Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

27 November 2010

Luahan Rasa Isteri Bermadu, Sering Menangis Sendirian

"Saya adalah seorang isteri kedua. Kami baru setahun mendirikan rumahtangga dan kini sedang mengandung anak sulong kami beberapa bulan.

Saya sudah tidak tahan hidup bermadu. Saya selalu ditinggalkan keseorangan. Sehingga saya sering menyalahkan diri sendiri kerana berkahwin dengan suami dahulu tanpa berfikir panjang. Untuk pengetahuan, perkahwinan kami direstui oleh ibu-bapa saya dan kenduri diadakan secara besar-besaran seperti org lain.

Tapi saya tidak bahagia kerana sering ditinggalkan sendirian. Suami memang menjalankan sistem giliran yg betul tapi desakan hati tidak sanggup lagi hidup begini. Saya selalu menangis sendirian dan sering terlintas dalam fikiran untuk bercerai. Patutkah saya memohon cerai ?

Tolong nasihatkan saya...sesungguhnya saya telah melakukan sembahayang dan membaca Quran supaya Allah beri petunjuk pada saya. Tapi hati saya sering tewas dengan keadaan ini. Bantu lah saya ustaz. Apa yang harus saya lakukan ?"

Pembaca, lelaki dan wanita, silalah bantu jawabkan....

27 ulasan:

  1. hanya pengalaman saya.

    Surah Al-Baqarah Ayat 216

    “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

    1) ayat di atas menjadi motivasi kepada saya bila sesuatu perkaya yg saya tidak suka berlaku.

    2) sebenarnya kita tak sendirian, ALLAH sentiasa bersama kita. bila solat sujud lame ckit (berdoa)& paham makna bacaan dlm solat.

    3) baca quran dgn terjemahannya, jadikan buku motivasi & agama sebaik peneman :

    4) perasaan sedih, lemah, putus asa tu datang dari syaitan. jgn di layan.

    5) selalu berkongsi masalah dgn kluarga & orang2 yg berfikiran positif. jauhkan diri dgn orang2 berfikiran negatif.

    semoga dapat membantu....

    BalasPadam
  2. Salam Tuan. Persoalan ini mmg payah utk di rungkaikan, pun begitu tidak ada masalah yang tidak dpt diselesaikan. Saya hanya dapat mengatakan SABAR dan bertenang terlebih dahulu... terkadang sebarang dugaan itu jika kita bersabar sedikit mungkin membuahkan hasil yang baik nanti. Hanya mereka yang tabah dan sabar sahaja akan memiliki kejayaannya nanti. Perlu diingat hidup ini tidak lebih hanya satu dugaan dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik utk hambanya. Mmg berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul

    BalasPadam
  3. amalkan membaca ayat 102 surah al baqarah setiap kali lepas solat dan fahami terjemahan ayat tersebt.

    BalasPadam
  4. Salam, kakak memahami perasaan adik kerana berada dalam situasi yang sama, hanya dengan mendekatkan diri pada ALLAH, jiwa akan jadi tenang. Boleh hubungi kakak melalui e mail for further advice and sharing experiences. Wassalam.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, saya lihat Blog Ustaz Khalil ini benar-benar membantu ramai orang.
    Untuk saudari, dekatkan diri dengan Allah. Cinta di dunia hanya sementara, tapi cinta Allah itu kekal. Kita tak pernah bersendirian. Biasalah asam garam rumah tangga, pahit manisnya.. semua terasa.
    Saya doakan yang terbaik untuk saudari =)

    BalasPadam
  6. Begitulah resamnya kalau berbagi suami. Anda tak akan mendapatnya 100%. Sepatutnya sebelum kawin dulu, fikir habis2,tanya diri sendiri: sanggupkah aku menjadi isteri 'part-time..'?Kalau sanggup berkongsi dan berbahagi..teruskan, jika tidak sanggup, jangan diteruskan..Ibarat kata pepatah..Kalau tak sanggup dilambung ombak, janganlah berumah di tepi pantai...Muhasabah diri adalah perkara terbaik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana ada istilah isteri part time.. jgn sesuka hati nak labelkan org lain... kita x berada di tmpt dia dan x merasa apa yg dilaluinya.. seharusnya kita berdoa yg terbaik utk keluarga mereka,.... mungkin 1 hari nanti Allah nak uji kita dgn perkara yg sama... muhasabah diri adalah perkara terbaik..

      Padam
  7. 1.banyakkan membaca buku2 motivasi dan agama..
    2.jgn d lyn perasaan tu..syaitan sgaja ingin myesatkan..
    3.stiasa bsyukur dgn apa yg kita ada skrg...bkn mudah nk dptkn suami yg blh mbimbing dunia akhirat
    4.percaya pd pasangan
    5.redha
    6.berfikiran positif
    7.kasihankn suami kerna dia da ckup tbeban ingin mjg 2 hati & tggjwbnya jg cukup besar
    8.bantu suami utk mjd suami yg adil
    9.jgn tamak.. di syurga pn kta akn bkongsi suami..bkn 1 org je..malah ramai....
    10.ttpkn niat bkahwin utk mcari keredhaanNya...
    11.paling ptg skali, dekatkn diri dgn Allah s.w.t

    BalasPadam
  8. Assalammualaikum...

    tidaklah beriman seseorang itu sehingga dia diuji oleh Allah. sebagai orang islam, kita perlu sedar bahawa hidup kita di dunia ini adalah hanya sementara. dan selama mana kita hidup di bumi Allah ini dengan menghirup udara dan bernafas denganya, kita memang selayak nya di uji. dan ujian itu pula pelbagai mengikut kekuatan diri kita untuk memikulnya. ujian2 ini pula antara lain adalah untuk menyucikan diri kita dari dosa2 yang lalu, meninggikan darjat dan sebagai imbalan/pelaburan untuk kita bermusafir di negeri akhirat kelak. antara perkara2 takdir yang tak dapat kita ubah melalui doa adalah ajal maut dan jodoh (ustaz, kalau salah tolong betulkan). oleh itu, andai nya puan dan tuan telah terlibat dalam kancah poligami maka terima lah ianya sebagai ujian buat kalian. dan sebaik2 strategi untuk melalui ujian ini dengan jaya nya adalah dengan sabar, taqwa dan iman. belajarlah dari kisah2 salafus soleh dan nabi2 sebelum kita. ambil lah ibrar dari kisah2 umat islam yang terdahulu yang Allah pilih sebagai kekasih Nya. bagi wanita2 yang hidup dalam poligami, lalui lah jejak bertapak yang ditinggalkan ummul mukminin, juga siti hajar ummu ismail. perit dan ranjau yang mereka lalui lebih hebat dan lebih getir dan mereka pun Allah janjikan syurga. kita hidup di akhir zaman, rebut lah peluang dengan kesabaran dan ketaqwaan. akhirat adalah abadi. dunia ini hanya jambatan yang penuh duri. kembali lah pada Allah. sekian. pendapat 20 sen saya yang tak seberapa. wallahualam.

    BalasPadam
  9. asalamualaikum..saya isteri kedua dan berkahwin setahun 4 bulan. malangnya suami saya tidak berani pulang ke rumah kerana isterinya memaksa menceraikan saya.saya tetap bersabar dan bersolat hajat minta lembutkan hati isteri pertama. saya sayangkan suami wp mas utk saya terlalu jarang. apa yang perlu saya lakukan untuk tenangkan fikiran dan mengharapkan suami berani utk bertanggungjwab.

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam..sis boleh sy minta email?byk perkara sy nk kongsikan..trima kasih

      Padam
    2. Bolehkah Bantu saya untuk menyelesaikan masalah saya Yang semakin serabut.sayang sudah berkahwin Dan mempunyai ank 5..masalahnye sekarang saya bercinta dengan suami orang.dia byk membantu saya dlm segi kewsngan Dan byk Bantu saya ketika saya memerlukan.sehingga saya jatuh cinta kepsdanya.saya ingin membuat keputusan until memilih die Dan meninggalkan suami.tolongla saya

      Padam
  10. Puan, memilih untuk menjadi isteri kedua bermakna memilih kehidupan berumahtangga secara 'part time'. Juga, memilih supaya keutamaan diri hanya selepas isteri pertamanya (dan anak-anaknya). Seakan sama seperti tiada suami. Persepsi masyarakat juga enggan bersimpati, bahkan digelar perampas. Perit dan melukakan. Tapi perasaan isteri pertama pastinya lebih terluka, sebab bermadu bukan pilihannya. Puan sepatutnya sanggup menerima hakikat ini sebelum meneruskan niat menjadi isteri kedua. Kalau nasi sudah menjadi bubur, pohonlah petunjuk apa jua yang terbaik. Dalam dunia ini, ada pelbagai orang. Ada orang yang tak sesuai berkahwin. Ada orang yang lebih sesuai jadi isteri kedua sahaja sebab keutamaan kehidupannya adalah perkara lain, misalnya kerjayanya. Saya memilih untuk tidak menjadi isteri, buat masa ini, kerana keutamaan kerjaya serta berbakti pada ibu bapa. Saya tidak sanggup menambah tanggungjawab berbakti kepada suami pula. Segala perkara saya timbang dan kaji dengan mendalam tanpa terlalu terikut-ikut dengan perasaan. Namun apa yang tertulis esok hari, tidaklah saya ketahui. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

    BalasPadam
  11. apabila kptsn telah dibuat & semua tindakan mengikut hukum2 yg sah & halal, masalah yg timbul kmudiannya wajib diterima dgn redha....

    itulah namanya hidup, hanya tempat bercucuk tanam & tempat ujian , kemenangan adalah bagi mrk yg SABAR....

    terimalah suami anda samada yg baik, buruk, cantik, hodoh, kaya, miskin, kelebihan & kekurangannya, dll sifatnya wajib diterima dgn sabar & bertolak ansur... ...

    apabila anda menangisi takdir yg anda sendiri pilih, maka jgn salahkan org lain...salahkan diri sendiri...

    BalasPadam
  12. sy juga mnrima kdaan yang sama dgn kalian....suami berkhawin sewaktu sy dlm pantang blum sampai 40 hari...tlalu sedih...hnya slps sbln mgetahui pkhwinan mrk dr mulut suami sndiri...doa sya gar Allah mberi sy ksabaran utk mjalani khidupan bsama suami

    BalasPadam
  13. Syukur adalah kunci paling utama.. Jika jumpa rasa syukur itu insyaallah banyak masalah jiwa yang akan selesai...

    BalasPadam
  14. jangan desak diri dalam situasi yang kamu x suka.. hidup ini singkat. merancanglah kearah kebahagian hidup kamu. sekiranya kamu wanita berkejaya fikirlah demi masa depan kamu dan anak.

    BalasPadam
  15. kunci kepada masalah puan itu hanya sabar..saya juga isteri kedua. memang teruji dengan pelbagai persoalan hak yang terpaksa dilepaskan. Madu juga pernah berada di tempat saya..dia juga hampir bermadu dengan bekas isteri suami, malangnya dia yang dulu sangat menerima poligami kini menentang poligami. Sekarang, demi anak kami pertahankan hubungan ini walau dalam diam. Alhamdulillah, saya sangat rapat dengan anak2 suami dngan bekas isterinya, keluarga suami ipar duai yang sangat2 kuat memberi dorongan pada saya untuk bersabar. Selalu berkomunikasi dengan suami tentang perlunya dia tegas dalam melayari hidup poligami..tentang azab Allah di akhirat kelak di atas kegagalan seorang suami. Jika suami masih sayang, jangan kita mohon cerai atau mencabar suami..kerana emosi suami bila terhimpit begini memang sangat teruji. Beri suami sokongan, masa dan doa agar suami kuat. Jika boleh, sentiasa berjemaah dengan suami supaya sama-sama berdoa diberi kekuatan. Percayalah kalau puan sayangkan suami puan..perceraian akan menambah sakitkan hati puan. Itu bukan penyelesaian tapi sekadar escapism sementara..ingatlah juga bahawa kejayaan Iblis Laknatullah yang paling besar ialah apabila sepasang suami isteri berjaya dipisahkan..semua perasaan yang buruk, sangsi tu sekadar hembusan hasutan Iblis meresahkan jiwa..berdoa dan berzikir dan SABAR. Kita boleh berbicara melalui whatsup kalau puan nak..saya gembira dapat bersahabat dengan puan jika sudi. PM saya di sutera2002@yahoo.com.

    BalasPadam
  16. Selama niat kita untuk mencari ridha Allah Insya Allah akan terasa nikmat setiap rasa yang timbul akibat di madu baik jadi istri pertama maupun jadi istri kedua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang niat masing2 nk mencari redha Allah..tapi bila hati terasa sakit,kita akan menyakitkn hati orang yang menyakitkn kita..bila kita ikhlas tapi madu yg pura2 ikhlas,menipu dan menyakiti kita,kita diamkan je...sudahnya kita jgk dipersalahkan..akhirnya Isteri kedua jgk yang salah..pelik

      Padam
  17. As salaam
    Ya..benar bagai dikata..siapa kita nak menolak takdir..
    Isteri kedua memang sekadar mengisi kekosongan,kekurangan..
    Banyak pergorbanan yang dilakukan..Tapi ada isteri pertama hargai? Sebaliknya fikir kita membangga diri..
    Wang ringgit,masa dan kasih sayang dah banyak dikorbankan..biaya bil bersalin swasta,bantu blikan barangan dapur,sanggup berulang jauh setiap hari ke tempat kerja demi nak menjaga hati suami yang susah nak bergilir2..kadang rasa hidup macam perempuan simpanan..bila tiba giliran,datang 2pg,balik subuh sepi..cuti xpernah berkongsi..raya apatah lagi,xpernah disisi,kadang terfikir nak bujang kembali,namun siapa diri ini nak menolak takdir Illahi,Biarpun hati semakin sepi,semakin disakiti..asalkan depa bahagia,relakan saja..andai diri ini dah takda lagi,harap kalian bahagia abadi..tak minta dikasihani,cukupla mengerti..Dah penat..

    BalasPadam
  18. Salam. Saya juga berkahwin sbg isteri kedua. Suami yg dulu berusaha seday upaya utk saya menikahinya kini berubah. Dulu berjanji akan berlaku adil dan katanya akan beritahu isteri pertama kerana dia tidak mahu hidup penuh stress berahsia. Saya setuju utk bermadu. Suami terlalu sayangkan saya. Belikan rumah 1.4mil, belikan handbag2 yg harga satu 25k, belikan kereta audi, vellfire, dan berikan saya wang ringgit utk belanja. Saya tinggalkan kerja, tinggalkan rakan2, dan terus menjadi isteri sepenuh masa menjaga anak kami. Suami seorang yg sgt penyayang. Dan saya terlalu mencintainya. Setiap kali solat, saya doa agar Allah kuatkan hati saya supaya bersabar dan redhakan suami saya. Ya saya redha suami tidak pulang bermalam di rumah. Saya redha dia tiada di sisi. Saya redha saya keseorangan di rumah. Saya redha tidur seorang diri tanpanya. Saya redha malam pertama kahwin dia pulang sebelum subuh.

    Namun, saya tidak lari dari hati wanita yg begitu fragile ini. Acapkali saya berendam airmata. Saya meraung tanpa suara kerana terlalu sedih akan diri ini. Saya tengok drama pun saya menangis sebab saya pun nak merasa mempunyai suami di sisi mcm dlm tv. Saya tgh mandi pun saya boleh menangis sbb mesti teringat. Saya trauma bila hari raya menjelang. Ya saya redha tak dpt berbuka bersama suami. Saya redha tak dpt tarawih bersama. Saya redha saya berhari raya seorang diri. Saya sanggup cover cover drpd family sbb saya taknak diorg pikir suami tak pernah tidur. Jadi maid saya pun kadang2 saya tggalkan di rumah mak. Birlah saya seorang. Saya taknak org mengata suami saya. Dan saya pun sebenarnya malu. Malu sgt pada semua org. Pasti ramai yg akan mengata kenapa saya berkahwin menjadi yg kedua walhal beberapa org pernah menghampiri saya. Saya malu nanti org tgk dengan pandangan kesian. Saya malu kalau nnti org akan gelar saya perampas. Walhal jauh sekali niat merampas itu. Saya impikan keluarga saya dan keluarga isteri pertama bersatu menjadi keluarga yg besar dan bahagia. Saya impikan saya mengambil hati kakak (madu saya), saya masak dan hantar ke rumahnya, telefon tanya khabar suami jika suami di sana, sama2 biar anak2 kami bermain bergurau dan panggil abang kakak, saya tahu saya boleh perlahan lahan ambil hati kakak. Saya dengan rasa rendah diri, saya sanggup rayu untuk kakak terimalah saya sebagai sbhgian ahli keluarga. Bukakanlah hati utk kami menumoang kasih. Saya yakin walaupun kakak akan sedih tapi jika dengan cara yg betul jujur kita boleh berbaik InsyaAllah.

    Namun suami saya tidak sanggup. Katanya tidak sanggup utk buat kakak sedih sbb dia kenal perangai kakak. Kakak pernah sebut "lebih baik tak payah hidup kalau suami kawin lain". Suami juga risau kakak akan bertindak pelik pelik seperti drive laju laju yg membahayakan kesihatan. Suami juga risau jika anak anak menyebelahi ibunya.

    Ya Allah Kau kutkanlah hati suamiku dlm membimbing isteri2nya, dalam menegakkan haknya, Kau lembutkanlah jiwa maduku supaya dpt terima hubungan kami.

    Percepatkanlah. Sesungguhnya begitu perit hari demi hari yg ku lalui secara rahsia ini. Terlalu byk kesedihan sehingga beberapa kali ku terfikir mahu lari sahaja dan beberapa kali merasa menyesal. Tapi ku tahu itu semua dugaan dan godaan syaitan. Aku harus tabah dan kuat dan aku kene sentiasa redhakan suamiku kerana aku tidak mahu dia berdosa kerana tidak bahagi sama rata hak kami.

    P/s: kpd anda yg mungkin akan bermadu, saya nasihatkan cari saja yg bujang. Sedih sgt hidup secara rahsia ini. Or, make sure bakal suami anda berterus terang dan minta izin isterinya. Acknowledge your existence! Sebab, trust me, terlalu sedihhhh sgt hari hari hidup begini walaupun semua bende dia sediakan. Tapi itu semua terasa kosong tanpa kehadirannya di sisi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam sis..ada cara utk berhubung? Bole share pengalaman bersama..Tq

      Padam
    2. As salam sis..ada cara utk berhubung? Bole share pengalaman bersama..Tq

      Padam
  19. Assalamualikum,saya seorang perempuan yang bukan lagi suci,dan saya mengenali seorng lelaki yang solatnya tidak pernah tinggal dan sangat bagus imlu agamanya,dahulu ibu saya merestui hubungan kami.tapi setelah beberapa bulan atas alasan dan sebab tertntu ibu saya menghalang dan terus mendoakan agar saya menjadi anak dara tua sampai kemati.saya ingin bernikah dengan lelaki itu,tetapi perlu ke sya minta izin ibu atau kahwin tanpa pengetahuan?kerana tujuan saya bernikah kerana dia ingin menyelamatkan maruah saya sebagai seorang perempuan yg telah tercemar maruah
    Bantu saya ;(

    BalasPadam
  20. Assalamualikum,saya seorng perempuan yang sudah terlanjur dengan bekas teman lelaki dan keluarga saya tidak mengetahui.dan sekrang saya mulakan hidup baru dan mula mengenali lelaki lain yang terjaga agamanya dan sentiasa solat.dahulu ibu saya menyukai lelaki ini.sekarang atas sebab sesuatu perkara dia tidak merestui hubungan kami dan mendoakan saya menjadi anak dara tua sampai kemati.apakah yang perlu saya lakukan ?bantu saya..adakah saya harus kahwin lari sahaja?atau mohon restu kerana saya tahu restu ibu itu penting.tujuan kami ingin berkahwin kerana lelaki yg ingin saya kenali kini ingin menyelamatakan maruah saya.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.