Terima kasih Mazidul Akmal yang ulas tulisan saya yg terdahulu bertajuk PELACUR CALL GIRL.
Mazidul Akmal Sidik berkata...
Assalamualaikum ...
Saya diajukan persoalan sama pelbagai pihak. Mengapa Jabatan Agama kelihatan tidak berani mengadakan serbuan kes khalwat di hotel 5 bintang?
Serbuan asyik dilakukan di hotel murah, rumah tumpangan ataupun menahan pelacur jalanan. Jika alasannya, berikutan tiada aduan, saya tidak fikir setiap operasi dilaksanakan Jabatan Agama didorong aduan orang ramai.Mungkin Ustaz boleh jelaskan.
Satu lagi, Jabatan Agama kerap menahan pasangan lelaki dan perempuan berkhalwat. Bagus. Tetapi pada masa sama, apa pula tindakan dilaksanakan keatas pasangan gay atau lesbian? Kita sibuk mengaitkan perlakuan songsang gay dengan amalan kaum Nabi Luth a.s tetapi setakat omong kosong, itu hemat saya. Pernahkah melalui pengalaman Ustaz mendengar kes pasangan gay atau lesbian diberkas penguatkuasa Jabatan Agama?
Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak, sekadar bertanya sahaja.
ulasan saya:
Tidak kira kes berlaku di mana-mana pun, hotel 5 bintang atau tidak ada bintang, rumah, rumah kedai, dalam kereta, tempat awam dan sebagainya. Apa yang penting adalah ketepatan aduan tersebut. Yang banyak beri aduan adalah hotel murah, maka hotel murah yang banyak diperiksa, kalau ada aduan di hotel 5 bintang, tindakan akan diambil juga. Pengalaman saya sudah berkali-kali periksa hotel 5 bintang di Johor, hasilnya telah menagkap ramai orang Islam termasuk VVIP, yang ada gelaran, ada pingat dan sebagainya, kita tidak kira siapa atau apa jawatannya.
.
Di Kluang juga baru-baru ini penguatkuasa tangkap orang tertentu di hotel mewah juga, bukan hotel murahan. Di Johor tidak ada masalah berkenaan hotel 5 bintang, negeri lain saya tak tahu. Kalau hendak mangadu, boleh telefon talian bebas tol Johor 1800 88 3072. Aduan boleh dibuat secara telefon, bertulis atau datang bertemu penguatkuasa. Kalau tidak ada aduan pun penguatkuasa masih boleh bertindak.
.
Walaupun tanpa aduan, penguatkuasa masih boleh bertindak berdasarkan F.I.R (first information report), iaitu apa sahaja asas yang menyebabkan penguatkuasa bertindak.Contohnya laporan akhbar cerita tentang sesuatu kes, berita tv, atau penguatkuasa dengar cerita-cerita dari pihak lain di tempat awam, atau penguatkuasa buat pemerhatian atau buat rondaan dan lain-lain. Dahulu sewaktu saya menyiasat ajaran sesat Ayah Pin di Johor, saya dapat FIR waktu saya turun memancing bersama orang asli. Saya dengar perbualan sesama mereka, maka saya jadikan itu sebagai sumber penting dalam risikan saya. Saya juga dapat video, buku, nota yang saya jadikan FIR dalam siasatan kes Ayah Pin.(kalau kita hendak tunggu orang asli buat laporan, belum tentu dia hendak tampil) Alhamdulillah ajaran Ayah Pin berjaya disekat di Johor sekitar tahun 2003-2004.
.
Kalau kes gay dan lesbian, di Johor bawah seksyen 25 iaitu liwat dan seksyen 26 iaitu musahaqah, boleh didenda sehingga RM 5000 atau 3 tahun penjara atau 6 kali sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman ini.
.
Yang menjadi persoalannya berkenaan gay ini adalah apa perbuatan yang dilakukan. Kalau jelas membuat perbuatan liwat, maka senang penguatkuasa bertindak. Kalau buat liwat ini berdua, suka sama suka, sudah tentu tidak ada orang yang akan mengadu. Ini beza dengan kes khalwat, kalau ada lelaki dan wanita bukan mahram saja dalam bilik, senang disabitkan khalwat. Tapi kalau periksa bilik, ada 2 lelaki, itu saja tak boleh disabitkan liwat, penguatkuasa tidak dapat melihat dengan jelas. Waktu pintu diketuk, kalau betul ada liwat sebelum itu, mesti dia menghentikan kerja liwat apabila pintu diketuk.
.
Kalau gay yang dimaksudkan sebagai pertemuan di hotel atau kelab, kita kena lihat apa kesalahannya. Mungkin boleh disabit seksyen 29 Perbuatan Tidak Sopan di Tempat awam. Mereka mungkin bercumbuan, aksi lucah dan sebagainya.Bagaimanapun, pendakwa Syarie sahaja yang boleh menentukan kesalahan ini boleh dituduh atau tidak, berdasarkan fakta kes. (waktu saya jadi pendakwa syarie dahulu, ada beberapa kes yang saya tidak setuju untuk didakwa kerana beberapa kekurangan. Pendakwa perlu berpuashati sebelum bersetuju membawa kes). Kes lain kalau berlaku dalam majlis itu adalah seperti minum arak dan sebagainya juga boleh diambil tindakan.
.
Begitu juga dengan lesbian, aduan perlu ada. Aduan itu juga perlu tepat dan berasas. Berdasarkan aduan, penguatkuasa boleh buat siasatan seterusnya serbuan kalau berpuashati. Dalam apa-apa kes, penguatkuasa mesti mengetahui apa kesalahan yang belaku sebenarnya, bukan hanya kerena gay dan lesbian tindakan boleh diambil. Belum tentu....
.
Selain dari tindakan penguatkuasaan, perkara yang sangat penting adalah pendidikan dan kesedaran orang Islam sendiri. Institusi keluarga perlu dimantapkan terlebih dahulu, kemudian barulah masyarakat Islam akan terdidik, seterusnya mereka akan meninggalkan perbuatan terkutuk ini.
Tuan, terima kasih atas ulasan itu.
BalasPadamas-salamm Tuan..
BalasPadamharga membayar denda tak laa beri kesan sgt kepada VVIP di hotel 5 bintang.bila kena serbu.
MALU bila keluar paper tu yang seksa nak bayar..( komen dari sudut makan gaji)..
..
macam ni baru bagus....
BalasPadamAmar Makruf Nahi Mungkar...
Biar miskin harta tapi kaya hati...
Syukur masih ramai yang bersikap amar makruf nahi mungkar. Sama-samalah kita usahakan supaya gejala akhir zaman ini dapat dibendung.
BalasPadam