13 Ogos 2019
Setiap Hari Beri Makan Kucing
Pemuda ini setiap pagi dan petang datang dan beri makan kucing di sini. Saya sempat berkenalan dengan pemuda ini. Dia berniaga sendiri dengan pendapatan lebih kurang rm60 sehari. Setiap hari, dia belanjakan rm20 untuk beli makanan kucing. Maknanya dalam sebulan, rm600 duit dia keluarkan. Itu duit dia sendiri, bukan ada orang kasi dia duit. Kucing ini kebanyakannya orang buang di pasar ini. Dia cerita, sejak dia beri kucing makan percuma dalam setahun ini, jiwanya sentiasa rasa tenang dan rezeki juga bertambah.
24 Januari 2019
Ya Allah.... Jauhkan Aku Dari Sifat Riya'
Riya’ sudah jadi satu perkara yang sukar dielakkan dalam diri tiap manusia. Meskipun dari setiap orang itu berbeza, tetapi tujuannya adalah sama, iaitu ingin mendapat pujian dari manusia dan tidak ikhlas. Mari kita fikirkan.
Oleh itu, selalu saya berazam setiap kali berbual dengan orang dan menulis dalam facebook, supaya saya tidak tergolong sebagai orang yang riya ini.
Riya’ berbahaya karana merupakan salah satu daripada penyakit hati yang menjadikan seseorang itu golongan orang munafik..Masyaallah, besarnya dosa aku dan beratnya seksaan api neraka jahanam.
Dalam bercakap saya akan berusaha untuk tidak bercerita hal-hal yang menyebabkan orang memuji kehebatan kita. Dalam berbual, harap saya sentiasa merendah diri seperti orang tidak berilmu, tidak berpangkat, tidak segak dan tidak berharta.
Menulis dalam facebook lagi mencabar sebab masing-masing termasuk kita, sentiasa nak menunjuk sesuatu. Kita jarang berfikir bahawa yg kita tulis atau gambar yg kita paparkan itu menjadikan kita manusia yg riya'. Ya Allah... Ampunkan segala dosa-dosaku. Bersihkan hatiku supaya tidak menjadi kotor.

15 Januari 2019
Bertemu lagi kita
Perubahan iklim dan teknologi, maka blog semakin saya tinggalkan. Sekarang, facebook lebih ramai orang baca berbanding blog. Menaip dan memuatkan Cerita pun lebih mudah di facebook apabila kita guna telefon bimbit. Jangan lupa ikuti saya di facebook.
Subhanallah.... Diam tak diam, usia blog saya dah genap 10 tahun. Kalau anak tu, ibarat sudah darjah 4.

Langgan:
Catatan (Atom)