Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

21 Januari 2016

Pejabat Diserbu Agensi Dadah?


Beberapa hari lepas, saya buat satu perjumpaan semua pegawai dan kakitangan saya. Lepas sesi ucapan, di penghujung tu, ada kira-kira 4 lelaki masuk. Siapa lelaki itu? Saya tak terkejut tapi buat-buat terkejut. Iaitu dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Semua pegawai dan kakitangan di pejabat saya dikehendaki buat ujian air kencing secara mengejut. Pegawai AADK mengiringi hingga ke tandas dan pintu tandas tidak boleh ditutup semasa proses itu. Sehinggalah proses itu selesai.

Sebenarnya, arahan kepada AADK untuk buat 'saringan penyalahgunaan dadah' kepada semua pegawai dan kakitangan kerajaan adalah arahan Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Mohd Fuad bin Radzuan. Pemeriksaan pula hendaklah dibuat secara mengejut tanpa diketahui oleh kakitangan lain.

Rakan-rakan saya di jabatan lain di KLuang ada cerita yang AADK buat pemeriksaan di jabatan berkenaan. Ada macam-macam cerita termasuk ada juga kakitangan yang dikesan mengambil dadah. Kemudian tindakan diambil oleh pihak berkuasa dan jabatan berkenaan terhadap kakitangan yang melakukan salahlaku itu.

Perlu Diperluaskan

Langkan AADK ini saya rasakan sangat baik. Cuma, kalau boleh diperluaskan kepada sektor lain seperti swasta, kedai-kedai dan lain-lain secara mengejut. Dengan itu, dapat dibendung kes dadah yang masih berleluasa dalam masyarakat kita. Di pejabat agama, ada aduan kes rumahtangga yang disebabkan suami mengambil dadah sehingga melakukan tindakan melampau terhadap isteri dan anak-anak. Sehinggalah rosak rumahtangga itu. Begitu juga banyak kes lain berkaitan dadah seperti memandu secara merbahaya, bunuh, rompak dan HIV.

Untuk Jadi Rakan Facebook Saya, Klik Sini


20 Januari 2016

Miliki Buku Ada Unsur Ajaran Syiah, Lelaki Didakwa di Kluang


Seorang lelaki berumur 47 tahun hari ini didakwa di Mahkamah Syariah Kluang kerana memiliki buku yang boleh dikaitkan dengan unsur ajaran Syiah yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Lelaki ini  mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan tiga ribu ringgit bersama dua orang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan pada Mac 2016.

Lelaki ini berasal dan menetap di Batu Pahat, bekerja sebagai pekebun kelapa sawit. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Sewaktu tangkapan dibuat, lelaki ini berada di depan sebuah kedai makan di Taman Sri Impian, Kluang bersama 3 lelaki lain. Hasil pemeriksaan, lelaki ini memiliki buku yang boleh dikaitkan dengan unsur ajaran syiah.

Beliau dituduh di bawah seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

12 Januari 2016

Barang Terpakai Jangan Dibuang, Banyak Gunanya

Barang terpakai seperti botol air dan lain-lain jangan dibuang atau dibakar. Ada banyak gunanya. Sekarang punya jam kena jimat cermat.
 
2
3
 4

 5
6
7
8
 
9



06 Januari 2016

Kenapalah Restoran Tu Nasi Lembik


Tengahari semalam saya jalan-jalan ke sebuah taman. Masuk masa nak makan tengahari, saya jumpalah satu kedai. Dari luar tulis 'asam pedas' di deretan rumah kedai kat taman tu. Masuk kedai tu, adalah asam pedas dalam 3 jenis lauk. Lauk lain pun ada juga. Jadi, kira bolehlah saya nak cuba makan kat kedai tu kali pertama.

Tapi malangnya nasinya lembik. Bila dah banyak kat bekas tu, nasinya melekat dan berketul-ketul. Itulah silapnya kedai tu. Patutnya nak niaga kedai makan, nasinya janganlah lembik macam tu. Walaupun kedainya bersih dan lauknya sedap juga, tapi disebabkan nasinya macam tu, nampaknya hari tu sajalah saya ke kedai tu. Kepada pelanggan lain, silalah tegur tuan kedai tu. Kesian juga tengok orang kita berniaga, tapi dia kurang pengetahuan dalam menyediakan nasi. Kesian kat dia.

Nasi lembik kalau kat rumah sendiri bolehlah. Tapi restoran ni bukan macam ni caranya. Pergilah kursus masakan. Saya sendiri pernah pergi kursus masak nasi ayam di Melaka. Nak tau cerita, KLIK SINI . Ini orang kita berniaga tapi kursus pun taknak pergi. Sekali sekala kenalah pergi kursus untuk tambah ilmu.

Dulu saya pernah tegur sebuah kedai di JB buat teh tarik tak sedap. Lepas tu, dia perbaiki dan lepas tu ramai pelanggan kat kedai dia.

Nikah Sendiket Di Malaysia, Dapat Surat Nikah Seberang, Nak Cerai Pula


Seorang wanita umur 30-an bernikah sebagai isteri kedua senyap-senyap di sebuah negeri di Malaysia. Pasangan ini dinikahkan oleh seorang 'imam' di situ. Dia kemudian dapat surat nikah dari sebuah negara jiran walaupun dia bukan nikah di sana. Beberapa tahun hidup bersama, kemudian pasangan ini dilanda masalah rumahtangga.

Suaminya telah melafazkan cerai melalui perbualan telefon. Suami mengatakan cerai talak tiga terhadap isterinya itu. Wanita ini bertanya saya soalan ini. Pertama, adakah nikahnya sah atau tidak. Kedua, bagaimana kedudukan perceraiannya.
...................

Jawapan:

Pertama, di dalam masalah ini, sama ada nikah sah atau tidak, hendaklah dirujuk ke mahkamah syariah. Pasangan , atau salah seorang dari suami atau isteri boleh membawa nikah sendiket ini ke mahkamah syariah untuk disahkan. Mahkamah syariah mempunyai kuasa untuk mengesahkan pernikahan ini sah atau tidak. Sekiranya pernikahan sendiket ini tidak didaftarkan, mahkamah syariah tidak akan melayan apa-apa permohonan termasuk status perceraian, nafkah, penjagaan anak dan sebagainya.

Dicadangkan pasangan ini atau isteri yang mengadu melantik peguam syarie yang bertauliah untuk mewakilinya di mahkamah syariah.

Kedua, mahkamah syariah di Malaysia tidak boleh mendengar 'status perceraian' sekiranya pernikahan sendiket ini tidak didaftar dan disahkan oleh mahkamah. Begitu juga kalau pasangan ini bernikah di negara luar seperti Thailand, mahkamah syariah di Malaysia tidak akan mendengar kes perceraian sesuatu pasangan itu. Pasangan ini atau isteri boleh pergi ke mahkamah syariah diThailand untuk proses perceraian sekiranya pernikahannya belum didaftarkan di negara ini.

Daftar Cerai

Sekiranya pernikahan sudah didaftarkan, barulah mahkamah syariah di Malaysia boleh mendengar pengesahan cerai yang dikatakan talak tiga ini. Apabila berlaku lafaz cerai di luar mahkamah, itu adalah satu kesalahan di bawah Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM1,000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya. Selepas permohonan pengesahan cerai ini, hakim akan memutuskan status perceraian ini. Hakim mahkamah syariah mempunyai kuasa menentukan sama ada jatuh atau tidak talak itu dan kedua, berapakah jumlah talak sama ada satu atau tiga.

04 Januari 2016

Duda Dengan Janda Duduk Serumah Sampai Ngandung

 
Bertindak berdasarkan aduan awam, penguatkuasa Jabatan Agama Johor membuat serbuan di sebuah rumah kedai pada jam 2 petang. Telah ditangkap satu pasangan lelaki umur 33 tahun berstatus duda anak 3 dan bertugas sebagai pengawal keselamatan. Perempuan pula berusia 36 tahun berstatus janda anak 2, juga bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Hasil pemeriksaan, mereka tiada hubungan mahram dan mengaku sebagai pasangan kekasih. Hasil pemeriksaan juga, perempuan ini telah mengandung antara 5-6 bulan dan sudah disahkan oleh pihak klinik. Menurut aduan yang diterima, pasangan ini telah duduk serumah seperti suami isteri tanpa nikah beberapa bulan lalu. Pasangan ini akan didakwa tidak lama lagi di mahkamah syariah kerana kesalahan khalwat dan zina.

Hukum Agama Yang Mengelirukan, Pengguna Facebook Jangan Share atau Kongsi

Dalam fb ada banyak artikel yang orang kita dapat dari rakan-rakan kita. Nasihat saya, jangan share/kongsi kalau kita tak tahu itu betul atau tidak. Kalau nak berdakwah dalam fb, itu bagus. Tapi janganlah benda yang mengelirukan dan menyebabkan perpecahan masyarakat terutama bab akidah dan hukum Islam kita sebarkan. Contohnya artikel mengenai:
.
1. Pasangan dianggap berzina sepanjang perkahwinan jika melakukan perkara tersebut. Antaranya bernikah semasa perempuan sedang mengandung anak luar nikah.
2. Hukum mengenai tak batal wuduk jika bersentuh dengan wanita. 
3. Tak dapat pahala kalau kita berniat ibadat untuk dapat ganjaran pahala.
3. Menyebarkan nama dan gambar barangan yang kononnya tidak halal.
.
Akibat Dari Perbuatan Kita Menyebar
Apabila kita sebar akibatnya banyak. Mungkin kita cuma hendak tanya hukum kepada ustaz tu, tapi kenapa  kita share pada umum pula. Eok tanya peribadi kepada ustaz tu. Lagi satu, ustaz kadang-kadang malas nak jawab dalam komen kerena sikap orang kita juga. Orang kita dalam fb sekarang seolah-olah 'hilang adap' semasa komen. Jadi ustaz tak mahulah terjerat dalam komen tersebut. Panjanglah cerita pasal adap ini.
.
Lagi satu, isu 'tak sah kawin masa mengandung' ini dah bertahun-tahun dulu sudah timbul dalam fb. Kira dah letih dah saya menjawab. Berhenti dan senyap sekejap, lama-lama keluar semula cerita yang sama. Yang sharenya orang lain pulak. Penatlah macam ni. Nasihat saya, jadilah pengguna laman sosial yang baik dan beretika.

03 Januari 2016

Abah Saya Pesan, Jangan 'Berkira' Keluar Duit Belanja Anak Sekolah


Sampai bila-bila saya tak lupa pesanan arwah abah saya pasal pelajaran anak. 
"Sebagai bapa, kita jangan berkira untuk keluar duit belanja anak sekolah", kata abah saya.

Ayah saya selalu sebut ayat ini terutama pada ibu bapa yang merungut perbelanjaan anak-anak meningkat. Saya sebagai anak, saya yang dengar pesanan abah saya ini. Dia bukan cakap pada saya,  pada orang lain, tapi saya selalu dengar. Jadi saya ingat sampai sekarang. Abah saya cakap lagi.

"Janganlah kita tulis-tulis pula apa belanja yang kita dah keluar pada anak. Kalau dengan anak pun kita nak berkira-kira, nanti jangan sampai rezeki kita, Allah akan berkira-kira dengan kita pula".

Ini arwah ayah saya yang dah 20 tahun meninggalkan saya pesan. Saja jer saya nak kongsi cerita.

Bincang Isu-isu Semasa Bersama Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kluang

Bincang Isu-isu Semasa Bersama Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kluang. Banyak isu yang disentuh termasuk yang melibatkan guru-guru agama. Selamat bertugas kepada semua warga pendidik.

02 Januari 2016

Siapa Ada Hilang Kucing?

Khamis malam Jumaat dalam jam 3 pagi, kat depan pintu saya bunyi anjing menyalak kuat. Bila saya keluar, didapati 4 ekor anjing sedang mengejar kucing. Empat ekor anjing itu berjaya dihalau dan kucing itu panjang umur. 

Kucing itu sekarang masih ada kat rumah saya dalam keadaan selamat, cuma kaki belakang tercedera. Jadi sesiapa jiran yang berdekatan dengan rumah saya yang hilang kucing, boleh datang. Pesanan kepada yang ada kucing, sila tutup pagar kerana ada anjing liar berkeliaran terutama waktu malam.

(Kat atas tu gambar hiasan saja)

01 Januari 2016

Pakar Pasang Cermin Kereta Warga Bangladesh Rupanya


Saya ke sebuah kedai kedai pasang cermin kereta. Orang kata, kedai itu kira pakar pasang cermin kereta berbanding satu kedai lain yang namanya juga terkenal. Sampai di kedai tu, taukenya bangsa Cina, manakala pekerjanya warga Bangladesh. 

Bila tengok dia buat kerja ganti cermin depan, kira betullah dia pakar bab-bab pasang cermin ni. Sebenarnya, kalau nak cari kedai untuk pasang cermin kereta ini bukan sebarang-sebarang kedai boleh kita hantar. Kena tengok pekerjanya pakar atau tidak. Silap pasang nanti, kereta boleh masuk air atau bunyi angin kuat kalau kita bawa laju.

Soalnya mana erk warga tempatan termasuk orang Melayu yang pakar macam lelaki Bangladesh tadi?