Yanti hari itu hari terakhir dia jadi urusetia kursus di Kemaman. Malam tu sibuklah dengan program termasuk makan-makan dan persembahan karaoke berkumpulan dari semua peserta. Jadi, telefon Yanti tinggal dalam bilik. Yanti rasa terhibur hari itu melihat gelagat dan kerenah para peserta yang bersamanya selama dua minggu, esok berpisah jua. Maka esok pagi selepas sarapan, semua akan pulang ke destinasi masing-masing. Ada yang dekat, ada yang jauh. Ada KL, Johor, Kedai Perlis, Sabah Sarawak pun ada. Peserta dan urusetia, masing-masing sedih untuk berpisah esok setelah bersama-sama menempuh kursus dengan jayanya.
Yanti dan Badrul duduk semeja menikmati jamuan sambil melihat persembahan karaoke. Selepas para peserta menyanyi, juruacara iaitu salah seorang peserta menjemput para urusetia pula menyanyi. Mula-mulanya urusetia semuanya mengelak, sebab mereka semua tak biasa dengan karaoke. Bagaimanapun, juruacara secara spontan memanggil nama Yanti, kemudian orang lain bertepuk tangan dan memanggilnya ke pentas. Yanti memang ramai peminat, sebab dia seorang saja urusetia perempuan yang masih anak dara, yang lain dah tak ada dara, ops salah, sori yer. Yang lain dah kawin.
Yanti menyanyi penuh perasaan, suaranya merdu dan lunak membuatkan semua terpegun. Ramai yang kata Yanti ada bakat sebagai penyanyi. Sebenarnya Yanti menjiwai lagu itu, sebab itu dia berjaya buat persembahan terbaik. Air mata Yanti mengalir waku menyanyi, bukan lakonan seperti orang lain sangka. Air mata itu adalah, terjemahan kepada cinta setia Yanti kepada seseorang.
Masa menyanyi lagu P.Ramlee itu, Yanti rasa seperti seseorang yang dicintainya hadir bersamanya malam itu. Di mana kan ku cari ganti ? Malam itu Yanti ditemani Badrul yang iringinya hingga ke pentas. Bukan itu saja, malah selama dua minggu Badrul berada disamping Yanti. Bolehkah Yanti melupai Man dan mengambil Badrul sebagai gantinya ?
Beberapa malam sebelum tamat kursus, Badrul ada menyarakan hasrat untuk menjadikan Yanti sebagai isteri. Mereka sebaya, dua-dua ada ijazah universiti, dua-dua pegawai kerajaan, duduk pula tak berapa jauh, Kuala Lumpur dan Shah Alam. Yanti belum manjawab pelawaan Badrul itu, tetapi belum juga menolaknya. Badrul tidak kurang juga hensemnya dan anak orang bandar juga seperti Yanti. Sesekali Yanti fikir, kalau Yanti pilih Badrol, kebarangkalian keluarga Yanti terima cukup tinggi. Keluarga Yanti pasti tak akan menghina Badrol seperti Mat Burger yang sebelum ini disumpah seranah oleh abang-abang Yanti.
Yanti cepat-cepat kesat air matanya dan duduk semula semeja dengan Badrul dan cuba tersenyum. Badrul puji sedapnya lagu tadi. Yanti lepas itu minta diri untuk balik ke bilik, katanya sudah mengantuk. Jam sudah pukul 12.00 malam tapi masih ada makanan dan persembahan lagi sebenarnya. Yanti kata dia terlalu penat dan handak berehat.
Badrul ada sesuatu yang hendak diberikan pada Yanti malam itu, tapi Badrul serba salah dan bercampur segan untuk menyerahkan sendiri pada Yanti. Bila Yanti dah masuk bilik, Badrul berbisik dengan Maria supaya menyerahkan satu hadiah itu pada Yanti. Badrul mengeluarkan satu bungkusan kotak kecil sebesar kotak kasut dari beg dan serahkan pada Maria.
"Hehe... ni jadi posmen ni kena belanja ni.. hehehe" Usik Maria. Maria tahu, Badrul minat Yanti dan berhasrat nak jadikan Yanti sebagai isteri.
Yanti balik ke bilik dan didapati ada beberapa miscal, antaranya dari telefon Syira. Yanti terkejut dan hairan. Yanti tertanya-tanya, kenapa Syira menelefonnya, adakah sesuatu yang penting, kenapa yer ? Ini mesti ada kaitan dengan Man. Kenapa ? Adakah ada kaitan dengan kesihatan Abang Man. Yanti nak dail semula, tapi jam dah 12.00 malam, macam tak sesuai. Mungkin hendak tunggu pagi esok saja. .... Tapi Yanti belum tentu dapat tidur, kalau tak telefon Syira semula.
Yanti kuatkan semangat untuk mendail telefon Syira. Tapi, Yanti batalkan semula hasratnya, dia mesti fikir betul-betul dulu, patut atau tidak.... Serba salah betul Yanti, yer le sudah sebulan lebih Yanti tak telefon Man atau keluarga Man termasuk Syira, mana mungkin malam ini dia nak telefon. Dalam jam 12.30, Yanti nekad untuk menelefon Syira setelah dia bersedia untuk menyusun ayat termasuk nak tanya, kenapa tadi Syira telefon dia. Okey, Yanti dail telefon Syira. Waktu itu Syira sedang baring seorang diri dalam bilik.
"Syira, apa kabar, tadi ada telefon Kak Yanti yer ? Maaf tadi kakak ada program, kakak kursus kat Kemaman ni". Kata Yanti.
"Ohhh.. maaf ganggu kak. Cuma Syira nak tanya, kakak tahu ke di mana abang Man berada waktu ni ?". Tanya Syira.
"Tanya Abang Man di mana ? Kakak.... Kakak tak tahu, kakak kursus di Kemaman di dah dua minggu. Kakak memang dah lama tak dengar berita abang Man.... Syira, ke mana abang Man ? Apa dah berlaku ? Bagaimana keadaan abang Man sekarang ?" Tanya Yanti.
Syira terus terdiam dan suaranya tersekat-sekat. Perasaannya terus risau dan tidak lega lagi. Tadi kalau Yanti kata Man ada di KL, mungkin Syira boleh rasa lega.
"Abang Man... Abang Man keluar rumah petang tadi, terus tak balik. Tak tahu pergi mana. Di JB pun tak ada ?" Jelas Syira.
Berita ini merisaukan Yanti. Malam ini sepatutnya dia gembira tapi suasana sudah bertukar. Dia pula teringatkan Man. Bagaimana keadaan Man ? Man kemalangan ? Atau.... Man sudah tiada lagi ? Semuanya bermain di fikiran Yanti.
....BERSAMBUNG KE EPISOD 32
http://kadikluang.blogspot.com/2010/07/sudah-nasibku-mat-burger-episod-32.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dipersilakan komen.