Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

31 Oktober 2010

Alamak....Jumpa Kekasih Lama Dalam Facebook, Bercinta Semula


"Ustaz..Saya seorang lelaki 30-an. Saya bertemu semula kekasih lama waktu belajar di universiti dulu. Sekarang saya dah berkahwin dan mempunyai 3 anak. Sudah hampir 10 tahun tak dengar berita, kemudian bertemu semula dalam facebook dengan bekas kekasih sama-sama satu universiti dulu. Dia sekarang sudah kawin dengan lelaki pilihannya dan punyai 2 anak.

Masalah saya ustaz.... kami seakan jatuh cinta semula. Saya cuba nak elakkan tapi macam tak berjaya. Cuma sembang dalam facebook dan tak lebih dari itu. Apa pendapat ustaz ? Bagaimana nak mengawal perasaan saya ?".

Ulasan:

Ini satu email dari pembaca saya. Pembaca lain tolonglah jawab, terutama yang pernah mengalami cerita macam ni.

39 ulasan:

  1. Kalau yang tak pernah mengalami boleh tak jawab Tuan.

    -OrAng KampungKu-

    BalasPadam
  2. salam ustaz,

    nawaitu asal tu utk berhubung semula itu yg utama, tepuk dada tanya hati.. kena ingat situasi dr sndr skrg sudah bekeluarga..

    p/s - lupakan saja..

    BalasPadam
  3. cadang sy..
    lupakan sj..
    buat hal masing2..
    usah dilayan perasaan dulu2...
    semua tu menjurus ke jln yg xbaik..

    ibarat kata..
    xde masalah...
    kenapa nak cari masalah..?
    xde beban.. kenapa nak cari beban..?

    tq..

    BalasPadam
  4. benda dah berlalu dan masing2 ada komitmen masing2 kenapa perlu nk imbas kenbali...baik la jaga anak bini elok2 dan lupakan perkara yg dah berlalu.....kalo nk bercinta balik,nape x bercinta dari dulu lagi...lagi satu yang bekas kekasih tu sendiri dah ada suami. takkan nk curang plak...mintak jauh dari melakukan dosa....

    BalasPadam
  5. remove je friend tu dari akaun FB anda. dan sedarilah bahawa anda sekarang berada di zaman sudah berkahwin, dan bahagiakan isteri anda sekarang.

    BalasPadam
  6. Salam. Saya sarankan lelaki tu tukarkan niat 'cinta sebagai kekasih' kepada 'sayang kepada kawan/sbg adik'. Bawa keluarga kunjung keluarga 'kekasih lama' dan sambung silaturahim sebagai sahabat keluarga.
    Jodoh yg tiada kesampaian jgn disesali namun dipereratkan silaturahim sebagai kawan keluarga.

    BalasPadam
  7. dalam hal ni..sebenarnya sendiri yang perlu ingat..dah ada keluarga..ada komitmen..tak perlu mencari masalah yang memang sudah jelas akan timbul..mohon pada Allah untuk melupakan dirinya..dlm bab ni..yg "semacam' tu memang suka hasut2 supaya konon2 sukalah,rindulah, itu semua hanya mainan perasaan.."PREVENTION BETTER THAN CURE"

    semoga rumahtangga org2 tertentu akan kekal..amin!

    BalasPadam
  8. Rasanya tak perlulah... kesian pada family yang sedia ada kalau berlaku perselisihan faham. Kesian kat anak2, memula memangler kawan, nanti lama2... itukan dah menjerat diri sendiri. Senang cakap, tepuk dada tanya selera.

    BalasPadam
  9. sudah2 la tu...
    kesian kat anak2...

    BalasPadam
  10. Saya berpendapat sila jangan lagi bertegur sapa di fb atau kalau seakan2 sering terserempak di profil kawan2 mereka, disarankan ttutup saja fb tu suapaya tak lagi terserempak walaupun bukan keinginan mereka.

    BalasPadam
  11. komen saya, kalau suami bole jumpa kekasih lama di facebook, si isteri pun bole bertemu kekasih lama juga. habis rumahtangga. jangan diingat kisah lama.. cari penyakit namanya

    BalasPadam
  12. inilah masalahnya, mula2 niat dihati tu cuma ingin melihat bagaimana keadaan kekasih lama tu, sihat ke tidak, bahagia ke tdak...

    yang paling penting niat berhbung semula tu apa?
    tak perlulah tiap2 hari mesti nak online bersembang, cari masalah namanya tu.
    seeloknya ingatkan diri sendiri bahawasanya diri sudah berkeluarga begitu juga dia.
    biarkan sejarah jadi sejarah, tak perlulah nak sambung balik sejarah silam tu.

    BalasPadam
  13. Kawan setuju dengan cadangan seorang pembaca yang memberi komen dalam entry ini iaitu:-

    "ibarat kata..
    xde masalah...
    kenapa nak cari masalah..?
    xde beban.. kenapa nak cari beban..?"

    Kepada pengirim email tersebut sedikit sebanyak ia dapatlah membantu anda dalam menyelesaikan konflik yang anda hadapi itu. Pesan kawan, jangan cuba bermain dengan api:)

    -OrAng KampungKu-

    BalasPadam
  14. putuskan terus hubungan tak payah contact2 lagi. Pada saya tak berdosa pun memutuskan hubungan yang ada kemungkinan yang tinggi untuk melakukan dosa. tak payah nak ambik alasan kekalkan silaturrahim, semua tu nak cover je. kalau betul pun awal2 je, pastu pandailah syaitan masukkan jarumnya. dah banyak dah kisah yang buruk yang boleh di ambik pengajaran. kena tegas, jangan nak lembut hati dalam hal2 mcm ni. ramai lagi kawan2 lain yang boleh di buat kawan. saya cakap ni pun berdasarkan pengalaman sendiri. perit memang perit, tapi kalu itulah hakikatnya, kena terima. Niatkan putuskan kerana Allah, insyaallah , akan ada kebahagiaan yang tak disangka2 di hadapan. lambat atau cepat, biar Allah yang tentukan.

    Hang Jebat,
    Shah alam

    BalasPadam
  15. salam ustaz... kisah ni macam kisah saya juga.. bercinta masa belajar terputus dan berjumpa semula di facebook. dalam hal ni kita kena berbalik siapa kita sebenarnya... dan disebut masing-masing dah berkeluarga. setelah sekian lama berpisah kami bertemu semula di facebook tapi sekarang dalam situasi berlainan masa belajar dulu. apa yang perlu dibuat adalah teruskan persahabatan itu tanpa melibatkan perasaan ingin bercinta semula dan berkawan semula sebagai sahabat dan tahu batasan kerana sudah berkeluarga. begitu juga kepada yang mengalami situasi yang sama anggaplah perkara lalu sebagai kenangan terindah dan tak perlu nak bercinta semula. jangan jadikan facebook ni sebagai tempat bercinta alam maya.

    BalasPadam
  16. salam...

    pendapat saya lupakanlah saja x mendatangkan sebarang faedah pun porak peranda rumahtangga lagi ada...x pyh nak cari masalah. cuba terbalikkan...klu isteri buat cam tu juga kat kita mcm mana? menangis tak berlagu...

    BalasPadam
  17. lupakan saja di.jangan rosakkan rumahtangga sendiri gara-gara seseorang yg dah berpunya.tak baik.dosa.====from Myra

    BalasPadam
  18. untuk berhati-hati supaya tidak terjebak dengan emotional affair ni bacalah link ini...http://marriage.about.com

    daripada salehuddin
    penulis blog http://salehuddin-salleh.blogspot.com

    BalasPadam
  19. assalammualaikom...

    metro hari ini ntah sapa yang keluar fatuanyer saya terbaca.. berbual dalam fb bersama bukan muhrim dianggap khalwat sebab boleh menyebabkan berlaku pekara sumbang... berzina di talian pun boleh kan tuan kadi apa namanya zina saiber.... sama seperti membenarkan seseorang memasuki rumahnya kerana perbualan melibatkan hati... hanya Allah yang mengetahui.....

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum wbt. Untuk pengirim e-mel yang berkenaan. Saya rasa ramai orang yg mengalami keadaan yg serupa dgn pengirim termasuklah saya. Memang benar pada mulanya, niat hanya sekadar bertanya khabar..akhirnya timbul juga perasaan seperti zaman percintaan dulu...terutamanya bagi pasangan yg terpisah bukan disebabkan mereka. Cuma nasihat saya ingatkan keluarga yg ada sekarang...isteri kita tidak sedikit pun bersalah dalam hal ini. Ingatkan pengorbanannya yg telah melahirkan anak2 utk kita. Banyakkan berbual tentang keluarga. InsyaAllah, lama2 perasaan itu akan hilang juga. Tapi ambil masa le jugak....gila le sekejap.

    BalasPadam
  21. Salam, bagaimana pulak jika Isteri kita yang terjebak dan terpengaruh dengan kawan baiknya yang mempunyai @ berjumpa semula kekasih lama di dlm facebook?????

    BalasPadam
  22. assalam,
    tepuk dada tanya iman.... apa tujuan kedua-dua pihak untuk berhubung semula, tidak salah untuk jalin silaturrahim, tapi kalau niat untuk curang, curanglah jadinya.... al-maklum, hati & perasaan ada di dalam, tak siapa dapat meneka..... dan sebenarnya ramai di luar sana yang menghadapi situasi kalut seperti ini, hanya ketabahan hati & kekuatan iman dapat menghalang daripada perbuatan / hubungan yang tidak diredhai Allah.

    BalasPadam
  23. sahabat saya mengadu isteri dia berkawan dgn kekasih lama...tapi dia sabar dlm masa yg sama tegas utk pertahan rumahtangga..Alhamdulillah, hari ni dah normal semula. puncanya, layan perasaan..
    maafkan saya..
    katakan saja
    "ini kerja bodoh"

    BalasPadam
  24. berdosa sbb ppuan tu isteri orang... kalau anak dara, janda no hal.... pandai2 lah....

    BalasPadam
  25. kerja menggatal namanya....belajar bersyukur dengan apa yang kita miliki.

    BalasPadam
  26. belajar bersyukur dengan apa yang kita miliki, what u give u gate back.....

    BalasPadam
  27. Sy mengalaminya dimana suami sy jumpa kekasih lamanya yg mana kekasih lama nya tak suka kat dia dulu tp bila jumpa di fb sekarang selepas 20 tahun lebih, dia layan suami sy. Mungkin skrg suami sy ada kerja dan kedudukan yang baik...tp diapun ada suami yg baik..kenapa dia masih ingi contac suami sy. Walaupun diorg hanya mail di fb tapi boleh dikatakan setiap hari. Berdosakah sy curi-curi setiap msg yg dihantar ke fb. Hati sy sgt kecewa dan rasa tak tahan menanggung sakit hati ini..Sy tak dapat nak fikir kenapa suami dan kekasih lamanya sanggup buat begini pada sy.

    BalasPadam
  28. salam..ape lah susah sgt nk pk..xpayah dipikir..
    cari bala aje..kalo tutup ceta dah noktah dah..kalo dilayan xabes2 merana ramai yang terluka..

    BalasPadam
  29. alahh sistem barter je laaaah..awak kawin je la dgn dia, suami dia kawin dgn isteri awak..setel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha ... yg ni memang sy sokong....

      Padam
  30. Hm..perkara ni rumit utk diselesaikan.bukankah cinta itu milik Allah.tp knp Allah beri prsaan cinta utk manusia yg tlalu sukar diluput di ingtan....sesungguhnya Allah maha mengetahui

    BalasPadam
  31. hmmm..susah jgk nak bg pandangan. tapi mau tak mau kena stop jgk..kalau tak boleh jgk,still keep in touch dulu(tapi sat ja na..) dlm pada tu amalkan la baca surah Yassin mintak tolong Tuhan bagi kita dan orang tu boleh lupa satu sama lain.Niat kita semata2 utk rumahtangga yang ada sekarang ni.Buleh haih...kalau nak stop terus mmg bengong la kepala hehe...

    BalasPadam
  32. Mula2 sembang mmg niat nk tya khabar..akhirnya perasaan dh btukar...tepuk dada tya iman...igat js n pgorbanan isteri...jgn nti myesal x sudah

    BalasPadam
  33. Aokmjangan buat pedooh, buat perjumpaan dalan fb ajer. Jika aok teruskan perjumpaan dan bercakap dalam fb, lama kelamaan aok akan bertambah ghairah lagi. Koi nasihatkan aok, lupakan terus dia. Koi pernah terjadi sedemikian...

    BalasPadam
  34. aduh apa la bodoh manusia ni, dah jadi suami/isteri orang pun masih nak bercinta semula ke? tahukah haram perhubungan itu, sebab dah ada tanggungjawab masing2 lebih utama pun masih nak buat hal?

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum, rata2 pengirim memberi pandangan supaya melupakan terus kekasih lama tersebut demi kebahagiaan rumahtangga yg di bina. Sy bersetuju, walaupun sy juga mengalami perkara yg sama. Baru2 ni sy terjumpa kekasih lama semasa kami di kolej melalui whatsapp group. kekasih lama sy tu sudah bersuami. sy di beritahu melalui kenalan rapatnya, dia tak bahagia dan selama 16 tahun mencari saya. Skrg sy juga sudah berkeluarga dan mempunyai 3 anak2 yg comel. Apa yg sy boleh katakan tepuk dada tanya iman. berbanyak lah buat solat sunat istiqhara minta petunjuk. bagi sy biar Allah yg menentukan. Aamiin

    BalasPadam
  36. Assalam..kes saya terjumpa ex bf masa kolej di sekolah anak saya..rasanya lagi lucu. Sebelum ni pun dah banyak x terserempak semasa shopping memasing2 dgn family. Siapa sangka anak2 kami sebaya dan bersekolah di sekolah yg sama. Saya bersyukur wpun sebaya anak saya tak sama kelas dengan anak dia...anak saya kelas A. Kami cuma berpandang kosong dari jauh dan tidak bertegur sapa. Baru2 terjumpa FB dia. Ada niat nak invite dengan nawaitu nak bersilaratulrahim sahaja. Byk x saya invite banyak x jugak saya cancel. Last2 smpi hari ni saya terus tk invite dia jadi FB friend saya. Kami pun cintun2 monyet jer masa kat kolej dulu sebab dia yg cintun lebih2 sedangkan saya lebih selesa untuk berkawan dan selebihnya takdir. Kami berpisah cara baik. Tgk dlm FB dia ada 5 anak dan saya ada 3. Masing2 ada happy family. Wpun niat nak bersilaratulrahim tu baik tapi saya bimbang kiranya dipihak dia yg akan ada kecelaruan jiwa kerana dulu memang dia yg terlebih perasaan terhadap saya. Sehingga kini saya batalkan niat saya untuk berhubung wpun sebagai sahabat kerana bimbang nawaitu yg baik asalnya akan bertukar sebaliknya. Mintak jauh.

    BalasPadam
  37. Mula2 memang tak de niat lain selain bertanya kabar dna berkongsi gambar dan berita. Kalau dah chating tapi diembunyikan dari isteri apa maknanya tu. No telefon pun disembunyi di bawah nama lain. Semua isteri pun akan bersangka buruk. Tapi bila rahsia terbongkar, sebaliknya suami akan menuduh isteri yang cemburu butà. Katanya dia tak ada niat lain.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.