Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

12 Disember 2009

Pak Aji Bakal Jutawan Nak Kawin Lagi Satu (Episod 1/5)



Tahun 1996 dulu ekonomi negara kita berada pada tahap sangat baik. Waktu itu di Johor Bahru ada sebuah Felda yang dikatakan akan dapat durian runtuh apabila ada pemaju nak buat projek mega. Maka orang di felda itu sedang mencongak-congak untuk jadi jutawan. Kira punya kira, setiap peneroka dapat kira-kira sejuta seorang dan hampir ke semua  mereka yang terlibat seronok. Tapi susah juga kalau ada banyak duit, lebih lagi sebelum ini tak berapa kaya sangat, tiba-tiba jadi jutawan, bukan senang nak mengubah gaya hidup.

Dalam tempoh cerita nak jadi jutawan tu, ada seorang Pak Aji dalam lingkungan 60-an setiap hari datang ke pejabat agama Johor Bahru untuk urusan kahwin lagi satu. Bakal isterinya itu anak dara umur 20-an. Tak kisahlah anak dara tu, walaupun bakal suaminya nanti pangkat 'atok' pada dia. Apa yang penting ? Kerjasamaaa.... Ops bukan kerjasama macam katun WondePet tu. Yang penting pada perempuan tu adalah duit 'berkepok', tua bukan soalnya.

Halangan pada Pak Aji tu adalah isterinya tak izin, memanglah tak izin. Isteri dia kata, dulu masa sama-sama baru kawin lebih 30 tahun dulu sama-sama susah jadi peneroka felda. Sekarang anak dah besar panjang dan bercucu, abang aji pulak nak gatal cari perempuan muda, berpangkat cucu. Bila saya tanya anak berapa, dia kata 8 orang. Bila tanya cucu berapa, dia pun dah lupa sebab ramai sangat cucunya.

Isteri dia halanglah, tapi Pak Aji ni tak putus asa, dia bawa kes ini ke mahkamah Syariah. Tapi bukan semudah itu mahkamah nak benarkan. Mungkinlah juga mahkamah nak tengok betul ke tidak dia jadi jutawan (sangkaan saya saja sebab saya tak tahu lanjut urusan dia dengan hakim). Sedangkan masa tu belum jadi jutawan, cuma setakat cerita-cerita jer. Maka mahkamah tidak dapat membenarkan buat masa itu.

Oleh kerana tak sabar, Pak Aji ini marah-marah pada isterinya. Apa yang saya dengar, mereka bergaduh lebih kurang begini.

"Apa lagi awak nak, saya nak kasi awak dua ratus ribu pun awak tak nak ke ?" Kata isteri dia.

Alamak, banyaknya duit, 200,000 tu perkara mainan saja. Tapi duit belum serah, manalah isterinya nak setuju. Mungkin tu juga yang ditunggu-tunggu oleh isteri (agak saya jer lah). Atau mungkin isteri dia tak pandang pada duit. Yang isteri pandang adalah untuk kekal bahagia, lagi pun malulah pada anak dan cucu.

Tapi Abang Aji tetap nak kawin juga, dia bakal jutawan besar. Tua bukan sebarang tua, setakat nak beli tongkat ali sebulan seribu ringgit, Abang Aji tak kisah. (ni saya saja menambah ni..) Bagaimanapun......

9 ulasan:

  1. Tulah masalah orang kita, bab kahwin ini selalu jadi masalah, apatah lagi jika memang isteri menghalang. Saya tak pasti apakah dengan menghalang niat baik suami ini dapat membahagiakan rumah tangga yang sedia ada.

    BalasPadam
  2. Saya sejak mula kahwin hingga hari ini, belum berubah pendapat saya tentang poligami.. Ntah kenapa..

    saya pun heran kenapa saya langsung tak kisah jika dimadukan..(opss..jangan sensasikan).

    Saya betul-betul tak kisah dengan poligami..ikhlas, jujur.

    tapi so far, gaya pun takda, bunga pun takda. Akan datang, tak tahu lah..

    BalasPadam
  3. azieazah, nape la saya tak kenal awak masa awak masih bujang dulu ya??
    sejuk perut ibu suami awak mengandungkan dia...alhamdulillah

    ikhlas
    aji bakhil

    BalasPadam
  4. emm..macam tu lah lelaki...bila ada duit lebih je ingat nak kawen satu lagi jee...dia tak ingat waktu dia susah..siapa laa yg setia bersama2 dgn dia hinggalah dia jadi senang..

    saya pun tak kisah langsung kalau suami sy nak kawen lagi..janji saya dah buat yg terbaik ..tapi sy tak sanggup la nak berkongsi.nak kawen boleh..tapi tlg lepaskan saya.
    bukan sy tak sayang..sbb sayang lah tak boleh terima di antara cita kami ada org ke3..

    opss..ustaz..jgn lambat sgt habiskan cita ni.. tak sabar lak rasa nak tau apa yg terjadi akhirnya...(saya rasa pak aji ni akhirnya tak jadi kot nak jadik jutawan hehe..)

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama...

    memang tak akan boleh kenal.. sbb awak tak bernama...hehehehe

    BalasPadam
  6. He he he....Biasalah, nama pun lelaki.....
    Lelaki, nafsu mereka memanglah power gila tau!
    Itu sebab ada lelaki miang yang dah tua - umur lebih 50 - 70 tahun, sanggup merogol cucu atau jumpa pelacur / GRO untuk memuaskan nafsu seks; sebab isteri dah 'menopaus' - tak mampu puaskan nafsu serakah mereka yang ganas dan jahat tu...

    Masa tengah muda2 dulu / hidup susah ada juga berangan nak kahwin lebih, inikan pula bila dah banyak duit / bila dah tua baru jadi jutawan, lebih2 lagi ada anak dara yang sudi jadi bini muda - apalagi, alamat melompat sakan lah - seronok sangat, semangat muda jadi tambah membara! Bukan senang dapat peluang keemasan macam ni! Daripada berzina lebih baik bernikah!

    BalasPadam
  7. kalau suami saya nak kawin lagi mmg saya tak bagi sebab saya sayang dia.Saya tak nak di menuju keneraka.kenapa saya kata begitu?sbb saya kenal diri saya.tak akan ada keikhlasan dr hati saya dan syarat poligami dalam islam adalah keadilan..dan untuk berkahwin itu mmg mudah tapi bagaimana utk bersikap adil?itu adalah amat sukar utk dilakukan..dan bagi suami yg bersikap tidak adil dlm poligami, itu adalh jalan menuju ke neraka.....

    BalasPadam
  8. anon 7.23 nampaknya tak faham maksud & erti adil dlm islam... kena mengaji lagi ni...

    tak baca ke ttg kisah isteri2 Rasullullah yg bertanya Rasullullah siapakah antara isterinya yg paling baginda sayang???? baginda jwb "siapa yg paling disayangi adalah yg mendapat cincin dari baginda"..

    maka baginda beli 9 cincin sama bentuk & harga, diberi pd setiap 9 org isteri baginda sambil berkata "jgn bagitau isteri2 yg lain bahawa kamu mendapat cincin ini"... konon makna yg lain tak dapat lah...

    baginda pun melakukan "sunat bohong" ....utk bertujuan baik.... maka semua isteri baginda fikir mrklah yg paling disayangi padahal semua mendapat cincin....

    maka kesimpulan sama shaja perangai ppuan itu.. cemburu tak bertempat.... jgn lah terlampau syg suami/manusia, krn manusia akan meninggalkan kita, sayangilah Allah yg mana kasih sygnya kekal abadi selamanya....

    "suami bukan hak mutlak seorang isteri"... ingat tu wahai ppuan/kaum isteri semua....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.