Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

01 Ogos 2010

JPJ Nak Bincang Dengan Polis Isu Senaraihitam

KOTA BHARU 1 Ogos – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan berbincang dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai masalah pemilik kenderaan yang tidak dapat membaharui cukai jalan akibat disenaraihitam kerana melakukan kesalahan jalan raya, kata Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan hari ini.

“Saya akan mengadakan pertemuan dengan pihak polis secara rasmi untuk membincangkan isu itu,” katanya selepas Program Ujian Menembak Persahabatan antara JPJ Kelantan dengan JPJ Terengganu di sini.

Solah ditanya mengenai masalah berkenaan yang menjadi tajuk perbincangan di kalangan banyak pihak akhir-akhir ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.