15 Julai 2016
Makcik Tua Doakan Kesejahteraan Saya, Alhamdulillah
Semalam saya ke sebuah bengkel kereta. Sedang pomen tu betulkan kereta saya, Saya lihat seorang makcik usia 50 atau 60-an pergi ke bakul sampah. Rupanya makcik tu cari barang kitar semula seperti botol plastik atau kotak. Lepas tu makcik tu sampai ke bengkel tu dan masuk ke kedai. Nampak tuan kedai tu membiarkan saja makcik tu.
Makcik tu cari botol plastik minyak hitam dan kotak. Ada satu botol makcik tu campak tak masuk dalam beg hitam. Saya pun pergi kat botol tu dan campakkan dalam plastik. Makcik tu ucap terimakasih kat saya.
Lepas tu saya seluk poket dan ambil sejumlah duit dan kasi kat makcik tu. Makcik tu terima dengan gembira. Tapi lepas makcik tu tanya nama saya dan tinggal di mana. Saya jawablah. Kemudian makcik tu tanya dah kawin ke belum dan anak berapa orang. Saya jawablah.
Lepas tu saya nampak makcik ni tadah tangan macam berdoa dan memang dia berdoa. Secara spontan, saya juga menadah tangan berdoa dan aminkan doanya.
"Ya Allah... Engkau berilah rezeki yang melimpah kepada Khalil. Ya Allah, Engkau berikanlah kejayaan kepada anak-anaknya sehingga berjaya di dalam pelajaran. Aminnnn".
Tersentuh hati saya petang semalam.
Langgan:
Catatan (Atom)