Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

01 Julai 2010

Derma Anak Yatim....... Yer ke Ni Pakcik ?

Tadi dalam pukul 9.00 pagi, saya ke klinik gigi sebelah Maybank Kluang. Waktu datang tu, ada orang lelaki tua pungut derma untuk anak yatim, ada letak tabung depan bank tu. Selesai ke klinik, saya jumpa lelaki tu seorang diri. Nak tanya dia beberapa perkara.

"Ni pungut derma ada dapat kebenaran Jabatan Agama ke ?" tanya saya.

"Mestilah ada. Kalau tak ada, tak akanlah berani pungut derma". Kata lelaki tu.

Saya tersentak juga, yer ke dapat kebenaran dan dapat kebenaran siapa pulak. Dia tunjukkan satu surat bersalut plastik. Saya lihat derma itu untuk anak yatim di sebuah negeri di utara semenanjung untuk buat bangunan. Yang tandatangan kebenaran itu (seperti yang ditulis di situ) adalah dari pengusaha tempat anak yatim itu, bukan Pengarah jabatan Agama Johor, bukan Kadi Kluang. Dia kata lagi, malam tadi tidur hotel di sini, dah 5 hari pungut derma depan Maybank tu.

"Ini kebenaran apa ? Mana surat Jabatan Agama ?" Kata saya lagi.

Orang tu terpinga-pinga dan dia kata dalam proses nak mohon.

"Dalam proses nak mohon, belum dapat kebenaran lagi tu.  Sekarang pakcik balik boleh ker ? Kalau tak balik, nanti kena tangkap lagi susah. Saya dari Jabatan Agama. Lepas ni saya taknak jumpa lagi kutip derma macam ni". Kata saya dengan muka agak serius, tak senyum pun, sambil mengeluar dan menunjukkan kad kuasa (Penguatkuasa JAIJ).

Tiba-tiba lelaki ni terus bergegas kemas barang, kemudian dia lari melintas jalan, bawak semua barangnya dengan tergesa-gesa.




Sesiapa yang mengetahui kegiatan seperti ini di Kluang, sila buat aduan ke Bahagian Penguatkuasa JAIJ Kluang. Tindakan tegas akan diambil. Lelaki ini ada seperti loghat Indonesia, identiti lengkap tidak sempat diambil.

4 ulasan:

  1. Bhai Tuan Kadi Kluang,

    Dimana-mana pon ader benda nih tua.. di bank... di stesen minyak... malah sampai pi depan pintu rumah lagie...

    Kat Kemaman nih pon ader gak... berlambak..

    BalasPadam
  2. Salam Tuan Kadi, memang ramai pakcik2 yang kutip derma macam ni kat depan bank, pasar malam atau tempat2 tumpuan orang ramai. Memang selalu dalam hati berdetik betul ke orang ni kutip derma untuk sekolah itu sekolah ini....

    BalasPadam
  3. saya dah sms pakcik itu buat U turn, duduk semula. pendapatan baik punya masyuk kenapa nak lari..huhu..Malaysia negara LEMBUT.

    BalasPadam
  4. salam ustaz..if kita jumpa perskitaran yang sebegini..and kita tanpa teragak-agak tuk menderma...walaupun kita xtaw dia seorang yang betul-betul dari pertubuhan anak-anak yatim ataupun tipi..bagaimana dengan sedekah atau pemberian ikhlas kita tu..??

    hope ustaz boleh emelkan jawapan pada saya di nineyrasyed@yahoo.com...ingin tahu...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.