26 Disember 2009
LETIH MAK MERTUA MASAK SAHUR, MENANTU TAK PUASA
Seorang lelaki usia 30-an ditangkap sewaktu makan nasi di belakang sebuah warung di Johor Bahru pada siang hari bulan Ramadhan. Dia bekerja di pejabat di tengah bandar, sudah beristeri dan mempunyai seorang anak. Di rumah dia puasa tapi waktu tengahari di pejabat tak puasa. Memanglah tak disangka, kerja pejabat bukan seteruk kerja buruh di luar, makan pula dengan kawan sepejabat.
Bila ditangkap, isteri dan mak mertuanya datang ke pejabat agama untuk jadi penjamin. Isterinya kerja cikgu di sebuah sekolah menengah di Johor Bahru. Mak mertuanya tak tahulah kerja apa, tapi nampak macam dah bersara atau tak bekerja. Di pejabat, mak mertua dia kata,
"Makcik tak sangka dia tak puasa, hari-hari makcik masakkan sahur untuk dia. Penat makcik bangun masak, ingatkan dia puasa".
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
:'(
BalasPadamassalammualaikum
BalasPadamsalam ziarah ...
kesian kat mak mertua tu ya...
Memang sedih.. kesian...
BalasPadam