Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

29 Julai 2010

Wajarkah Imam Ini diperlakukan Sebegini ?

Satu kes berlaku di satu daerah baru-baru ini. Seorang lelaki dari tempat lain lalu dan singgah di satu masjid untuk bersolat. Lelaki ini bukan orang situ, tapi kebetulan hari itu dia lalu di masjid itu saja. Waktu itu baru masuk waktu dan lelaki itu hendak bersolat berjemaah bersama imam. Bagaimanapun, bila dia mengetahui imam itu yang jadi imam, lelaki itu tak jadi untuk solat berjemaah. Dia dikatakan solat bersendirian tanpa mengikut imam.

Kenapa lelaki ini berbuat demikian ? Alasannya, dia kenal imam itu yang waktu muda-muda   seorang yang suka buat maksiat. Dia kata, kalau orang yang sebegitu dianggap tidak layak jadi imam solat di masjid. Walaupun lelaki ini tahu, imam ini buat maksiat lebih 20 tahun dulu, tapi dia masih tak boleh terima. Imam itu sekarang pada usia pencen, 50-60 an.

Lelaki ini kemudian, balik rumah dan buat satu surat komplain ditujukan pada imam ini. Dia juga buat salinan kepada beberapa pihak termasuk pejabat Kadi. Dia ceritalah keburukan imam ini pada usia muda dan dia kata lelaki ini tak layak jadi imam.... Kesalahan atau keburukan imam ini mungkin dah lama, iaitu  masa imam ini muda-muda, sekarang dah tua. Mungkin juga dia dah taubat dan tak mengulangi lagi perbuatan ini.....

Oleh kerana, menghadapi tekanan yang teruk serta memalukannya sebagai imam, akhirnya imam ini meletakkan jawatannya sebagai imam. Pertama, adakah langkah imam ini satu tindakan yang terbaik ?... Kedua, tindakan lelaki ini menghantar surat sebegini, adakah wajar ? 

Saya jemput semua memberikan komen, hanya komen yang membina saja dialu-alukan... SEKIAN.

23 ulasan:

  1. kenapa perlu diungkit segala kisah yg lama2...

    BalasPadam
  2. sy rasa lebih baik imam tersebut membuat pengakuan secara terbuka di dlm meeting sesama penduduk setempat.. ceritakan kebenaran, dan terpulang kpd penduduk buat keputusan nak imam tersebut bertugas @ tidak..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum WBT Tuan...

    Rasa nak bagi komen pulak sebab dipelawa...hehe..

    Saya tabik hormat pada Imam tersebut yang meletakkan jawatan...walaupun ianya berdasarkan satu surat yang mengungkit perkara lama, tetapi Imam tu, sebagai menjaga imej dan nama baik beliau serta institusi Imam, maka dia letakkan jawatan tanpa disuruh...

    Lelaki itu pula, telah membuka aib saudaranya, yang mana Imam tu mungkin dah bertaubat dan memohon keampunan dari Allah SWT, ye lah, dah lama tak jumpa mana dia tahu org tu dah bertaubat, ke Mekah barangkali dengan taubat Nasuha...maka dosa membuka aib seseorang itu amat berat...sepatutnya beliau berjumpa dulu dengan Imam tu dan minta penjelasan macam mana dia boleh jadi Imam...seandainya dia tidak puas hati, maka dia boleh adukan pada pihak berkuasa melalui cara surat tertutup, bukannya hebahan merata orang sehingga menimbulkan aib pada Imam tu...

    Seandainya Imam tu memang dah bertaubat dan masjid itu kehilangan seorang Imam yang baik, maka dosa itu jenuh la dia tanggung dan pikul...

    Wallahua'lam...

    p/s: Manusia yang "perasan best" ni susah...terus tunjuk terer tanpa usul periksa...

    BalasPadam
  4. Tindakan lelaki tersebut menghantar surat kompelin dilihat berbaur hasad dengki atau mungkin dia boleh 'lihat' dosa pahala orang lain agaknya. Mungkin.

    Pada saya, Imam itu membuat tindakan yang betul kerana menghindarkan perkara ini dari berlarutan. Ada bijak juga kerana tidak ada guna jika si Imam cuba mempertahankan jawatan tersebut kerana dalam masyarakat kita ramai yang berfikiran seperti lelaki tersebut.

    BalasPadam
  5. Salam ustaz,

    Kalo ikut Islam, kalo kita x suka imam tu, kita boleh mengelak dari berimamkan dia kan ? tp sampai tahap tulis surat, memburuk org, mengungkit kisah lama, kt manusia sama je, mana ada yang sempurna. Hari ini kita buat kat org, esok lusa, kalo x kena diri sndr, kena sanak saudara keluarga sendiri ?

    p/s - kalo Allah balas cash kt duia nie, kurg2 10x ganda.. ada bran ??? huhuhu..

    BalasPadam
  6. salam..
    saya tak tahu komen yg akan saya beri'n ni wajar atau tidak. tapi ini hanya pandangan saya sebagai seorang manusia yang juga pernah melakukan kesilapan,k'salahan & maksiat di muka bumi Allah. saya kagum dgn org yg pada asalnya seorang yg suka m'buat maksiat akhirnya boleh berubah m''jadi hamba yg m'ikut ajaran Allah dan mampu m'jadi imam. rendahnya mentaliti & p'mikiran imam seorg lg yang tahu kisah silam imam yg m'letak jawatan td.Perlukah m'cerita'n keburukan org lain d'sebab'n kita tidak suka dgn s'seorang itu? tak wajar rasanye imam itu letak jawatan..itulah dugaan hidup yg Allah dah tentu'n utk imam td.biarlah kita d'malukan n d'buruk2'n di dunia kerana hanya p'cipta kita yang m'nilai segala amal yang kita lakukan. Islam itu agama yang indah,agama yg mudah..tiadakah tempat org yg pnh m'buat k'salahan utk m'jadi org yg lbh baik & dpt d'terima d'mata2 org seperti imam td?p'mikiran orang seperti ini sepatutnya tidak ada lagi lebih2 lagi beliau juga seorang imam.berilah ruang & b'kongsi pengalaman tentang realiti k'hidupan kita kerana sesetengah realiti itu dpt d'jadikan panduan untuk k'hidupan org lain.beri ruang n dorongan kpd org2 seperti saya dan imam yg m'letak jawatan td utk hidup b'landas'n ajaran Allah.

    BalasPadam
  7. 1. Lelaki itu bukan Tuhan untuk menilai syurga atau neraka untuk seseorang.
    2. Betul, manusia berubah. Kalau menjadi lebih baik, maka kita wajar menghormati.
    3. Lelaki itu sepatutnya gembira dengan sahabatnya yang sudah menjadi imam.
    4. Namun itulah manusia, kita sendiri pun kadang-kadang menghukum orang tanpa sedar. Astaghfirullah..

    BalasPadam
  8. siapa lelaki tu nak menilai dosa org yg lepas,sedangkan Allah tu maha pengampun.
    jgn buka aib org nanti tuhan buka aib kita...

    BalasPadam
  9. Tuan Kadi,

    I assume the person who is appointed as Imam will not repeat his wrong doings (in this case). Therefore, I think we should give him a chance to carry out his duty as the appointed imam with the above assumption. Therefore, the man have no rights to reveal all his wrong doings in the past to other Kadhi Offices. I think in Islamic teaching, it is not our right to reveal other people wrong doings even if we knew it. Correct me if i am wrong.

    I think the Imam did the right thing to release his position as appointed imam since the pressure is so bad and might affect his duty as imam.

    BalasPadam
  10. Terima kasih. ramai yg beri komen. Tapi lebih elok, berdaftar. Tidak digalakkan komen yang 'Tanpa Nama'.

    BalasPadam
  11. Satu cerita lagi yang saya pernah berlaku dalam masyarakat, ada orang marah kerana ada bekas penghuni pusat serenti (bekas penagih) yang jadi bilal sambilan di surau.

    Bekas penagih ni nak bantu bilal sedia ada, bukan nak tunjuk dia hebat sangat, dan bukan juga nak jawatan atau imbuhan wang ringgit.

    Persoalannya, kenapalah masyarakat kita tolak bekas penagih atau banduan. Sepatutnya kita raikan dia, bimbing dia supaya kembali ke pangkal jalan.

    Kalau masyarakat terus hina mereka, tidak mustahil mereka akan bergaul dengan kawan-kawan penagih lama dia juga.

    BalasPadam
  12. assalammualaikum.....ish ad gak org cm2 ek??? bgos sgt ker dia nk menilai org???...ntah2 taraf imam itu lbh bergnda2 darjat dia disisi allah berbanding...stiap org melakukan dosa....dan stiap org akn diampunkan dosa sekiranya bertaubat...

    BalasPadam
  13. salam...kalo x suke kt imam tu,diam2 sudah la...ni smpi utus surat memburuk2kn lg... yg dh lps,lps je laaa... lain la kalo imam tu msih xtif buat maksiat,tu dh lain citer... psl imam ltk jwtn,pd saya beliau seorang yg berani...berani kerana benar.. atleast bleh menurangkn doasa penduduk kg kot2 ada yg mengumpt kalo dia still jd imam...
    Wallahualam....

    BalasPadam
  14. harap2 imam tu tetap istiqomah menunaikan solat fardhu berjemaah di surau/masjid walaupun telah letak jawatan imam.

    kepada tukang komplen, sama2lah muhasabah diri sebelum izrail dtg menjemput.

    BalasPadam
  15. saya rasa lelaki yang komplen tu dilantik jadi imam mesjid tu pulak... kita test tengok camana dia bagus sangat ker

    BalasPadam
  16. Susahh klu komplen dgn nafsu..org tak berilmu akan wat membuta tuli sesuatu yg mungkin menyinggung perasaan imam tersebut dah sudah timbul dosa pada yg mengkomplen...dan syabas pada imam tersebut dia redha pa yg berlaku dan meletakkan jawatan maybe supya tidak timbul lagi kekeruhan dlm masyarakat tersebut... ( Subuhku BP )

    BalasPadam
  17. luka lama brdarah kembali....

    BalasPadam
  18. tak patut cmtu ...apa yang dilakukannya di masa silam mana boleh diungkit-ungkit..jangan nilai iman seseorang itu berdsarkan masa silamnya, tetapi nilai imannya mengikut keadaannya sekarang..bukankah begitu?seolah2 pengadu tu tak berpuas hati dgn imam tu..menjdi satu kesalahn jugak sbb dia dah buka aib imam tu kan?mmg tak patut...

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum...

    Saya rasa tak patut lelaki tu buat macam tu sebab mungkin imam tu dah bertaubat atas dosa2 silam dia. Semua org patut diberikan peluang kedua kalau dia benar2 dah bertaubat. Lagipun tu kan hal dah lama...Wallahualam.

    BalasPadam
  20. assalamualaikum..
    hal sebegini selalu terjadi di kalangan orang islam khususnya bangsa kita melayu. bagi saya orang yang suka mengadu domba, menulis surat dan aduan ke sana sini mengenai keburukan seseorang adalah orang yang tidak bertanggungjawab bukan saja pada dirinya bahkan masyarakat dan kebiasaannya akalnya dangkal dan cetek ilmunya. ini adalah sifat yang selalunya ada pada orang sebegini.

    menjadi imam bukanlah tanggungjawab yang mudah, ianya berat. bapa saya seorang imam surau dan pernah ditohmah orang sehingga meletak jawatan imam kerana tidak mahu fitnah berlarutan namun orang kampung meminta beliau menjadi imam semula kerana imam-imam yang mengantikan beliau juga tidak tahan dengan tomahan yang dilemparkan oleh orang yang sama.

    bagi saya peranan imam di dalam masyarakat melayu khususnya amatlah berat. selain memberi pendidikan agama secara am, imam juga adalah sebagai rujukan hal ehwal adat dan agama di dalam masyarakat. itu bagi masyarakat kampung, di bandar2 pula peranannya lebih besar dan imamnya juga berkelulusan tinggi. moralnya orang-orang yang bersifat sebegini memang tidak berguna satu sen pun kerana menjadi pemecah belah ummah. dan masyarakat melayu juga harus berubah sikap agar jangan mudah mempercayai sesuatu perkhabaran yang sampai tanpa soal selidik terlebih dahulu daripada sumber-sumber yang dipercayai.

    BalasPadam
  21. Kisah lampau seseorang bukanlah sesuatu yang perlu diperdebatkan, apatah lagi individu berkenaan telahpun insaf dan berubah, andai kata kesalahan lampau itu diambil kira nescaya kebanyakan daripada sahabat Rasul tidak layak menajdi imam dan ikutan kepada manusia, kita perlu ingat masa lampau n kisah lampau bukanlah tiket ketaqwaan kepada seseorang, ada org masa lampaunya cukup teruk tetapi akhir hayatnya menjadi seorang yang soleh dan mati dalam iman, ada juga yang mula dengan baik, dipertengahannya baik tetapi penghujung usia menjadi sesat n bergelumang dengan dosa, malah dia pula mati dalam maksiat, siapa kita untuk menghukum? adakah kita ingin mengambil kedudukan Allah sebagai Maha Pengampun, Ingat Allah pernah menegur Nabi Muhammad sewaktu memencilkan seorang yang melakukan kesalahan berat hinggakan Allah menerima dan mendengar pengakuan taubat hambanya,

    BalasPadam
  22. Sebab itulah - melantik imam juga perlu
    Salah satu syarat tambahan jika nak jadi imam - Perlulah berwibawa dan mempunyai sejarah akhlak yang baik sejak muda2 lagi - bukannya imam yang dah tua nak mati - dah tiada nafsu jahat, baru nak bertaubat, itu tidak adil namanya.
    Hal ini samalah juga seperti orang kafirun yang jahat, berperangai jelik - memusuhi kebaikan Islam akhirnya menganuti Islam kerana mahu berkahwin dengan orang Islam. Seperti beliau tiada kejujuran - beliau akan tetap dipandang serong walaupun menjadi orang baik selepas itu.

    BalasPadam
  23. “Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)


    Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad).

    BalasPadam

Dipersilakan komen.