30 Disember 2009
BOMOH PEROSAK RUMAHTANGGA ORANG
Beberapa bulan lepas, ada satu kes yang berat, iaitu retaknya rumahtangga, sehingga berlaku peceraian dan tuduh menuduh dalam rumahtangga. Cerita berlaku apabila seorang isteri yang katanya ada sakit tetapi tidak pulih apabila pergi ke klinik dan hospital. Sakitnya itu lebih pada rasa pening-pening yang berpanjangan. Dia tidak berusaha untuk bertemu doktor yang sesuai untuk tindakan susulan. Maka dia jumpa seorang bomoh di daerah ini. Soal bomoh itu betul atau tidak, mujarab atau tidak, tidak jadi keutamaan. Tapi pada wanita itu bahawa beliau berusaha untuk sembuh. Orang kita selalu guna perkataan 'ikhtiar' untuk menghalalkannya berjumpa bomoh.
Waktu berjumpa bomoh itu, wanita itu ceritakan masalahnya pada bomoh, kononnya dia syaki ibu mertuanya 'membuatnya'. Wanita itu memang ada sedikit pergeseran dengan mertuanya. Isteri kena fahamlah, bahawa pergeseran kecil dengan mertua memang biasa berlaku. Memanglah, mertua tak sama dengan emak kita, emak kita lain, kita bersama emak kita sejak kecil. Jadi, kalau ada sedikit terasa hati dengan mertua, sebagai menantu kenalah merendahkan diri walaupun kekadang kurang senang. Ingatlah, ini zaman kita jadi menantu, akan datang kita juga akan jadi mertua satu masa nanti. Tak mustahil, menantu kita nanti akan bermasam muka dengan kita. Malah mungkin lebih hebat lagi. Ingat, Allah Maha Adil.
Bomoh pun ubatlah dan bila selesai, bomoh kata memang betul ibu mertuanya yang buat. Katanya ibu mertua guna bomoh Siam dan sukar dipulihkan oleh bomoh itu. Maka, perbalahan wanita itu dengan mertuanya bertambah parah, kalau dulu tidak bertegur, sekarang jadi perang mulut, kemudiannya jejak kaki ke rumah mertua pun tidak. Bila ada pihak mendamaikannya, dia gunakan 'bomoh' itu sebagai hujah yang menyokongnya membuat perkara buruk itu. Pada mulanya, suaminya lebih bersikap berdiam diri, akhirnya sudah tidak tahan dengan kerenah isterinya. Perkahwinannya berakhir dengan perceraian.
Kes Yang Lain pula
Tadi, ada satu kes yang ada kaitan dengan bomoh juga. Ini melibatkan seorang wanita lewat 30-an. Bomoh yang dia jumpa itu kata,
"masalah yang besarnya adalah di dalam rumah".
Itu saja yang bomoh kata. Bila wanita itu tanya, maka bomoh tak beritahu, dia kata selidiklah sendiri. Maka dalam kes ini, dia tuduh suaminya yang jadi 'pembawa sial' dalam rumahtangganya. Katanya dia dapat tahu itu bila dia solat hajat. Yer atau tidak, wanita ini sebenarnya bermain dengan perasaannya. Konsep solat hajat sudah dipesongkan dan dijadikan alasan untuk menuduh suaminya sebagai sial.
Saya sungguh kesal, kerana yang berkata itu bukan orang sebarangan tapi berstatus guru di sebuah sekolah menengah di sini. Kerana percayakan bomoh, hidupnya terumbang ambing dan di ambang kemusnahan. Dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan suaminya walaupun belum bercerai secara sah. Jadikan cerita ini sebagai tauladan, jauhi bomoh kerana boleh membawa kita kepada syirik, dosa yang paling besar dan tidak diampunkan oleh Allah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ermm.. cerita yg agak sama dgn pengalaman sendiri.. bomoh kata si polan ini terkena buatan saudara sendiri, sehingga mak si polan ini percaya mati²an.ditakdirkan Tuhan si polan ini arwah, dan ini buatkan cerita bomoh itu lebih konkrit.kadang² org kita lebih percaya pd org luar dari percaya kpd saudara sendiri..
BalasPadammudah percaya dgn bomoh.lebih baik jmp ustaz kalau doktor biasa n pakar tak dpt detect.ustaz yang bertauliah kan ade...lagi blh dipercayai..
BalasPadamlalu bomoh itu kawin dgn pesakit huhuu
BalasPadam