06 Julai 2010
Nikah Siam...Nikah Indon ? Bisa Diatur Pak..
KUALA LUMPUR: Jabatan agama Islam dan majlis agama Islam diminta memantau dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap ejen tempatan yang menguruskan perkahwinan pasangan Islam secara rahsia di selatan Thailand.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kegiatan itu perlu dibendung bagi mengelakkan pasangan menghadapi masalah mendaftarkan pernikahan mereka di sini, sekali gus menimbulkan masalah lain pada masa hadapan.
"Walaupun hal ini sebagai satu permulaan awal, kalau ia berleluasa kesan sampingan itu akan ditanggung anak-anak dan isteri.
"Kesan daripada perkahwinan yang tidak didaftarkan adalah kerugian di pihak wanita itu sendiri," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di sini, pada Isnin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
assalamualaikum ustaz, harap dapat buat komen tentang jemaah ikhwan yang kata abuya x kembali, saya kdg2 jadi confuse... saya nk minta pandangan ustaz dan ulasan ustaz.. harap dibantu.. kalau rasa x perlu dalam blog, ustaz bole terus jawab dalam emel saya razzbest006@yahoo.com.my
BalasPadam