http://kadikluang.blogspot.com/2009/12/presiden-persatuan-pondan-ugut-sayaaww.html (Episod 1)
24 Disember 2009
PONDAN AMY TERPAKSA MENGAKU KESILAPANNYA (Episod 5/5) Akhir
SAMBUNGAN...
Bila dapat aduan sebegitu, saya panggil 2 orang perisik untuk dapatkan maklumat lanjut lagi tepat. Perisik pertama dan kedua ini diberikan tugas yang berbeza dan dia tak kenal antara satu sama lain. (Memang kerja risikan ini kena ada kerahsiaan yang tinggi, perlu bergerak dalam senyap). Perisik ini orang pejabat saya pun tak kenal kecuali seorang saya seorang saja. Tumpuan yang saya berikan padanya adalah aktiviti pondan di Jalan Dhobi, seminggu saya beri masa kepada perisik saya.
Operasi pondan dihentikan agak lama juga, kira-kira sebulan untuk melihat keberkesanan operasi selama ini. Seminggu selepas tugas diberikan kepada perisik saya, saya dapati apa yang diadu oleh pondan yang kena tangkap itu ada betulnya. Kedua-dua perisik ini mendapat maklumat perisikan yang hampir sama. Jadi, kesimpulan yang saya buat, operasi perlu dibuat dan ada pondan yang sangat penting untuk ditangkap.
Saya buat operasi khas dengan bantuan RELA untuk mengepung jalan-jalan sekitar Jalan Dhobi. Jumlah anggota RELA melebihi 50 orang. Beberapa orang pondan ditangkap dan antara yang tertangkap itu adalah Amy. Dia berpakaian yang sangat seksi dan duduk di situ mencari pelanggan. Secara jujur, kalau nak bandingkan antara pondan-pondan, Amy yang paling cun dan boleh menyelerakan pelanggannya. Bila Amy dimasukkan ke lokap, saya tidak mahu berjumpa dengannya. Pada saya, dia sudah banyak menipu dan melengah-lengahkan kerja saya. Esoknya, dia minta untuk berjumpa saya sebelum dia dihadap ke Mahkamah.
"Tuan Khalil, saya berada di situ untuk mendampingi anak-anak buah saya, bukan untuk buat kerja tak senonoh". Kata Amy. maklumlah dia pelajar fakulti undang-undang tahun akhir, memang bijak kalau cakap pasal undang-undang.
"Tapi Amy, sudah cukuplah apa yang kamu janji pada saya selama ini, saya sudah cukup sabar selama ini". Saya meluahkan perasaan saya.
"Tuan, kalau saya didakwa hari ini, maka anak buah saya akan hilang kepercayaan pada saya, ini tak sepatutnya berlaku, saya menyesal". Amy terus merayu.
"Ok, kamu nak damping anak buah kamu tak salah, tapi cara kamu berpakaian itu yang salah. Kenapa perlu berpakaian wanita di lorong gelap ?Saya sudah ada laporan dan perisik saya mempunyai maklumat lengkap, yang kamu sudah beberapa hari di Jalan Dhobi, kamu jangan berdalih lagi". Saya kata, membuatkan Amy terdiam seketika.
Amy akhirnya didakwa di Mahkamah bersama rakan-rakannya yang lain. Lepas itu saya malas nak jumpa Amy lagi, Saya ada banyak kerja lain daripada nak layan dia yang banyak songel tu. Selang beberapa minggu, operasi pondan diadakan lagi di Jalan Dhobi bersama RELA. Ramai yang ditangkap dan salah seorangnya adalah Amy. Amy tercedera ringan waktu cuba melarikan diri, akhirnya tertangkap juga. Saya tidak lagi terkejut. Esoknya di pejabat, Amy jumpa saya lagi. Kali ini dia dalam nada berbeza, dia sudah tidak boleh menyembunyikan perasaannya lagi.
"Tuan Khalil, saya manusia biasa, naluri saya pada lelaki, saya tak boleh ubah kehendak diri saya". Kata Amy, kemudiannya dia didakwa lagi.
SEKIAN..... HABIS DAH
http://kadikluang.blogspot.com/2009/12/presiden-persatuan-pondan-ugut-sayaaww.html (Episod 1)
http://kadikluang.blogspot.com/2009/12/presiden-persatuan-pondan-ugut-sayaaww.html (Episod 1)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
huhu..akhirnya habis juga...best laa cerite nih... :) harapnya "pondan2" yang melakukan maksiat di luar tu sedar apa kesilapan diorg....
BalasPadamSalam perkenalan.Kali ke 2 masuk.Menarik.Saya masukkan blog tuan ke link saya.Terimakasih,
BalasPadammacam2 la org sekarang.yang lelaki nak jadi perempuan.yg perempuan nk jadi lelaki.
BalasPadam