Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

14 Julai 2010

5612....5216...5621

Malam tadi dalam kul 8 saya keluar ke bandar Kluang. Singgah minum kat kedai mamak, minum teh tarik dan mee goreng mamak. Saya lihat ada dalam 4 meja, ramai orang minum sambil keluar kertas putih dan slip nombor ekor. Semuanya Melayu dalam 10 orang juga dan seorang lelaki India. Rupa-rupanya hari ni Rabu, hari ni ada jual dan tutup pukul 7 tadi. Kertas putih tu ada orang jual kat tepi-tepi jalan terutama di lampu isyarat, orang ni akan tawar kat tingkap kereta, harga seringgit. Lepas tu dia orang lepak kedai mamak, bincang pasal nombor tadi.

"5612...5216...5621...". Itu yang saya dengar dia orang cerita. Kesemua mereka dalam 40-an, 50-an, 60-an, malah mungkin 70-an. Dia orang tak kenal daya, sempat saya ambil gambar melalui telefon saya. Saya tayang gambar ni kat atas. Sudahlah, bertaubatlah kaki-kaki judi, bukan kaya pun. Nanti kena tangkap, jangan menyesal.

3 ulasan:

  1. hish, kalau dah umur camtu tak insaf lg mmg payahlah jawabnya...

    BalasPadam
  2. Salam ustaz,

    Dulu2 kami adik beradik mangsa idup susah sbb org tua kaki no ekor nie, seksa nyer sbb hak kami anak2 d ambik oleh pusat judi. Mkn pakai semau x cukup.. hutangs ana sini.. HAMPEH ! Nsb baik org tua dh berubah/bertaubat.. Alhamdulillah, tp terasa lagi kesannya smp skrg.. BENCI ! X SUKA JUDI !

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Waranmatullah & jika ada yg bukan Islam - Selamat sejahtera,

    Topik ni memang sentiasa topik sedih pada wanita yang bergelar isteri tetapi menguja/'exciting'kan pada yang bakal jadi isteri - 1/ke2/ke3/ke4 atau pengganti/perampas/perebut setiap slot itu; dan sentiasa sesuatu yang menyeronokkan pada lelaki, tak kira bangsa atau agama, di barat atau di timur. Hukum Allah dan sunnah Rasul menjadi iklan bagi yang nak menjayakannya. Tapi penghayatannya yang dituntut oleh Allah dan Rasulullah, walaupun tiada statistik yang sah, dari zaman selepas sahabat sampailah sekarang, rasanya tak sampai 0.01%. Jadi kepada para muslimin yang ada angka 2/3/4 - ingatlah tentang soal jawab yang akan dilalui dari dalam kubur sampai ke padang mahsyar berbanding dengan 1 isteri (yang mana itu pun belum tentu lepas). Statistik menunjukkan, bilangan lelaki masih melebihi wanita. Cuma lelaki muslim sekarang, paling dekat di Malaysia - tidak ramai di pejabat, ladang, projek binaan,kuliah IPT/Pondok tetapi di tempat yang hanya Allah ketahui. Kebanyakan kes juvenil di Malaysia dan serata dunia - adalah dari keluarga poligami yang sah/haram. Jika benar nak tegakkan kebenaran dan buktikan keindahan hukum Allah, mulakanlah dengan kebenaran iman dan amal yang ikhlas, bukan dengan angka sahaja. Kenapa Rasulullah tidak poligami semasa dengan Saiditina Khadijah dan Saidina Ali tidak poligami semasa Saiditina Fatimah masih hidup? Bukankah semasa itu pun sudah ramai janda dan anak yatim? Kenapa Allah haruskan Cerai, talak dan fasakh dan dalam kes apa 'bergegar arasy bila isteri minta cerai' dan jika seorang wanita yang minta cerai itu hina, kenapa Rasulullah bernikah dengan janda Zaid Bin Harithah, sedangkan setiap perkahwinan Rasulullah adalah atas perintah Allah. Kajilah dan Fikirlah. Poligami Islam memang tidak salah. Tapi fahamilah ayat2 (bukan satu ayat sahaja)yang berkenaan itu dengan iman tentang fiqah dan tasaufnya sekali, bukan pada fiqah sahaja dan bukan kerana'cinta dunia'. Moga kaum wanita Islam tidak terus teraniaya dan (menganiaya sesama sendiri) dan imej Islam tidak dicemarkan oleh nafsu para lelaki yang bertopengkan ayat Allah dan Sunnah Rasul yang suci itu. Maaf jika ada kesilapan. Moga Allah ampunkan saya jika pendapat ini menyalahi sebarang hukumNya.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.