Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

11 Disember 2009

Rumah Lelong Episod 8 : ( Rumah Berhantu )

Baru-baru ni saya bawa kawan saya tengok rumah lelong.  Dia minat nak beli sebuah kondo di tingkat 2 di pinggir bandaraya Johor Bahru. Rumah tu dibuka untuk lelong RM 80,000 sedangkan harga beli dulu dalam tahun 2003 adalah RM 145,000. Oleh kerana dah minat, kawan saya tu ajak saya tengok rumah 2-3 hari sebelum masuk lelong.

Sampai di lokasi, tercari-cari juga mana satu rumahnya sebab tiada pun notis lelongan. Bila jumpa rumah tu dan pastikan itu rumahnya, kami rasa rumah tu sesuai dibeli. Tak lama kemudian ada seorang lelaki iaitu jiran sebelah keluar dan menegur kami. Dia tanya, kami cari rumah siapa. Saya kata nak tengok rumah orang nak jual. Lepas tu terus dia kata,

"Yang rumah lelong bank ke ?"
"Yer" Saya jawab, disebabkan dia dah  tanya. Sepatutnya masa tengok rumah lelong ni jangan dedahkan rahsia.

Lepas tu dia kata lagi.

"Rumah ni dulu ada orang mati bunuh diri. Pembantu rumah Indonesia dia gantung diri dalam bilik. Sebab tu tak ada orang nak beli rumah ni. Dah banyak kali lelong. Nak sewa rumah ni pun susah, penyewa cabut lari kena kacau".
Lelaki itu kata, kemudian dia terus turun naik lif, mungkin dia ada hal nak pegi mana-mana.

Lepas tu, kami keluar dari kondo tu dan pegi minum kat kedai mamak. Sambil tu kami berbincang pasal rumah tu. Kami berdua ambil keputusan batalkan hasrat nak ambil  rumah tu. Gila ker mahu beli rumah berhantu. Kalau orang tak beritahu tak apa, ni ada orang beritahu, mesti terbayang-bayang. Kalau tak beritahu, belum tentu hantu tu ada.

Ok. Hari lelongan, memanglah kami tak jadi masuk tapi nak tengok juga lelongan tu. Ramai orang yang masuk sebab banyak lelongan hari tu dalam 30 biji. Apa yang  mengejutkan, rumah yang dikatakan berhantu tu ada orang membida (masuk lelong), seorang pula tu. Maka sudah pasti orang tu yang akan dapat rumah tu RM 80,000. Yang paling mengejutkan pula, orang yang masuk membida tu adalah jiran sebelah tadi  yang kata ada hantu tu. Rupanya dia tipu kami. Dia yang nak rumah tu sebenarnya, sebab tu dia buat cerita yang bukan-bukan. Saya terus balik, meluat tengok lelaki tu, dia pun nampak dan kenal saya. Buat muka macam tak bersalah jer dia..

Nasihat saya, kalau nak beli rumah lelong, kena ada keputusan sendiri dan jangan termakan dengan cakap orang yang kita tak kenal...... Tipah tertipu bang......Tetipah... Tetipah... Tipah Tertipu Lagi....

.........BERSAMBUNG KE EPISOD 9
http://ustazkhalil.blogspot.com/2011/05/rumah-lelong-episod-9-simpati-dengan.html

17 ulasan:

  1. Mcm ni pun ada..haih...manusia manusia..sabaq ja lah...

    BalasPadam
  2. adoi la.. padahal dah tau da kan jgn pecah rahsia, gie bgtau jgk..hahaha. xpe.. jd pengalaman..

    BalasPadam
  3. mana tuan takut, tengok hantu ke tengok darah lembu..
    cuba pegang leher tuan..dan layan blog saya hari ini :

    http://ajahare.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Kekadang kita ingat semua manusia itu jujur nak bantu membantu... Tapi berhati-hatilah, ada manusia yang mengambil kesempatan.

    BalasPadam
  5. Saya dah pernah juga dengar kes sebegini..

    Siap nyamar buat diri jadi hantu lagi.. Ada agenda tersembunyi rupanya.

    Sabar je lah..

    BalasPadam
  6. Biarlah tuan.. Allah itu maha adil. Rumah besar mana pun kat dunia ni hanya untuk sementara. Kita semua akan balik kerumah 7x3x7 akhirnya insyaAllah.

    BalasPadam
  7. itu namanya tak ada rezeki... segalanya ketentuan dia yang maha esa...

    BalasPadam
  8. Bagi AM bukan sahaja untuk membeli rumah lelong, malah untuk berbuat perkara yang lain, setelah fikir masak-masak dan pasti ianya tidak menyalahi undang-undang, maka teruskan sahaja niat kita itu. Jangan pedulikan cakap orang lain. Boleh dengar nasihat, tetapi keputusan adalah ditangan kita.

    Yang keduanya AM memang tak percaya sangat pasal hantu. Lagipun jika benar ada hantu, dia adalah makhluk Allah juga. Kita ada bermacam cara untuk menghalau hantu atau setidak-tidaknya minta dia agar jangan mengacau kita.


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  9. 2 la dia critanya....Persaingan..mcm2 teknik dilakukn secara santai je yg x biasa,x kuat,x pandai ,x ada pengalaman akan kalah dlm apa2 saja perebutan...Inilah perniagaan hehe..Jadi kalau nk buat sesuatu 2 kena lah dgn Ilmu dan pengalaman

    BalasPadam
  10. hehe kelakar la plak. teruk betul orang tu. Sah dia mmg bermuka tembokkan? tak tau segan pon. haiih

    BalasPadam
  11. takpa,mungkin yg penender tu x dapat duduk gak rumah tu,sb ada hantu yg dia reka tu...percaya la...

    BalasPadam
  12. saya rasa yg buat cerita tu la hantunya...

    BalasPadam
  13. biar die...nanti hantu rekaan die akan kacau die...hehe

    BalasPadam
  14. orang macam tu pun ada kat dunia ni ke.nanti hantu tu pun pun suka dekat dengan dia.kalau ia pun carilah alasan lain.

    BalasPadam
  15. hantu dulu duduk kat hutan...la ni semua nak pindah masuk kondo ler pulak..kehkehe

    BalasPadam
  16. Bismillah,

    terharu juga baca cerita ni...
    sanggup org yang nak beli tu kata ada hantu...hisshhh...tak patut

    BalasPadam

Dipersilakan komen.