Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

14 Disember 2009

Abang Aji Tak Putus Asa Nak Kawin Juga (Episod 4/5)

SAMBUNGAN...
Pak Aji sekali lagi datang pejabat untuk meminta dia dibenarkan kawin, walaupun edah Mak Aji masih ada lagi. Kenapa tu ? Sabar-sabar le..... Tapi Pak Aji tak boleh sabar, 3 bulan macam 3 tahun buat Pak Aji yang dah kemaruk cinta. Kali ini Pak Aji siap dengan hujah yang dia pikir bernas dan boleh diterima.

"Mana ada dalam hukum, suami kena edah ? Saya bukan perempuan. Kalau halang saya, nanti saya buat perkara tak elok, siapa yang susah. Saya nak nikah Siam pun boleh tau".

"Bukan Pak Aji, ini peraturan. Kita kenalah ikut peraturan, kalau langgar peraturan nanti ada pihak yang teraniaya pulak. Nanti macam-macam boleh jadi pulak" Saya jawab, sebenarnya malas nak jawab tapi terpaksa jawab. Kalau tak jawab pun tak apa, dia  pun bukan nak terima apa yang kita cakap.

Apa lagilah tak habis-habis Pak Aji ni dari dulu sampai sekarang, dah berbulan-bulan asyik muka dia saja yang datang pejabat. Akhirnya Pak Aji terpaksa tunggu habis edah, berpuasa panjanglah dia. Yang menjadi persoalannya, kenapa kali ini dia datang dengan ditemani anak lelakinya. Mungkin anak dia dah kena jolok duit lebih sikit kot, entahlah.

Diringkaskan cerita, kemudian, genap 3 bulan perceraian Pak Aji dan Mak Aji. Maknanya edahnya dah tamat. Pak Aji sudah boleh kawin dan tempoh rujuk dengan Mak Aji dah tamat. Cuma yang menghairankan saya, Pak Aji tak muncul-muncul.

Ini menyebabkan saya penuh dengan persoalan. Yer le, dulu masa dia selalu datang macam rimas juga nak melayan, tapi bila dah lama tak muncul, jadi tanda tanya juga ?

Ke mana yer Pak Aji ni ? Dah nikah Siam ker ?  Ke dah meninggal. Entah...Senyap jer......

SAYA TERPAKSA BERHENTI SETAKAT INI DULU... Ceritanya tinggal satu episod lagi nak habis. Apalah kesudahannya yer....

SAMBUNG KE EPISOD 5
http://kadikluang.blogspot.com/2009/12/berakhir-kisah-pak-aji.html

1 ulasan:

  1. Amboiii... sudah jadi anti klimaks plak drama Pak Aji kiter ni...

    Saya rasa dia tiba-tiba sedar yang dia masih sayangkan Mak Aji..
    atau
    bakal isteri sudah berubah hati tak mahu kahwin dgn Pak Aji dahh..
    atau
    duit yang diharap tak dapat-dapat, punah ler harapan mereka nak berkahwin..

    kesiann..
    ops! saya memandai jer buat andaian sendiri...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.