Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

10 Oktober 2010

6 Pelajar Sekolah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik Terengganu diserang Histeria

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik Kuala Terengganu kecoh apabila enam pelajar perempuannya diserang histeria selepas acara perhimpunan pagi tadi. Lima daripada pelajar terbabit merupakan pelajar Tingkatan Lima manakala seorang lagi adalah pelajar Tingkatan Dua yang sebelum ini telahpun terkena histeria pada Khamis lepas.

Difahamkan, pada Khamis lepas, dua pelajar perempuan Tingkatan Dua sekolah itu terkena histeria dan diarahkan dibawa pulang, namun kejadian sekali lagi berulang hari ini apabila seorang pelajar yang sama kembali terkena gangguan itu sebelum merebak kepada lima pelajar Tingkatan Lima.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.