Oleh itu, selalu saya berazam setiap kali berbual dengan orang dan menulis dalam facebook, supaya saya tidak tergolong sebagai orang yang riya ini.
Riya’ berbahaya karana merupakan salah satu daripada penyakit hati yang menjadikan seseorang itu golongan orang munafik..Masyaallah, besarnya dosa aku dan beratnya seksaan api neraka jahanam.
Dalam bercakap saya akan berusaha untuk tidak bercerita hal-hal yang menyebabkan orang memuji kehebatan kita. Dalam berbual, harap saya sentiasa merendah diri seperti orang tidak berilmu, tidak berpangkat, tidak segak dan tidak berharta.
Menulis dalam facebook lagi mencabar sebab masing-masing termasuk kita, sentiasa nak menunjuk sesuatu. Kita jarang berfikir bahawa yg kita tulis atau gambar yg kita paparkan itu menjadikan kita manusia yg riya'. Ya Allah... Ampunkan segala dosa-dosaku. Bersihkan hatiku supaya tidak menjadi kotor.