap sesetengah orang Islam yang sanggup meminta bantuan dari badan agama lain. Golongan ini ada yang tidak datang pun kepada Majlis Agama Islam, ada juga yang sudah dapat bantuan tapi tak merasa cukup dan ada juga yang memohon kerana tidak layak.

Datanglah ke Majlis Agama Islam, kenapa tidak datang kalau merasakan mereka layak berbuat demikian terutama kepada fakir dan miskin dan asnaf yang 8. Yang rasa tak cukup dengan bantuan  yang dah dapat, mereka kena faham yang peranan Majlis Agama Islam adalah untuk membantu dan bukannya untuk membiayai 100 peratus. Contohnya bantuan kepada pelajar Islam ke universiti, kita bukanlah membayar sepenuhnya yuran kemasukan tetapi meringankan bebanan saja. Begitu juga dengan bantuan lain.

Ada juga orang yang sudah dapat dari Masjlis Agama Islam tapi pergi ke tempat lain dan menipu kononnya mereka tidak dapat bantuan lansung. Kepada orang yang memohon tetapi permohonannya ditolak, mereka kena faham mengenai prosedur yang ditetapkan. Soal pengagihan ini bukan perkara yang mudah. Kita tidak mahu pihak yang tidak layak, mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang mudah sedangkan mereka tidak layak. Sebab itulah prosedurnya perlu diikuti. Sekiranya permohonan ditolak, sekiranya mereka rasa tidak wajar, mereka boleh membuat rayuan sekali lagi.

Yang tidak eloknya, apabila mereka gagal dapat bantuan, mereka pergi ke pihak agama lain. Kita perlu sedar yang agama lain ini mempunyai misi dan visi untuk menyebarkan agama mereka dengan pelbagai cara. Antaranya dalah dengan bantuan, kebajkan dan kerja-kerja amal. Target mereka adalah orang susah dan tercicir. Lambat laun orang ini akan dekat dan mesra dengan agama itu.

Puasa Adalah Ujian

Sejauhmana  ibadah puasa kita hanya Allah yang mengetahui. Sebab itu puasa ini Allah tidak tentukan berapa pahala dan ganjaran kerana orang yang betul-betul manfaatkan bulan Ramadhan ini akan mendapat pahala yang lebih besar.

Bagaimana dulu orang Islam buat kali pertamanya berpuasa pada tahun kedua hijrah, orang Islam menerima ujian yang cukup hebat. Tahun itulah orang Islam diuji dengan Perang Badar yang para sahabat beranggapan, kalau Islam kalah dalam peperangan itu, Islam akan terhapus. Tapi berkat kesungguhan orang Islam berjihad dalam bulan Ramadhan, akhirnya Allah memberikan kemenangan kepada Islam. Walaupun dengan serba kekurangan dengan jumlah tentera hanya 313 orang, telah berjaya mengalahkan 1000 tentera kufar.

Kenapa kita kalah dengan ujian yang tidak seberapa sekarang. Tidak dapat bantuan dari orang Islam, kenapa kita minta pada agama lain ? Pokok pangkalnya adalah akidah. Harap-harap tidak ada orang Islam yang merestui atau mempertahankan tindakan mereka ini. Kalau mereka marah kepada satu pihak sekali pun, kenapa mereka sanggup menjual agama dan akidah mereka. Soal akidah bukan satu perkara yang boleh dibuat main atau gurauan. Kita bimbang kalau ada umat Islam, syahadah mereka boleh gugur dan dalam istilah lain, boleh terkeluar dari Islam.

Sahabat disiksa

Bilal bin Rabah disiksa dengan begitu teruk di padang pasir kerana keislamannya. Sumaiyah dan suaminya Yasir mati syahid kerana mempertahankan syahadahnya. Kabab bin Art disiksa dengan kejam menggunakan batu panas yang dibakar dan diletakkan di belakang badannya. Ujian dan pengorbanan ini sangat besar serta tidak dapat dibandingkan dengan pengorbanan kita hari ini yang hidup serba keselesaan.

 Segenggam beras orang terdahulu, tidak mungkin sama dengan segenggam emas pengorbanan orang sekarang. Tetapi mereka sanggup menghadapi semua ini kerana keimanan mereka yang teguh. Tapi kenapa ada orang kita hari ini, kerana hendak mendapatkan bantuan percuma, mereka sanggup menyerah kepada agama lain ?

Orang Islam Perlu Berjaya dalam Kewangan

Sahabat yang mashur dengan kekayaannya adalah Abdul Rahman bin Auf yang dijanjikan syurga kerana hartanya. Dengan kekayaannya itulah, orang Islam dapat dibantu semasa orang Islam menghadapi ujian perit terutama sewaktu tempoh pemulauan di Mekah. Begitu juga dengan isteri Nabi, Siti Khadijah yang meninggal dunia tanpa meninggalkan harta yang banyak sedangkan asalnya dia seorang yang kaya raya. Ini semua kerana beliau telah banyak berkorban memberi bantuan sewaktu orang Islam ditindas termasuk menghantar bahan makanan di khemah-khemah dan pergunungan.

Orang kita perlu berjaya, bekerja, berusaha sehingga menjadi kaya dan senang. Kalau umat Islam kaya, maka zakat dan sedekah akan bertambah. Insyaallah, dengan ini umat Islam akan terbela.

Usia 90 Tahun ke atas Dikeluarkan dari Daftar Pemilih SPR

PUTRAJAYA: Kira-kira 12,000 pemilih berusia 90 tahun ke atas yang tidak aktif dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan dikeluarkan daripada senarai daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata keputusan yang diputuskan semalam itu bertujuan mengemas kini dan membersihkan senarai pemilih SPR sedia ada. Namun, jika mereka tampil, kita akan masukkan semula nama mereka dalam senarai daftar pemilih,” katanya semalam.


Mamat Exist dihukum Denda 1,000 Kes Dadah

JOHOR BAHRU 12 Ogos - Mamat Exist hari ini didenda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya November tahun lalu.

Majistret Maslinda Selamat turut memerintahkan Mamat, 32, diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun dan perlu melaporkan diri di Balai Polis Tampoi sebulan sekali.

Mamat mengaku memasukkan dadah berbahaya jenis methamphetamine ke dalam dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, dekat sini pada pukul 3.35 petang, 9 November tahun lalu. Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000, penjara maksimum dua tahun dan pengawasan selama dua tahun.

12 Ogos 2011

Nikah 11 Bulan, Bercerai


Wanita 17 tahun, suami 20-an bernikah 11 bulan, dapat anak seorang, kemudian bercerai. Antara punca bercerai dikatakan kerana suami tidak ada kerja tetap dan menghadapi masalah kewangan. Perempuan tidak bekerja.

'Mismah' Ditemui ?

Banyak sangatlah cerita pasal seorang perempuan yang bernama 'Mismah' yang dikatakan  bukan warganegara tetapi didaftarkan sebagai pengundi di Selangor. Paling banyak dibincangkan adalah di media internet dan ada juga saya baca di akhbar Sinar Harian sebelum ini.

Ramai juga tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang berlaku dalam kisah ini. Adakah dia seorang penduduk tetap warga Indonesia yang berjaya mendaftar sebagai pengundi ? Atau dia memang seorang warganegara ? Atau dia sudah dapat kewarganegaraan ?

Hari ini saya baca akhbar Sinar Harian dengan tajuk muka depannya "Sayalah Mismah". Terdapat muka seorang wanita memegang kad pengenalan biru. Cerita ini pada saya adalah menarik kerana wartawan berkenaan telah berusaha menemui 'Mismah' dan berjaya menemuramahnya. Nak tahu lanjut, bacalah akhbar Sinar Harian.

11 Ogos 2011

Isteri 25 Tahun, Mohon Cerai


Satu pasangan, bernikah tak sampai 2 tahun, mempunyai anak seorang. Isteri 25 tahun, hendak mohon cerai secara fasakh atas alasan suaminya tidak memberi nafkah kepadanya.

Ikut ceritanya, suaminya lewat 20-an tidak mempunyai pekerjaan tetap dan banyak bergantung kepada gaji isteri yang tak seberapa.

Kerjasama AirAsia dan MAS Banyak Manfaat Pada Semua


Penerbangan Malaysia (MAS), AirAsia Bhd dan AirAsia X Sdn Bhd memeterai rangka kerja kerjasama komprehensif (CCF) untuk meneroka peluang kerjasama dalam pelbagai bidang di bawah sektor penerbangan.

Di bawah CCF itu, semua syarikat terbabit akan melengkapi bidang perniagaan satu sama lain serta memanfaatkan daya saing teras masing-masing dan mengoptimumkan kecekapan untuk manfaat pengguna.  Menerusi kerjasama itu juga, syarikat induk AirAsia, Tune Air, akan memilikì 20.5 peratus saham MAS manakala Khazanah Nasìonal Bhd pula menguasai 10 peratus saham AirAsia.

AirAsia X ke Osaka, Jepun

AirAsia X, syarikat penerbangan jarak jauh dan tambang murah AirAsia, akan memulakan perkhidmatan ke Osaka, destinasi keduanya di Jepun selepas Tokyo, mulai 30 November depan. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Rabu, AirAsia berkata, syarikat gabungannya itu akan terbang terus dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Osaka dengan empat perkhidmatan mingguan tanpa henti.

Bagi menandakan pelancaran laluan ini, AirAsia X akan menawarkan tambang KL-Osaka dari serendah RM249 kelas ekonomi satu hala dan dari RM1,569 sehala di kelas kerusi tidur premiumnya.

10 Ogos 2011

Putus Tunang, Seminggu Lepas Tu Nikah Dengan Orang Lain


Satu cerita ni, seorang perempuan, umur 23, kerja swasta, putus tunang atas permintaan dirinya. Tiba-tiba seminggu lepas tu bernikah dengan lelaki lain pulak. Kali ni tak ada tunang-tunang, tak tahulah dia kenal lelaki ni dah lama ke tak.

Berita Kanak-kanak Meninggal Dunia Selepas Berbuka Mengejutkan

KLANG 9 Ogos - Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia setelah muntah dan cirit-birit selepas 12 jam berbuka puasa, manakala keluarganya dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang sama.Bapa mangsa Mohamad Ali Khir, 37, berkata, Nurdini, 11, dan keluarganya berbuka puasa dengan otak-otak serta air batu campur yang dibelinya di sebuah Bazar Ramadan berhampiran rumah mereka di Taman Seri Mewah, Fasa 2, Meru dekat sini, Ahad lepas.

"Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah berkenaan, perut saya mula berasa tidak selesa, dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah-muntah dan cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air,” katanya kepada pemberita di Hospital Tengku Ampuan Rahimah hari ini.

Selain Nurdini, anggota keluarga Mohamad Khir yang mengalami simptom sama ialah isterinya, Noraliti Ramli, 37, empat lagi anak mereka iaitu Mohammad Syafiq, 14, Mohammad Irfan, 13, Mohammad Fitri, 8, dan Mohammad Hazimi, 3, serta pembantu rumah yang dikenali sebagai Pati.
Beliau berkata, Nurdini dijumpai terlentang di bilik air pada 6.10 pagi semalam dengan suara dengusan kuat seperti lembu disembelih, manakala mata mangsa terbeliak dan mulutnya berbuih.

Mohamad Ali kemudian membawa anak perempuan tunggalnya itu ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, dan sebaik tiba di situ, mangsa disahkan meninggal dunia.Beliau berkata, sehingga kini, semua anggota keluarganya dirawat di hospital itu dan doktor belum mengenal pasti penyakit yang mereka hidapi.

Katanya, sejak awal Ramadan, Nurdini meminta untuk menikmati air batu campur serta otak-otak, namun beliau hanya berkesempatan membeli juadah berkenaan Ahad lepas. Mohamad Ali berkata, jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru di sini selepas waktu Zohor, petang semalam.

09 Ogos 2011

Air Kena Catu di Kluang


Catuan bekalan air di Kluang akan bermula 10 Ogos hingga 31 Ogos 2011 berdasarkan kertas yang diedarkan oleh SAJ Kluang. Catuan lebih kurang, 2 hari ada air, sehari tiada. Nampaknya rumah saya termasuk dalam zon C, kena 7 hari juga tak ada air dalam tempoh tersebut.

Pada orang Kluang, untuk maklumat lanjut, sila hubungi SAJ Kluang. Rasanya di belakang bil air tu ada nombor telefon.

Pihak Yang Rugi Bila Putus Tunang, Boleh Tuntut di Mahkamah Syariah


Antara kebaikan pertunangan adalah proses kenal mengenal di antara pihak lelaki dan perempuan. Sekiranya wujud persefahaman, maka eloklah perkahwinan itu diteruskan. Bagaimanapun, sekiranya nampak perkara yang tidak elak sekiranya perkahwinan itu diteruskan, maka elok juga untuk tidak bernikah atau putus tunang saja.

Bagaimanapun, pihak yang memutuskan pertunangan itu sama ada lelaki atau perempuan, perlulah mengikut beberapa adab. Antaranya, janganlah memutuskan pertungan pada tarikh yang hampir dengan tarik perkahwinan. Ini sudah tentu merugikan satu pihak seperti perbelanjaan perkahwinan selain maruah dan harga diri.

Berlaku beberapa tahun dahulu, seorang pemain bolasepak terkenal bertunang dengan seorang jururawat masyarakat di Kluang, kemudian lelaki memutuskan pertunagan sehari sebelum nikah melalui sms saja. Perbuatan seperti ini sudah tentu merugikan pihak wanita dan beliau berhak membawa kes ini ke mahkamah syariah. Had dan jumlah tuntutan tidak dihadkan tetapi tuntutan yang melebihi 100,000 hendalah dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah, kalau kurang pada itu, di Mahkamah Rendah Syariah.

Hari ini dalam akhbar ada satu kes berlaku di Kelantan, seorang lelaki membawa kes ke mahkamah Syariah. Ikuti berita ini dipetik dari akhbar harian.
.................................

KOTA BHARU 8 Ogos - Seorang penjawat awam yang sanggup membeli barang hantarannya di Las Vegas, Amerika Syarikat, hari ini menyaman bekas tunangnya bagi menuntut ganti rugi lebih RM1 juta selepas wanita itu didakwa membatalkan majlis perkahwinan mereka lima jam sebelum akad nikah dilangsungkan pada 3 Jun lalu. Mohd. Masran Ab. Rahman, 32, dari Kampung Banggol Kemunting, Tanah Merah memfailkan saman tersebut melalui peguamnya, Latifah Ariffin dan Murtadza Mokhtar di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Dia selaku plaintif menamakan bekas tunangnya, Zulyana Mat Hassan, 28, dan bapa wanita tersebut, Mat Hassan @ Mat Hussin Ibrahim, 60, sebagai defendan pertama dan kedua. Dalam writ samannya, lelaki itu yang tidak hadir di mahkamah hari ini, menuntut ganti rugi am sebanyak RM100,000, ganti rugi teruk (RM500,000) dan ganti rugi malu (RM500,000).

Mohd. Masran turut menuntut ganti rugi khas yang tidak dinyatakan jumlahnya setelah mendakwa terlalu kecewa selepas dia banyak berkorban untuk memastikan majlis perkahwinan mereka berjalan lancar.

Menurut Latifah, wanita itu yang bekerja sebagai juruteknik makmal perubatan didakwa datang ke rumah plaintif bersama bapanya kira-kira pukul 11 pagi, 3 Jun lalu untuk membatalkan perkahwinan mereka sedangkan majlis akad nikah dijadualkan berlangsung pukul 4.30 petang hari yang sama.
''Mereka tiba-tiba sahaja datang dan membatalkan perkahwinan sedangkan keluarga di pihak lelaki sudah bersedia malah semua persiapan untuk majlis perkahwinan di rumah wanita itu sudah tersedia,'' katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Melalui kad jemputan perkahwinan pasangan itu, majlis persandingan di rumah pihak perempuan dijadual diadakan sehari selepas upacara akad nikah di Kampung Salor, Pasir Mas manakala persandingan di pihak lelaki pada 6 Jun di alamat Kampung Banggol Kemunting, Tanah Merah. Menurut Latifah lagi, jumlah saman tersebut adalah gambaran rasa kecewa, malu dan kerugian yang dialami oleh pihak plaintif sebagai anak golongan kenamaan, setelah mengundang lebih 1,200 tetamu ke majlis perkahwinannya.

Tambahnya, disebabkan pembatalan tersebut, majlis persandingan di rumah pihak lelaki bertukar menjadi kenduri kesyukuran kerana kebanyakan jemputan telah hadir. Selain itu katanya, barang hantaran yang disediakan oleh Mohd. Masran bukan sahaja dibeli di negara ini tetapi ada yang turut ditempah khas dari luar negara.

08 Ogos 2011

Dulu Nikah Lari Kat Negara Jiran, Sekarang Dah Susah


Seorang wanita lewat 20-an pernah nikah di negara jiran dengan lelaki sana dan duduk di sana beberapa tahun sebelum pulang ke negara kita. Hasil pernikahan dapat 2 anak. Lepas tu, suami meninggalkan dia dan bawa dua orang anak itu balik ke negara dia.

Kira perempuan duduk seorang tetapi belum diceraikan. Setelah 5 tahun berseorangan, perempuan ini nak nikah lagi dengan lelaki tempatan. Tapi masalahnya, bagaimana status pernikahannya yang belum bercerai ?

 Masalah ini bertambah rumit pada wanita ini kerana surat nikah ada ditangan suaminya. Dia juga tidak dapat mengesan dengan tepat, di mana suaminya sekarang bersama dua anaknya. Cuma dipercayai anaknya berada di negara jiran ikut bapanya.

Bonus Hari Raya Dua Bulan Gaji ?



CEUPEC baru nak mintak kerajaan kasi bonus, katanya mohon dua bulan gaji. Tahniah pada Ceupec, teruskan usaha. Tapi dapat belum tahu. Pada saya, kalau dapat, syukur alhamdulillah. Saya terimalah kalau dapat.

Tapi kalau tak dapat pun, kepada penjawat awam tak perlulah mengeluh. Jangan pulak buat alasan, kalau tak dapat bonus tak boleh beraya. Kenapa pulak tak boleh raya, siapa yang raya ni, kita ke bonus yang raya ?

Pada saya, terutama kepada penjawat awam, kenalah menyimpan duit untuk persiapan raya dan perbelanjaan buka sekolah. Setahun gaji kita 12 bulan dah kira cukup. Janganlah nak dapatkan bonus semata-mata atas alasan nak raya dan buka sekolah. Malulah sikit kalau macam tu, jangan sampai orang kata penjawat awam ni tak boleh hidup kalau tak dapat bonus.

Maaflah kalau tulisan saya ni ada menyindir sesiapa, bukan apa kekadang macam pelik juga. Pelik pasal yang bising-bising kalau tak ada bonus ni adalah orang yang pakai kereta boleh bayar mahal-mahal, beli rumah boleh mahal-mahal. Tapi lebih bergantung pada bonus untuk beraya.

07 Ogos 2011

Silap Merancang Kewangan, Hidup Dalam Kesusahan (Episod 3)

Lelaki tidur di pejabat ni bukan senang. Kekadang malu dengan bos dan rakan sepejabat dan jaga kat depan tu. Peristiwa paling memalukan bila dia terbangun lewat jam 7.00 pagi sedangkan masa tu kawan pejabat dah datang. Menggelabah dia kemas toto dan tak mandi dan gosok gigi hari tu sebab taknak melintas ke toilet. Masa tu dia tegur jaga tu, kenapa tak kejut dia. Tapi jaga buat selamba jer, lagi pun jaga tu bukan dibayar gaji untuk tugas kejut mengejut orang ni.

Oleh kerana gaji tinggal 200 sebulan, kemudian gaji naik sikit, adalah dalam 270 sebulan, bukanlah banyak sangat. Jadi dengan duit yang sebegitu, jadual untuk balik ke rumah kena kurangkan. Cemas dia dengan duit yang tinggal sedikit tu untuk budget setiap bulan. Maka dia balik ke rumah dia petang Jumaat dan balik ke tempat kerja Isnin pagi, iaitu seminggu sekali saja. 

Tapi bila dia buat begitu, dia rasa rindu teramat sangat terutama pada anak-anak. Lebih lagi malam-malam anak dia yang sulung dan nombor dua tu telefon, tanya abah dah makan ke belum. Sedih dan sayu seorang bapa bila anak tanya macam tu. Apa tak sayunya, abahnya cuma makan roti canai sekeping, beli bungkus 70 sen, air ada air tong miniral free kata pejabat. Itulah yang dia selalu makan. Lepas anak dia telefon, lagilah dia tak berapa boleh tidur, tapi terpaksa menahan rindu. Teringat pula si bapa, bagaimana anak kat rumah, makan apa entah.

Rindu Pada Isteri ?

Dalam keadaan macam ni, rindu pada isteri dah jatuh nombor dua. Nombor satu adalah pada anak-anak. Tapi dia sikit pun tak cerita pada isteri dia pasal ni. Takut isteri dia merajuk dan buat muka macam kura-kura. Macam tu susah mahu pujuk..... Tidur-tidur malam tu teringat juga kat isteri dia. Tapi kadang-kadang teringat juga kat janda satu pejabat yang kematian suami kemalangan tu, hehee. Kekadang malam-malam ada juga layan telefon dan sms dengan janda tu. Pulak tu suara dia sedap dan lunak macam suara Linda Onn, d.j radioterkenal tu, hehehe.

Isteri Redha Nampak...

Sekarang perbelanjaan di rumah hampir keseluruhannya isteri dia yang tanggung. Isteri faham yang suaminya gaji cuma tinggal 270 saja, itupun suami tunjuk slip gaji untuk dapatkan simpati si isteri. Tak apalah, isteri redha. Isteri dia baki gaji dalam 580 (lepas naik gaji) bukanlah banyak. Untuk belanja sebulan bukan senang. Yang sebetulnya dua minggu saja dah hampir nak habis. Maka biasanya dalam minggu terakhir atau istilah orang makan gaji 'bulan gelap', anak-anak makan goreng telur saja. Nak kata makan ikan sardin, sardin pun dah mahal sekarang.

Upah Jaga Anak Naik

Orang yang jaga anak dia dulu bayar 300 untuk dua orang anak kecil, seorang umur 3 tahun, seorang bayi lagi. Lepas tu pulak, yang jaga anak dia tu dah sarat mengandung, terpaksalah hentikan jaga anak cikgu tu. Maka dia kena cari orang lainlah pulak. Dapatlah orang baru jaga anak dia, isteri surirumah sepenuh masa, anak 4, suami kerja kilang. Okeylah tu, nampaknya orang ni boleh percaya jaga anak dia, rumah pun tak berapa jauh. Tapi bila ditanya bayaran untuk dua orang anak tu, diletaknya RM 400 pulak. Dalam hati cikgu tu, mahal ke bedir...

Tapi dalam hati, nak kata 400 tu mahal tak boleh pulak. Kawan dia satu sekolah pun dalam harga macam tu juga sekarang. Orang yang nak jaga anak dia tu letak 400 sebab dia tahu, mak bapak budak tu kerja hebat, gaji besar, kereta baru ada dua, rumah besar koner lot. Itu macam, takkanlah 400 kata mahal. Maka, jadilah hantar anak kat kakak tu walaupun terbeban dengan 400 tu. Itu belum duit nak beli susu, pampers, ubat, makan dan lain-lain. Nak buat macam mana, diam sajalah.

Bulan Puasa dan Hari Raya

Masa bulan puasa, bukan lagi jimat, lagi banyak duit dia keluar. Yer le, anak yang dua orang sudah mula belajar puasa. Masa petang ikut mak dia ke bazar Ramadhan nak beli itu ini. Sebagai seorang ibu, tak sanggup pula nak tolak kehendak anak dia, tak mahu kecewakan kesungguhan anak dia yang baru berpuasa. Si suami yang balik seminggu sekali pun beli sendiri kat bazar. Kalau awal bulan, gagah lagi beli yang mahal sikit. Bila dah masuk 'bulan gelap', pergi ambil bubur lambuk free saja nak berbuka. Sahur biasa makan kurma free dan air miniral free saja.

Baju raya anak-anak tak boleh tak ada. Paling kurang seorang anak dua pasang. Untuk mak dah ayah, tahun tu terpaksa mengalah, pakai baju yang dua tahun lepas yang masih elok lagi. Pergi beli baju budak ni bukan murah, malah lebih mahal dari baju orang tua. Lagi satu, kalau bawak budak ni pergi pasaraya, dia tengok pada cantik dan jenamanya pakaian tu, bukan tengok harga. Maka terpaksalah keluar duit, seorang anak dalam 150, empat orang anak 600.  

Bila Isteri Nak Pindah ?

Yer, suami dia kat Kluang, dia kat daerah tu. Kejam celik, dah nak masuk dua tahun bertahan. Tapi makin lama, makin tak boleh tahan. Bincang punya bincang, maka dapatlah kata putus walaupun tak putus-putus, bahawa isteri nak pindah lepas raya dan lepas cuti sekolah ni. Isteri dah minta borang kat kerani tapi sama ada nak hantar borang pada gurubesar atau tidak, itu masalahnya.

Masalahnya apa ? Masalah pertama dan paling besar adalah rumah barunya. Takkan nak tinggalkan rumah baru ? Rumah koner lot, aircond setiap bilik dan ruamg tamu ada, ubahsuai dah 3-4 kali. Orang tengok dia pun ada kelas. Nanti kalau pindah rumah sewa, mana mungkin dia ada kelas macam tu.

...BERSAMBUNG KE EPISOD 4 (belum ditulis)

Episod 1