Waktu saya operasi judi ekor di bandar Johor Bahru waktu tengahari, susah nak tangkap orang dalam kedai nombor tu. Bukan kerana orang yang beli tu sedar dengan kehadiran penguatkuasa, tapi ada orang Melayu yang jaga kedai tu. Lelaki dalam lingkungan 50-an tu berdiri depan kedai. Kalau dia sedar kehadiran penguatkuasa, dia akan menyanyi lagu, "dia datang... dengan lenggang lenggoknya" "dia datang, dengan lenggang-lenggoknya". Kerja dia untuk beritahu orang dalam kedai tu supaya cepat lari, nak melindungi perbuatan dia tu, dia gunakan isyarat menyanyi. Yer le, kalau nak berteriak dengan perkataan lain seperti "lari lari !" mesti takut dengan penguatkuasa.
Jadi, dengan adanya penyanyi jalanan ni, walaupan suara dia tak sesedap penganyi ghazal sebenar tu tapi kehadirannya berjaya menyelamatkan ramai kaki judi. Tak tahulah saya, dia dapat duit ke tak dengan tugas dia tu. Beberapa kali serbuan, gagal mendatangkan hasil, pening juga kepala saya dibuatnya. Dicampur dengan perasaan geram dan marah.
Mana taknya, tercabar juga saya sebagai penguatkuasa yang kononnya profesional yang dah pergi kursus dengan pakar-pakar, kes sesimple ini pun tak dapat selesai. Pening memikir cara terbaik, nak tangkap lelaki tu tak boleh pulak. Mesti dia tak mengaku, dia mesti kata penguatkuasa salah guna kuasa tangkap orang yang menyanyi tepi kedai, bukan dia masuk dalam......
Maka terngiang-ngiang le telinga saya dengar lagu Ghazal Muar tu. Waktu tu kalau ada radio yang buka lagu tu mesti lagi saya panas.
BERSAMBUNG KE EPISOD 2:
http://kadikluang.blogspot.com/2009/12/penyanyi-dia-datang-dengan-lenggang_06.html
Saya sertakan lagu "dia datang..." tapi nyanyian Siti Norhaliza, bukan ghazal Muo yang asal...
BalasPadamSalam ukhwah,
BalasPadamTuan Kadi, Saya berminat untuk menjemput tuan memberikan ceramah di surau kariah saya. Jika tidak keberatan, boleh tak tuan menitipkan no.hp tuan kepada saya?
Sekian terima kasih.
ajahare.
ajahare... Silakan kalau nak jemput saya ceramah, sila email saya BCN3876@yahoo.com. Insyaallah, ada kelapangan saya hadir.
BalasPadam