Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

30 September 2009

KHALWAT DENGAN CINA

Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah khalwat dengan bukan Islam


KANGAR 30 Sept 2009: Pegawai imigresen,  31, yang dituduh berkhalwat dengan lelaki bukan Islam, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, pagi ini.

Tertuduh dikenakan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes akan dibicarakan pada 4 November ini.

Kes dikendalikan Ketua Hakim syarie, Osman Ibrahim, manakala pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Syarie, Ahmad Fikri Ibrahim.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa berkurung dengan Yeoh wei Meng, 35, ketika ditahan anggota Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) di sebuah bilik di Hotel Putra Palace, jam 5.30 pagi, 24 September lalu.

AYAM, ARNAB, PUYUH, LINTAH, KETAM, KELI, CACING


Saya nak cerita pasal pengalaman orang kita berusaha untuk berjaya dalam kerjaya untuk jadi usahawan. Kebanyakan orang Melayu tidak begitu tetap pendirian dalam berniaga, cepat putus ada dan suka menukar dan mencuba sesuatu yang baru.

 Sekarang nak ternak ayam kampung organik dan macam-macam lagi nama ayam kampung. Mudah-mudahan yang dah ceburi bisnes ini akan terus berjaya dan jangan buat sekerat jalan saja. Tapi sesiapa yang belum ceburi, jangan terus ceburi, kena buat kajian terperinci dahulu sebelum masuk ke dunia ini. Bukan saya nak patahkan semangat, tapi saya cerita dari pengalaman kawan-kawan saya yang dah lingkup.
Sebelum ini orang Melayu pernah bela arnab, katanya daging arnab ni bagus dan boleh dikomersialkan. Akhirnya bisnes ini merudum, orang tak berapa lalu makan arnab, ditambah pula banyak penyakit arnab seperti kurap, siapa nak makan arnab kurap.

Lepas tu bisnes burung puyuh, sekerat jalan, untung tak seberapa, telur puyuh pula banyak kolestrol, tidak baik untuk kesihatan.

Lepas tu tanam cendawan, separuh jalan, pasaran susah, orang semput dan lelah tak berapa boleh makan cendawan. Lepas tu masuk bisnes tanam sayur dalam bekas (kalau tak silap saya nama dia hidropony, lebih kurang gitulah bunyinya), yang duduk kondo pun boleh tanam. Kemudia hasilnya tak seberapa, dah agak-agak besar, sayur tu pulak layu tiba-tiba.
Lepas tu, orang ajak bisnes ternak lintah, katanya boleh untung ratusan ribu dalam masa 6 bulan. Ramai buat pinjaman termasuk pinjaman Tekun, majlis perasmian pula dipanggilnya YB untuk suntik semangat. Akhirnya lintah tak membiak, tak besar-besar dan banyak yang hilang.Banyak tempat, sekarang orang kita rugi dan meninggalkan hutang.
Ramai juga yang terpengaruh dengan ketam batu, kononnya boleh diternah dalam tangki air. Dah masuk akhbar dan tv pun, ramai yang kerugian puluhan ribu masuk perniagaan ini. Yang untung adalah syarikat yang buat kursus dan membekalkan peralatan.
.
Kawan saya ternak ikan keli dalam tangki, mula-mula bersemangat dan ajak saya join sama. Lepas tu, bila ikan dah besar, takde pasaran pulak. Yang peliknya dia sendiri tak makan ikan keli, kalau saya makan juga, tapi dia tak hantar pun kat rumah saya. Bisnes dia rugi lebih 20 ribu buat pinjaman bank.
Ada kawan saya bisnes ternak cacing, sampai dalam bilik dia pun dibela cacing. Dia tak sedar pada mulanya, tanah dan makanan cacing itu adalah tahi lembu. Maka bau taiklah bilik tidur dia. Lepas tu cacing mati satu persatu, akhirnya dia kasi makan ikan puyu kat rumah dia saja. Rugi habis.
Nasihat saya, kepada orang Melayu dan Islam, dalam berniaga kita perlu ada ilmu, bukan mudah ikut-ikut. Nabi Muhamad SAW adalah contoh perniaga yang berjaya. Wanita juga hebat berniaga, Siti Khadijah contoh  wanita yang berjaya. Semoga berjaya dalam perniagaan.

29 September 2009

UBAHSUAI :Awas Perangkap Penipuan di Pasaraya Besar.

Hari ini Mazidul cerita tajuk ubahsuai.... http://mazidulakmal.blogspot.com/. Saya juga hendak cerita ubahsuai, saya hampir terpedaya kerana ubahsuai ini.

.Semalam saya singgah membeli barang keperluan di salah sebuah pasaraya besar di Kulai, Johor. Saya tertarik dengan harga susu pekat manis jenama pasaraya berkenaan (sekarang ada barang yang guna nama jenama pararaya masing-masing). Harga satu tin susu RM 1.79 manakala di sebelahnya ada 6 tin susu yang yang sama dalam paket plastik meletakkan harga RM 9.99. Sebelum beli, saya kira 9.99 bahagi 6 bermakna RM 1.665 setin, saya fikir harganya murah.
.
Jadi saya ambil susu  bersalut plastik jernih yang saya kira harganya 9.99 saya ambil 3, bermakna saya dapat 18 tin susu. Saya mencongak anggaran yang saya perlu bayar adalah RM 30, tidak lebih dari itu. Selepas itu saya juga beli barang lain seperti minyak masak, gula, meehon dan sebagainya.
.
Waktu bayar, saya lihat harganya yang keluar bagi susu adalah RM 10.99 kali 3, jadi RM 32.97. Saya hairan kenapa lebih hampir RM 3. Saya bantah dan beritau juruwang,  harga yang saya lihat adalah RM 9.99, bukan 10.99. Kemudian datang seorang pekerja menjelaskan, harga RM 9.99 adalah harga setin-setin kali 6 tin, kalau yang sudah dalam salut plastik yang ada 6 tin, harganya RM 10.99. Bermakna kalau saya ambil yang tidak disalut sebanyak 18, baru saya dapat harga itu. Saya tak puashati dengan penjelasan itu dan saya kata saya akan buat bantahan kepada pihak berkuasa.

Kemudian dia terus menenangkan saya dengan mengambil sendiri 18 tin susu yang tidak bersalut dengan harga RM 9.99 kali 3. Dia sendiri yang angkat dengan troli untuk memujuk saya, ok saya setuju.
.
Persoalannya di sini, kenapa perlu letak harga RM 9.99 (betul-betul letak atas 6 tin susu yang bersalut plastik) kalau harga sebenar RM 10.99. Kedua, kenapa harga kalau beli satu tin susu lebih murah berbanding beli 6 tin. Kalau begitu lebih baik beli sikit, ingatkan beli satu paket lebih murah. Ketiga, takkanlah harga plastik jernih untuk menyalut 6 tin susu sampai RM 1, itu bukan mahal sangat, boleh dikoyakkan dengan tangan sahaja.
.
Saya tak tahu berapa ramai orang yang sudah tertipu dengan taktik ini kalau tidak lihat satu persatu harga waktu membayar. Dalam sehari, berapa ringgitkah hasil muslihat itu. Saya hampir terpedaya. Saya beli hingga 18 tin susu bertujuan untuk berjimat, mungkin sampai 1-2 bulan untuk buat teh tarik, tapi saya hampir tertipu.
.
Inilah dia sebahagian taktik pasaraya besar, pasaraya ini ada rangkaian seluruh dunia, pengusahanya orang luar. Sebelum ini di  sebuah pasaraya besar lain di Johor Bahru, saya tertarik dengan harga minuman Rebina RM 9.90, tapi masa nak bayar, saya terus beli 3 botol. Tapi masa bayar, keluar harga 12.90 beza 3 ringgit, kalau 3 botol sudah 9 ringgit. Bila saya bantah, dia kata itu harga semalam, hari ini sudah harga lain dan dia belum sempat tukar harga.
.
Untuk tenangkan saya, dia kasi juga harga RM 9.90, saya setuju. Persoalannya, sudah berapa ramai yang terpedaya, bukan semua orang perhatikan mesin waktu buat pembayaran. Lagi pun, kalau beli banyak barang, bukannya boleh ingat semua harga. AWAS, JANGAN TERPEDAYA

Isa Samad calon BN, PAS calonkan Zukefly

Tan Sri Isa Samad ( BN)  lawan Zulkefly (PAS)



PORT DICKSON: Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad dipilih sebagai calon Barisan Nasional bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, 11 Oktober ini.

Pengumuman nama Isa yang juga Ketua Bahagian Umno Teluk Kemang dibuat Timbalan Perdana Meneteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis jamuan Aidilfitri dan pengumuman calon BN di Batu 6, Jalan Pantai, di sini sebentar tadi.

Bahagian Umno Teluk Kemang pada peringkat awal hanya mencalonkan nama Mohd Isa untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu pada 11 Oktober ini. Bagaimanapun, selepas diminta pucuk pimpinan parti, dua lagi nama dikemukakan untuk dipertimbangkan sebagai calon BN. (Berita Harian).
.
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar diumumkan malam ini sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.
.

Pemilihan Zulkefly diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat penyelarasan DAP bagi pilihanraya kecil berkenaan dekat Port Dickson. (Malaysiakini)

SIMPAN JANGGUT PUN SALAH KE ?

Guru tidak dibenar simpan janggut


DUSHANBE 28 Sept. - Guru-guru yang berusia bawah 50 tahun di Tajikistan tidak lagi dibenarkan menyimpan janggut, namun dibenarkan untuk mengajar dengan memakai but hujan, menurut peraturan baru kerajaan yang dikeluarkan hari ini.
“Lelaki yang berusia lebih 50 tahun dibenarkan menyimpan janggut yang panjangnya tidak melebihi tiga sentimeter, manakala golongan muda pula mesti tampil kemas,” menurut salinan dekri kementerian pelajaran yang dilaporkan secara meluas oleh akhbar tempatan.
“Manakala untuk kasut, apa-apa sahaja kasut yang bertutup penuh adalah dibenarkan, termasuk kasut pelapis,” tambahnya.

Tajiskistan, sebuah negara miskin di Asia Tengah yang bersempadan dengan Afghanistan berkata, peraturan tersebut merupakan sebahagian daripada pembaharuan pendidikan yang bertembung dengan mentaliti dan cara hidup rakyat tempatan.


Mereka yang berjanggut panjang sering dicurigai oleh pihak kerajaan dan pernah mencetuskan perang saudara terhadap orang Islam pada tahun 1990-an, menyebabkan berpuluh-puluh ribu kematian selain menghancurkan ekonomi negara itu.

Kasut pelapis dan sepasang but kalis air yang diperbuat daripada getah sangat popular di kalangan petani di luar bandar dan dilihat sebagai keperluan yang mampu melindungi dari hujan yang sering melanda negara bergunung-ganang tersebut. - AFP (Utusan Malaysia 29 Sept 2009)

Ulasan:
Mula baca tajuk ini di Utusan Malaysia, terkejut juga, sekolah mana pulak tu yang buat peraturan macam tu. Tapi ini bukan di Malaysia, di negara bekas Soviet Union, negara bekas komunis. Negara ini sebenarnya mempunyai 95 peratus orang Islam daripada 7 juta penduduk. Malangnya isu seperti ini pun orang Islam tidak mendaulatkan perundangan Islam, mereka sepatutnya berusaha  mendaulatkan undang-undang ini.. Inilah akibatnya apabila berpuluh tahun dijajah dengan ideologi komunis, maka isu yang menyentuh umat Islam tidak dipandang berat. Negara Tajikistan sekarang sudah 15 tahun lebih merdeka dari kominis, perdana Menterinya juga Islam bernama Enamoli Rahman, orang Islam.
.
Pada saya, bukan soal janggut yang menjadi persoalan besar sangat, kalau nak cukur janggut  pun tak jadi masalah, nak simpan janggut pun tak apa. Cuma saya lihat, di negara seperti Tajikistan yang penduduknya 95 peratus Islam, janggut pun jadi halangan, bagaimana pula undang-undang Islam lain di negara berkenaan. Alhamdulillah di negara kita ada undang-undang Pentadbiran Islam yang mencakupi akidah, rumahtangga, zakat, pusaka dan sebagainya. Di negara berkenaan, adakah peraturan seperti ini ?
.
Undang-undang peraturan Islam di negara kita hendaklah dipertahankan dan jangan digadaikan. Kita perlu pertingkatkan lagi undang-undang ini dan setiap orng Islam harus berusaha ke arah itu. Tidak dinafikan ada isu-isu yang menjadi sedikit halangan berkaitan pelaksanaan undang-undang di negara kita, tetapi kita seharusnya menanganinya dengan baik, jangan kerana nyamuk kelambu dibakar.

KENE BELASAH SELEPAS BUAT SEKS

Remaja terlena selepas seks dibelasah abang teman wanita

GEMAS: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang terlena selepas dipercayai melakukan hubungan seks dengan pelajar perempuan berusia 14 tahun dalam bilik di rumah teman wanitanya itu, cedera dibelasah abang pasangannya, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi di Gugusan Felda Jelai dekat sini, remaja lelaki itu dipukul selepas ditemui tidur lena dalam keadaan bogel dan berpelukan dengan pelajar itu.
Pelajar berkenaan yang ditemani ahli keluarganya, kemudian membuat laporan polis sebelum remaja lelaki itu ditahan, kira-kira jam 8.30 pagi. (Berita Harian 29 Sept 2009)

28 September 2009

SELAMAT HARI LAHIR KEPADA PENGARAH JABATAN AGAMA JOHOR


Petang tadi saya hadir mesyuarat pengurusan di Johor Bahru, dipengerusikan oleh  pengarah, Haji Abdul Rahmad Jafar. Hari ini adalah hari lahir pengarah yang ke 57 tahun. Pada akhir mesyuarat, diadakan majlis ringkas pemotongan kek hari lahir.
SELAMAT HARI LAHIR




Broker tanah alim auta



HARIAN KOSMO HARI INI,
KUALA LUMPUR - Sekali imbas, lelaki itu mempunyai perwatakan yang alim iaitu berjanggut, petah berbicara dan menjalankan urusan perniagaan berasaskan sistem akad jual beli selaras dengan tuntutan agama Islam.Namun siapa sangka, di sebalik watak alim itu, dia yang menjalankan kerja sebagai broker tanah dipercayai telah melesapkan wang kira-kira RM1 juta dengan menipu hampir 60 pembeli tanah sejak dua tahun lalu.
Broker tersebut yang lebih dikenali sebagai Johari di kalangan mangsanya dipercayai sangat licik memperdaya individu yang ingin membeli tanah yang dijual secara lot di dua lokasi berasingan di Hulu Langat dekat sini.Lokasi yang dimaksudkan ialah 20 lot tanah di Sungai Gabai dan 40 lot tanah di Sungai Mampir.
Seorang mangsa, Jamal (bukan nama sebenar), 52, memberitahu, beliau sendiri tidak menyangka telah ditipu kerana watak Johari yang baik meyakinkan beliau untuk berurusan dengan lelaki berkenaan.

Ulasan saya:
Apabila saya baca berita ini dalam Harian Kosmo, saya tidak hairan apabila orang mengaku alim atau menonjolkan imej Islam tetapi berniat untuk menipu seseorang. Ramai orang boleh terpengaruh apabila didatangi seseorang yang bersongkok dengan sedikit janggut dan bercakap gaya ustaz. Kalau orang ini datang dengan niat baik, tak apa. Tapi mereka menggunakan imej Islam yang mulia ini untuk memperdayakan orang lain.
.
Sekitar tahun 2000 di Johor Bahru, ada sendikit skim cepat kaya (tapi dia tak mengatakan dia skim cepat kaya) aktif mencari pelanggan. Namanya Faza Amal Sdn Bhd, ada opis yang disewa di Larkin Perdana Johor Bahru. Orang yang mempromosikan skim ini mempunyai imej alim dan warak, memakai kupiah putih, ada janggut dan bercakap ala ustaz. Malah di opisnya itu ada surau, dipanggil orang ramai terutama ahli baru untuk baca yasin dan tahlil di situ.
.
Skim ini dengan melabur sejumlah wang akan dapat 2 kali ganda dalam masa sebulan, contohnya melabur RM1000 akan dapat RM2000 dalam masa sebulan. Ramai orang Melayu yang masuk, termasuk pegawai dan kakitangan kerajaan. Skim ini akhirnya runtuh tidak sampai setahun, ada beberapa orang yang didakwa di mahkamah. Yang kena dakwa adalah orang Melayu tempatan, tetapi orang atas yang berimej alim ini hilang entah ke mana setelah mendapat keuntungan besar dengan sendikit ini. Dipercayai orang-orang atas ini telah menghilangkan diri setelah untung jutaan ringgit.
.
Ada juga orang yang menjalankan sendikit memungut derma kononnya untuk membina masjid, surau, derma anak yatim dan sebagainya. Tidak semestinya derma-derma ini betul disalurkan kepada perkara berkenaan. Kebiasaannya mereka pungut derma untuk masjid bukan di negeri berkenaan, contohnya memungut derma di Johor kononnya untuk membina masjid di Kedah atau Kelantan dan sebagainya. Ada yang datang jumpa saya untuk mendapat sokongan memungut derma. Tapi saya bukan semudah itu untuk beri sokongan,  bimbang nanti surat sokongan saya dijaja ke ke mana-mana.
.
Beberapa tahun lalu, kawan sepejabat saya hampir terpengaruh dengan seorang yang berimej alim  yang memperkenalkan diri sebagai kontraktor kononnya untuk menolong sesama Islam. Kebetulan kawan saya ini sedang dalam proses untuk buat rumah  sendiri di kampungnya. Lelaki ini menawarkan untuk membekalkan barangan lebih murah dari harga pasaran seperti batu bata, mozek, kayu dan atap dengan harga jauh lebih murah dari harga pasaran. Tanpa diduga, lelaki terus menghadiahkan  satu lori kecil bapu pada waktu itu juga untuk meyakinkan kawan saya ini. Kemudian dia  menawarkan untuk membeli barangan lain pula dengan kos puluhan ribu dan kawan saya pada mulanya setuju.
.
Alhamdulillah, kawan saya ini tidak mudah percaya kerana sangat sangsi dengan harga yang sebegini murah. Akhirnya dia berjaya mengesan penipuan lelaki ini selepas diberitahu oleh seorang lelaki yang menasihatinya supaya jangan mudah tertipu. Rupanya lelaki yang datang ini adalah mangsa penipuan oleh orang yang sama dengan taktik licik yang hampir sama. Laporan pun dibuat dan lelaki ini ditahan di lokap, kawan saya juga membantu siasatan kes ini. Orang seperti ini seolah-olah tidak kisah ditangkap atau dilokapkan kerana dia sudah membuat persediaan untuk itu semua. Wang penipuan pun tidak dapat dikembalikan semula. Mungkin dia rasa tiada masalah kalau tidur di dalam lokap kerana hasilnya lumayan dan boleh hidup mewah selepas keluar lokap.

. Jadi, nasihat saya berhati-hati terhadap seseorang yang menawarkan pelaburan, gores dan menang, skim cepat kaya, jualan lansung yang meragukan, saham, pembelian hartanah atau kenderaan dan lain-lain. Tidak kiralah orang itu berwajah alim, berpakaian warak dan berimej ustaz. Menyesal kemudian tiada gunanya.



27 September 2009

HOTEL 5 BINTANG, GAY DAN LESBIAN


Terima kasih Mazidul Akmal yang ulas tulisan saya yg terdahulu bertajuk  PELACUR CALL GIRL.

Mazidul Akmal Sidik berkata...

Assalamualaikum ...
Saya diajukan persoalan sama pelbagai pihak. Mengapa Jabatan Agama kelihatan tidak berani mengadakan serbuan kes khalwat di hotel 5 bintang?
Serbuan asyik dilakukan di hotel murah, rumah tumpangan ataupun menahan pelacur jalanan. Jika alasannya, berikutan tiada aduan, saya tidak fikir setiap operasi dilaksanakan Jabatan Agama didorong aduan orang ramai.Mungkin Ustaz boleh jelaskan.
Satu lagi, Jabatan Agama kerap menahan pasangan lelaki dan perempuan berkhalwat. Bagus. Tetapi pada masa sama, apa pula tindakan dilaksanakan keatas pasangan gay atau lesbian? Kita sibuk mengaitkan perlakuan songsang gay dengan amalan kaum Nabi Luth a.s tetapi setakat omong kosong, itu hemat saya. Pernahkah melalui pengalaman Ustaz mendengar kes pasangan gay atau lesbian diberkas penguatkuasa Jabatan Agama?
Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak, sekadar bertanya sahaja.

ulasan saya:
Tidak kira kes berlaku di mana-mana pun, hotel 5 bintang atau tidak ada bintang, rumah, rumah kedai, dalam kereta, tempat awam dan sebagainya. Apa yang  penting adalah ketepatan aduan tersebut. Yang banyak beri aduan adalah hotel murah, maka hotel murah yang banyak diperiksa, kalau ada aduan di hotel 5 bintang, tindakan akan diambil juga. Pengalaman saya sudah berkali-kali periksa hotel 5 bintang di Johor, hasilnya telah menagkap ramai orang Islam termasuk VVIP, yang ada gelaran, ada pingat dan sebagainya, kita tidak  kira siapa atau apa jawatannya.
.
Di Kluang juga baru-baru ini penguatkuasa tangkap orang tertentu di hotel mewah juga, bukan hotel murahan. Di Johor tidak ada masalah berkenaan hotel 5 bintang, negeri lain saya tak tahu. Kalau hendak mangadu, boleh telefon talian bebas tol Johor 1800 88 3072. Aduan boleh dibuat secara telefon, bertulis atau datang bertemu penguatkuasa. Kalau tidak ada aduan pun penguatkuasa masih boleh bertindak.
.
Walaupun tanpa aduan, penguatkuasa masih boleh bertindak berdasarkan F.I.R (first information report), iaitu apa sahaja asas yang menyebabkan penguatkuasa bertindak.Contohnya laporan akhbar cerita tentang sesuatu kes, berita tv, atau penguatkuasa dengar cerita-cerita dari pihak lain di tempat awam, atau penguatkuasa buat pemerhatian atau buat rondaan dan lain-lain. Dahulu sewaktu saya menyiasat ajaran sesat Ayah Pin di Johor, saya dapat FIR waktu saya turun memancing bersama orang asli. Saya dengar perbualan sesama mereka, maka saya jadikan itu sebagai sumber penting dalam risikan saya. Saya juga dapat video, buku, nota yang saya jadikan FIR dalam siasatan kes Ayah Pin.(kalau kita hendak tunggu orang asli buat laporan, belum tentu dia hendak tampil) Alhamdulillah ajaran Ayah Pin berjaya disekat di Johor sekitar tahun 2003-2004.
.
Kalau kes gay dan lesbian, di Johor bawah seksyen 25 iaitu liwat dan seksyen 26 iaitu musahaqah, boleh didenda sehingga RM 5000 atau 3 tahun penjara atau 6 kali sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman ini.
.
Yang menjadi persoalannya berkenaan gay ini adalah apa perbuatan yang dilakukan. Kalau jelas membuat perbuatan liwat, maka senang penguatkuasa bertindak. Kalau buat liwat ini berdua, suka sama suka, sudah tentu tidak ada orang yang akan mengadu. Ini beza dengan kes khalwat, kalau ada lelaki dan wanita bukan mahram saja dalam bilik, senang disabitkan khalwat. Tapi kalau periksa bilik, ada 2 lelaki, itu saja tak boleh disabitkan liwat, penguatkuasa tidak dapat melihat dengan jelas. Waktu pintu diketuk, kalau betul ada liwat sebelum itu, mesti dia menghentikan kerja liwat apabila pintu diketuk.
.
Kalau gay yang dimaksudkan sebagai pertemuan di hotel atau kelab, kita kena lihat apa kesalahannya. Mungkin boleh disabit seksyen 29 Perbuatan Tidak Sopan di Tempat awam. Mereka mungkin bercumbuan, aksi lucah dan sebagainya.Bagaimanapun, pendakwa Syarie sahaja yang boleh menentukan kesalahan ini boleh dituduh atau tidak, berdasarkan fakta kes. (waktu saya jadi pendakwa syarie dahulu, ada beberapa kes yang saya  tidak setuju untuk didakwa kerana beberapa kekurangan. Pendakwa perlu berpuashati sebelum bersetuju membawa kes). Kes lain kalau berlaku dalam majlis itu adalah seperti minum arak dan sebagainya juga boleh diambil tindakan.
.
Begitu juga dengan lesbian, aduan perlu ada. Aduan itu juga perlu tepat dan berasas. Berdasarkan aduan, penguatkuasa boleh buat siasatan seterusnya serbuan kalau berpuashati. Dalam apa-apa kes, penguatkuasa mesti mengetahui apa kesalahan yang belaku sebenarnya, bukan hanya kerena gay dan lesbian tindakan boleh diambil. Belum tentu....
.
Selain dari tindakan penguatkuasaan, perkara yang sangat penting adalah pendidikan dan kesedaran orang Islam sendiri. Institusi keluarga perlu dimantapkan terlebih dahulu, kemudian barulah masyarakat Islam akan terdidik, seterusnya mereka akan meninggalkan perbuatan terkutuk ini.


PELACUR 'CALL GIRL'


Metro Ahad hari ini, cerita tentang taktik baru pelacur.

Bimbang dicekup di spa eksklusif atau pusat pelacuran, lelaki kemaruk seks kini cenderung menjadikan rumah yang didiami mereka sebagai pusat operasi untuk melampiaskan nafsu.

Modus operandi golongan terbabit mudah kerana mereka hanya perlu membuat satu panggilan telefon bagi membolehkan mereka menyewa lambakan ‘call girl’ yang diiklankan, sama ada menerusi laman web atau e-mel.
Aktiviti maksiat itu didedahkan seorang lelaki yang mendakwa beberapa kali berbuat demikian, malah mengakui ramai lagi lelaki, termasuk rakan, mengikut jejak langkahnya.
(Metro27Sept09)


Ulasan Saya:
Ada juga yang seakan tidak percaya bila baca cerita di metro hari ini. Ramai yang percaya, tapi ada juga yang kata metro mengada-adakan cerita.Tapi bagi saya yang sudah ada pengalaman yang lama dalam penguatkuasaan dan pendakwaan kes-kes jenayah syariah di Johor, cerita ini tidak menghairankan dan tidak dinafikan kewujudannya.
.
Satu kes yang saya tempohi di Johor Bahru beberapa tahun dahulu, ada orang Islam yang menjadi pelacur melalui telefon untuk mendapatkan pelanggan. Perbuatan ini berlaku sama ada diuruskan oleh wanita itu sendiri atau orang tengah yang lebih dikenali sebagai 'mumy'. Wanita yang pernah saya tangkap terlibat dalam sendikit ini termasuklah pelajar kolej dan universiti untuk mendapatkan wang tambahan.
.
Seorang kawan saya yanag menjadi  pemberi maklumat, menceritakan kepada saya, dia pernah beberapa kali mengambil wanita dari satu tempat untuk dihantar ke sesuatu kawasan sama ada rumaha atau hotel. Malah, wanita berkenaan tidak segan silu mengaku melalukan kerja sampingan ini kepada pemandu teksi seterusnya memberikan nombor telefon. Wanita ini juga seolah-olah mahu pemandu teksi ini mempromosikan kerja terkutuk ini kepada orang lain. Perlu diingat, jangan ingat pemandu-pemandu teksi mudah terpengaruh dalam perkara sebegini.
.
Ada beberapa tangkapan di rumah dan hotel di Johor juga melibatkan pelacuran secara 'call girl' ini. Pada mulanya mereka  sama ada lelaki atau perempuan tidak mengaku terlibat dalam pelacuran ini. Tetapi apabila soal siasat (setiap tangkapan akan dijalankan soal siasat), akhirnya menampakkan antara pasangan tersebut tidak mengenali pasangannya. Akhirnya, mereka mengaku baru saja kenal tetapi boleh dipanggil ke rumah atau hotel dengan sekali panggilan telefon. Malah saya ada membaca sms (mereka tidak sempat delate sms)di dalam telefon sewaktu proses pujuk memujuk dan tawar menawar tersebut, termasuk bayaran tertentu setelah dipersetujui bersama. Saya ada membaca sms mengenai perbualan mereka bimbang kalau lokasi yang dipilih tidak selamat dan mudah dihidu oleh penguatkuasa. Memang betul, lokasi yang dipilih dianggap paling semalat tetapi berjaya juga dikesan penguatkuasa. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
.
 Ada satu kes, bapanya tidak puashati dan menyerang saya dengan kata-kata kesat selepas anak perempuannya seorang pelajar kolej ditangkap. Bapa ini menuduh saya bertindak melulu menagkap anaknya sedangkan dia baru beberapa saat masuk di dalam rumah lelaki itu. Penguatkuasa dituduh membuat perangkap khas untuk memalukan wanita ini dan keluarganya. Amboi.. teruknya gambaran yang diberikan kepada penguatkuasa waktu itu. Orang yang tidak memahami kerjaya sebagai penguatkuasa Jabatan Agama memang mudah membuat tuduhan sebegitu. Bapa ini lebih percaya kepada kata-kata anaknya, anaknya pula tidak akan mengaku salah kepada ibubapa. Apatah lagi dia pelajar kolej, ibubapa bangga dia masuk kolej, pakaian bertudung serta bersopan dengan ibubapa. Ayannya tidak tahu, anaknya tinggal di rumah bujang, ayahnya di kampung, semua laporan yang diberikan oleh anak, dia percaya. Kes ini dibawa ke mahkamah dan anaknya mengaku salah dan dihukum
.
Dalam ceramah-ceramah saya, saya selalu buat contoh kisah-kisah benar yang saya lalui, termasuk dalam kes pelacuran ini. Saya selalu juga menasihati ibubapa termasuk diri saya sendiri, supaya selalulah buat pemeriksaan mengejut pada anak-anak sama ada di asrama atau rumah sewa. Tidak mustahil anak kita tidak ada di asrama atau rumah sewa, sebaliknya tidur di tempat lain. Perlu diingat, kebanyakan kes yang berlaku di Johor Bahru, melibatkan anak-anak yang tidak tinggal dengan i bubapa sama ada bekerja atau belajar.
.
Sebagai ibubapa, kita yang mencorakkan diri anak-anak kita. Suatu hari anak kita akan jauh dari kita sama ada belajar atau bekerja, mereka tidak akan selamanya tinggal sebumbung dengan kita. Kalau serumah lebih senang kita pantau. Jadi sebagai persediaan, berikan pendidikan agama yang cukup pada anak-anak sejak kecil lagi, ibubapa perlu mainkan peranan sebagai pendidik, bukan tugas guru di sekolah semata-mata. Sekiranya anak kita mempunyai kekuatan iman, apabila dia tinggal di bandar seperti Kuala Lumpur atau Johor Bahru, mereka boleh terhindar dari perbuatan terkutuk seperti ini. Allah Taala beri jaminan, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan munkar, solat jangan diabaikan.Insyaallah Allah menjadi pelindung diri kita dan anak-anak.


26 September 2009

DULU SAYA PAKAI CERMIN MATA , SEKARANG TIDAK



Tahun 1995 dahulu, mata saya dah mula rabun. Pergi periksa berkomputer, saya kena pakai cermin mata, power 250 lebih. Buat cermin mata waktu itu RM 380, itu pun pakai bingkai murah saja. Mula saya rasa rimas pakai cermin mata, aktiviti lasak saya seperti latihan tentera dan sukan ping pong semakin terbatas sikit.
.
Saya teringat ubat Qurataaini yang katanya boleh kurangkan power cermin mata, hingga orang yang dah pakai pun bole tak pakai semula. Saya pun beli ubat tu di Temerloh, waktu itu ubat itu baru saja popular di Temerloh, serupa juga orang Sri Medan  yang kenal minyak Dakam.
.
Saya ke rumah Ustaz Fairuz di Kampung Lebak Temerloh dan berjumpa dengannya. Dia cadangkan saya pakai ubat itu yang berharga RM 12, dia kasi diskaun RM 10 sebab saya baru nak cuba ubat itu. Selepas beberapa minggu, kesannya cukup nampak. Saya sudah mula tidak pakai cermin mata. Sejak dari itu saya tidak pakai lagi cermin mata, malah sehingga sekarang satu tak tahu di mana saya simpan cermin mata yang saya beli RM 380 dahulu.Menurut nasihat Ustaz Fairuz itu, mata saya mungkin ada selaput yang menutupi. Ini biasa berlaku sama ada disebabkan kencing manis atau kolestrol atau lemak atau resdung. Ada juga yang tidak perlu pembedahan mata selepas menggunakan ubat ini.
.
Sekarang pusat pengedaran ubat sudah pindah ke Kuantan dengan kedainya di MPK Kuantan. Saya singgah di Kuantan dalam perjalanan ke Terengganu. Sempat saya beli ubat 2 botol yang berharga RM 12.90, untuk kegunaan setahun. Pengedar ubat ini ada di seluruh Malaysia dan ada dijual di kedai-kedai jamu.
.
Anda percaya atau tidak, 14 tahun lalu pakai cermin mata, sekarang tidak lagi. Mungkin ramai yang takut mencuba kerana mata ini satu organ yang sensitif dan orang kita takut mencuba, tapi saya telah buktikan. Ubat ini ada beberapa harga, untuk kegunaan biasa RM 4.50 dan RM 7.20 saja untuk kegenaan cuci mata, yang ada masalah power macam saya dulu RM 12.90, yang power lebih 500 ke atas disyorkan harga RM 52.00 yang power lebih 700 harganya RM 178.20, power 1000 ke atas harganya RM 488.

Pengalaman saya, ubat ini ada pedih sikit tetapi untuk tidak pedih, pejamkan mata dalam 20 saat sebelum buka. Ubat ini tidak bahaya kalau pakai banyak kali, malah lebih baik. Seperkara lagi, kalau power cermin mata sudah turun, boleh berhenti  pakai ubat ini. Saya cuma menggunakan setahun dalam beberapa hari saja.
.
Ada ramai orang yang dulunya pakai cermin mata tapi sekarang tidak lagi selepas guna ubat ini. Saya tidak ada kepentingan dalam bisnes ubat ini, cuma saya nak beritahu ubat ini bagus. Sekarang sudah dapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Kalau nak tahu lanjut tentang ubat ini sila lawat http://www.qurrotaaini.com.my/  ,
boleh juga tengok video
 http://www.youtube.com/watch?v=_VBKW5FtAnY&feature=player_embedded .
selamat mencuba, insyaallah berkesan.


Kedai di MPK Kuantan yg saya pergi baru-baru ini

SAYA BUAT KOMEN TERHADAP MAZIDUL AKMAL: PENGACARA TERKENAL TV3



Dalam blog Mazidulakmal TV3  http://mazidulakmal.blogspot.com/ , dia mengulas topik bertajuk 'Untung Lelaki Cina'....


Pasti ramai pembaca akhbar Harian Metro semalam terkejut membaca paparan muka hadapan bertajuk ‘Kejutan gila hari jadi’.

Di Kangar, Perlis, wanita menyambut ulangtahun hari kelahiran ke-31 bersama lelaki Cina di hotel murah diberkas 4 penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perlis pada jam 5.30 pagi. Pegawai Imigresen, ibu dua anak berusia 2 dan 6 tahun itu dilapor memberi alasan kononnya dia dan pasangannya mengadakan perbincangan berhubung perniagaan. Lelaki Cina beruntung, dia dibebaskan kerana bukan berugama Islam.
.
Kemudian Mazidul minta pandangan orang ramai....Apakah tindakan wajar suami dalam kes terbabit?


(a) Menampar dan menyepak isteri berulangkali.
(b) Menceraikan isteri dengan talak tiga.
(c) Berbincang secara baik untuk menyelesaikan masalah timbul
(d) Menerima isteri kembali dengan permohonan maaf.
(e) Tiada satu daripada jawaban di atas ( sila catatkan dalam bentuk subjektif)

  .Saya mengulas di blog saya  memandangkan komen di blog Mazidul perlukan komen yang ringkas saja. Dalam kes ini, kenapa perlu suami menampar atau memukul isteri. Memang betul isteri itu sudah bersalah, kesalahannya itu bakal dihukum di Mahkamah Syariah. Kalau suami bertindak sendirian, boleh dikira kesalahan jenayah di bawah Kanun Kesiksaan, walaupun memukul isteri sendiri. Lebih buruk lagi, kalau tamparan dan pukulan suami itu mendatangkan kecederaan seperti lebam, patah, berparut atau berdarah. Wanita itu perlu segera buat laporan ke balai polis dan membuat pemeriksaan kesihatan (sebaiknya 2 orang doktor).
.
 Kalau polis berpuashati dengan seriusnya kecederaan itu, kes itu boleh mengheret suami ke makhamah untuk didakwa. Sekiranya kes itu tidak diambil tindakan oleh pihak polis, wanita itu tidak perlu marah-marah pada polis, atau menuduh polis menyebelahi suami. Sebaliknya, simpan laporan polis itu, mungkin laporan itu akan berharga suatu masa nanti.
.
Satu hari nanti,mungkin ada keperluan untuk membawa kes ke mahkamah sama ada memohon cerai secara fasakh, tuntutan nafkah, penjagaan anak dan sebagainya, laporan polis dan kesihatan itu boleh digunapakai. Tapi dalam kes ini harus diingat,suami boleh menggunakan kes tangkapan khalwat isterinya sebagai satu perkara yang mempunya nilai yang tinggi yang boleh diterima oleh mahkamah.
.
Kedua, ceraikan talak tiga ? Soal talak bukan perkara yang main-main atau boleh dipersendakan. Ceraikan isteri adalah hak suami, itulah hukum dalam syariat Islam. Jangan menyalahgunakan kuasa ini,, cerai adalah perkara yang diharuskan tapi adalah perkara yang sangat tidak disukai oleh Allah Taala. Kalau cerai talak tiga lagi timbul masalah, sudah tidak boleh rujuk semula, suami sudah hilang hak ke atas isteri. Kalau nak nikah semula, kena tunggu isteri kahwin dengan lelaki lain, selepas itu hendaklah bersetubuh dengan suami barunya. Selepas bercerai, barulah boleh berkahwin semula dengan bekas suaminya. Tapi banyak kes juga suami isteri itu tidak mahu bercerai, apatah lagi dapat suami lebih muda dari suami pertama tadi. Jadilah lelaki tadi gila talak.
.
Memang betul, isteri yang tertangkap khalwat dengan lelaki lain boleh dikira nusyuz (derhaka) tetapi carilah penyelesaian lain selain bercerai. Bagaimanapun, kalau sudah mengambil keputusan bercerai, jangan ceraikan terus di rumah. Lelaki ini  boleh dituduh di Mahkamah Syariah kerane melafazkan cerai di luar mahkamah tanpa kebenaran mahkamah. Dendanya sehingga RM 1000 atau 6 bulan penjara atau keduanya sekali. Tak pasal-pasal boleh merengkuk ke penjara pulak. Jadi kalau betul mahu bercerai, sila ke pejabat Agama, kalau di Kluang boleh jumpa saya.
.
Ketiga, berbincang dengan cara baik untuk selesai masalah.. Saya amat setuju cara sebegini. Tapi sebaiknya ada pihak ketiga yang mendengar perbincangan ini, pada permulaan di kalangan keluarga yang dihormati contohnya ibu, bapa perempuan, ibu, bapa lelaki atau abang dan kakak. Boleh juga di kalangan orang kampung yang dihormati seperti ketua kampung,  penghulu atau orang lain yang dianggap boleh menjadi orang tengah. Kalau tidak ada orang-orang seperti ini, boleh datang ke pejabat Agama, setiap daerah ada pejabat agama.
.
Ada satu kes di Muar tahun 2002 dulu, seorang isteri di tangkap khalwat dengan seorang lelaki di sebuah rumah. Selepas itu, isteri itu benar-benar insaf dan meminta maaf kepada suaminya. pada peringkat awal, abang kepada suami ini bertegas supaya suami ini menceraikan isterinya segera dengan talak satu. Abangnya mencadangkan supaya rujuk semula selepas bercerai untuk memberi pengajaran kepada suaminya.
.
Saya menjadi penasihat kepada suami ini, bahawa sebagai suami perlu banyak bersabar, memang perkara yang telah terjadi ini tidak mahu kita tempohi, tapi telah berlaku. Inilah qada' dan qadar yang termasuk dalam rukun iman yang keenam. Kalau isteri sudah bertaubat, Allah Taala sentiasa menerima taubat hambanya, tapi kenapa kita sebagai manusia tidak mahu menerimanya. Akhirnya suami boleh menerima isterinya kembali, isterinya yang sudah insaf dan memutuskan hubungan dengan lelaki tadi. Alhamdulillah, rumahtangga suami isteri ini kekal hingga sekarang.

RAHSIA WANITA TERBONGKAR

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Kehidupan mewah seorang wanita berusia 33 tahun dengan memiliki sebuah kereta jenis Nissan Fairlady Z terbongkar apabila dia ditahan polis kerana didapati mengedar dadah.

Suspek ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Petaling di sini, kira-kira pukul 9.40 malam Selasa lalu.

Hasil pemeriksaan polis menemui dua bungkus ketamin seberat 1.1 kilogram, 50 gram syabu dan 30 biji pil Eramin 5 bernilai kira-kira RM25,000 dalam dua bekas makanan yang dibawanya.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, selain mengedar dadah, suspek turut memiliki sebuah kedai minuman di Puchong. (Utusan Malaysia)

24 September 2009

CELCOM TERGENDALA TERUK : BAGAIMANA SIKAP PENGGUNA ?

Talian celcom hari ini (24 Sept 09)tengendala teruk di bebarapa negeri (tadi saya dalam perjalanan dari Terengganu ke Kluang, melalui 3 negari iaitu Terengganu, Pahang dan Johor). Saya perasan dalam jam 12.30 tengahari, sehingga jam 8 malam masih belum elok di Kluang. Bilakah talian ini akan pulih seperti sedia kala?..... Jam 8 malam saya menggunakan talian maxis untuk menghubungi adik saya di Johor Bahru yang menggunakan celcom tetapi gagal. Rupanya Johor Bahru juga celcom tidak elok.
.
Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana Celcom di bawah Telekom Malaysia sepatutnya mempunyai kepakaran yang tinggi dalam mengendalikan telefon selular. Gangguan seperti ini amat menyusahkan pengguna. Apakah sebenarnya punca kejadian ini, sepatutnya dijelaskan kepada pengguna... Mungkin juga juruteranya sedang bercuti raya dan berbagai lagi teka teki dikalanggan pengguna.
.
 Celcom sepatutnya bertanggjawab untuk memulihkan semula keyakinan pengguna, sama ada memberikan diskaun kepada pelanggan pasca bayar yang membayar sewa bulanan atau menambah bilangana masa berbual kepada pengguna. Atau tindakan lain yang mengembirakan pengguna.Bayangkan berapa ratus ribu malah berjuta pengguna lain yang merasa kerugian kerana masalah ini.
.
Kalau celcom selalu menghadapi masalah seperti ini, ramai yang mungkin akan beralih kepada talian lain. Ingat...celcom bukan syarikat monopoli kepada talian mudah alih. Kita ada Maxis, Digi dan UMobile....Sekarang, kita masih boleh mengekalkan nombor lama 019 kita kalau kita berpindah ke maxis dan Digi. Anda bagaimana, masih ada keyakinan kepada celcom lagi ? ..SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

22 September 2009

Bagaimana Cara Buat Teh Tarik Yang Betul ?


Sebelum cerita cara buat teh, nak cerita dulu kisah benar......
Ada satu kedai di  Johor Bahru, makanannya sedap tapi tehnya tidak menjadi. Saya lihat pelanggannya pada sebelah pagi tidak begitu ramai. Saya pun jarang ke situ sebab tehnya tak sedap, saya minum teh O saja di kedai itu.
Suatu hari (kira-kira 2 tahun lalu) saya berbual dengan tauke kedai itu tentang cara-cara buat teh tarik yang betul. Sebelum tu, saya puji masakannya yang sedap tetapi saya tanya soalan, kenapa pelanggannya tak ramai seperti restoran mamak di sana.... Saya kata sebab teh dia tidak sesedap teh mamak.

Saya kata, ramai orang yang setiap pagi akan cari teh yang baik dahulu sebelum ambil kira masakan sedap atau tidak. Terus saya ajar dia cara-cara buat teh satu persatu. Tapi dia nampaknya macam tidak puashati dengan teguran saya, saya tak berapa kisah. Mungkin dia berkecil hati. ....Tapi saya fikir, teguran saya ikhlas, suatu hari dia mesti terfikir apa yang saya cakapkan ini.
Tak lama selepas itu (lebih kurang 2 bulan), saya datang ke kedai itu,saya minta teh O, tapi dia tanya saya, kenapa tak minum teh tarik ? Mulanya saya terdiam....Dia kata, ada pekerja baru yang buat air, dulunya pekerja ini bekerja di sebuah warung di Kuala Lumpur.

Saya terus minta teh tarik, sekadar nak cuba dan menyedapkan hatinya. Bila minum, rasa memang sedap. Sejak itu,kedai makannya ramai pelanggan, saya percaya,  antara faktornya adalah teh tarik sedap di samping makanannya.

Apa Pengajarannya ?
Pertama jangan perlekehkan komen pelanggan macam saya. Kedua, seseorang tauke jangan rasa dia sudah sempurna, mungkin banyak kekurangan. Memang betul, dia dah lama dalam dunia perniagaan warung dan kedai makan tetapi tak semestinya dia memenuhi citarasa pelanggan.

Ramai orang Melayu marah kalau kedai mamak yang ramai pelanggan (tak percaya, sila pergi ke restoran Osman di hadapan petronas Bandar Baru Uda atau di belakang Maidin Bandar Baru Uda). Nak kata kedai mamak makanannya sedap, tidak juga tapi teh dia berjaya menarik pelanggan. Ok, hari ini saya buka rahsia buat teh tarik......

BAHAN-BAHAN:
1. Serbuk Teh Tarik Boh. Jangan tersilap beli teh Boh yang tidak ada tulis teh tarik, itu salah, itu sesuai untuk buat teh O saja.
2. Tapis yang diperbuat dari kain putih untuk merendam teh.
3. Pastikan guna air panas yang sedang mendidih. Tidak boleh guna air suam atau air yang tak terlalu panas.
4. Susu pekat manis, sebaiknya jenama cap Teko atau F&N sahaja. Guna susu lain pun boleh tetapi kurang  enak, kalau di rumah, susu lain pun boleh. Disyorkan pada peniaga kedai makan, gunakan susu cap Teko atau F&N kalau untuk buat teh tarik. Kalau untuk buat milo atau kopi boleh guna susu jenama lain yang lebih murah.
4. Sudu teh (sudu kecil).

CARA BUAT:
Ambil satu sudu teh serbuk teh. Rendam dalam tapis dan diletakkan di dalam cawan (kalau nak minum ramai, gunakan teko). Rendam lebih kurang seminit, pastikan air menjadi hitam. Selepas itu, angkat tapis. Selepas itu, letak susu 3-4 sudu kecil.

Pastikan rasanya tidak terlalu manis dan tak terlalu tawar. Kacau dan tarik dengan menggunakan satu lagi cawan (kalau boleh cawan yang satu lagi lebih besar). 2-3 kali tarik sahaja dan siap untuk diminum... Emmmmpp......... pasti sedap rasanya.

Perhatian dan Pantang Larang
1. Jangan minum teh tarik kalau ke  kedai tomyam yang peniaganya orang Siam, biasa teh tak sedap. Kalau pegi, minum teh O saja.
2. Teh tarik sedap di kebanyakan kedai mamak, tapi bukan semua kedai mamak tehnya sedap. Kalau anda tinggal di sekitar Bandar Baru Uda, sila ke kedai mamak di Jalan Persiaran Tanjong Bukit Alif, belakang Shell. Teh tariknya sedap.
3. Ada banyak juga warung Melayu yang teh tariknya sedap, anda kena biasakan mencuba dahulu, baru tahu.
4. Kalau anda tidak biasa pergi ke sesuatu kedai, jangan terlalu cepat minta teh tarik. Seeloknya tengok orang lain yang minum teh tarik. Tengok gelas orang itu, kalau tehnya cair saja atau terlebih susu, jangan minum teh di situ.
5. Teh tarik yang dibuat mengikut kaedah yang betul, tidak akan menyebabkan kita sakit perut kalau minum.
6  Jangan letak air suam atau air sejuk. Kalau tak suka minum panas, pun kena guna air panas juga, kemudian sejukkan.
7. Ada orang kata, banyak minum teh tarik boleh menyebabkan kita kena sakit kencing manis. Saya rasa ini tidak betul, saya mesti minum teh tarik setiap pagi. Kadang-kadang dalam sehari sehingga 3 gelas teh tarik kalau dikira dengan sebelah petang dan malam. Minggu lepas saya periksa kandungan gula saya pada paras yang normal (5.5).
8. Satu perkara yang perlu diingat, minum teh tarik setiap hari boleh menggemukkan. Kalau boleh, minum pada sebelah  pagi saja satu gelas.
9. Seeloknya buat sendiri teh tarik di rumah. Sekilo serbuk teh tarik Boh harganya RM 12.00, boleh tahan lebih 6 bulan seperti di rumah saya. SELAMAT MENCUBA

Rumah Terbakar Menjelang Raya


Kejadian berlaku di Kg. Sebatu, Merlimau, Melaka tak jauh dgn sempadan Muar

20 September 2009

JIMAT CERMAT : MENJAGA KERETA

Ramai orang tanya saya bagaimana nak berjimat, ok mula-mula saya cerita pasal kereta, lain kali bab lain seperti rumah, pelaburan, insuran, makanan dan lain-lain.Sekarang kereta bukan  lagi barangan mewah, tetapi satu keperluan harian. Bagaimana untuk berjimat :

1. Beli kereta ikut kemampuan, bukan untuk bergaya. Utamakan kualiti kereta, tidak semestinya kereta baru baik kualitinya.

2. Beli kereta secondhand yang baik, cari harga yang murah  untuk kereta berkualiti.

3. Digalak pakai kereta buatan Jepun seperti Honda, Toyota atau Nissan atau kereta  buatan Malaysia. Tapi jangan beli Tiara atau Savvy. Perdana pun tidak digalakkan beli kerana banyak masalah gear. Kalau anda minat nak beli kereta Eropah, pastikan dapat harga paling murah dan buat semakan mengenai alatgantinya.

4. Seboleh-boleh beli kereta secara tunai, elakkan berhutang. Kalau berhutang, ikut kemampuan. Kumpul duit, banyak kereta berjenama tapi murah. Tahun lepas saya beli sebuah kereta RM 5,500. sahaja. Kalau tak pun, boleh buat pinjaman peribadi untuk beli kereta tunai. Kebiasannnya kereta yang tidak boleh loan, akan jatuh harga.

5. Cari peluang kereta murah dengan masuk lelong kastam atau lelong bank dan kadang-kadang ada syarikat swasta buat lelong. Pastikan anda ada ilmu yang cukup sebelum beli kereta lelong. Tahun 2004 saya beli kereta lelong kastam RM 9 ribu, kereta saya pakai sampai sekarang.

6. Pastikan anda mengetahui kedai bengkel yang berpatutan dan buat kerja bagus. Tak semestinya kedai kawan, belum tentu kedai kawan buat kerja bagus. Perlu kenal bengkel yang baiki enjin, kedai aksesori, kedai ekzos, kedai ketuk dan cat, kedai aircond dan kedai servis radiotor, tak semestinya kedai Melayu. Harap jangan cari kedai Melayu kalau cari kedai aircond dan aksesori, buat kurang bermutu dan lambat, sila cari kedai Cina.

7. Anda perlu tahu kedai alat ganti baru (di JB ada banyak)dan terpakai(seperti di Tangki Air Tun Razak, Maunt Austin, Desa Cemerlang, Larkin dll)

8. Servis kereta setiap 5,000 km, beli barang sendiri seperti minyak hitam dan oil filter sahaja. Perkara lain seperti plak, air filter dll tak perlu kecuali rosak sahaja. Plak boleh tahan setahun lebih. Kalau beli sendiri minyak hitam jenis Castrol RM 38, oil filter RM 7 dan upah RM 10, jumlah RM 55 sahaja. Kalau mahu minyak lagi murah ada yang harga RM 26, saya pun pakai, kereta biasa saja jalan jauh. Kalau anda hantar ke kedai tanpa barang berkenaan, anda mungkin dikenakan sehingga RM 100.

9. Anda perlu tahu serba sedikit untuk membaiki perkara kecil seperti memasang bateri kereta,kalau di kedai upahnya RM 10. Kalau bateri rosak, beli di kedai Desa Rahmat Tampoi RM 115 jenis NS 60, kemudian pasang sendiri. Harga spana cuma RM 2 boleh guna sampai bila-bila. Kalau anda rosak bateri pergi ke kedai, dikenakan dalam harga RM 160- 180 siap pasang.

10. Kalau kereta anda rosak, pastikan apa  yang rosak. Beli barang sendiri sama ada barang baru atau terpakai. Contohnya water pump Accord RM 60, upah RM 70, jumlah RM 130. Kalau anda serah diri pada bengkel, anda dikenakan bayaran lebih RM 200.

11. Waktu pergi kerja sebelah pagi tidak semestinya buka aircond, minyak akan  lebih. Begitu juga kalau waktu malam, kalau tak perlu, tak perlu buka aircond.

12. Sila rancang perjalanan anda, elakkan dari kesesakan jalanraya, akan banyak membazir minyak.

13. Jangan beli kereta cc kecil kalau anda biasa jalan jauh, elok cari kereta cc sederhana seperti 1.6 dan 1.8 kalau anda ada masa jalan jauh, ada masa jalan dekat. Kereta cc besar, jalan jauh lebih menjimatkan dan pemanduan yang mantap.

14. Jika kereta anda mengalami kerosakan, sila tanya tauke bengkel, kos sebenar yang perlu dibayar sebelum diperbaiki. Anda perlu mencatat alat yang perlu diganti dan anda perlu bersetuju sebelum kerja-kerja dilakukan. Jika tidak puashati, sila pergi ke kedai lain. (kalau kereta anda tidak boleh bergerak, sila panggil kereta tunda, kosnya cuma RM 30 kalau berdekatan). Kalau tauke kedai mengganti barangan kereta anda tanpa izin, anda boleh buat bantahan kepada tauke. Sekiranya perlu, anda boleh buat laporan kepada talian bebas tol Kementerian Perdagangan.

15. Jangan panaskan kereta anda kalau kereta anda guna enjin injection, selepas start, boleh terus jalan. Kalau enjin guna karburator, panaskan jangan lebih dari 2-3 minit, memanas enjin terlalu lama membazir minyak.

16. Kadang-kadang ada kereta semakin lama, ada  juga kereta yang semakin kuat minyak, sila servis atau tukar jarum karburator. Kereta Peugeot saja tukar karburator Nissan.

17. Kalau kereta anda injection, kuat minyak, sila buat pelarasan semula enjin (Singh Auto Batu Pahat pakar buat kerja ini). Accord saya boleh pergi sejauh 320 km dengan RM 50 setelah buat pelarasan. Sebelum  itu minyak kuat.

18. Gunakan kad diskaun seperti kad mesra petronas.

19.Jangan basuh kereta di kedai, basuh sendiri. Katakan sebulan 5 kali anda basuh kereta RM 10 sekali basuh, jumlahnya RM 50. Sila beli syampoo kereta harga RM 2 (tahan 3 bulan), span penggosok RM 2, air yang anda gunakan dalam 5 kali basuh tidak sampai RM 1. Kalau anda duduk di rumah flaf, sila cari paip di bawah, saya duduk di kondo pun boleh basuh sendiri.

20. Bateri kereta jangan buang atau jangan beri pada orang bengkel. Bateri yang dah tak guna boleh laku dengan harga RM 10-15, dulu sampai RM 20.

21. Jangan mudah percaya dengan alat kononnya boleh menjimatkan minyak, mungkin boleh merosakkan sistem enjin anda.

22. Servis aircond anda setiap 2 tahun, aircond anda akan tahan  lama. Cari kedai yang pakar servis aircond, biar harga mahal sikit. Saya servis aircond di Tampoi, RM 90 tapi aircond saya tak pernah rosak sejak beli dan sentiasa sejuk. Jangan sampai aircond anda rosak, boleh mengakibatkan anda rugi wang sehingga RM 1000 kalau aircond anda rosak terus.

23. Kalau gas aircond anda habis, jangan buka aircond, boleh merosakkan alat-alat lain.

24. Jangan pakai ekzos besar yang bunyi bising, kuat minyak.

25. Waktu anda servis, pastikan ada catatan kilometer untuk servis seterusnya. Kalau ada minyak lebih, sila simpan, 4 kali servis, boleh dapat lebihan minyak untuk sekali servis minyak percuma.

26. Pilih insuran yang murah untuk perlindungan insuran yang berpatutan. Jangan meletakkan nilai kereta anda terlalu tinggi kalau beli insuran, ikut nilai pasaran, ini akan merugikan bayaran untuk  insuran anda. Kalau boleh, buat sendiri insuran kalau anda ada geran (sebab itulah untung beli kereta tunai, ada geran). Kalau geran anda pada bank, buatlah apa-apa alasan supaya anda dapat geran, lepas tu jangan pulang pada bank.

27.Jangan bawa banyak muatan yang tak perlu dalam bonek kereta. Kereta jadi berat. Jangan jadikan kereta anda store, minyak banyak.

PEKAN SEHARI TEMERLOH SANGAT TERKENAL

Pekan Sehari Temerloh di tepi Sungai Semantan sangat terkenal, pernah beberapa kali masuk TV termasuk Majalah 3. Banyak jualan yang yang jarang didapati di tempat lain seperti sungai seperti patin dan baung, makanan tradisional Pahang, ubat tradisional, ulam kampung dan sebagainya. Pasar ini dibuka setiap pagi hari Ahad, tempat pertemuan masyarakat setempat.

Ada jual anak ayam dan itik



Jual daging kerbau, di Pahang hampir tiada  orang jual daging lembu kalau nak raya, kerbau lebih sedap, isinya berketul-ketul. Kebanyakan pemilik lembu, jual lembu di tempat lain termasuk Johor, harga lembu di sini murah. Harga daging kerbau RM20 sekilo, tulang RM15.






jual cincin




Jual ikan patin sangkar, bela dalam sungai,bukan patin bela dalam kolam. Patin ni rasanya sedap terutama kalau masak gulai tempoyak.


Jual ubat akar kayu tradisional

Peniaga ubat tradisional, jual maajun campuran belut air terjun, katanya hanya terdapat di Gunung Tahan. Dicampur dengan ikan haruan ular yang hanya terdapat di Tasik Cini. Katanya, haruan ini boleh membunuh manusia kalau digigit. Katanya, haruan ini boleh hidup di darat tanpa air selama-lamanya. Kata peniaga ini, maajun ini untuk 'tambah power'. Tapi saya tak beli...


Ini dia haruan tadi yang hanya terdapat di Tasik Cini,yang sudah dikeringkan, boleh membunuh manusia. Terdapat 2 tulang belakang, biasa ikan ada 1 tulang belakang saja. Di sebelahnya adalah telur ikan ini. Katanya, spesis ini jarang ditemui dan sukar ditangkap berbanding haruan lain.


Pemuzik buta, nyanyi lagu hari raya nyayian Sudirman.....syahdu sekali. Jangan lupa Sudirman Hj Arshad orang Temerloh.


Di sinilah Sungai Semantan yang banyak menyimpan khazanah sejarah sebelum merdeka. Di sinilah tempat pejuang kemerdekaan Mat Kilau, Datuk Bahaman dan Tok Gajah berjaya mengalahkan askar Inggeris. Sehingga Inggeris membawa tentera dari India untuk menundukkan penentangnya. Mat Kilau berjaya melarikan diri ke Siam tetapi sungai ini terus dijadikan pintu masuk untuk menyerang Inggeris. Tahun 1969 selepas merdeka, Mat Kilau muncul di Kg Pulau Tawar, Jerantut untuk mengistiharkan dia adalah Mat Kilau, di masjid selepas solat Jumaat. Siasatan pihak berkuasa mendapati, memang benar itulah Mat Kilau, beliau meninggal dunia setahun selepas itu dan dikebumikan di Pulau Tawar, Jerantut.



Isu Kartika: SIS fail permohonan tangguh laksana hukuman, mencetuskan isu baru

PETALING JAYA: Sisters in Islam (SIS) telah memfailkan permohonan agar hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan ke atas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarnor, yang mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating, ditangguhkan sementara ia dikaji semula.Permohonan difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuantan pagi semalam.

"Sebagai pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi wanita dalam Islam, SIS bertindak atas kepentingan orang ramai selain mahu menyelesaikan kontroversi-kontroversi yang timbul dan untuk memperjelaskan isu ini," kata Pengarah Eksekutif SIS, Dr. Hamidah Marican dalam kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi.

ULASAN:
Tindakan SIS ini pasti mencetuskan isu baru pula. Persoalan yang timbul, kenapa SIS beriya-iya hendak merayu terhadap hukuman yang di jatuhkan oleh Mahkamah Syariah di Pahang. Kebiasaannya, pesalah yang merayu, tetapi Kartika tidak mahu merayu dan merelakan dirinya dihukum denda dan 6 sebatan. Kenapa pula SIS mencampuri urusan ini ? Kartika atau keluarganya tidak meminta SIS masuk campur dalam hal ini.

Alasan SIS mungkin beranggapan untuk menjadi jaguh dalam memperjuangkan isu ini. Sebelum ini SIS banyak menggemparkan masyarakat Islam dalam beberapa isu yang bertentangan dengan pendirian masyarakat Islam dan organisasi Islam.

Pertama, tempoh masa merayu hanya dalam masa 14 hari dari tarikh sabitan kes. Hukuman dijatuhkan, adakah sudah lebih 14 hari atau tidak ? Perlu diingat, 14 hari itu adalah dari tarikh hukuman dijatuhkan, bukannya tarikh tidak jadi dihukum sebat pada bulan Ramadhan lalu.Saya rasa, tarikh dah tamat, rayuan dah ditutup. (Kalau tempoh 14 hari tidak diletakkan, sampai bila sesuatu hukuman itu akan tergendala)

Kedua, SIS merayu bagi pihak Kartika atau Pendakwa Syarie Pahang ? Saya percaya kedua-dua pihak tidak mahu meminta campur tangan SIS. Walaupun seksyen 136, 137 dan 136 menyebut,
" mana-mana orang yang tidak berpuashati dengan mana-mana penghakiman......"
Mana-mana orang itu kebiasaannya pesalah atau pendakwa, jarang berlaku ada pihak luar yang tidak berpuashati. Bagaimanapun, SIS boleh bawa ke mahkamah, hanya mahkamah saja yang boleh menentukan status SIS dalam kes ini.

PETROL RON95 : KERETA SAYA JADI LEMBAB (Episod 2)


Saya memandu dari Kluang ke Temerloh melalui Segamat, Gemas dan Bahau. Keesokannya melalui jalan Jerangau-Jabur untuk ke Terengganu.Pemanduan agak mencabar kerana banyak selekoh dan bukit, ditambah dengan jumlah kenderaan yang meningkat. 

Memandu di sini memerlukan kesabaran,kepantasan dan merebut peluang untuk memotong kenderaan di hadapan. Sekali sekala perlu memotong di garisan berkembar serta selekoh dan memotong walaupun menyedari ada kenderaan di jalan bertentangan sebelah kanan kita. Ini memerlukan kenderaan yang pantas dan pemandu perlu membuat jangkaan yang tepat apa bila memotong.

Bagi kereta saya acord SM4 auto,petrol RON95 (petrol yang baru diperkenalkan) nampaknya agak lembab berbanding RON97 terutama apabila mula memucut untuk memotong setelah mengekori kenderaan. Diharapkan pemandu berhati-hati dan tidak memotong sesuka hati kerana kenderaan anda tidak mencapai kepantasan yang diharapkan. Beberapa kali juga kereta saya melahu  (rpm tinggi)sewaktu mula menekan minyak untuk memotong.
Ini boleh membahayakan kita sekiranya kita gagal membuat jangkaan sekingga kereta bertentangan semakin hampir dengan kita. Bagaimanapun, petrol RON95 ini tiada masalah untuk mencapai kelajuan yang diharapkan selepas berada dalam keadaan laju di lebuhraya dan jalan lurus.


 HATI-HATI DI JALAN RAYA, SELAMAT HARI RAYA.

"Jalan Segamat-Gemas,ada satu kemalangan berlaku beberapa saat sebelum saya tiba. Penunggang  motosikal masih lagi terbaring, kemudiannya diangkat. Alhamdulillah selamat, kecederaan tidak serius, mulanyanya saya sangka tak boleh bangun. Tiga lelaki berhenti membantu , inilah sikap dan amalam mulia, membantu orang dalam kesusahan. Semoga Allah membalas jasa kalian".

17 September 2009

Mahkamah Syariah tangguh hukuman sebat pasangan kekasih

SHAH ALAM 17 Sept. — Mahkamah Tinggi Syariah di sini membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sebatan enam kali ke atas pasangan kekasih yang merupakan individu pertama dijatuhi hukuman sebatan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana cuba melakukan persetubuhan luar nikah di dalam sebuah kereta, Mei lepas.
Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee@ Shaii membuat keputusan tersebut setelah membenarkan permohonan peguam syarie Shahida Elias yang mewakili kedua-dua tertuduh, Mohd. Shahrin Abd. Majid, 29, dan pasangannya Nadiah Najat Hussin, 24.
Kedua-dua tertuduh yang bekerja di syarikat swasta diperintahkan mengemukakan dua penjamin, sementara menunggu proses rayuan tamat dan diarahkan memfailkan rayuan dalam masa 14 hari bermula hari ini. - Bernama
ULASAN SAYA :
Dalam isu ini, ada orang keliru dan beranggapan bahawa Mahkamah Syariah suka mengguhkan hukuman atau sukar sangat untuk melaksanakan hukuman sebat ke atas pesalah. Di sini saya tidak mahu membicarakan isu PELAKSANAAN HUKUMAN SEBAT kerana isu ini ada sedikit sensitif mengenai pelaksanaannya yang dibahas sehingga menjadi isu panas media. Dalam isu sebat terhadap Kartika, adalah lebih baik kita serahkan kepada Mahkamah Syariah di Pahang yang  memutuskan, sebarang perbahasan dalam media tidak akan kemana-mana.
    Dalam isu penangguhan hukuman ini, memang ada peruntukan dalam seksyen 132 (1) (2) dan (3) Enakmen Kanun Prosedur Jenayah Syariah Johor 1997 untuk menggantung hukuman. Dalam kes ini peguam bagi pesalah yang memohon penangguhan hukuman sebat, pesalah ada hak di sisi undang-undang. Selepas  ini, kes akan didengar oleh hakim mahkamah yang lebih tinggi iaitu hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang akan memutuskan, sekiranya kes tadi diputuskan oleh Mahkamah Rendah. Kalau kes tadi diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, maka kes akan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Syariah.
Sewaktu saya menjadi pendakwa Syarie, daerah Kluang banyak melibatkan kes rayuan seperti ini. Ada beberapa kesalahan membeli atau berada dalam premis judi dan kesalahan khalwat dijatuhkan hukuman penjara oleh Hakim Mahkamah Syariah Kluang. Selepas sahaja hukuman, pesalah akan melantik peguam Syarie untuk menggantung hukuman penjara. Kebiasaannya, hakim boleh menangguhkan hukuman ini selepas dipohon melalui peguam pesalah.
   Bagaimanapun, rayuan lanjut akan diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah pada suatu tarikh lain. Kebiasaannya, hakim Mahkamah Tinggi akan sama ada mengekalkan hukuman yang sebelumnya atau menerima permohonan pesalah untuk mengenepikan terus hukuman penjara atau sebat yang diputuskan oleh hakim sebelumnya. SEKIAN.

FORUM PERDANA WARGA POLIS

Jam 5.30  petang tadi, saya hadir ke Forum Perdan dan berbuka puasa dengan warga polis Johor di perumahan Polis, Jalan Padang Tembak, Kluang. Saya jadi panel bersama Ustaz Hamizan, penolong pengarah Pembangunan Keluarga JAIJ dan dipengerusikan oleh Uszaz Bongkari, pegawai dakwah Kluang. Forum selama sejam, sehingga masuk waktu berbuka puasa.
Program turut dihadiri, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jamaludin, Exco Kerajaan Negeri Johor, YB Jais bin Sardy , Panglima 7 Bridget Datuk Abu Musa, ketua-ketua polis daerah, ketua-ketua jabatan dan warga polis sekalian.
Saya mengulas isu serta tanggungjawab kita sebagai pendakwah, bukan hanya terletak kepada golongan tertentu seperti ustaz dan imam sahaja. Tanggungjawab menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran terletak kepada setiap umat Islam tidak kira apa jawatan sekalipun. Contohnya di dalam tugas sebagai pegawai polis, begitu banyak ruang untuk kita mendidik masyarakat kepada kebaikan dan meninggalkan perbuatan buruk.
SELAMAT HARI RAYA WARGA POLIS SEKALIAN.

MARAH-MARAH DI PEJABAT AGAMA

Dalam jam 2.00 petang, saya menerima panggilan telefon. Pengadu ini, katanya tak puashati dengan staf di kaunter untuk urusan permohonan nikah. Katanya, dia disusahkan dengan banyak perkara semasa menghantar borang permohonan.
Saya terus menghubungi staf saya untuk mendapat penjelasan lanjut. Staf berkenaan menyatakan, perkara penting tidak ada iaitu pengesahan penghulu/ ketua kampung/majikan untuk pengesahan status bujang/ dara/ janda/ duda. Perlu ditekankan di sini, perkara ini sangat penting dalam permohonan nikah. Sekiranya tiada, permohonan tidak dapat diterima. Staf saya sudah memberikan penjelasan dengan baik dan mencadangkan pemohon pergi ke Pejabat Daerah Kluang yang ada bersebelahan dengan pejabat kami untuk bertemu penghulu bagi mendapat pengesahan tersebut.
Saya menyokong tindakan staf saya, cuma pemohon agak kurang sabar dan cepat marah dalam menghadapi situasi seperti ini. Apabila pengadu menelefon saya, saya juga memberikan cadangan yang sama supaya pengesahan tersebut diperolehi terlebih dahulu. Akhirnya dia akur.
Sejak saya bertugas di Kluang, saya telah mengesan 2 kes penipuan status, seorang lelaki yang sudah berkahwin mengaku bujang. Satu lagi  kes melibatkan seorang wanita yang sudah bersuami tetapi mengaku bujang. Saya mengarahkan penguatkuasa membuka fail siasatan kepada semua yang terlibat termasuk pengantin, wali dan penghulu yang membuat pengesahan tersebut.
Saya ingin jelaskan, akuan palsu adalah suatu kesalahan di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Johor, boleh didenda sehingga RM 1000 atau 6 bulan  penjara atau kedua-duanya. Orang-orang lain yang bersubahat dengan kes ini juga boleh didakwa dan dijatuhkan dengan hukuman yang sama.
Jadi dokumen ini cukup penting sebelum permohonan diluluskan.
Inilah gambar pintu depan bilik mahkamah Syariah Kluang. Semua orang yang waktu mula ditangkap memperlihatkan egonya dan cakap besarnya, tetapi egonya terus jatuh bila masuk ke bilik ini. Mereka pasti beranggapan seperti inilah tempat padang mahsyar di dunia.