13 Ogos 2010
Pelacur Lelaki Terlampau
Dalam operasi di pusat pelacuran beberapa hari lepas, saya hairan melihat seorang pelacur tu. Dia bukan Islam dan kerjaya tetapnya adalah melacurkan diri di hotel itu, sebelah siang saja. Katanya, seorang pelanggan dia bayar RM 10 kepada orang penjaga hotel itu, RM 20 lagi gaji dia.
Kalau tengok gayanya, dia memang wanita sejati. Tetapi bila saya tengok kad pengenalannya, nombor berakhir dengan nombor ganjil. Setahu saya, orang yang kad pengenalan berakhir dengan nombor ganjil pasti lelaki. (Kalau tak percaya, tengok nombor kad pengenalan sendiri, kalau ganjil mesti lelaki, kalau perempuan mesti genap).
Bila saya tanya dia, lelaki ke perempuan, dia jawab perempuan. Oleh kerana nama dia bukan Melayu, manalah kita tahu nak beza sangat. Gambar dalam kad pengenalan dia, memang gambar dia, rambut panjang, dah tentu perempuan. Saya tanya dia beberapa kali sambil mendesak dia, mengatakan mungkin ini kad pengenalan palsu. Dia kata memang kad pengenalan dia.
Kemudian barulah dia mengaku, dia asalnya lelaki tapi dah tukar jantina jadi perempuan. Sekarang kerjanya melacurlah pulak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
astargfirullah...
BalasPadam