Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

14 Ogos 2010

Anak Gadis Lari Ikut Lelaki 'Negro'

Ramadan kali ini pastinya berbeza buat seorang ibu apabila anak gadisnya berusia 19 tahun menghilangkan diri dipercayai mengikut awang hitam ke Afrika Selatan, sejak Isnin lalu. Roslah Abdul Jani, 43,  memberitahu anaknya, Nur Dhiya Ain ada menghubunginya sebelum berlepas ke negara tersebut.

Roslah, pada mulanya tidak percaya kerana Dhiya atau nama panggilannya ‘baby’ tidak pernah ke mana-mana sendirian. Tambah merisaukan ibu kepada empat anak itu apabila Dhiya mempunyai masalah hipertensi yang memerlukannya mengambil ubat setiap hari.

“Pada 8 Ogos lalu, saya dan suami pergi ke Melaka untuk menziarahi saudara dan pulang semula ke Kuala Lumpur tengah malam.

“Semasa dalam perjalanan kira-kira pukul 12.10 tengah malam, saya menerima panggilan telefon daripada baby.

“Baby menyatakan dia berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah tunggu penerbangan ke Afrika Selatan, ibu doakan saya pergi dan balik dengan selamat,” katanya.

Menurut Roslah, dia tidak sempat untuk bertanya dengan siapa dan berapa lama anaknya itu pergi ke Afrika kerana panggilan tersebut dimatikan.

“Saya yang cemas dengan berita itu kemudian pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk membuat laporan dan meminta bantuan.

2 ulasan:

  1. Salam Ustad....Dunia tanpa sempadan telah meluaskan lagi hubungan manusia.Kalau zaman dulu orang kawin lari dalam negeri je sekarang keluar negara.Amat membimbangkan gejala anak gadis kita'terpikat' kat kulit hitam ni.Kalau hitam manis tahan juga ,ini hitam legam..heran..heran..

    BalasPadam
  2. Kenapala anak muda zaman sekarang nie suka melakukan sesuatu tanpa memikirkan perasaan orang tua mereka?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.