Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

15 Disember 2009

20 Anak Luar Nikah di Kampung Ini


Padi tadi, datang seorang lelaki membuat aduan kepada saya. Katanya di kampungnya sudah lebih 20 orang anak luar nikah di situ. Tadi dia buat aduan bekenaan seorang gadis 14 tahun yang baru 2-3 bulan melahirkan anak. Saya sudah minta penguatkuasa membuat tangkapan segera sekiranya aduan itu tepat.

Katanya lagi, sebelum kes gadis 14 tahun ini, kakaknya sudah melahirkan anak beberapa tahun lalu. Anak kakaknya dipelihara sendiri di kampung. Malangnya, ibu bapa seolah-olah tidak memandang berat kes ini. Ibu bapanya seperti seronok mendapat cucu, sedangkan itu anak luar nikah.

Apabila saya bertanya penguatkuasa, katanya sebelum ini sudah beberapa kes tangkapan kes mengandung dan lahir anak luar nikah di kampung itu. Biasanya wanita ini melakukan hubungan sex sesama rakan sebaya di kampung itu. Ini termasuk melakukannya di dalam kebun kelapa sawit.

4 ulasan:

  1. Di mana JKK Kampung? Penghulu? tok Batin? Imam?

    alahaiii... kalu diungkit semua saling tuding orang lain...

    Parahh..

    BalasPadam
  2. Salam. Saya rasa ini adalah kelemahan pendidikan agama. Maka, Jabatan Agama Islam Johor perlu perkukuhkan lagi soal pendidikan. Biar sampai kepada golongan sasaran.

    Bak kata Azie, mana JKK, Penghulu, Imam? Adakah mereka sibuk berpolitik? Adakah mereka sibuk mempertahankan jawatan mereka?

    Kalau sekadar penguatkuasaan sahaja, tak cukup.

    BalasPadam
  3. Terima kasih Aziezah dan Hazrey kerana memberi komen yang berguna. Sememangnya menyeru kepada perbuatan baik dan mencegah kemungkaran adalah tanggungjawab bersama.

    Orang yang diberi kuasa di dalam perkara ini lagilah besar tanggungjawabnya yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.

    BalasPadam
  4. Mak ayah pun huru hara..mana laa anak tak porak peranda..haih...mcm mana laa salasilah keluarga nih nanti...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.