Seorang lelaki berumur 47 tahun hari ini didakwa di Mahkamah Syariah Kluang kerana memiliki buku yang boleh dikaitkan dengan unsur ajaran Syiah yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Lelaki ini mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan tiga ribu ringgit bersama dua orang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan pada Mac 2016.
20 Januari 2016
Miliki Buku Ada Unsur Ajaran Syiah, Lelaki Didakwa di Kluang
Seorang lelaki berumur 47 tahun hari ini didakwa di Mahkamah Syariah Kluang kerana memiliki buku yang boleh dikaitkan dengan unsur ajaran Syiah yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Lelaki ini mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan tiga ribu ringgit bersama dua orang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan pada Mac 2016.
Lelaki ini berasal dan menetap di Batu Pahat, bekerja sebagai pekebun kelapa sawit. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Sewaktu tangkapan dibuat, lelaki ini berada di depan sebuah kedai makan di Taman Sri Impian, Kluang bersama 3 lelaki lain. Hasil pemeriksaan, lelaki ini memiliki buku yang boleh dikaitkan dengan unsur ajaran syiah.
Beliau dituduh di bawah seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dipersilakan komen.