Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

27 Ogos 2010

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 37

Ustaz Khalil jumpa Man di restoran Osman.

"Ustaz, ada cerita terbaru ke ?". tanya Man.

"Cerita terbaru apa, tak ada apa, saja jer jumpa ni". Kata Khalil seolah-olah nak menyembunyikan cerita nikah sendiket yang baru disiasatnya tadi.

"Ustaz, macam mana dengan broker nikah Siam tu, ada apa perkembangan ker ?" Tanya Man.

"Oh yang tu... belum lagi. Man kalau ada apa-apa perkembangan, beritahu saya, kita nak kumpul maklumat dulu" Kata Khalil.

Khalil cuba merahsiakan tugas penyamaran dan risikan terhadap lelaki broker nikah Siam itu. Pada Khalil, kerahsiaan sangat penting termasuk kepada pengadu sendiri. Biarlah penguatkuasa yang selesaikan itu semua tanpa dimaklumkan kepada pengadu supaya tidak mengganggu siasatan kes.

Okey Man...nak sambung cerita semalam. Seronok juga cerita hidup kamu ni Man. Saya pun tak tahu selama ini penjual burger boleh berpendapatan  tinggi macam kamu, kalah gaji saya". Kata Ustaz Khalil.

"Alhamdulillah, dah rezeki saya ustaz. Tapi ustaz lain, ustaz pegawai tinggi, bukan sampah masyarakat macam saya ni..." Kata Man.

"Ishhh, apa kamu cerita ni ? Apalah yang tinggi sangat pada jawatan saya ?" Kata Khalil.

Man tunduk, dan tidak semena-mena, air matanya mengalir. Tangannya menggenggam kemas gelas teh tarik.

"Ustaz.... Kenapa orang hina saya ustaz ?... Man bukan pencuri, Man bukan perompak, Man bukan penagih dadah. Tapi kenapa Man jadi begini, orang anggap Man sampah masyarakat. Apa dosa dan kesalahan Man, ustaz ?" Kata Man.

Ustaz Khalil seolah terdiam kerana perbualan itu sudah bertukar menjadi sedih pula. Mungkin ustaz Khalil berfikir, kenapalah Man terlalu sensitif bila disebut dia penjual burger. Bukan niat dia untuk membuatkan Man jadi sedih.

"Ustaz...Ujian yang Man terima ini cukup berat. Lepas seorang-seorang yang hina Man. Kalau ikutkan hati, Man hampir bunuh diri. Man tak sanggup hidup begini...bagaimana Man boleh hidup kalau masyarakat sekeliling pandang tak baik pada Man...." Kata Man.

"Man... banyakkan mengucap. Setiap hamba pasti ada ujian dari Allah Taala. Mengucap Man... Setiap ujian yang diterima itu pasti ada hikmah di sebaliknya" Kata Khalil.

Air mata Man terus deras mengalir, dia tak pernah menangis seperti ini di depan seseorang. Malam itu dia luahkan kesedihannya di meja kedai mamak di satu sudut yang gelap. Sesekali, mamak tukang oder makanan menjeling ke arah meja itu, kemudian berbisik dengan rakan sekapalnya dari India itu, mungkin dia ingat Man sedang bergaduh.

"Ustaz.. Bermula dengan keluarga Yanti memusuhi Man, kemudian keluarga Man sendiri dan sekarang mungkin Yanti sendiri yang membenci Man pula. Lepas ni siapa lagi ?.... Ustaz, kenapa Yanti benci Man ? Dulu dia janji nak sehidup semati dengan Man, sanggup berkorban untuk kebahagian bersama. Sekarang, kenapa pula Yanti yang tewas dengan keadaan ini..... Ustaz, Man boleh hadapi orang lain termasuk keluarga Yanti dan keluarga Man. Tapi kalau Yanti sendiri yang membenci Man, Man rasa hidup Man sudah tidak bermakna lagi. Ustaz, Man rasa hidup Man sudah tidak bermakna tanpa Yanti. Man tak dapat meneruskan hidup ini lagi" Kata Man.

"Yanti membenci Man ? Betul ke anggapan kamu ni Man ? Kenapa pula dia benci Man ? Man, ini mungkin anggapan kamu saja. Saya rasa, kalau kamu susah melupakan Yanti, Yanti juga bukan senang nak melupakan kamu". Kata Khalil.

"Yer ustaz. Yanti sudah dua bulan lebih tak hubungi Man. Man pun sudah nekad tidak akan hubunginya kalau dia tidak hubungi Man. Man cuba lupakan Yanti, tapi tak boleh ustaz. Dia masih di hati Man. Cuma Man rasa, keluarganya sudah berjaya mempengaruhi Yanti supaya melupakan Man. Keluarga dia tuduh macam-macam termasuk Man guna ilmu hitam nak tundukkan Yanti". Kata Man.

"Kamu boleh buat andaian Man. Tapi saya fikir Yanti tetap menyayangi Man seperti dulu, malah cinta itu mungkin  bertambah lagi. Cuma mungkin dia berada di persimpangan yang sukar dibuat pilihan sama ada ke kiri atau ke kanan. Saya rasa, Yanti tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini". Kata Khalil.

"Yer, kekadang Man fikir begitu juga. Tapi kenapa Yanti tak mahu hubungi Man lagi seperti dulu ?" Kata Man.

"Man, situasi dah berubah. Dulu lain, kamu boleh berhubungan dengan bebas, tapi sekarang mungkin tidak. Mungkin Yanti rasa bersalah kerana keluarganya yang menyebabkan Man kena pukul dan dia takut abangnya mengganggu Man lagi. Sebab dia sayangkan Manlah, dia tak mahu hubungi Man lagi sekarang..." Kata Khalil.

"Ustaz, hubungi Man melalui telefon tiada kaitan dengan Man dipukul lagi atau tidak. Kalau dia hubungi Man pun, abangnya tak akan tahu" Kata Man.

"Tidak Man. Wanita bukan sifatnya begitu, wanita sukar untuk berlakon seperti lelaki. Mungkin dia tak mahu rapat sekarang ini sebab abangnya masih memerhatikan gerak gerinya." Kata Khalil.

Man terdiam. Dia cuba menyelami apa yang dikatakan oleh ustaz Khalil. Dia kurang faham, apa yang dimaksudkan dengan lakonan antara lelaki dan wanita itu.

"Man...Yanti mungkin sedang mencari ketenangan diri dan tidak mahu mengganggu Man buat masa ini. Saya percaya, kalau Yanti hubungi Man, cinta itu akan berputik kembali dan sukar dipisahkan. Yanti mungkin berfikir, adakah wajar dia teruskan cinta dengan Man. Saya rasa, biar Yanti terus berdiam diri. Lambat laun, dia akan dapat kesimpulan terbaik untuk masa depannya". Kata Khalil.

"Berdiam diri sampai bila ustaz ? Kenapa Yanti tak fikir, hidup Man tambah tersiksa bila Yanti berdiam diri ?" Tanya Man.

"Okey, Man. Man pula kenapa tak hubungi Yanti ?". Tanya Ustaz Khalil.

"Hubungi Yanti ? Sekarang mungkin tidak ustaz. Man... Man...". Jawab Man tersangkut sangkut.

"Sebab apa ? Man ada sebab tersendiri kan ? Begitu juga dengan Yanti, dia ada alasan tersendiri kenapa dia tak mahu hubungi Man." Kata Khalil.

Man terdiam seketika, itu soalan perangkap yang sukar dijawab. Terfikir juga Man, kalau dia berat untuk menghubungi Yanti, pasti Yanti juga berat untuk menghubungi Man.

"Okeylah Man. Lupakan semua itu, Man jangan fikir yang bukan-bukan. Kita hidup ini jangan selalu rendah diri, kalau kita rendah diri, sampai bila pun kita tak ada keyakinan diri. Cuba katakan dalam diri Man yang Man ini seorang yang hebat, seorang yang berjaya, seorang yang cemerlang. Tiap hari lepas sembahyang dan sebelum tidur, ungkapkan perkataan itu dalam diri Man. Kita Yakin boleh, diri kita pasti akan boleh." Kata ustaz Khalil.

"Yer Ustaz, terima kasih ustaz. Insyaallah ustaz, Man akan cuba". Kata Man, apa yang diperkatakan itu menusuk kalbunya.

"Man.. soal jodoh ini adalah ketentuan Allah Taala, kita merancang tapi Allah yang menentukan. Man perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Kalau Man ditentukan akan dijodohkan dengan Yanti, itu adalah ketentuan Allah. Man... kalau Man ditentukan jodoh dengan orang lain, itu juga ketentuan Allah Taala. Man jangan kecewa, jangan rasa rendah diri. Tanamkan azam dalam diri... MAN SEORANG YANG BERJAYA DALAM HIDUP!, MAN SEORANG YANG CEMERLANG!, MAN SEORANG YANG HEBAT !

"Yer, terima kasih ustaz. Man akan cuba kuatkan semangat, Man akan cari penyelesaian terbaik. Tapi ustaz, apa pandangan ustaz. Patutkah Man telefon Yanti lepas ini ?" Kata Man.

"Itu terpulanglah Man. Kalau Man fikirkan itu yang terbaik, silakan. Tapi saya rasa, elok Man menyendiri dulu macam sekarang. Bertenang dulu dan cari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ni". Kata Khalil

...BERSAMBUNG KE EPISOD 38

6 ulasan:

  1. salam...

    lama betul man diam diri... sampai cerita pun baru ada episod baru...suspen nihh..

    BalasPadam
  2. Salam ustaz,

    Kakak rasa dua-tiga hari sekali kena sambung cerita agar mood penceritaan ada. Dah lama sangat masih kabur lagi pengakhiran cerita. Hebat juga..... tapi terlalu lama menanti dari satu episod ke satu episod. He....he.....

    BalasPadam
  3. Terima kasih....
    Menulis novel seperti ini memerlukan masa dan waktu yang sesuai juga. Ramadhan ni saya terlalu sibuk dengan tugas seharian sehingga ke larut malam baru pulang ke rumah. Sabtu dan Ahad pun hampir tak cuti. Insyaallah, kalau umur saya panjang, cerita ini akan ditamatkan juga.... Tungguuuuu

    BalasPadam
  4. terbaik la cerita ustaz..sy yg kali prtama bca episod 1 cerita nie trs jd pmnt blog nie...xsbr nk bce ksudahan hidup cerita man..

    BalasPadam
  5. assalamualaikum ustaz.. bler mau abis da?? hehe grau je ustaz.. jln crita mmg mnrik.. sy trtrik dgn gya pnulisan ustaz ni.. bnyk unsr2 saspen, dan mmbuat pmbce trtggu2 crita yg slnjut nye.. nk tnye, ni ksah benar ke, atau ustaz saje mereka crita ni?? apa2 pn, ustaz mmg trbaik lah..

    BalasPadam
  6. bagus nasihat ustaz kat man ni..nasihat berguna

    BalasPadam

Dipersilakan komen.