Diringkaskan cerita, gadis idaman Pak Aji pun tak mahu bernikah dengan Pak Aji. Buat apa pilih orang tua, tua kalau banyak harta tak apa. Ni tua tak berduit. Barulah gadis tu sedar dari lamunan dan lebih sanggup tak berkahwin dengan sesiapa pun buat masa itu. Pak Aji akhirnya menyesal, kekasihnya sudah lari. Dia tak ada upaya nak pujuk, apa lagi nak paksa. Selama ini pun bukan dia ada bagi apa-apa, cuma janji saja nak kasi kemewahan. Bila kemewahannya tak muncul, maka buah hati Pak Aji lari.
Pak Aji rugi banyak benda bukan seposen dua yang rugi, malah yang dia hilang sebenarnya lebih dari sejuta ringgit lagi. Dulu mimpikan duit sejuta, tapi sejuta kebahagian dalam hidupnya habis hilang. Mak Aji sekarang duduk rumah anak-anak bertukar-tukar rumah di sekitar JB dengan tenang menerima qadar dan qadar Allah Taala. Lebih malang lagi, anak-anak dan cucu Pak Aji lansung tak balik rumah Pak Aji. Pak Aji ada menyatakan hasrat untuk kembali semula dengan mak Aji sambil meraru-rayu tapi tempoh rujuk sudah tamat, jadi bukan dengan kuasa mutlaknya lagi. Kalau nak pun, kena nikah semula. Tapi Mak Aji sudah faham liku-liku hidup dengan Pak Aji selama ini dan bukan mudah untuk dia menerima pinangan Pak Aji.
Mak Aji sudah melalui pahit maung hidup yang sukar diceritakan kepada masyarakat kerana hanya dia saja yang mengenali Pak Aji luar dan dalam. Saya masih ingat, masa sebelum cerai dulu Mak Aji ada cerita pada saya yang dia sama-sama dengan Pak Aji jadi peneroka felda waktu baru ada anak 2 yang masih kecil, lebih 30-40 tahun dulu. Mak Aji cerita, dia sama-sama mengerjakan kebun dengan Pak Aji dengan bawa anak sama ke kebun untuk bantu membina keluarga. Tapi bila dah lama, dia buang isterinya bagai buang kertas tisu dalam jamban. Pak Aji lupa daratan, dah nak jadi jutawan, tak pandang zaman susah dulu, isteri turut sama membanting tulang dan keringat. Bila dah nak kaya tak sedar diri. Memalukan saja.
Baru diuji dengan kemewahan sikit, sudah mula nak berubah. Kalau betul-betul jadi kaya, lagilah tak dapat dibayangkan. Maka, pinangan Pak Aji ditolak. Kini anak-anak berdiam diri saja, tak menyebelah mana-mana. Kini pada anak-anak, ayah tetap ayah, mak tetap mak. Cucu pun sama, atok tetap atok, nenek tetap nenek.
Kesudahannya, Pak Aji duduk dirumah sorang-sorang merenung nasib dan masa depannya yang sikit-sikit ada lagi simpan nafsu kesumat kalau-kalau ekonomi cepat pulih dan ada harapan dapat berjuta lagi. Tinggal dia keseorangan di rumah. Tapi sehingga sekarang tahun 2009, masih belum terdiri lagi projek mega di situ. Mudah-mudahan Pak Aji ni sedar dengan perbuatannya selama ini.
Lepas tu, memang lama saya tak jumpa Pak Aji ni. Tahun 2007 dulu saya terjumpa Pak Aji di satu majlis bersama pemimpin negara. Dia nampaknya dah kurus dan uzur dan nampak macam tak sihat. Saya tak tahulah status dia waktu itu sudah kahwin ke belum,tak kuasa nak tanya. Suaranya sudah tersekat-sekat dan tak berapa jelas lagi seperti dulu. Umurnya sekarang dah menjangkau 75-80 tahun saya rasa.
SEKIAN. TAMAT DAHHHHHH
Salam Bang Khalil...
BalasPadamnampaknya hampir menepati plak apa yang saya dok teka dlm entri sebelum ni...hehehehe
Gitulah hukum alam... Yang tamak bukan selalunya untung..
Teringat juga perit kemelesetan tahun 1996-97, sampai terpaksa “dijual” kepada syarikat lain.. (take over company).
apapun itu semua pengajaran supaya kita sedar, tak selamanya cahaya memancar tu cantik, tak semua kilat tu bakal memberikan hujan..
jadi jika ada air di tempayan, simpan bebaik walaupun sedikit, walau mungkin hanya cukup buat membasuh kaki...
Terimakasih perkongsian citer ni Bang KHALIL... saya suka membacanya...
Salam. Tu la. Jodoh kan Allah yang menentukan. Setakat mana panjangnya jodoh pendeknya jodoh tu memang dah ditentukan sejak azali lagi. Ada la sebab musabab tu Allah tentukan begitu. Jika diteruskan juga mungkin tak larat nak layan kerenah yang muda tu pulak.Bila bersendirian bolehlah koreksi diri atas kesilapan masa lalu.
BalasPadamBro Khalil
BalasPadamTahun 1997 dan 1998, saya pun terkena tempiasnya.
Nota: Kemayan City terbengkalai sebab taukey dia ada masalah rumah tangga khabarnya, menurut sesorang di MPJBT (nama dulu), sekarang MBJB
ha ha
Wasalam
hehehe..betul betul betul.....betul laa apa yg sy teka....
BalasPadam