20 September 2009
Isu Kartika: SIS fail permohonan tangguh laksana hukuman, mencetuskan isu baru
PETALING JAYA: Sisters in Islam (SIS) telah memfailkan permohonan agar hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan ke atas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarnor, yang mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating, ditangguhkan sementara ia dikaji semula.Permohonan difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuantan pagi semalam.
"Sebagai pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi wanita dalam Islam, SIS bertindak atas kepentingan orang ramai selain mahu menyelesaikan kontroversi-kontroversi yang timbul dan untuk memperjelaskan isu ini," kata Pengarah Eksekutif SIS, Dr. Hamidah Marican dalam kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi.
ULASAN:
Tindakan SIS ini pasti mencetuskan isu baru pula. Persoalan yang timbul, kenapa SIS beriya-iya hendak merayu terhadap hukuman yang di jatuhkan oleh Mahkamah Syariah di Pahang. Kebiasaannya, pesalah yang merayu, tetapi Kartika tidak mahu merayu dan merelakan dirinya dihukum denda dan 6 sebatan. Kenapa pula SIS mencampuri urusan ini ? Kartika atau keluarganya tidak meminta SIS masuk campur dalam hal ini.
Alasan SIS mungkin beranggapan untuk menjadi jaguh dalam memperjuangkan isu ini. Sebelum ini SIS banyak menggemparkan masyarakat Islam dalam beberapa isu yang bertentangan dengan pendirian masyarakat Islam dan organisasi Islam.
Pertama, tempoh masa merayu hanya dalam masa 14 hari dari tarikh sabitan kes. Hukuman dijatuhkan, adakah sudah lebih 14 hari atau tidak ? Perlu diingat, 14 hari itu adalah dari tarikh hukuman dijatuhkan, bukannya tarikh tidak jadi dihukum sebat pada bulan Ramadhan lalu.Saya rasa, tarikh dah tamat, rayuan dah ditutup. (Kalau tempoh 14 hari tidak diletakkan, sampai bila sesuatu hukuman itu akan tergendala)
Kedua, SIS merayu bagi pihak Kartika atau Pendakwa Syarie Pahang ? Saya percaya kedua-dua pihak tidak mahu meminta campur tangan SIS. Walaupun seksyen 136, 137 dan 136 menyebut,
" mana-mana orang yang tidak berpuashati dengan mana-mana penghakiman......"
Mana-mana orang itu kebiasaannya pesalah atau pendakwa, jarang berlaku ada pihak luar yang tidak berpuashati. Bagaimanapun, SIS boleh bawa ke mahkamah, hanya mahkamah saja yang boleh menentukan status SIS dalam kes ini.

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dipersilakan komen.