29 Oktober 2012
Gadis Anak Sulung Nikah Lelaki Indon
Perempuan ini umur 18 tahun, anak sulung bernikah dengan lelaki Indonesia 29 tahun. Perkenalan mereka lebih kurang setahun lalu mendapat restu ibu dan bapa mereka, akhirnya bernikah.
Lelaki ini bekerja sebagai buruh binaan lebih di sini sejak 3 tahun lalu dengan pendapatan antara RM 2,000- 3,000 sebulan bergantung kepada kerjanya. Mereka bernikah mengikut cara yang betul, bukan nikah lari macam cerita Nasib Labu Labi.
Selamat pengantin baru.
26 Oktober 2012
Aksi Cemas Lembu Korban Terlepas
Tadi, dalam jam 6.15 petang, saya ke Pantai Pandak, Cendering, Kuala Terengganu. Sempat saya merakam gambar semulajadi menarik seperti di atas. Tiba-tiba nampak aksi kejar mengejar, rupanya beberapa pemuda bermotosikal dan berlari, kejar seekor lembu jantan. Ini mesti lembu korban, fikir saya.
Lembu ini menggemparkan orang ramai yang ada kat situ. Pusing keliling lembu ni nak lari tapi tak boleh. Lembu ni masuk kat hutan sekejap, lepas tu keluar semula sebab lembu ni tahu itu bukit. Lembu ni nak ke pantai, tak boleh, ada laut.
Ramai juga yang tolong kejar dan kepung naik moto. Saya pun sama dan beranikan diri untuk ambil gambar. Satu gambar ini, saya betul-betul di depan lembu dan dia meluru ke arah saya. Bila dah dekat, saya lari sebelah kereta.
24 Oktober 2012
Perjalanan Hidup Anak Luar Nikah Yang Melahirkan Anak Luar Nikah
Kisah silam, ibu dan bapa perempuan ini berzina sebelum nikah. Hingga lahir seorang anak perempuan beberapa bulan selepas pernikahan yang sah mak dan ayah dia. Bila lahir tak cukup tempoh, anak perempuan ini dibintikan 'Abdullah' sedangkan bapa dia nama lain.
Bila anak ini besar, pada usia 17 tahun, perempuan ini bernikah berwalikan hakim kerana dia anak luar nikah. Masa pernikahan dia ni dengan si Mamat umur 20-an ini, dia dah buncit sebesar buah tembikai harga RM 10 sebiji iaitu dah mengandung dalam 7 bulan.. Dalam 2 bulan lepas nikah, perempuan ini melahirkan seorang anak perempuan. Diberikan nama anak perempuan ini dengan dibintikan 'Abdullah'.
Tiga tahun usia pernikahan pasangan ini bercerai dan melalui perintah mahkamah, bapanya mendapat hak penjagaan anak. Tidak perlulah dipanjangkan untuk nak tahu punca dan sebab musabab kenapa bercerai tu.
Cerita Berbelit Sikit
Harap fahamlah dengan cerita saya kali ini walaupun berbelit sikit cakap saya. Sebab apa berbelit ? Semalam saya ke sebuah pasaraya besar beli satu barang. Pekerja Bangla itu berbual dengan saya, bahasanya berbelit-belit. Dia baru 3 bulan kerja kat sini tapi dah pandai cakap Melayu pasar.
"Awak kerja sini sudah dapat gaji ker ?" Tanya saya.
"Apa bos ? Sudah dapat gaji ker ? Bos, sudah dapat gaji ker bos". Kata Bangla tu.
Pening kepala saya layan Bangla ni.
23 Oktober 2012
Pelabur Emas Semakin Cemas (Episod 14)
Bila saya cerita pasal emas dalam episod yang lepas (klik sini), ramai juga yang bertanya kepada saya melalui facebook saya. Kebanyakan mereka mengucapkan terima kasih kerana pendedahan saya dan menceritakan pengalaman mereka. Saya tak mahulah ceritakan apa yang diceritakan pada saya di sini kerana masih terlalu awal.
Ayat yang menyebabkan mereka menghubungi saya adalah nasihat saya supaya menjual emas pelaburan mereka sekarang setelah pihak berkuasa mendedahkan di akhbar utama. Nasihat saya ini dengan harapan supaya penganjur yang terbabit tidak lari lagi. Kalau kita jual pun, kita masih dapat wang kita.
Hanya Mahkamah Boleh Serahkan Emas Kita
Hari ini di akhbar, kenyataan yang lebih terperinci mengenai kes pelaburan emas ini. Iaitu hanya mahkamah saja yang boleh menentukan ke mana wang atau emas rampasan itu. Apa pun keputusan mahkamah sama ada emas/wang itu dipulangkan semula kepada pelabur teraniaya, atau tidak dipulangkan iaitu dilupuskan. Atau dijadikan derma kebajikan atau jadi ased negara atau apa saja keputusan.
Hakim berhak menentukan setelah kes ini selesai. Bila nak selesai ? Jangan tanyalah bila. Memang selagi kes tidak selesai, emas/ wang itu dijadikan bahan bukti pendakwaan dan tak boleh dipulangkan kepada pelabur.
22 Oktober 2012
Persenda Ibadat Korban di Facebook... Sila Hentikan
Saya baca satu tulisan di FB, lebih kurang begini. Iaitu peragut disembelih oleh orang kampung. Mulanya saya ingat, ini kisah pencuri yang kena tangkap yang kemudiannya disembelih dengan parang tajam oleh orang yang menangkapnya.
Rupanya ceritanya, peragut yang dimaksudkan adalah lembu atau kambing. Iaitu ibadat korban, bukannya pencuri. Yer ler, lembu dan kambing itu peragut rumput, bukan ragut beg tangan orang. Lawak ini serba sedikit memberi maksud, lembu itu disembelih kerana kesalahan meragut rumput tanpa izin.
Kenapalah Buat Lawak Sebegini ?
Memang ini ada unsur lawat dan menarik peminat membacanya. Tapi sedarkah kita, bahawa kita sedang menghina atau mempersendakan ibadat korban itu sendiri. Sedangkan ibadat korban adalah sunat yang sangat dituntut. Juga kita mengenang sejarah pengorbanan agung Nabi Ibrahim a.s yang menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s kerana ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Allah. Kemudiannya Allah menggantikan sembelihan itu kepada kibas.
Kenapalah hendak dibuat lawak benda sebegini ? Banyak lagi nak lawak benda lain. Tidak mustahil, nanti ada orang terutama anak-anak yang melihat lembu korban disembelih, mereka akan buat lawak bodoh, konon itulah hukuman kepada peragut. Jadi percuma saja, hukum Islam dihina.
Dalam Blog Pun Ada
Bukan saja di FB, dalam blog yang banyak tulis pasal Islam pun ada memuatkan lawak ini. Saya harap, dihentikanlah serta merta. Kita marah pada musuh Islam yang hina Islam dalam filem dan sebagainya, sedangkan kita sendiri tidak sensitif malah sama terlibat.
Kepada sesiapa yang telah menulis dalam FB atau blog, sila padamkan segera. Kalau kita baca tulisan ini dari rakan kita di FB, jangan kongsi/ share atau suka/ like, kerana kita akan menyebarkan kepada orang lain pula. Mohon maaf atas teguran saya........
19 Oktober 2012
Pelajar Universiti Mengadu 'Datang Bulan' Bila Kena tangkap Khalwat
Lelaki dan perempuan umur 20-an, kedua-duanya masih belajar di sebuah universiti tanahair. Perempuan orang Kluang dan bawa pakwe dia datang Kluang. Mula janjinya perempuan tidur rumah dia dan lelaki tidur hotel. Tapi akhirnya ubah perancangan iaitu sama-sama tidur hotel.
Dalam jam 4.00 pagi, bilik mereka diperiksa oleh penguatkuasa JAIJ dan pasangan ini disoal siasat.
"Saya tak salah. Saya sedang datang bulan dan senggugut. Jadi saya tak salah". Kata perempuan ini. Lelaki dah terdiam ketakutan.
Tapi alasan itu tidak dilayan sebab mereka berdua saja dalam bilik ini bersama lelaki bukan mahram dia, maka nak buat alasan macam mana pun, tangkapan khalwat tetap dilakukan. Dia nak kata datang bulan ker, datang bintang ker, kita tak ambil kisah. Yang penting, penguatkuasa yang datang tangkap dia.
Budak Tingkatan Lima 'Lemas' Dalam Hotel Dengan Pakwe
Perempuan ini 17 tahun, masih sekolah tingkatan 5, keluar dengan pakwe dia pergi makan. Pakwe dia umur 20-an bekerja di sebuah kilang. Lepas makan, mereka ambil keputusan untuk menyewa hotel dalam jam 11.00 malam, lelaki belanja.
Bagaimanapun, dalam jam 4.00 pagi, pasangan ini ditangkap oleh penguatkuasa JAIJ. Hanya mereka berdua saja dalam bilik dan sedang nyenyak tidur.
Pekerja Karaoke Kena Tangkap Khalwat Lepas Balik Kerja
Lelaki umur 20 tahun, perempuan 19 tahun, kedua-duanya bekerja di sebuah pusat karaoke di Simpang Renggam dalam daerah Kluang. Pasangan kekasih ini balik kerja berdua dan menaiki motosikal lelaki, terus ke bilik sewa perempuan di sebuah rumah kedai di Simpang Renggam dalam jam 1.00 pagi.
Pada jam 2.00 pagi, sebaik saja penguatkuasa Jabatan Agama Johor daerah Kluang membuat pemeriksaan di dalam bilik sewa tersebut. Tertangkaplah pasangan yang hanya mereka berdua sahaja dalam bilik ini.
kes ini akan didakwa di Mahkamah Syariah Kluang tidak beberapa lama lagi. Jika sabit kesalahan di bawah seksyen 27 Enakmen Kesalahan jenayah Syariah Johor boleh didenda sehingga RM 3,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
17 Oktober 2012
Pelabur Emas Risau Dalam Cemas, Lagi Pendedahan (Episod 13)
Hari ini, muka depan sebuah akhbar popular tempatan mendedahkan kenyataan pihak berkuasa, bahawa banyak lagi skim perniagaan emas yang meragukan. Dengan beraninya akhbar tersebut menyebut nama-nama syarikat tersebut tanpa berselindung.
Saya ada ramai kawan di kalangan wartawan, dan saya tahu, sesuatu berita terutama nama yang khusus tidak boleh sewenang-wenangnya ditulis dalam akhbar sebelum cerita tersebut dipastikan. Kalau tidak, penerbit, penulis dan yang sewaktu dengannya boleh berhadapan dengan saman di mahkamah.
Dulu Saya Sudah Dedahkan
Dari dulu lagi, saya menimbulkan banyak keraguan mengenai pelaburan emas ini. Antaranya saya syak, ada orang yang mengambil kesempatan terhadap kenaikan harga emas beberapa tahun ini untuk mencari pelabur baru. Tapi, adakah pelaburan itu benar-benar terjamin ?
Dalam bab jaminan ini ada dua. Pertama, adakah pelaburan ini berlesen ? Kedua, kalau berlesen pun, apakah risiko yang boleh kena pada pelabur ?
Dalam bab jaminan ini ada dua. Pertama, adakah pelaburan ini berlesen ? Kedua, kalau berlesen pun, apakah risiko yang boleh kena pada pelabur ?
Bukan saya dengki kepada sesiapa terutama kepada pengusaha, agen atau pelabur. Tapi saya mengenang sejarah lampau iaitu sudah ramai terutama yang sebangsa dan seagama dengan saya yang terduduk rugi kerana tertipu. Juga saya teringat cerita orang dulu-dulu iaitu Mat jenin, Lebai Malang dan Si Luncai.
Mudah-mudahan Tidak Tertipu
Saya percaya, puluhan ribu malah mungkin ratusan ribu pelabur yang terlibat dalam pelaburan ini. Jumlahnya pula bukan sikit punya ringgit. Kalau pelabur seorang melabur dalam RM 1,000 atau 5,000. Tak reti saya nak kira. Tapi macam kalau duit tu beli tempe, boleh susun tempe tu dari Johor Bahru sampai Songkla, Siam.
Termasuk yang disebut dalam akhbar berkenaan yang kawan saya masuk. Yang saya tahu, cara perniagaannya ada dengan membeli dan memiliki emas, bukan pelaburan secara lansung. Jadi, mungkin juga kalau syarikat ini diambil tindakan, maka pembeli masih memiliki emas dan boleh dijual di tempat lain. Cuma persoalan lain adalah ketulinan emas berkenaan dan berapa harga yang laku jika dijual ditempat lain ?
Selamatkan Duit Kita Dulu
Lagi satu, kalau syarikat itu hanya sebagai pelaburan dan pelabur tidak memiliki apa-apa, risikonya lagi berat. Kalau sayalah, kalau cerita ini dah keluar, elok hari ini juga pergi dapatkan duit kita balik semula. jangan fikir nak untung, dapat duit pokok kita pun dah cukup. kalau syarikat itu ada janji nak kasi berlipat ganda, janganlah percaya, selamatkan duit kita dulu.
Nak salahkan sesiapa dah tak boleh. Terimalah hakikat yang kita dulu dah tertipu atau kena tipu, sekarang masanya nak selamatkan diri kita. Bukan kita hendak kena tipu tapi dah terkena, nak buat macam mana.
Diharapkan, pelabur semuanya selamat, sama-sama kita doakan. Biar pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dengan baik. Janganlah ada orang kita kata, tindakan pihak berkuasa ini adalah untuk sekat ekonomi orang kita. Atau kata, ini adalah agenda musuh kita hendak menjatuhkan ekomoni orang kita, dan sebagainya lagi.
Selamatkan Duit Kita Dulu
Lagi satu, kalau syarikat itu hanya sebagai pelaburan dan pelabur tidak memiliki apa-apa, risikonya lagi berat. Kalau sayalah, kalau cerita ini dah keluar, elok hari ini juga pergi dapatkan duit kita balik semula. jangan fikir nak untung, dapat duit pokok kita pun dah cukup. kalau syarikat itu ada janji nak kasi berlipat ganda, janganlah percaya, selamatkan duit kita dulu.
Nak salahkan sesiapa dah tak boleh. Terimalah hakikat yang kita dulu dah tertipu atau kena tipu, sekarang masanya nak selamatkan diri kita. Bukan kita hendak kena tipu tapi dah terkena, nak buat macam mana.
Diharapkan, pelabur semuanya selamat, sama-sama kita doakan. Biar pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dengan baik. Janganlah ada orang kita kata, tindakan pihak berkuasa ini adalah untuk sekat ekonomi orang kita. Atau kata, ini adalah agenda musuh kita hendak menjatuhkan ekomoni orang kita, dan sebagainya lagi.
11 Oktober 2012
Pakcik Ni Kena Denda RM 2,000 Kerana Masuk kedai Nombor Ekor
Pakcik ini, 50-an, kerja pekerja am, terkejut apabila hakim mahkamah syariah memutuskan hukuman denda RM 2,000 kepadanya. Dia tak ada cukup duit kerana dia bawa duit dalam lingkungan RM 1,000 saja.
Dia sebelum ini ditangkap di dalam kedai nombor ekor dan dia tidak membeli nombor ekor pun. Sebelum masuk mahkamah, dia ada juga tanya-tanya orang lain pasal kes dia. Ada orang kata, kalau setakat tuduhan berada dalam kedai tapi tak beli, hukumannya tak berapa tinggi. Maka pakcik ni kata, 1,000 tu dah lebih pada cukup.
Akhirnya Anak Bini Tahu Juga
Rupa-rupanya, dia hadir ke mahkamah tanpa pengetahuan isteri dan anak-anak dia. Sejak dari ditangkap dulu, penjamin kes dia adalah kawan dia. Bukanlah susah kawan dia jadi penjamin, bukan kawan dia kena bayar sesen pun untuk jadi penjamin. yang penting bukan bini dia jamin.
Bila mahmakah dah putuskan, apa dia nak kata. Dua ribu, dua ribulah, kalau tak bayar, nanti boleh kena masuk penjara. Nak merayu apa lagi, tadi dalam mahkamah hakim dah beri peluang nak merayu. Kalau nak ikut hukuman maksimum, denda RM 3,000 dan penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Nak tak puashati macammana, kira puashatilah tak kena 3,000 atau merengkok dalam penjara 2 tahun.
Apabila kurang duit RM 1,000 lagi barulah pakcik ini terpaksa berterus terang pada isteri dia yang tak kerja. Maka gelabahlah macam nak pitam isteri dia bila tahu suami kena hukum oleh mahkamah. Terpaksalah berterus terang, iaitu kes nombor ekor. Tapi suami tetap pertahankan yang dia tak beli, cuma berada dalam tu saja.
Pukul 5.00 petang kalau tak bayar, nanti masuk penjara Kampung Gajah, Kluang. Maka sejam lagi nak pukul 5, datanglah anak lelaki dia bawa duit. Katanya, ini anak sulung dia yang sekarang belajar kat universiti tempatan. Entah duit dari mana dapatnya, tidaklah ditanya mana datang duit tu. Yang peting bayar. Anak pula diam saja tak kata apa, tapi dalam hati, entahlah apa anak dia kata. Itu belum lagi kat rumah nanti bila berdepan dengan bini dia. Mesti berasap punya kena bebel isteri dia.
"Awak tu dah tua, tak tobat-tobat main nombor ...." Gitulah agaknya dia kena bebel nanti.
Jangan Pandang Kecil Kes Berada Dalam Kedai Judi
Tahniah dengan keputusan hakim ini yang beri hukuman tinggi juga dalam kes ini. Walaupun orang ini tak beli, cuma berada saja dalam kedai tapi hukuman ini sudah cukup jadi pengajaran. Bayangkan, kalau orang Islam bebas dan ramai-ramai duduk dalam kedai judi sampai macam pesta kalau tidak dihukum dengan tegas.
Lagi satu, tak payahlah berlakon dan bersendiwara. Sebenarnya orang yang masuk kedai judi ni, tak lain, adalah nak beli nombor tapi belum sempat. Tengah beratur lepas tu sedar ada operasi, maka mereka lari. Atau ada yang dah beli nombor tapi campak nombor dari tangan bila ada operasi. Macam-macam hal....
10 Oktober 2012
Suami Orang kena Tangkap Dengan Janda Bergetah
Lelaki 30-an bekerja sebagai kakitangan kerajaan, sudah beristeri dan anak sudah dua orang. Manakala perempuan 30-an juga kakitangan kerajaan, janda bercerai dan punyai anak 2 orang. Lelaki kerja di Kluang manakana perempuan bekerja di sebuah negeri lain tapi dalam jabatan yang sama.
Katanya, mereka sudah kenal sejak 5 tahun dulu dan hubungan mereka semakin intim. Katanya, mereka ada hasrat nak bernikah tetapi lelaki mendapat tentangan dari 'Mak Andeh' kat rumah.
"Benda lain saya boleh kongsi, tapi bendealah itu saya tak boleh!....... Kalau awak gila sangat kat perempuan miang tu, awak tinggalkan saya!....." Kata Mak Andeh masa darahnya tengah mendidih dan mulutnya macam berteh goreng.
Kena Tangkap
Baru-baru ini, perempuan datang ke Kluang, katanya ada berkaitan kerja, tapi yang paling penting adalah ada orang nak kerjakan dia. Mereka pergi makan tomyam dan lepas itu masuk hotel dalam pukul 10.00 malam naik kereta perempuan. Dalam jam 1.00 pagi, pasangan ini kena tangkap kes khalwat dan akan didakwa di Mahkamah Syariah tak lama lagi.
07 Oktober 2012
Bapa Lelaki Tak Setuju Anak Nikah Dengan Perempuan Lebih Tua
Lelaki bujang awal 20-an hendak bernikah dengan perempuan anak dara lewat 20-an tetapi mendapat tentangan dari keluarganya terutama bapanya. Ibu bapa dah puas nasihat dan kemudiannya marah-marah kepada anaknya itu. Anak dituduh derhaka kerana tik dengar cakap orang tua.
Alasan yang diberikan oleh bapanya adalah kerana perempuan itu lebih tua dari anaknya, itu saja. Lelaki ini bekerja di sebuah kilang manakala perempuan sebagai pembantu kedai. Kalau nak kaji dari segi lain, bukanlah ada apa-apa alasan untuk keluarga menghalang, apa lagi alasan mengikut syarak. Timbul pula cerita yang bapanya berhasrat hendak menjodohkan lelaki ini dengan perempuan lain pilihan keluarga.
Akhirnya lelaki mengambil keputusan untuk bernikah juga, walaupun ibu bapanya tetap tidak merestuinya. Pernikahan berwalikan bapa perempuan dan bapa perempuan menyedari yang pengantin lelaki tidak mendapat restu keluarga. Tetapi bapa perempuan lebih matang dan menerima ketentuan ini.
Ini bukan zaman dulu-dulu yang jodoh anak-anak diatur oleh keluarga, sekarang masuk zaman internet dan facebook. Anak-anak sekarang ada pilihannya sendiri dan berhak menentukan jodoh serta masa depannya sendiri. Kalau bapak carikan perempuan lain untuk jodohkan anak, elok bapak sajalah nikah lagi satu, tak ker elok begitu ?
"Ingat... selepas nikah ini, carilah masa yang sesuai untuk bawa isteri jumpa mak dan ayah. Antara masa yang sesuai adalah pagi Hari Raya Haji yang tak lama lagi ini...." Kata Kadi sebelum menikahi pasangan ini.
Lelaki kelihatan sebak dan menangis sambil mengesat air mata.
"Walaupun pernikahan tidak dapat restu mak ayah, janganlah buang keluarga. Kamu anak lelaki sulung dalam keluarga, jadilah contoh yang baik kepada adik-adik kamu." Kata Kadi lagi sambil lelaki ini mengangguk-angguk menunjukkan rasa tersentuhnya.
05 Oktober 2012
Isteri Gedik Kena Tangkap Dengan Lelaki Bujang
Seorang perempuan 30-an sudah ada suami dan seorang anak, ditangkap khalwat dengan lelaki bujang 30-an. Kedua-dua mereka bekerja di tempat yang sama. Pada hari kejadian, mula-mula mereka berdua pergi naik kereta ke majlis perkahwinan rakan sekerja mereka. Lepas itu, dah agak malam, singgah di rumah bujang lelaki tu.
Katanya, tak sempat balik ke rumah perempuan itu sebab sudah malam, takut hantu kot. Jadi, kenalah tinggal di rumah lelaki itu untuk malam itu. Tak kisahlah, sebab anak dia mak dia jaga hari tu. Suami pula sibuk bekerja. Maka mereka berdua saja di dalam rumah dan pada jam lebih kurang 4.00 pagi, pasangan ini ditangkap oleh penguatkuasa.
04 Oktober 2012
Baru Kenal Dua Hari, Dah Bawa Awek Balik Rumah
Lelaki ini budak sekolah menengah, katanya mengenali perempuan ini yang juga sekolah menengah melalui telefon. Mereka dari daerah yang sama tapi berlainan sekolah. Dua hari lepas kenal, lelaki ini pinjam moto kapcai abang dia dan bawa perempuan ni bersiar-siar di kawasan taman perumahan.
Bila rasa line clear iaitu waktu mak, ayah dan adik beradik dia tak ada dalam rumah, maka lelaki ini bawa perempuan ini masuk rumah dia lebih kurang jam 3.00 petang. Pintu pagar ditutup tetapi tak berkunci. Moto dia letakkan dalam pagar. Pintu sliding ditutup tapi tak berapa kemas dan tak berkunci. Gril pada sliding itu bermangga dan berlansir.
Maka mereka berdua buat projek dalam rumah tu berdua. Tapi adalah orang, yang dikenali sebagai generasi 'Y' yang buat aduan kepada pejabat agama. Dalam jam 4.30, mereka ditangkap oleh penguatkuasa sewaktu berdua sahaja dalam rumah. Mereka kata, perempuan masuk rumah tumpang buang air. Tapi entah kencing batu agaknya sampai dah lebih sejam berada dalam rumah dan mereka akhirnya dah tak ada alasan nak lepas.
Hasil siasatan, mereka mengakulah baru dua hari saja kenal memalui telefon.
Kisah Kereta Lelong Kastam : Saya dan Kereta BMW (Episod 12)
Saya cadang nak ambil borang tu, buat bank draf dan hantar semula hari Isnin. Saya di Kluang dan nak hantar kat JB, maka nak siapkan satu harilah ikut rancangannya. Bagaimanapun, hari Isnin tu saya tak jadi pula pegi JB sebab ada kerja sikit. Lagi pun tak berapa kisah sangat, rasa masanya masih lama lagi.
Esoknya, Selasa saya cuti dan pergi JB dengan kawan saya. Sampai di Kastam Larkin dalam jam 11.45, saya minta kawan saya tu naik ambil borang. Saja suruh dia sebab saya nak tunjuk muka masa hantar nanti. Ambil borang orang lain pun boleh.
Tapi, lama juga saya menunggu kat dalam kereta, member tu tak muncul-muncul. Ke mana dia ? Sesat ker ? Dah dekat 30 minit menunggu, baru kawan saya tu turun dengan gelabahnya. Apa terjadi ? Dia tak bawak borang yang saya ambil pun.
Kenapa yer ?
BERSAMBUNG KE EPISOD 13, KLIK SINI
http://ustazkhalil.blogspot.my/2012/11/cerita-kereta-lelong-kastam-bmw-episod.html
02 Oktober 2012
Pengalaman Ngeri DJ Radio Best104 Kena Culik
Seorang penyampai (DJ) di stesen radio Best 104 di sini nyaris menjadi mangsa culik, bunuh dan bakar selepas dilarikan lebih sepuluh lelaki tidak dikenali dalam kejadian jam 1 pagi, Sabtu lalu di Johor Bahru.
Menceritakan detik-detik cemas dilaluinya, dia berkata, selepas tamat bekerja pada hari itu, dia terus memandu kereta menuju ke rumah ibunya di Kampung Sungai Danga, di sini.
“Saya memandu seperti biasa di Lebuhraya Persisir Pantai dan terkejut apabila tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna merah terus menuju ke depan menghalang Proton Neo yang saya naiki.
“Seorang lelaki keluar daripada kereta tersebut, sebelum kereta saya dihimpit pula di sebelah tepi oleh sebuah Kereta Wira yang juga datang secara tiba-tiba,” katanya membuka cerita.
Menurutnya, segala-galanya berlaku begitu pantas sehingga dia tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa.
“Salah seorang daripada lelaki tersebut membuka pintu kereta lalu mengacukan pisau Rambo ke leher saya. Dia menarik saya keluar dan memaksa menaiki keretanya.
“Sebaik sahaja saya masuk, muka saya segera diserkup dengan kain dan tangan pula diikat,” katanya kepada wartawan sewaktu ditemui di rumah keluarganya, di sini.
Menceritakan detik-detik cemas dilaluinya, dia berkata, selepas tamat bekerja pada hari itu, dia terus memandu kereta menuju ke rumah ibunya di Kampung Sungai Danga, di sini.
“Saya memandu seperti biasa di Lebuhraya Persisir Pantai dan terkejut apabila tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna merah terus menuju ke depan menghalang Proton Neo yang saya naiki.
“Seorang lelaki keluar daripada kereta tersebut, sebelum kereta saya dihimpit pula di sebelah tepi oleh sebuah Kereta Wira yang juga datang secara tiba-tiba,” katanya membuka cerita.
Menurutnya, segala-galanya berlaku begitu pantas sehingga dia tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa.
“Salah seorang daripada lelaki tersebut membuka pintu kereta lalu mengacukan pisau Rambo ke leher saya. Dia menarik saya keluar dan memaksa menaiki keretanya.
“Sebaik sahaja saya masuk, muka saya segera diserkup dengan kain dan tangan pula diikat,” katanya kepada wartawan sewaktu ditemui di rumah keluarganya, di sini.
Langgan:
Catatan (Atom)