Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

01 Ogos 2011

Kuarters Guru di Rompin Penuh, Menarik Perhatian Saya

Waktu saya di Rompin, saya jalan-jalan di pekan Rompin Lama di tepi laut. Menarik juga bila saya melihat bangunan kedai lama sudah banyak kosong disebabkan sudah wujud bandar baru di berhampiran jalan besar. Hanya beberapa kedai saja yang masih menjalankan perniagaan di situ. Sebenarnya dulu, di situlah bandar Rompin yang asal. Saya pernah pergi situ dalam tahun 80-an dan waktu itu di situlah dikira bandar sebelum ada bandar baru.

Kuarters Guru Penuh

Saya lalu di kuarter guru yang dibina di situ. Terkejut juga saya, kuarter itu penuh dan tiada satu pun yang kosong termasuk tingkat atas. Ini berbeza dengan lain-lain tempat dan daerah yang semakin kurang guru dan kakitangan duduk di kuarters seperti itu. Yang saya tahu kuarters  penuh adalah di Larkin, Johor Bahru. Yang lain tu, ada banyak yang kosong hingga lansung tiada penghuni pun ada.

Beli dan Sewa Rumah

Di tempat lain, bagi guru dan kakitangan awam pendidikan mereka lebih suka menyewa rumah lain dan tidak duduk kuarters dengan alasan potongan elaun rumah sepenuhnya dan dapat separuh elaun Cola. Tapi tidak bagi guru di Rompin nampaknya, mereka lebih berminat duduk di kuarters. Tahniah saya ucapkan.

Waktu saya di masjid Rompin, saya berbual dengan seorang yang baru saya kenali. Saya tanya tentang projek perumahan di sebelah masjid itu. Saya tanya berapa harga, dia kata seratus ribu lebih. Kemudian saya  tanya kalau rumah macam tu berapa sewa sebulan, dia kata di Rompin antara RM 400- RM 500. Saya tanya semula kenapa mahal sebab kalau di Kluang rumah  macam tu antara RM 200-400 saja. Dia kata di Rompin tak banyak rumah sebab itu rumah sewa mahal.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikom ustaz..
    adik saya yg tersayang adalah salah seorang guru yg menginap di kuarters tersebut. tingkat lima tu.. kesian..

    BalasPadam
  2. agak2 masih ada kosong tak?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.