Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

30 September 2009

AYAM, ARNAB, PUYUH, LINTAH, KETAM, KELI, CACING


Saya nak cerita pasal pengalaman orang kita berusaha untuk berjaya dalam kerjaya untuk jadi usahawan. Kebanyakan orang Melayu tidak begitu tetap pendirian dalam berniaga, cepat putus ada dan suka menukar dan mencuba sesuatu yang baru.

 Sekarang nak ternak ayam kampung organik dan macam-macam lagi nama ayam kampung. Mudah-mudahan yang dah ceburi bisnes ini akan terus berjaya dan jangan buat sekerat jalan saja. Tapi sesiapa yang belum ceburi, jangan terus ceburi, kena buat kajian terperinci dahulu sebelum masuk ke dunia ini. Bukan saya nak patahkan semangat, tapi saya cerita dari pengalaman kawan-kawan saya yang dah lingkup.
Sebelum ini orang Melayu pernah bela arnab, katanya daging arnab ni bagus dan boleh dikomersialkan. Akhirnya bisnes ini merudum, orang tak berapa lalu makan arnab, ditambah pula banyak penyakit arnab seperti kurap, siapa nak makan arnab kurap.

Lepas tu bisnes burung puyuh, sekerat jalan, untung tak seberapa, telur puyuh pula banyak kolestrol, tidak baik untuk kesihatan.

Lepas tu tanam cendawan, separuh jalan, pasaran susah, orang semput dan lelah tak berapa boleh makan cendawan. Lepas tu masuk bisnes tanam sayur dalam bekas (kalau tak silap saya nama dia hidropony, lebih kurang gitulah bunyinya), yang duduk kondo pun boleh tanam. Kemudia hasilnya tak seberapa, dah agak-agak besar, sayur tu pulak layu tiba-tiba.
Lepas tu, orang ajak bisnes ternak lintah, katanya boleh untung ratusan ribu dalam masa 6 bulan. Ramai buat pinjaman termasuk pinjaman Tekun, majlis perasmian pula dipanggilnya YB untuk suntik semangat. Akhirnya lintah tak membiak, tak besar-besar dan banyak yang hilang.Banyak tempat, sekarang orang kita rugi dan meninggalkan hutang.
Ramai juga yang terpengaruh dengan ketam batu, kononnya boleh diternah dalam tangki air. Dah masuk akhbar dan tv pun, ramai yang kerugian puluhan ribu masuk perniagaan ini. Yang untung adalah syarikat yang buat kursus dan membekalkan peralatan.
.
Kawan saya ternak ikan keli dalam tangki, mula-mula bersemangat dan ajak saya join sama. Lepas tu, bila ikan dah besar, takde pasaran pulak. Yang peliknya dia sendiri tak makan ikan keli, kalau saya makan juga, tapi dia tak hantar pun kat rumah saya. Bisnes dia rugi lebih 20 ribu buat pinjaman bank.
Ada kawan saya bisnes ternak cacing, sampai dalam bilik dia pun dibela cacing. Dia tak sedar pada mulanya, tanah dan makanan cacing itu adalah tahi lembu. Maka bau taiklah bilik tidur dia. Lepas tu cacing mati satu persatu, akhirnya dia kasi makan ikan puyu kat rumah dia saja. Rugi habis.
Nasihat saya, kepada orang Melayu dan Islam, dalam berniaga kita perlu ada ilmu, bukan mudah ikut-ikut. Nabi Muhamad SAW adalah contoh perniaga yang berjaya. Wanita juga hebat berniaga, Siti Khadijah contoh  wanita yang berjaya. Semoga berjaya dalam perniagaan.

7 ulasan:

  1. Yang saya nampak dari dulu (termasuk pengalaman diri sendiri) ialah kita mudah sangat terpengaruh dengan yang indah-indah. Cepat percaya cakap orang tanpa usul periksa. Dulu orang percaya pada skim cepat kaya, kemudian perniagaan sistem piramid. Satu ketika jualan langsung ala sistem piramid tumbuh macam cendawan selepas hujan. Sekarang mana bakal-bakal jutawan tu?

    Tulisan tuan berkenaan kegagalan perniagaan orang melayu, adalah salah satu dari sikap kita, yang tidak mahu membuat kajian dan tidak mahu bermula dari bawah. Kalau berniaga, seboleh-bolehnya gunalah duit sendiri dulu, mula dari perniagaan kecil-kecilan. Bila dah boleh berkembang, barulah minta bantuan kerajaan. Jika kerajaan tak bagi pinjam kita kata kerajaan zalim tetapi bila bagi pinjam, kita tak gunakan dengan betul, akhirnya kita tak mampu bayar hutang kerajaan.

    Begitu juga dengan kes lain. Kita mudah percaya kepada cakap orang yang berperwatakan baik. Sebab itu sana sini muncul orang yang mengaku ulamak, wali dan nabi melayu. Kalau kita tak percaya kepada mereka bulat-bulat, mereka tidak akan berani untuk memperbodoh-bodohkan kita.

    Kesimpulannya, buatlah kajian sebelum membuat atau mempercayai sesuatu. Tanya dengan orang yang lebih arif.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Itulah orang kita. Nak cepat kaya, terlungkup dulu. Tapi tak boleh terima kegagalan.

    Orang dah berjaya macam Cina, dia dah terfikir akan risiko gagal. Kebanyakan tauke Cina yang berjaya pun pernah lingkup pada peringkat awalnya.

    Tanyalah Yusof Tauyub, pengedar kurma tersohor, dia pernah tanggung rugi, Syed Mokhtar Al-Bukhary, jutawan dermawan, pun pernah gagal.

    Maknanya, gagal satu kebiasaan bagi usahawan.

    Peliknya orang kita, gagal sekali, terus hilang tak timbul dah. keluarga pecah belah dan akhirnya pi mai pi mai, dok tang tu jugak, kata orang utara.

    Sebab tu saya tak masuk MLM dan lain-lain. Saya tahu saya jenis Melayu juga.. :-)

    BalasPadam
  3. saya tertarik dengan kata2 brahimnyior tentang sikap orang melayu yang gagal sekali, terus tak timbul dah.memang ada sebahagian orang melayu yang macam tu. tapi tak semua.

    saya pernah tengok kat ntv7 tentang usahawan cina yang buat projek buah naga dengan bela ikan arowana. sekarang orang tu dah jadi jutawan.

    dua2 jutawan ni pun mengalami kegagalan. rugi beratus ribu. tapi diorang ni tak putus asa.

    usahawan melayu pun kena sematkan sikap tidak putus asa ni dalam diri mereka.

    BalasPadam
  4. Asalamualaikum..
    Game bowling dan game-game lain hadiahnya ok tak? Ramai yang tanya hadiahnya apa?

    Maklumat tentang sukan tersebut masih belum meluas. Minta dibuatkan poster supaya lebih ramai yang boleh menyertainya.

    Bos macam berminat dengan bowling tu, dia pun agak terror juga, so pastikan ada j/k khas yang boleh sambut dan layan dia nanti.

    Ok, Tq.

    BalasPadam
  5. Salam ustaz, saya mintak izin nak link post ni dalam blog saya (eez-one.blogspot.com)...menarik posting ni dan ada pengajaran...

    Kalau tak boleh, harap maklumkan pada saya dan saya akan delete.

    TQ

    BalasPadam
  6. mdizone...
    dipersilakan, tetapi sila buat pautan ke blog ini sebagai penulis asal dan mempromosikan blog ini. Terima kasih.

    BalasPadam
  7. payah nak cr org yg btol2 istiqamah ni..sbb rmai yg tpengaruh je dgn kempen2 dieorg...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.