Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

10 Julai 2010

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 28

Petang Jumaat, seperti biasa ibu Man bersama kumpulan Yasinnya ziarah ke satu rumah secara bergilir-gilir. Kali ini rumah makcik Siah yang jaraknya lebih kurang 2 km dari rumah Man. Ibu Man mintak Man hantarkan ke situ. Man cuma boleh hantar saja, mana boleh ikut, itu semua perempuan. Hari itu ramai juga, dalam 40 orang. Masa makan tu, mak Man nampak seorang wanita yang cantik dan menarik perhatiannya. Sebelum ni, mak Man tak pernah nampak gadis itu dan mungkin bukan orang kampung itu. Timbul hasrat di hati mak Man untuk mengetahui lanjut gadis itu, dah berpunya ke belum ?  Nampak macam belum kahwin sebab nampak muda saja, mungkin awal 20-an tu.

"Siapa perempuan yang baju biru tu  Siah ?" Tanya mak Man pada Makcik Siah seperti berbisik.

"Ohh.. Yang tu Azura, anak sedara kita, baru sampai semalam". Kata makcik Siah.

"Dia anak sapa pulak tu, kerja apa dia ?". Tanya mak Man lagi.

"Tu anak Abang Dolah yang kat Kota Tinggi tuuu, tak kerja lagi, baru lepas sekolah. Lepas SPM dia tak sambung mana-mana, tolong mak ayah kat kampung jer". Kata Makcik Siah.

Mak Man memerhati dengan betul-betul gadis itu, nampak rajin di dapur dan peramah melayan tetamu. Ada satu yang terdetik di hati mak Man, iaitu untuk bercadang menjodohkan Man dengan gadis itu. Itu pun kalau-kalau belum dah ditanda orang. Azura datang ke rumah makcik Siah dengan adik lelakinya semalam, naik bas. Saja jalan-jalan, lagipun rumah makcik Siah buat kenduri doa selamat. Oleh kerana mak ayah dia tak sempat datang, maka Azura kira wakil keluarga pakcik Dolah lah.

"Siah... Azura tu dan berpunya ke belum ?" Tanya mak Man bila tetamu lainnya dah ramai yang balik. Tinggal di rumah makcik Siah tu dari kalangan keluarga saja.

"Bertunang tu belum. Tapi tak tahulah dah ada kawan ke belum... Ada hajat ke ni ? Benda baik apa salahnya". Tanya makcik Siah.

"Yer lah... Cadang nak carikan  Si Man tu, umur pun dah nak masuk 30 dah. Risau juga kita tak kawin-kawin lagi Si Man tu...". Kata mak Man.

Tiba-tiba, kereta Man sampai ke depan rumah Makcik Siah. Dari tadi Man tengok, orang lain dari kumpulan Yasin dah balik, sebab tu Man datang ambil maknya.

"Itu pun Man. Panjang umur dia yer". Kata Makcik Siah.

"Kita beransur dulu yer Siah". Kata mak Man.

"Nantilah dulu, ajaklah Man tu naik ke rumah, makanan pun ada lagi". Pelawa makcik Siah.

"Betul juga yer, nanti kita panggilkan Man". Kata mak Man.

Mak Man menuju ke kereta dan ajak Man naik ke rumah Makcik Siah. Mulanya Man malu dan tak mahu. Maklumlah, kumpulan Yasin tu kumpulan perempuan saja, mana ada lelaki. Tapi bila mak Man kata orang lain dah balik dan Makcik Siah nak tanya-tanya khabar tentang kesihatan Man, akhirnya Man naik juga ke rumah. Man duduk bersila di ruang tamu di sebelah ibunya.

"Bagaimana sekarang Man, dah sihat betul ke Man ?" Tanya makcik Siah.

"Alhamdulillah makcik, nampak dah beransur baik, cuma kalau matahari panas terik, terasa macam sakit kepala". Kata Man.

"Baguslah tu, berehatlah dulu sampai baik-baik betul Man. Kesihatan kena jaga, tidur dan rehat kena cukup". Kata Makcik Siah.

"Itulah Siah... Man ni degil, belum baik betul-betul dah nak balik ke Johor Bahru. Nantilah dulu sampai sihat betul". Kata mak Man.

Tiba-tiba Azura muncul dengan mengangkat makanan dan diletakkan di hadapan Man. Memang Man seorang saja yang belum makan, maka Man seorang sajalah yang diletakkan makanan. Ada nasi ayam, mee goreng dan air sirap. Man terkejut melihat gadis yang cantik itu. Mukanya putih, kurus dan ayu berbaju kurung dan bertudung. Man terdiam, terpaku dia melihat gadis itu. Mak Man nampak perubahan pada diri Man yang asyik menjeling gadis itu. Lepas tu Azura turun ke dapur semula dan Man menikmati jamuan ditemani ibunya.

Di dapur, Azura tersenyum sendirian, secara tak sengaja tadi dia bertentang mata dengan seorang lelaki hensem yang belum dikenalinya. Pada fikiran Azura, lelaki itu mungkin orang berada dengan kereta wajanya yang berkilat baru cat. Waktu itu, orang yang pakai kereta waja dianggap macam orang kaya. Cara Man merenungnya tadi, membuatkan jantung Azura bergetar. Azura cuba curi-curi pandang ke arah Man di dapur dan mengintai-intai Man dari celah lansir pintu. Kemudian, terdengar suara makcik Siah memanggil Azura. Terkejut beruk betul Azura dibuatnya, orang tengah mengintai-intai, rasa tersergah pulak.

"Azura! Tolong ambilkan air basuh tangan..." Teriak Makcik Siah.

Azura tersipu-sipu dan cepat dia ambil air basuh tangan dan bawa ke atas diletakkan di depan Man. Sekali lagi Man menjeling Azura dengan penuh minat, tapi Man tak kata apa-apa. Azura turun ke dapur semula, tak manis dia di atas sebab ada lelaki yang bukan sedara maranya. Waktu Man dan ibu Man balik, makcik Siah hantar sampai ke kereta. Azura pula di tangga sambil berbual dengan keluarga makcik Siah yang lain. Man sempat memerhatikan wajah Azura. Azura pun begitu juga, nampak malu-malu.

Di dalam kereta, ibu Man nampak perlakuan Man yang sedikit berbeza. Tapi ibu Man belum boleh membuka mulut lagi nak cerita pasal benda tu. Sebelum pulang tadi, mak Man sempat berbisik dengan makcik Siah supaya tanyakan Azura, dah ada kawan ke belum. Kalau belum tolong tanyakan, bagaimana kalau ada lelaki nak masuk meminang. Mak Man masih bersabar tunggu berita selanjutnya dari Makcik Siah. Man pula diam saja, macam tak ada apa-apa.

.....BERSAMBUNG KE EPISOD 29

7 ulasan:

  1. Salam.

    Ustaz, daripada masa saya mengandung, bersalin, berpantang dan sekarang dah kembali bekerja, belum tamat lagi kisah Mat Burger ni . panjang rupanya kisahnya yer...

    Sedih juga jika hubungan Yanti dan Man putus,kerana jika betul mereka yakin dengan hubungan mereka, pasti dipertahankan sehabis daya supaya hubungan itu direstui.

    Tetapi jika mereka menemui kebahagiaan dalam perpisahan, mungkin itulah yang terbaik buat kedua-dua nya.

    ~ Dee

    BalasPadam
  2. Hehehe... Ini kisah memang panjang, dari belum Piala Dunia sampai Spain dah julang Piala Dunia, cerita ni belum habis lagi....

    Semalam saya ke JB, nampak warung burger Man belum bukak lagi, dia bukak petang, saya datang pagi.

    BalasPadam
  3. Salam Ustaz,

    WOW ! cinta baru sudah berputik ya.. :D

    BalasPadam
  4. ya ustaz...sy trtggu2 adakah man akan brsama yanti pd akhirnya..tiba2 ada plak yg terselit..apa pun,sy tak sabar nak tahu kesudahannya..siapa yg man pilih,harap2 adalah yg trbaik.. =)

    BalasPadam
  5. oo.. mmg ade ke man bege..?? lorr ngtkan kisah novel jee... dasat tol ustaz ni mengarang...
    mmg kisah man bege tu ke..?? mcm x cayo pun ado gk...

    BalasPadam
  6. ustaz..sy dah terpaku kat depan pc nih tak balik2 lagi ni..bila la nak abis nyeeee...adoiii..

    BalasPadam
  7. cerita ustaz ini memang berlaku dalam kehidupan realiti..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.