Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

31 Ogos 2010

Seronoknya Masak Nasi Ayam, Sotong, Sup Tulang

Hari ni nampaknya ada rilek sikit, sempat masak untuk berbuka puasa. Kebetulan ada orang datang dari JB, saya ajak berbuka kat rumah saya. Saya kata, saya yang masak sendiri.

Nasi Ayam

Penting pada nasi ayam adalah ayamnya. Ayam kena rendam dalam sos tiram, kicap , gula dan garam. Patutnya kena letak herba Cina, "Tangkoi dan Youchok", tapi nampaknya dah tak ada. Saya gantikan pada halia, potong kecil saja dan perap. Biarkan ayam tenggelam dalam 30 minit. kemudian toskan dan masukkan ke dalam dapur 'apollo'. Dalam setengah jam, masaklah.

Nasi

Masak nasi kena tahu cara, jangan sebarang saja. Ingat, ini nasi ayam, bukan nasi beriani. Masak macam masak nasi biasa, kemudian sedikit minyak sapi, 2 ulas bawang putih, halia sikit, perasa ayam 'khnoor' (macam salah eja jer) garam sikit dan minyak bijan. Ingat, semasa masak tu kena kacau waktu separuh masak, takut minyak tak rata. Bila dah masak, baunya naik. Sedappppp....

Sotong Panggang

Siang sotong sederhana besar tu, yang sekilo RM 15.00.  Letak kunyit sikit dan garam. Lepas tu letak dalam dapur 'apollo'. Jangan masak lama sangat, kejap jer, nanti sotong jadi kecut.

Sup Tulang

Sekilo tulang daging direbus hampir sejam. Letak sop bunjut, sikit bunga lawang, kayu manis, halia, bawang putih 2 ulas. Kemudian potong bawang besar sebiji bahagi dua. Dah nak masak, letak gula dan garam secukup rasa. Daun sup tak payah. Dalam kuali lain, goreng bawang merah, jangan sampai hangus. Kemudian latak ke dalam sup.

Berselera Nampak

Nampaknya semua yang saya masak, habis licin. Yang terkejutnya, nasi sampai tak cukup. Tadi masak macam dah banyak. Entaklah, sebab sedap sangat ke, atau sebab masing-masing dah lapar berpuasa. 
SELAMAT MEMASAK.


Cepat, Serbulah PUSPAKOM...

Puspakom Sdn Bhd menawarkan pemeriksaan percuma kepada pemilik kenderaan persendirian dan motosikal di semua cawangan Puspakom sempena musim perayaan ini. Pemeriksaa percuma  bermula hari ini sehingga 9 Sept.

Pemeriksaan menyeluruh yang akan dijalankan oleh kakitangan Puspakom yang bertauliah merangkumi pengesahan identiti kenderaan, pemeriksaan bahagian atas kenderaan, ujian pengeluaran asap (untuk enjin petrol), ujian brek, ujian suspensi, ujian gelincir sisi, ujian meter laju dan ujian bawah kenderaan.

Pengerusi Naza, SM Nasarudin Dah Nak Nikah

KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin mengesahkan beliau akan mengahwini personaliti televisyen iaitu pengacara E! News Asia, Marion Caunter, Disember ini. Beliau berkata, majlis perkahwinan mereka akan berlangsung di ibu kota.

30 Ogos 2010

Mengandung Tujuh Bulan, Baru Nak Nikah Segera

Bulan Ramadhan ni jarang ada orang bernikah kecuali atas sebab tertentu. Hari ini, satu pasangan saya nikahkan. Perempuan umur 18 tahun, sudah mengandung 7 bulan. Lelaki pula umur 21 tahun. Mereka duduk di  taman perumahan yang sama di Kluang dan biasa berjumpa. Kerana pergaulan bebas dan terlarang itu, akhirnya berzina, mengandung dan bernikah.

Peniaga Bazar, Kaki Judi Nombor Ekor

Semalam kawan saya ni pergi ke bazar Ramadhan Kluang beli makanan. Sampai di satu gerai tu, dia nampak peniaga tu sedang pegang kertas bercetak ramalan nombor ekor. Tak ada segan silu, orang yang lalu lalang pun nampak. Sambil tu, lelaki ni berbual dengan seorang lelaki, bincang pasal nombor ramalam tu.

Kawan saya tu sms pada saya waktu tu juga. Dia beritahu, gerai kat belah mana dan peniaga tu niaga apa. Janganlah puasa kita hanya dapat lapar dah dahaga saja, pahala entah ke mana.
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.

Artikel-artikel terdahulu pasal judi nombor ekor :


Kakitangan Kerajaan Antara kena Tangkap Berjudi

Bergelut Di Kedai Judi

Anak dan Bapak Sama-sama Kaki Judi
10 Orang Kena Penjara di Mahkamah Kes Judi

25 Ditahan Kesalahan Judi, Banyak Tu :
http://kadikluang.blogspot.com/2010/03/25-orang-ditahan-kesalahan-judi.html

10 Kaki Judi Ditahan Di Kluang Semalam:
http://kadikluang.blogspot.com/2010/01/sepuluh-kaki-judi-ekor-ditahan-di.html

Judi Ekor : Tak Takutkah Balasan Allah ? :
http://kadikluang.blogspot.com/2009/10/judi-nombor-ekor.html

Najis Judi, Cabar Penguatkuasa :
http://kadikluang.blogspot.com/2010/02/najis-judi.html

Warga Emas 72 Tahun kaki Judi Kena Tangkap, Kubur Dah Kata Mari :
http://kadikluang.blogspot.com/2010/03/warga-emas-72-tahun-mengaku-salah-beli.html

Lagi Operasi Tangkap Kaki Judi, banyak Betul :
http://kadikluang.blogspot.com/2009/11/operasi-tangkap-kaki-judi-nombor-ekor.html

Hati-hati Penipuan Sendikit Judi Ekor, Padanlah Muka :
http://kadikluang.blogspot.com/2009/12/hati-hati-sendikit-penipuan-judi-ekor.html

Lelaki 71 Tahun Ditahan Operasi Judi, Atuk Dah Tu :
http://kadikluang.blogspot.com/2010/05/lelaki-71-tahun-ditahan-berjudi-nombor.html

Pergi Hantar Gas ke Kedai Judi ? Hahahaha.
http://kadikluang.blogspot.com/2009/12/hantar-gas-ke-kedai-judi.html

Banyak Betul Anai-anai Di Kedai Judi. Janganlah Tipu
http://kadikluang.blogspot.com/2009/12/banyak-betul-anai-anai-di-kedai-judi.html

Bomoh Moden Nombor Ekor :
http://kadikluang.blogspot.com/2010/01/10-orang-kena-penjara-di-mahkamah.html

Penyanyi Dia Datang Dengan Lenggang Lengguknya Penyelamat Kaki Judi (Episod 1):
http://kadikluang.blogspot.com/2009/12/penyanyi-dia-datang-dengan-lenggang.html

Penyanyi Dia Datang Dengan Lenggang Lengguknya Penyelamat Kaki Judi (Episod 2):
http://kadikluang.blogspot.com/2009/12/penyanyi-dia-datang-dengan-lenggang_06.html

Rahsia Nak Kawin Dua : Kisah Lelaki 71 Tahun, Nikah Isteri Kedua 24 Tahun

Lelaki ini berniaga, pendapatan dalam 5,000 lebih sebulan. Dia selalu ulang-alik Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Masa nak kawin tu, dia terus terang cakap pada anak lelakinya dan isterinya yang dia nak kawin lagi. Isteri pertamanya memanglah macam tak terima tapi macam terpaksa terima. Isterinya ni umur 60-an. Anak lelaki, nampaknya macam tak kisah.

Lelaki ni terus juga kawin. Lepas kawin, dia bawak balik isteri baru di Kuala Lumpur, istihar depan isteri dan anak cucu. Nampaknya semua ok.

"Wah... isteri dan anak-anak semua boleh terima ? Apa rahsianya ?" Saya tanya.

"Ustaz nak tahu ker apa petuanya, ustaz ?". Kata lelaki ni.

 Lelaki ni cerita pada saya di kedai mamak di Johor Bahru tak berapa lama dulu. Satu soalan lagi, saya tanya.

"Macammana umur 71 tahun, boleh dapat anak dara 24 tahun. Apa rahsianya ?". tanya saya.

"Ustaz nak tahu ker ?". kata dia.

"Yer le". Kata saya sambil senyum.

Dia pun cerita..menarik cerita ni.  Berbual dalam sejam dengan dia. Selang seminggu, dia ajak saya minum di situ lagi. Sanggup saya tak main ping pong petang tu. Sampai kat kedai tu, terkejut bila saya tengok dia dengan seorang perempuan cantik. Rupanya itulah dia isteri keduanya.

Pertama, apa rahsia isteri tak bising ?
Kedua, apa rahsia umur 71 dapat anak dara 24 tahun ?
Nampaknya hari ni tak sempat nak cerita. Lain kalilah saya cerita, kalau rasa nak cerita.. 

Bila saya buat topik ni, kepada sesiapa yang nak bantah ke, nak sokong ke,  sila beri  komen.

Bekas Suami Jeles, Bekas Isteri Nak Kawin Lain

Perempuan berusia awal 30-an, bekerja kerani, membesarkan dua orang anak berusia 2 tahun dan 5 tahun. Lelaki 30-an juga, bekerja swasta, gaji dalam 2,000 lebih. Suami menceraikan isteri hampir setahun kerana tiada persefahaman.

"Ustaz, saya nak kawin lagi tak lama lagi, tapi bekas suami saya ugut nak hentikan bayaran nafkah anak. Macam mana ustaz ?" Tanya perempuan tu melalui telefon.

"Nafkah dia bayar melalui apa ? Ada ke perintah mahkamah ke, dia kena bayar nafkah tu ?" Tanya saya.

"Yer, bayar melalui perintah mahkamah. Selama ni suami masuk ke akaun bank saya 400 sebulan untuk dua orang anak tu". Kata wanita tu.

"Kalau begitu tak apalah, tak kisahlah puan nak kawin lain. Kalau dia tak bayar nafkah anak, dia sudah kira menghina mahkamah.". Kata saya.

"Tapi puan, kenapa pula dia nak hentikan nafkah anak ? Patutnya tak kisahlah puan kawin lain, itu nafkah anak, bukan duit puan. Yang dia nak hentikan nafkah tu kenapa ?". Tanya saya lagi.

"Itulah ustaz, dia jeles saya nak kawin lain. Dia kata kalau boleh saya jangan kawin lain, suruh besarkan anak saja. Entahlah ustaz, tak faham saya dengan bekas suami tu. Dulu ceraikan saya, bila dah cerai, kenapa dia nak kongkong saya lagi". Kata wanita tu.

"Sekarang suami dah kawin lagi ke ?". Tanya saya.

"Tak. Dia tak kawin lagi, saya jer nak kawin lagi". Kata wanita tu.

"Dia ada hasrat nak nikah semula dengan puan ker ?" Tanya saya.

"Ada juga dia sms ajak nikah semula, tapi saya tak layan. Cukuplah ustaz, saya taknak kat dia". Kata wanita tu.

"Laaa, kenapalah jadi begitu. Dah cerai, edah pun dah tamat dan tak rujuk masa edah, bekas suami tak ada hak untuk halang isteri kawin lagi. Saya nasihatkan puan, kalau nak kawin dengan lelaki lain, kawinlah. Janganlah layan sangat bekas suami tu. Kalau puan dah temu jodoh yang puan rasa sesuai, puan kawin sajalah. Kalau betul dia hentikan bayar nafkah anak, saya cadangkan puan mengadu semua ke mahkamah selepas ini. Itu sudah kira ingkar perintah mahkamah. " Kata saya.

Wanita ini nampaknya lega dan berterima kasih dengan penjelasan saya. Pada mulanya, wanita ini memperkenalkan diri sebagai peserta satu seminar yang diadakan di Dewan Masjid Kluang pada 19 Ogos lepas. Tajuk ceramah saya selama sejam setengah itu adalah "Hak-hak suami dan isteri". Dia kata, masa seminar tersebut dia  nak tanya soalan tu, tapi masa tidak cukup.

29 Ogos 2010

Bom Buatan Sendiri Meletup

SEORANG daripada dua mangsa letupan bom buatan sendiri di apartmen Desa Tun Razak Cheras, hari ini menerima rawatan awal pegawai perubatan susulan kecederaan yang dialaminya. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, kedua-duanya, seorang pekerja wanita, diminta oleh majikan mereka untuk mengangkat sebuah kotak misteri yang dijumpai di hadapan rumah berkenaan.

Lawati Blog Peribadi Saya

28 Ogos 2010

Pendapatan Lumayan Dengan You Tube

LONDON - Satu kaji selidik firma penyelidikan TubeMogul baru-baru ini menyiarkan senarai bintang-bintang YouTube yang menerima pendapatan ratusan ribu dolar selepas video mereka disiarkan di laman itu di Internet, lapor sebuah akhbar semalam. Nama-nama bintang YouTube itu tidak pernah dikenali dalam kalangan ramai penduduk di dunia.

Namun, firma TubeMogul mendakwa sekurang-kurangnya 10 orang penghibur di YouTube termasuk penulis dan penerbit dibayar ratusan ribu ringgit pada tahun lalu menerusi pengiklanan yang dibawa masuk daripada jutaan penonton yang menonton video blog mereka.

Berada di kedudukan nombor satu ialah seorang pelawak satira, Shane Dawson yang berusia 22 tahun berasal dari California, Amerika Syarikat (AS).  Dawson memuat naik petikan-petikan pendek satira yang memberinya pendapatan sebanyak AS$315,000 (RM990,517) dalam tempoh 12 bulan lalu. Videonya ditonton 431,787,450 kali.

Menduduki tempat kedua ialah video The Annoying Orange dengan pendapatan yang dijana mencecah AS$288,000 (RM905,615). Video itu telah ditonton sebanyak 349,753,047 kali. Berada di tempat ketiga ialah Philip DeFranco yang menyiarkan video berkisar tentang politik dan gosip.

Pendapatan yang diperolehnya sebanyak AS$181,000 (RM569,342) apabila videonya ditonton sebanyak 248,735,032 kali. Video komedi Ryan Higa yang tinggal di Hawaii dan berketurunan Jepun-AS ditonton lebih 206,979,909 dan memperoleh pendapatan sebanyak AS$151,000 (RM474,970) sekali gus menduduki tempat keempat.

Berada di tempat kelima ialah video Fred yang dihasilkan oleh Lukas Cruikshank dari Columbus, Nebraska.Video mengenai menguruskan kemarahan itu menjana pendapatan AS$146,000 (RM459,462) dan ditonton sebanyak 200,656,150 kali.

Menduduki tempat keenam ialah video seorang bekas juruhebah radio, Shay Carl yang telah menerbitkan lebih 100 filem. Dia menjana pendapatan sebanyak AS$140,000 (RM440,579) dan videonya ditonton sebanyak 192,309,247 kali.

Berada di tangga ketujuh ialah video dari kumpulan duet Mediocre Films yang mula menghasilkan komedi pendek sejak tahun 2006. Dengan tontonan sebanyak 159,030,703 kali, video itu memperoleh pendapatan sehingga AS$116,000 (RM365,053).  Video Smosh yang memperoleh pendapatan sebanyak AS$113,000 (RM355,610) dan ditonton 154,936,876 kali menduduki tempat kelapan. Dalam video itu, dua lelaki, Ian Hecox dan Anthony Padilla berduet bagi menyanyikan lagu tema Pokemon.

Menduduki tempat kesembilan ialah video berita The Young Turks yang menjana pendapatan sebanyak AS$112,000 RM352,463 dan ditonton sebanyak 153,807,362 kali. Tempat kesepuluh penghibur YouTube diduduki oleh Natalie Tran yang merupakan pelajar berketurunan Vietnam-Australia. Video Tran berkaitan dilema sosial dan cara untuk memiliki perut yang cantik menjana pendapatan AS$101,000 (RM318,110) dan ditonton sebanyak 138,871,829 kali. - Agensi

Ramadhan : Bulan Mengajar Untuk Mula Berniaga (Episod 1)

Ramadhan ini banyak gerai di bazar yang dapat sambutan. Kalau di Kluang, paling ramai  adalah di tengah bandar Kluang. Tahun ini, saya belum berpeluang lagi ke sana sebab jalan sesak dan sukar cari tempat letak kereta disebab terlalu ramai pengunjung. Tahun ini saya banyak ke bazar di Taman Intan yang orangnya tak terlalu ramai.

Bazar Taman Intan tahun ini kalau nak dibanding dengan tahun lepas, tahun ini lebih ramai peniaga dan lebih ramai pengunjung. Saya percaya, peniaga mendapat keuntungan yang diharapkan dan gembira dengan hasil jualanya.

Lebih Meriah di JB

Di Johor Bahru, dulu saya biasa ke Bandar Baru Uda bersebelahan masjid. Saya percaya, peniaga mendapat keuntungan yang sangat memuaskan. Kadang-kadang saya ke Bandar Baru Uda yang sebelah Malinja dan kadang-kadang ke Taman Dahlia, lokasi dengan rumah saya sekitar 1 km saja.

Berapa banyak keuntungan ?

Selain membeli, saya suka buat congakan dan anggaran keuntungan seseorang peniaga. Kemudian saya boleh simpulkan, berapa ratus atau ribu ringgit keuntungan peniaga itu sehari. Okey, kalau peniaga nasi ambang di salah satu lokasi yang saya cerita tadi, boleh habis nasi ambangnya dalam 500 bungkus sehari. Berapa ringit keuntungannya sehari. Dia jual RM 4.00 sebungkus dan modal sebungkus dalam RM 2.50, maknanya dia untung RM 1.50.  Kalau 500 bungkus, dia sudah untung RM 750 sehari. Katakan dia berniaga 25 hari sepanjang Ramadhan ni, maka keuntungannya RM 18,750 sebulan. Kalau ditolak sewa, keuntungan kasar dalam RM 15,000. Banyak tu.

Seorang peniaga roti john boleh jual sehingga 500 bji sehari. Kalau dia jual RM 3.00, keuntungan satu RM 1.50, maka dia untung RM 750 sehari dan RM 18,750 sebulan juga. Cuba tuan-tuan buat congakan, pada makanan lain seperti nasi ayam, nasi briani, lauk, mee goreng kuali besar dan lain-lain. Kalau boleh tuan-tuan catat dalam buku kecil dan buat kesimpulan sendiri. Kenapa nak catat ? Kenapa nak sibuk-sibuk nak tahu orang untung berapa ?

Ceramah kepada peniaga dan bakal peniaga

Dalam satu ceramah saya kepada para bakal usahawan di sebuah hotel di Kluang tak lama dulu, saya cerita kisah ini. Yang hadir, ada peniaga, ada bakal peniaga, ada siswazah yang belum dapat kerja, tentera yang tak lama lagi nak pencen dan lain-lain. Tajuk ceramah saya adalah "Keusahawanan Dalam Islam", saya turut buat rakaman melalui telefon bimbit saya. Lepas tu saya dengar berulang kali ceramah saya itu dan membuat satu kesimpulan terhadap ceramah  itu.

Kesimpulan saya

Pertama, saya berjaya menghidup dan menceriakan pendengar dalam 60 orang itu. Mungkin yang datang itu, sangat-sangat berminat nak tahu tentang perniagaan dan bercita-cita menjadi peniaga, mereka mendengar dengan penuh tumpuan. Lagi pun, saya suka cerita isu semasa dan cerita kisah benar dalam ceramah saya, membuatkan mereka terpukau walaupun saya tak guna ilmu pukau.... Kisah Man Burger http://kadikluang.blogspot.com/2010/04/sudah-nasibku-mat-burger-episod-1.html  , juga saya cerita dalam ceramah sebagai motivasi kepada mereka.

Nabi dan Para Sahabat Adalah Usahawan berjaya

Kedua, ceramah saya itu, bukan bab keagamaan saja. Saya banyak cerita tentang sejarah Nabi Muhammad sebagai peniaga yang berjaya, begitu juga Siti Khadijah, Saidina Abu Bakar dan Abdul Rahmah Auf, semuanya contoh orang Islam yang berjaya. Bermodalkan pengetahuan sejarah yang kemas juga tentang tokoh-tokoh itu, saya berjaya membuatkan nakal peniaga buka mata. Bahawa Islam bukan agama yang sempit yang tertumpu kepada ibadah khusus seperti solat, puasa dan zakat saja. Tapi kita lupa, perniagaan adalah satu ibadah umum yang semakin kita abaikan. Ini telah menyebabkan orang bukan Islam menguasai ekonomi negara kita dengan jurang yang sangat jauh.

Halal, Haram

Sekarang kita bicarakan soal halal haram dalam makanan termasuk restoran bukan Islam yang menerima pengujung Islam. Kita lihat kedai kopitiam yang tumbuh bagai cendawan sekarang, tauke dia Islam atau bukan ? Begitu juga kedai mamak, adakah semuanya Islam ? Kalau tak percaya, setiap kali orang datang oder, beri salam atau baca bismilah, adakah mereka tahu ?... Kenapa kita marah sangat pada mamak dan kopitiam seperti ini, sedangkan kita orang Melayu Islam, kenapa kita tidak berjaya buka kedai seperti ini ? Tuan-tuan bacalah buku bertajuk "Rahsia Kejayaan Restoran Mamak", ada yang menarik di situ.

Kena Ada Ilmu, Nak Niaga Jangan Sebarang Aja

Saya terangkan dalam ceramah saya itu, kalau nak berjaya sebagai, kita kena ada ilmu. Kita kena banyak pergi kursus, kena banyak baca buku dan kena berniaga dari bawah untuk mendapat pengalaman. Bacalah buku, ada banyak buku di pasaran. Ayat Quran yang pertama, Allah sebuat perkataan Iqra' itu baca, bacalah. Orang kita sekarang kurang membaca, kurang beli buku.

Tentera Perlu Berhati-hati

Saya turut nasihatkan kepada peserta terutama tentera yang nak pencen, supaya berhati-hati kalau nak mula niaga. Saya dengan tentera ni, saya juga sebahagian tentera dulu, saya banyak faham mereka. Sebab tu saya berani cerita dan sentuh perasaan mereka. Mereka ini, pencen dalam usia yang masih muda lagi, dalam umur 39- 45 tahun sekarang. Waktu inilah, anak sedang membesar dan masih bersekolah lagi. Pencen tentera sebenarnya tidak cukup untuk menampung kehidupan seterusnya di dunia yang luar bidang ketenteraan. Salah satu usaha yang boleh dilakukan adalah berniaga. Tapi apa jenis perniagaan nya ?

Berani

Tentera ada satu sikap yang tak ada pada orang lain iaitu berani. Memang dalam perniagaan kita kena berani, jangan takut mencuba. Tapi nasihat saya, berani jangan sebarang berani saja. Mungkin kerana terlalu berani itulah kita gagal, lingkup dan papa kedana. Jangan terlalu berani, sebaliknya perlu disertakan dengan ilmu dan perancangan yang betul.

Baca Buku

Saya beritahu dalam ceramah tu, nak jadi peniaga, bacalah buku. Antaranya buku tulisan Datuk Dr Rosly atau Chef Li. Kesemua bukunya yang ada di pasaran, saya beli, simpan dan baca berulang kali kalau ada masa. Antara bukunya bertajuk 'Jutawan Senyap', 'Biar Kecil Asalkan berhasil', 'Aku Taknak Miskin' dan "Orang Kaya Bertakwa." ....Saya bukan ada royalti kalau saya promosi penulis ni, dia kenal saya pun tak. Saya tak ada kepentingan apa-apa. Tapi buku dia amat berharga kepada peniaga terutama peniaga makanan. Jalan cerita yang bersahaja dan berkisah tentang realiti kehidupan masyarakat Melayu, pasti menarik minat pembaca.

...BERSAMBUNG

27 Ogos 2010

Buaya di Sungai Putat, Melaka

MELAKA - Seorang petani terperanjat apabila menemui seekor buaya tembaga yang sedang mengeram di kawasan belukar berhampiran Sungai Putat di sini semalam. Gui Ah Seng, 64, berkata, dia terserempak dengan buaya tersebut ketika membersihkan kebun sayurnya berdekatan belukar berkenaan kira-kira pukul 2 petang kelmarin.

"Saya mulanya mendengar bunyi menderam dalam satu kawasan belukar dan selepas diperiksa didapati seekor buaya sedang mengangakan mulut. Saya yang ketakutan terus melarikan diri.

"Saya datang ke belukar ini sekali lagi pada pukul 8 pagi tadi (semalam) dan melihat buaya ini masih berada di sini lalu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk meminta pertolongan menangkap buaya," ceritanya.

Ah Seng berkata, dia bimbang buaya itu akan membahayakan keselamatan para pemancing yang sering menjadikan Sungai Putat sebagai lokasi memancing.

Bahan Awet mayat Pada Ikan ?

PENYELIDIK Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Fatimah Abu Bakar (gambar kiri) menunjukkan alat ciptaan beliau untuk mengesan bahan awet mayat pada ikan-ikan yang dijual kepada pengguna, di Serdang, Selangor 26 Ogos. (Gambar kanan) Kaedah alat itu digunakan.

Pelakon Aida Rahim dan Joe Radzwill Bercerai

PETALING JAYA: Pasangan pelakon yang juga suami isteri, Aida Radzwill dan Joe Radzwill disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah semalam.  Joe, 40, nama sebenarnya Ismail Ahmad @ Mohd Radzwil melafazkan talak terhadap Aida di depan Hakim Syarie Mohd Yusri Kassim sebaik saja beliau membenarkan permohonan Aida, 58, untuk meminda permohonan fasakh yang difailkan sebelum ini kepada perceraian secara baik.
 
Aida atau nama sebenarnya Aida Khalida Ahmad juga bersetuju untuk menggugurkan haknya terhadap nafkah edah dan mutaah dalam perceraian itu.
Beliau hadir tanpa diwakili peguam berikutan peguam syarie, Nahar Alias menarik diri daripada mewakilinya. Peguam syarie Joe, Roslizam Rahim memaklumkan kepada mahkamah Aida bersetuju untuk bercerai secara baik dengan anak guamnya.
“Pindaan permohonan itu dibuat Aida selepas kedua-dua pihak bersetuju sebaik saja selesai mengadakan perbincangan di luar mahkamah,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui wartawan di perkarangan mahkamah, mereka memberitahu akan terus bersahabat dan Joe menjelaskan beliau bersetuju untuk bercerai secara baik selepas pulang dari mengerjakan umrah dua hari lalu. 

Pada 27 April lalu, Aida memfailkan permohonan fasakh terhadap Joe dengan mendakwa bekas suaminya itu gagal memberi nafkah selama lebih tiga bulan selain sering menyakiti dirinya sehingga menyebabkan beliau hidup menderita dan tertekan. Dalam pernyataan pembelaannya, Joe menolak tuntutan itu dan menuntut supaya Aida kembali taat dalam tempoh 14 hari.

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 37

Ustaz Khalil jumpa Man di restoran Osman.

"Ustaz, ada cerita terbaru ke ?". tanya Man.

"Cerita terbaru apa, tak ada apa, saja jer jumpa ni". Kata Khalil seolah-olah nak menyembunyikan cerita nikah sendiket yang baru disiasatnya tadi.

"Ustaz, macam mana dengan broker nikah Siam tu, ada apa perkembangan ker ?" Tanya Man.

"Oh yang tu... belum lagi. Man kalau ada apa-apa perkembangan, beritahu saya, kita nak kumpul maklumat dulu" Kata Khalil.

Khalil cuba merahsiakan tugas penyamaran dan risikan terhadap lelaki broker nikah Siam itu. Pada Khalil, kerahsiaan sangat penting termasuk kepada pengadu sendiri. Biarlah penguatkuasa yang selesaikan itu semua tanpa dimaklumkan kepada pengadu supaya tidak mengganggu siasatan kes.

Okey Man...nak sambung cerita semalam. Seronok juga cerita hidup kamu ni Man. Saya pun tak tahu selama ini penjual burger boleh berpendapatan  tinggi macam kamu, kalah gaji saya". Kata Ustaz Khalil.

"Alhamdulillah, dah rezeki saya ustaz. Tapi ustaz lain, ustaz pegawai tinggi, bukan sampah masyarakat macam saya ni..." Kata Man.

"Ishhh, apa kamu cerita ni ? Apalah yang tinggi sangat pada jawatan saya ?" Kata Khalil.

Man tunduk, dan tidak semena-mena, air matanya mengalir. Tangannya menggenggam kemas gelas teh tarik.

"Ustaz.... Kenapa orang hina saya ustaz ?... Man bukan pencuri, Man bukan perompak, Man bukan penagih dadah. Tapi kenapa Man jadi begini, orang anggap Man sampah masyarakat. Apa dosa dan kesalahan Man, ustaz ?" Kata Man.

Ustaz Khalil seolah terdiam kerana perbualan itu sudah bertukar menjadi sedih pula. Mungkin ustaz Khalil berfikir, kenapalah Man terlalu sensitif bila disebut dia penjual burger. Bukan niat dia untuk membuatkan Man jadi sedih.

"Ustaz...Ujian yang Man terima ini cukup berat. Lepas seorang-seorang yang hina Man. Kalau ikutkan hati, Man hampir bunuh diri. Man tak sanggup hidup begini...bagaimana Man boleh hidup kalau masyarakat sekeliling pandang tak baik pada Man...." Kata Man.

"Man... banyakkan mengucap. Setiap hamba pasti ada ujian dari Allah Taala. Mengucap Man... Setiap ujian yang diterima itu pasti ada hikmah di sebaliknya" Kata Khalil.

Air mata Man terus deras mengalir, dia tak pernah menangis seperti ini di depan seseorang. Malam itu dia luahkan kesedihannya di meja kedai mamak di satu sudut yang gelap. Sesekali, mamak tukang oder makanan menjeling ke arah meja itu, kemudian berbisik dengan rakan sekapalnya dari India itu, mungkin dia ingat Man sedang bergaduh.

"Ustaz.. Bermula dengan keluarga Yanti memusuhi Man, kemudian keluarga Man sendiri dan sekarang mungkin Yanti sendiri yang membenci Man pula. Lepas ni siapa lagi ?.... Ustaz, kenapa Yanti benci Man ? Dulu dia janji nak sehidup semati dengan Man, sanggup berkorban untuk kebahagian bersama. Sekarang, kenapa pula Yanti yang tewas dengan keadaan ini..... Ustaz, Man boleh hadapi orang lain termasuk keluarga Yanti dan keluarga Man. Tapi kalau Yanti sendiri yang membenci Man, Man rasa hidup Man sudah tidak bermakna lagi. Ustaz, Man rasa hidup Man sudah tidak bermakna tanpa Yanti. Man tak dapat meneruskan hidup ini lagi" Kata Man.

"Yanti membenci Man ? Betul ke anggapan kamu ni Man ? Kenapa pula dia benci Man ? Man, ini mungkin anggapan kamu saja. Saya rasa, kalau kamu susah melupakan Yanti, Yanti juga bukan senang nak melupakan kamu". Kata Khalil.

"Yer ustaz. Yanti sudah dua bulan lebih tak hubungi Man. Man pun sudah nekad tidak akan hubunginya kalau dia tidak hubungi Man. Man cuba lupakan Yanti, tapi tak boleh ustaz. Dia masih di hati Man. Cuma Man rasa, keluarganya sudah berjaya mempengaruhi Yanti supaya melupakan Man. Keluarga dia tuduh macam-macam termasuk Man guna ilmu hitam nak tundukkan Yanti". Kata Man.

"Kamu boleh buat andaian Man. Tapi saya fikir Yanti tetap menyayangi Man seperti dulu, malah cinta itu mungkin  bertambah lagi. Cuma mungkin dia berada di persimpangan yang sukar dibuat pilihan sama ada ke kiri atau ke kanan. Saya rasa, Yanti tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini". Kata Khalil.

"Yer, kekadang Man fikir begitu juga. Tapi kenapa Yanti tak mahu hubungi Man lagi seperti dulu ?" Kata Man.

"Man, situasi dah berubah. Dulu lain, kamu boleh berhubungan dengan bebas, tapi sekarang mungkin tidak. Mungkin Yanti rasa bersalah kerana keluarganya yang menyebabkan Man kena pukul dan dia takut abangnya mengganggu Man lagi. Sebab dia sayangkan Manlah, dia tak mahu hubungi Man lagi sekarang..." Kata Khalil.

"Ustaz, hubungi Man melalui telefon tiada kaitan dengan Man dipukul lagi atau tidak. Kalau dia hubungi Man pun, abangnya tak akan tahu" Kata Man.

"Tidak Man. Wanita bukan sifatnya begitu, wanita sukar untuk berlakon seperti lelaki. Mungkin dia tak mahu rapat sekarang ini sebab abangnya masih memerhatikan gerak gerinya." Kata Khalil.

Man terdiam. Dia cuba menyelami apa yang dikatakan oleh ustaz Khalil. Dia kurang faham, apa yang dimaksudkan dengan lakonan antara lelaki dan wanita itu.

"Man...Yanti mungkin sedang mencari ketenangan diri dan tidak mahu mengganggu Man buat masa ini. Saya percaya, kalau Yanti hubungi Man, cinta itu akan berputik kembali dan sukar dipisahkan. Yanti mungkin berfikir, adakah wajar dia teruskan cinta dengan Man. Saya rasa, biar Yanti terus berdiam diri. Lambat laun, dia akan dapat kesimpulan terbaik untuk masa depannya". Kata Khalil.

"Berdiam diri sampai bila ustaz ? Kenapa Yanti tak fikir, hidup Man tambah tersiksa bila Yanti berdiam diri ?" Tanya Man.

"Okey, Man. Man pula kenapa tak hubungi Yanti ?". Tanya Ustaz Khalil.

"Hubungi Yanti ? Sekarang mungkin tidak ustaz. Man... Man...". Jawab Man tersangkut sangkut.

"Sebab apa ? Man ada sebab tersendiri kan ? Begitu juga dengan Yanti, dia ada alasan tersendiri kenapa dia tak mahu hubungi Man." Kata Khalil.

Man terdiam seketika, itu soalan perangkap yang sukar dijawab. Terfikir juga Man, kalau dia berat untuk menghubungi Yanti, pasti Yanti juga berat untuk menghubungi Man.

"Okeylah Man. Lupakan semua itu, Man jangan fikir yang bukan-bukan. Kita hidup ini jangan selalu rendah diri, kalau kita rendah diri, sampai bila pun kita tak ada keyakinan diri. Cuba katakan dalam diri Man yang Man ini seorang yang hebat, seorang yang berjaya, seorang yang cemerlang. Tiap hari lepas sembahyang dan sebelum tidur, ungkapkan perkataan itu dalam diri Man. Kita Yakin boleh, diri kita pasti akan boleh." Kata ustaz Khalil.

"Yer Ustaz, terima kasih ustaz. Insyaallah ustaz, Man akan cuba". Kata Man, apa yang diperkatakan itu menusuk kalbunya.

"Man.. soal jodoh ini adalah ketentuan Allah Taala, kita merancang tapi Allah yang menentukan. Man perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Kalau Man ditentukan akan dijodohkan dengan Yanti, itu adalah ketentuan Allah. Man... kalau Man ditentukan jodoh dengan orang lain, itu juga ketentuan Allah Taala. Man jangan kecewa, jangan rasa rendah diri. Tanamkan azam dalam diri... MAN SEORANG YANG BERJAYA DALAM HIDUP!, MAN SEORANG YANG CEMERLANG!, MAN SEORANG YANG HEBAT !

"Yer, terima kasih ustaz. Man akan cuba kuatkan semangat, Man akan cari penyelesaian terbaik. Tapi ustaz, apa pandangan ustaz. Patutkah Man telefon Yanti lepas ini ?" Kata Man.

"Itu terpulanglah Man. Kalau Man fikirkan itu yang terbaik, silakan. Tapi saya rasa, elok Man menyendiri dulu macam sekarang. Bertenang dulu dan cari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ni". Kata Khalil

...BERSAMBUNG KE EPISOD 38

26 Ogos 2010

Hati-hati: Ada Hotel Masak Guna Arak ?

Sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dibantu pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, semalam.

Dalam serbuan mengejut kira-kira jam 11 pagi semalam, pegawai Jakim diketuai Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah melakukan pemeriksaan terperinci di dapur hotel terbabit yang didapati turut digunakan untuk memasak bufet Ramadan.
Amri berkata, pemeriksaan tidak hanya menilai tahap kebersihan dan penyajian makanan, malah paling utama bahan mentah yang digunakan di dalam masakan. Menurutnya, pihaknya yang melakukan pemeriksaan di dalam stor barang kering bersebelahan dapur memasak di hotel itu menemui beberapa botol wain masakan dan cuka manisan yang mengandungi alkohol serta haram untuk dicampur ke dalam masakan.

Antara Bahaya dan Seronoknya Main Mercun

Masa kecil-kecil dulu banyak le, main mercun, bukan perkara rahsia lagi. Biasa le, kat kampung, kawan-kawan ramai. Nak beli kat kedai pun senang. Saya percaya, dari dulu memang main mercun ni diharamkan dan boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Tapi, macammanapun,  main mercun ni susah nak kawal atau halang.

Saya Pernah Cedera Main Mercun

Pengalaman cedera main mercun pun saya ada. Masa saya tingkatan 4, mercun meletup di tangan kiri. Mercun papan warna merah, main dalam gelap pakai ubat nyamuk. Berdarah dan bengkaklah tangan dan jari kiri sampai kena baju. Biasa le, bila dah kena camtu, diam saja nanti abah tahu kena marah pulak. Serik-serik juga, tapi lepas seminggu main semula mercun papan tu, bukan senang nak berhenti.

Nasihatkan kepada sapa main mercun kena ada cara, jangan sampai bahayakan diri. Sekarang mercun sekarang makin bahaya, letupan dia lagi kuat. Mercun papan yang saya cerita tu mungkin dah tak ada lagi. Sekarang mercun bola, letupan dia 2, 3 kali ganda lebih kuat dari mercun papan tu. Dulu mercun papan, pembalut dia kertas, sekarang plastik, saiznya lebih besar. Kalau mercun tu meletup kat tangan, saya percaya, tangan boleh berdarah atau mungkin hancur.

Orang Dewasa Ramai Main Mercun, Termasuk Saya

Dah dewasa ni pun saya masih main mercun, beberapa tahun lepas. Bukan apa, seronok melayan dan dengar letupan tu. Rasa dapat kepuasan pulak main mercun ni. Puas apa ? Susahlah nak cerita, macam orang memancing ikan juga, orang tak memancing mana tahu syoknye. Main mercun ni bukan kanak-kanak saja, orang dewasa pun ramai. Yer le, dulu masa kanak-kanak  mana ada mercun yang lebih kuat meletup camni.  Lagipun dah dewasa ni kira dah berduit, dulu masa kecil mana ada duit sangat nak beli mercun, mintak duit bapak je. Jadi benda ni susah nak berhenti.  Kalau nak main mercun tu, mainlah. Bahaya atau tidak, fikirlah sendiri. Kanak-kanak jangan sesekali main mercun bola ni atau yang sama waktu dengannya, bahaya....

Cara Main Mercun Bola

Jangan main dalam gelap, nanti tak nampak sumbu dia, sumbu dia laju. Jangan pakai ubat nyamuk, gunakan mancis atau pemetik api, barulah selamat. Haram main mercun ni, memanglah haram, tapi benda seronok. Kalau dah nak main tu, pandai-pandailah jaga keselamatan

Main Mercun Satu Kesalahan Jenayah

Yang saya tulis hari ni adalah pengalaman-pengalaman peribadi saya jer. Apa yang saya cerita ini, baik jadikan tauladan, buruk jadikan sempadan. Saya nak ingatkan, bahawa main mercun atau lain-lain sama ada menyimpan atau menjual adalah satu kesalahan jenayah dan boleh diambil tindakan oleh pihak polis.
JANGAN TERLIBAT DALAM JENAYAH...

25 Ogos 2010

Minuman Ringan Beralkohol ?

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mahu kerajaan mengharamkan sejenis minuman ringan beralkohol yang menggunakan label buah-buahan. Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, minuman ringan itu didapati mengandungi alkohol sehingga 5.5 peratus dan dijual secara meluas di pasar raya dan kedai 24 jam dan bebas dibeli golongan remaja dan kanak-kanak.

“Luaran nampak seperti minuman ringan biasa, namun ia sebenarnya minuman berperisa alkohol yang kini menjadi kegilaan remaja dengan paparan warna yang menarik

“Contohnya, minuman ringan berwarna merah jambu untuk menarik perhatian kanak-kanak perempuan agar mencuba dan kemudian menjadi ketagih,” katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.

Beliau berkata, ramuan alkohol yang ditin dan dibotolkan itu menggunakan pewarna oren, epal dan campuran buah tropika dijual antara RM4 hingga RM10 sebotol.  Beliau mendakwa maklumat mengenai kandungan alkohol dalam minuman itu dicetak dengan kecil dan sukar dibaca, membuatkan pengguna menyangka ia adalah minuman ringan berperisa buah-buahan.

Menurutnya, kajian CAP mendapati terdapat lebih 15 jenama minuman ringan berperisa alkohol dijual di pasaran negara ini.

16 September Cuti Hari Malaysia, Kali Pertama Ni

Kerajaan telah mengisytiharkan bermula tahun ini, tarikh 16 Sept adalah cuti umum sempena Hari Malaysia dan penetapan itu telah diwartakan pada 9 Nov 2009 di bawah Akta Hari Kelepasan 1951. Nampaknya boleh sambung cuti Raya tahun ni.

Mahalnya Insuran Kenderaan Sekarang, Melampau-lampau (Episod 11)

"Caj insurans kereta tidak masuk akal. SAYA amat terkejut dan tidak berpuas hati apabila baru-baru ini syarikat insurans mengenakan caj nilai kereta paling rendah yang boleh dibeli ialah RM10,000, sedangkan kereta yang saya gunakan iaitu Proton Saga tahun 1999 yang nilainya tidak sampai RM4,000.

Sudahlah kena bayar insurans tinggi, pemilik juga perlu membayar loading kerana usia kereta melebihi 15 tahun. Perkara yang sama juga berlaku kepada insurans motosikal. Tahun lalu, premiumnya RM69 kini terpaksa membayar RM196.  Apabila ditanya, wakil pos itu memberitahu kadar insurans sudah naik.

Jika tahun lalu diperdebatkan masalah kenaikan insurans ini dan kerajaan kononnya akan melancarkan insurans khas kenderaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang kini memiliki kereta lama kerana tidak berkemampuan membeli kereta baru. Kerajaan kini dilihat tidak dapat mengawal syarikat insurans yang sewenang-wenangnya menaikkan kadar insurans."
Kiriman Pembaca Akhbar.

(Artikel ini dipetik dari sebuah akhbar harian utama hari ini 25 Ogos 2010. Pihak berkuasa perlu bertindak segera, nasib rakyat perlu diberi pembelaan. Kepentingan rakyat sepatutnya didahulukan dan diutamakan)

Cerita Kereta Episod 12, klik sini

Kakitangan Kerajaan Dapat Bonus Raya RM 500

Kerajaan bersetuju membayar bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan.  Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal.

Sembelih Anaklah Pulak

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mati dipercayai disembelih bapanya di sebuah rumah di Kampung Sungai Budor, Kota Baharu. Tragedi Ramadhan.

24 Ogos 2010

Kopitiam Tauke Bukan Islam: Halal Atau Tidak ?

Hati-hati kalau nak makan dan minum di kedai kopitiam. Di Kluang banyak kedai kopitiam seperti ini yang pemiliknya bukan Islam. Pastikanlah kedai itu ada tanda halal. Kalau tak ada tanda halal bagaimana ? Maaflah, saya bukan nak kasi orang ragu-ragu, cuma mintak supaya berhati-hati. Elakkanlah kalau anda tak yakin, kalau yakin dan nak masuk juga, tak ada pihak boleh halang.

Beberapa hari lepas, Jabatan Agama Johor membuat pemeriksaan di kedai kopitiam yang baru saja dibuka di Kluang ini. Ada juga orang Melayu yang makan minum di situ. Apa tidaknya, nama kedai kopitiam itu sudah sekian lama terkenal di Kluang dan ada beberapa cawangan. Ramai orang minum kopi dan roti bakar di situ.

Hasil pemeriksaan, kedai tu tidak ada tanda halal. Perlu diingat, selagi dia belum dapat sijil, belum tentu situ halal. Selama ini, cawangan kedai ini beroperasi, sudah ratusan ribu orang Islam sudah makan minum di situ yang tidak disahkan halalnya. Walaupun tak ada tanda halal, tapi orang Islam tetap datang. Kenapa ? Jawapannya, ada suatu yang istimewa di situ iaitu makan minum dan tempatnya. Tetapi sepatutnya orang Islam memikirkan dan mengelak dari masuk kedai yang diragui halalnya.

Kalau dikaji dari segi undang-undang, tuan kedai macam tak salah apa-apa. Mereka bukan letak logo halal, bukan mereka menipu tanda halal. Bukan juga mereka letak ayat Quran untuk mengaburi mata orang Islam. Cuma pekerjanya Melayu Islam, kalau perempuan tu pakai tudung. Pihak berkuasa pula tak boleh paksa kedai ni mohon sijil halal, kalau mereka taknak, tak apa. Tuan kedai ini pula tak boleh sekat orang Islam datang masuk, mereka bukan paksa orang Islam datang, sendiri datang.

Kalau nak datang kedai kopitiam orang Islam punya, datanglah 'Chamek Kopitiam' di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Lokasinya bersebelah Avon dan berdekatan restoran Osman dan Mydin. Itu orang Islam punya, semua pekerja Islam, barang yang digunakan pula tak diragui halalnya.

23 Ogos 2010

Lelaki 58 Tahun Ditahan Makan di Kedai Bukan Islam

Penguatkuasa Agama Kluang menahan seorang lelaki umur 58 tahun kerana makan nasi di  kedai India bukan Islam di bandar Kluang jam 12.50 tengahari tadi. Selain makan nasi dan minum air, dia turut menghisap rokok. Lelaki yang tidak bekerja ini akan dituduh di Mahkamah Syariah Kluang dalam tempoh terdekat. Sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM 1,000 atau 6 bulan penjara atau keduanya sekali.

Tentera Maut Terjun Hotel, Elak Serbuan Khalwat

Pagi ini bila saya datang pejabat, saya diberitahu oleh penguatkuasa, ada satu kes kematian tentera terjun hotel. Kejadian berlaku di Batu Pahat, malam minggu semalam. Mulanya saya hendak diamkan perkara ini, tak mahu dihebahkan. Kemudian, bila saya baca akhbar Sinar Harian hari ni, rupanya cerita dah tersiar di akhbar dan sudah dalam pengetahuan umum.

Serbuan penguatkuasa dalam jam 2.45 pagi, lelaki ini dipercayai melarikan diri dengan terjun dari tingkat tiga hotel berkenaan. Semasa mengetuk pintu beberapa kali, pintu tidak dibuka, kemudian kedengaran bunyi bising. Lelaki ini ditemui berlemuran darah dan mati kerana kecederaan parah di kepala.

21 Ogos 2010

Hati-hati Pelaburan Pokok Kurma ?

Beberapa hari lepas, saya berkunjung ke sebuah masjid di sebuah kampung dalam sesi lawatan kerja. Berbual dengan orang-orang sana, waktu makan kurma, seorang tu kata sekarang ada peluang baru untuk menjana pendapatan lumayan iaitu tanam kurma.

Bolehkah kurma ditanam di negara kita ? Sesuaikah cuacanya ? Pernahkah orang lain tanam di negara kita ?.... Itulah antara soalan-soalan yang saya tanya sebab tajuk itu menarik perhatian saya juga. Yang cerita tu orang kampung yang ada kebun sawit, getah dan tanaman-tanaman lain. Jadi bila ada satu yang baru ni, maka mereka berminat sebab mereka selama ini pun berkebun.

Orang tu kata, sepokok benih pokok kurma ini harganya RM 800 setiap satu jadi kalau 50 pokok harganya RM 40,000. Yang kendalikan ni satu syarikat perladangan yang menawarkan kepada orang kampung siapa yang berminat. Syarikat ini kata, kalau ada pokok mati atau tak berbuah, syarikat akan bertanggungjawab dan ada insuran. Syarikat juga akan membiayai pengurusan dan kepakaran lain termasuk pemasaran. Yang orang kampung perlu sediakan adalah tanah dan duit sebagai modal. Katanya, dua tahun setengah akan mengeluarkan hasil. Lepas ni, tak payah import dah kurma ni dari negara Arab, kat Kluang pun dah ada.

Saya tanya dia, bolehkah kurma ini ada harga tetap seperti sawit dan getah ? Sedangkan orang kita makan kurma hanya bulan Ramadhan saja. Orang tu jawab, lepas ni orang kita akan makan kurma hari-hari macam orang Arab. Orang ni yang dah menunjukkan minat nak masuk dan akan kumpul seberapa ramai orang kampung kata, ini teknologi terkini dari Thai. Katanya di sana dan ada ladang kurma.

Yer ke ni ?

Pada sayalah, orang kampung jangan cepat tertipu. Betul ke syarikat ni, ke nak menipu saja, kutip duit orang kampung lepas tu lesap. Atau kutip duit, lepas tu diberikan benih kurma ni yang harga 800 sepokok tu. Lepas tu, entah-entah tak keluar buah atau mati, syarikat ni dah tutup, cukuplah setakat tu, syarikat dah kaya, belahlah.

Teknologi Thai, betul ke. Ke saja buat cerita je, tapi mungkin juga ada betul, tapi apa kaitannya dengan syarikat ni ? Faktor cuaca kena ingat, negara kita bukan macam negara padang pasir yang panas, kering dan sedikit saja hujan. Entah-entah kurma ni tak tahan hujan, ada penyakit selsema pulak dia nanti.

Pasaran kurma pula. Janganlah senang-senang nak ubah budaya orang Melayu. Orang kita petang-petang makan goreng pisang, kalau Mersing dan Terengganu makan keropok lekor, boleh ke nak ubah makan kurma ? Jadi kalau boleh keluar hasil pun, pasarannya tak ke mana.

Tak Payah Tanam, Beli Pun Dah Untung

Ok, bulan Ramadhan saya beli kurma dalam RM 20 jer. Jadi setahun dalam RM 20 ler, bulan lain tak beli kurma pun. Jadi kalau modal RM 800 di bahagi dengan 20, dapat 40 tahun. Maknanya dengan modal RM 800 yang orang tu kata harga sebatang benih pokok kurma, kalau setahun RM 20, ambil masa 40 tahun saya boleh beli kurma. Jadi, tak payahlah beli benih tu mahal-mahal, simpan duit tu untuk 40 tahun boleh beli kurma.

Melayu Jangan Mudah Tertipu dan Terpedaya

Sayangilah duit anda, jangan mudah nak melabur pada perkara yang kurang jelas, meragukan dan yang orang lain belum pernah cuba. Sebelum ni, di Kluang dan beberapa kawasan lain terutama kawasan Felda dan kampung, ada penipuan sendikit 'geran tanah' kira-kira dua bulan dulu. Akhirnya mereka ini semua sedar kena tipu. Jadi bila ada 'pelaburan kurma' ini saya mintak semua berhati-hati dan saya lebih kepada tak percaya. Cukuplah orang kita kena tipu sebelum ini dalam pelaburan lintah, ikan arowana, ikan keli, kayu gaharu, cacing, rumpai laut, geran tanah dan lain-lain lagi.

Bapa Rogol Anak, Abang Rogol Adik

KUCHING 20 Ogos - Seorang kakitangan awam dihukum penjara 60 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini setelah didapati bersalah atas lima pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap seorang anak perempuannya yang kudung tangan kanan.

Dua anak lelakinya yang berusia 24 dan 22 tahun pula masing-masing dihukum penjara 36 tahun dan sebatan 24 kali atas dua kesalahan sama. Atas faktor usia, bapa mereka yang berusia 52 tahun terlepas daripada menjalani hukuman sebatan. Kesemua kes didakwa mengikut Seksyen 376(A) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376(B) kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Hakim Amelati Parnel menjatuhkan hukuman 60 tahun terhadap bapa mangsa yang disabitkan atas lima pertuduhan merogol anak perempuannya yang kini berusia 20 tahun di lima lokasi berasingan antara 2006 dan 2008. Bagi kesalahan pertama, tertuduh dihukum penjara 20 tahun mulai tarikh dia direman iaitu pada 18 Februari 2009. Hukuman penjara 20 tahun bagi pertuduhan kedua hingga keempat pula diperintahkan berjalan serentak dan berkuat kuasa sebaik sahaja hukuman bagi pertuduhan pertama selesai.

Hukuman penjara 20 tahun bagi pertuduhan kelima pula berjalan selepas kedua-dua hukuman terdahulu selesai. Sementara bagi kedua-dua abang mangsa, mereka disabitkan bersalah atas dua pertuduhan merogol mangsa yang sama antara Januari dan Disember 2006 dan tempoh yang sama pada 2007. Hakim Amelati menegaskan, kesemua tertuduh seharusnya menjadi contoh dan pelindung kepada mangsa yang kudung tangan kanannya.

"Semasa perbicaraan, mangsa trauma dan hidup berlinangan air mata sehingga telah dirujuk ke Hospital Sarawak. Tidak dinafikan tindakan itu telah memberi kesan yang mendalam.

"Hukuman ini dibuat sebagai pengajaran kepada orang ramai dalam memastikan anak-anak diberi peluang untuk hidup sempurna walaupun mangsa dalam kes ini ialah insan kurang upaya," katanya.

Program Bubur Lambuk di Masjid Ulu Benut, Kluang Meriah Sangat-sangat

Terima kasih kepada semua pihak yang secara lansung dan tidak lansung menjayakan program gotong royong masak bubur lambuk di Masjid Ulu Benut, Kluang, semalam selepas solat Jumaat. Majlis yang disempurnakan perasmiannya oleh Encik Norsyazlan bin Abdul Razak, wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang ini turut diadakan penyerahan duit raya kepada fakir miskin.

Program anjuran Majlis Agama Islam Kluang ini telah berjaya menarik minat masyarakat setempat, termasuk para belia dan wanita. Sebanyak 10 periuk bubur lambuk dimasak dan diagihkan kepada lebih 2,000 orang Islam sekitar.

20 Ogos 2010

Rasuah Penguatkuasa Agama Kluang, Kena Denda 10 000, penjara sehari

Seorang lelaki warga Indonesia hari ini dituduh di Mahkamah Sesyen Batu Pahat kerana kesalahan memberi rasuah kepada penguatkuasa Agama Kluang pada 10 Ogos lepas. Lelaki ini pada mulanya, ditangkap oleh penguatkuasa di sebuah hotel di Kluang dengan seorang pelacur bukan Islam atas kesalahan khalwat. Beliau kemudian telah bertindak merasuah penguatkuasa sebanyak RM 300 supaya dilepaskannya dari kesalahan khalwat.

Bagaimanapun, lelaki ini ditahan SPRM yang turut menyertai operasi tersebut, selepas menyerahkan wang itu kepada penguatkuasa. Hakim menjatuhkan hukuman denda RM 10,000 dan sehari penjara kepada lelaki ini selepas mengaku bersalah di Mahkamah atas kesalahan rasuah.

Kena Tangkap Kat Luar Kedai Nombor Ekor ?

"Ustaz, nak tanya sikit. Pakcik saya kena tangkap depan kedai nombor ekor. Kenapa kena tangkap, dia bukan beli dan bukan masuk kedai nombor pun ?". Kata orang tu dalam telefon.

"Yer ke kena tangkap kat luar, ke kat dalam ?". Kata saya.

"Pakcik saya kata, dia baru parking moto, lalu depan kaki lima kedai nombor tu. Tiba-tiba kena tangkap, tak tahu apa-apa". Kata orang tu.

"Tak adalah, penguatkuasa tak buat kerja macam tu, tak ada kerja penguatkuasa tangkap orang kat luar kedai. Ke dia masuk ke dalam. Pergilah tanya pakcik kamu balik semula". Kata saya.

"Ini ustaz, tadi pakcik saya suruh saya datang pejabat Agama suruh jamin. Berapa ribu jamin tu ?" Tanya orang tu.

"Bab jamin ni kamu tanya orang pejabatlah, saya tak tahu" Kata saya.

Inilah perbualan telefon saya dengan orang ni. Kata kena tangkap depan kedai judi konon, tak payahlah buat cerita tak betul. Lansung saya tak percaya, dah beratus-ratus siri operasi judi yang saya ikut dan ketuai, tak pernah pun tangkap orang kat luar. Ini kisah di sebuah daerah, bukan di Kluang. Orang ni telefon saya sebab dia masih simpam nombor telefon saya, nombor yang sama masa saya jadi penguatkuasa dulu. Tak lama lepas tu, saya telefon penguatkuasa daerah berkenaan tempat orang tu kena tangkap.

"Tadi ada tangkap kes judi ke ? Berapa orang kena tangkap ?" Tanya saya.

"Ada dua kes kat bandar, ada apa cerita tuan ?"Tanya penguatkuasa tu.

"Orang tu kena tangkap kat luar ke dalam kedai ?". Tanya saya.

"Dua-dua kena tangkap dalam kedai, masa penguatkuasa datang, dua-dua ada dalam kedai". Jelas penguatkuasa tu.

Memang sahlah apa yang saya sangka. Orang yang kena tangkap kes judi, macam-macam alasan. Tapi orang macam ni nak pegi mana. Saksi tangkapan kan ada, semua boleh jadi saksi di mahkamah nanti. Dia ingat, dah buat salah, saya boleh tolong merayu untuk dia ke ? Buat cerita yang bukan-bukan pulak tu. Dah buat salah tanggung sendirilah.... Bulan-bulan Ramadhan pergi masuk kedai nombor ekor apa hal. SELAMAT BERPUASA

19 Ogos 2010

Buang Bayi, Ingatkan Kita Sejarah Jahiliyah Sebelum Islam

MAYAT seorang bayi lelaki yang ditemui di tempat pengumpulan sampah Hospital Melaka dipercayai dibuang oleh seorang pelajar IPT di dalam tong sampah di Unit Kecemasan, di Melaka.

Tangkap Suami Dalam Bilik Hotel: Wajar Atau Tidak ?

Ramai yang tanya saya, wajarkan seorang itu tangkap sendiri suaminya yang berkhalwat dengan wanita lain dalam bilik hotel ?

Tak wajarlah, wanita tu bukan penguatkuasa Agama, bukan ada kuasa boleh tangkap. Pun tak ada kuasa memasuki premis orang, sama ada rumah atau bilik. Kecualilah dia terserempak, contohnya dia balik ke rumah, tiba-tiba jumpa suaminya bersama perempuan lain dalam bilik tidur. Kalau macam tu, tak dapat dielakkan.

Masuk rumah atau bilik orang pulak, penguatkuasa dibekalkan dengan kuasa dan peraturan undang-undang, wanita tu dibekalkan dengan apa ? Tindakan wanita ini boleh menyebabkan dia disaman di mahkamah sivil kerana menceroboh atau masuk ke kawasan larangan. Jangam main-main dengan undang-undang, saman kalau juta-juta rupiah tak apa, ni  RM.

Sepatutnya, wanita ini kena rilek dulu, kemudian buat laporan ke penguatkuasa Agama, biar penguatkuasa yang tangkap. Kalau rasa tak boleh hubungi penguatkuasa, hubungilah polis. Ramai orang tak tahu yang pegawai polis boleh mengambil tindakan terhadap kesalahan syariah. Malah, kebanyakan undang-undang yang ada di negara kita, polis mempunyai kuasa menangkap.

Kalau penguatkuasa tak ada, polis pun tak ada, nak buat macamnana. Rileklah puan, puan dah beri aduan, kena serahlah kepada penguatkuasa atau polis. Pandailah dia nak buat kerja, jangan nak desak-desak, janganlah rasa macam nak kiamat dah dunia.  SABAR PUAN SABAR, BANYAKKAN MENGUCAP.

Dah tak sabar sangat tunggu penguatkuasa dan polis macammana ? Puan boleh panggil orang lain untuk buat pemeriksaan sebaiknya lelaki. Elok ada pelbagai pihak termasuk pengawal keselamatan, orang hotel atau orang yang tak ada pertalian keluarga. Kalau yang ada pertalian keluarga ni boleh juga, cuma nanti bimbang di mahkamah, peguam lelaki tu kata, ini semua pakatan keluarga. Kalau orang awam ni, nak masuk hotel, ketuk sajalah, jangan sampai pecah pintu pulak. Kalau orang tu tak buka pintu, tunggu sajalah depan pintu, makan nasi bungkus depan pintu sampai sore.

Kalau orang awam tangkap, masih sah kalau ikut prosedurnya. Lepas tangkap, bawa ke balai polis dan buat laporan polis, jangan malas nak buat report pulak. Atau jangan suruh polis buat report, bukan polis yang tangkap. Itulah, tadi tak menyempat-nyempat tangkap, patut tunggulah penguatkuasa dan polis tangkap. Lepas tu kena jadi saksi dalam siasatan, jangan liat datang lak, kalau dia tak beri kerjasama, macammana nak bawa kes ke mahkamah. Dalam mahkamah, kalau suami dia tak mengaku salah, jadilah saksi tangkapan, dah tentu teruk kena gasak peguam. Peguam main peranan mengenai motif isteri pergi tangkap, mesti ada sesuatu niat ni, soal peguam suami.

Itulah nak sangat tangkap suami. Hehehe. Ingat senang ke kerja menangkap ni. Hehehe...

Apa Cerita Rumahtangga Roslin Hashim dan Norhayati Othman ?

Isteri kepada jaguh badminton negara, Roslin Hashim, mendakwa cerai berlaku di sebuah hotel di Ampang, di sini pada 7 Ogos lalu. Norhayati Othman, berkata demikian ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam.

Pemain badminton negara, Roslin Hashim telah bernikah dengan Pengarah Pemasaran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional  di sebuah hotel di Ampang, Julai 2010 lalu. Ini adalah perkahwinan yang kedua Roslin.

18 Ogos 2010

Jual Juadah Berbuka ke, Untuk Orang Tak Puasa ?

Tadi, bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari, saya menyertai operasi Ramadhan bersama penguatkuasa Agama dan penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK). Beberapa kedai dan gerai tepi jalan yang dah mula jual makanan dan minuman. Tapi kenapa berniaga awal ?

10 pagi pun dah bukak. Jawablah dengan ikhlas,  jangan berdalih-dalih. Pelbagai makanan dah jual dengan nasi dan lauknya. Tengok pada air batu yang dia jual, pasti dah cair kalau nak tunggu masa berbuka.
(Gambar atas, adalah gambar sebenar semasa operasi)

Dah Nyaris Betul Nak Kena Serang Lebah

Beberapa hari lepas, saya memandu kereta seorang diri dalam perjalanan ke satu tempat, menyampaikan ceramah. Dalam perjalanan dalam jam 9.00 pagi, terasa sakit perut dan singgah di sebuah masjid dalam daerah Kluang. Masuklah ke tandas di sebelah hujung, menunaikan hajat.

Tak lama kemudian, terdengar seakan bunyi lalat besar, mula-mula perlahan tapi lama kelamaan, bunyinya semakin kuat. Saya sangka di situ banyak lalat besar tapi tak nampak pun lalat. Sedang duduk tu, tiba-tiba di bahu kanan saya dihinggapi seekor lebah  seperti  mahu berusaha menggigit baju saya.

Saya terkejut dan memandang ke atas. Bila dilihat, rupanya ada satu sarang lebah besar bersama ratusan lebah di atas kepala saya, dalam tandas tersebut. Saya terkejut dan dalam keadaan cemas, terus keluar dari tandas itu. Sarang itu kelihatan sudah lama dan seperti sudah ada madu. Teringat masa kecil-kecil di Pahang, pernah ada pengalaman ambil madu lebah tualang, tahu jugalah pasal madu lebah ni. Teringat juga masa itu ada orang diserang lebah dan cara menyelamatkan diri adalah dengan terjun ke dalam sungai atau paya.

Perkara seperti ini amat dikesali. Esoknya, saya menceritakan kepada penggerak masjid kawasan berkenaan yang bertanggungjawab mengawasi masjid dan surau di DUN berkenaan. Bila dipanjangkan kepada pihak jawatankuasa masjid, mereka menyatakan sudah mengetahui mengenai sarang lebah ini tapi membiarkannya. Pihak masjid akan memusnahkan sarang itu segera. Beliau meminta maaf kepada saya. Saya maafkan, tak baiklah kalau saya tak maafkan permintaan maaf seseorang.

Persoalannya, kenapalah pihak masjid membiarkan perkara ini kerana boleh membahayakan nyawa dan keselamatan orang ramai. Lebah adalah serangga merbahaya dan berbisa yang biasanya menyerang secara berkumpulan. Ada beberapa kes serangan lebah hutan, menyerang mangsa sehingga masuk ke lubang hidung dan telinga sehingga menyebabkan kematian. Lebah yang saya temui ini bukan lebah hutan tapi lebah yang kecil sedikit tetapi juga berbisa dan merbahaya. Lebah ini biasa bertindakbalas jika sarang dan madunya terganggu.

 Janganlah, sehingga ada berlaku perkara yang tidak diingini, barulah pihak jawatankuasa masjid mahu bertindak. Kalau sudah tahu ada sarang lebah, halau atau musnahkan segera. Kalau belum sempat memusnahkannya, buatlah tanda  atau kunci tandas tersebut supaya orang lain tidak masuk.

(Gambar di atas adalah gambar sebenar yang saya sempat ambil)

17 Ogos 2010

Dituduh Cabul Gadis Anak Yatim

KUALA LUMPUR: Bekas pengetua sebuah pusat untuk anak-anak yatim dan miskin, Abdul Rahman Ramani, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan mencabul kehormatan seorang penghuni perempuan asrama itu, tahun lalu.

Abdul Rahman, 41, didakwa mencabul kehormatan pelajar berumur 14 tahun dengan meraba kemaluan dan buah dada gadis itu di pejabat Asrama Baitul Ummah di Taman Setapak Indah, Sentul, di sini pada jam 8 malam 20 Oktober tahun lalu.

16 Ogos 2010

Gadis Lari Ikut Negro Ditahan Kes Dadah

Seorang gadis, Nur Dhiya Ain Rosman, 19, yang dilaporkan dilarikan ke Afrika Selatan pada 9 Ogos lalu ditahan pihak berkuasa negara itu Sabtu lalu di sebuah hotel di Cape Town kerana memiliki dadah jenis syabu. Nur Dhiya, yang dikenali sebagai Baby di kalangan keluarganya kini ditahan di Pusat Tahanan Ravensmead, Cape Town dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Belleville di bandar yang sama atas tuduhan memiliki dadah.
Ibu mangsa, Roslah Abdul Jani  mendakwa pihak Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) yang dimaklumkan mengenai anaknya yang dilarikan oleh warga Afrika itu sepatutnya bertindak pantas dan menahan mereka daripada berlepas ke Afrika Selatan.

Roslah mendakwa sebaik beliau menerima panggilan dari anaknya pada 1.30 pagi Isnin lalu yang memaklumkan dia di KLIA untuk menaiki pesawat ke Afrika Selatan pada 2.50 pagi, Roslah telah membuat panggilan ke KLIA memaklumkan mengenai anaknya itu, dan pihak KLIA mempunyai masa yang banyak untuk menahan anaknya berserta lelaki Afrika itu daripada berlepas.