Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

06 Ogos 2010

Ramai Orang Miskin Sekarang

Satu kajian oleh Kementerian Sumber Manusia mengenai gaji pekerja dalam negara mendapati bahawa hampir 34 peratus daripada kira-kira 1.3 juta pekerja sektor perkilangan memperoleh pendapatan bulanan bawah RM700. Gaji bulanan RM700 itu adalah di bawah garis kemiskinan yang ketika ini ditetapkan bawah RM720 sebulan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata kajian Perolehan Pekerjaan Nasional 2009 terhadap 1.3 juta pekerja yang dipilih secara rawak itu memberi penekanan terhadap soal pentingnya tahap gaji ini dinaikkan, terutama selepas kementerian itu mendapati bahawa sukar untuk menyerahkan soal gaji pekerja kepada kuasa pasaran semata-mata.

1 ulasan:

  1. Salam tuan. Mohon laluan kpd komen sy ini krn ianya tidak berkaitan dgn tajuk ttp suatu perkara amat penting utk diambil perhatian oleh pihak tuan dan JAIJ.
    Sempena bln Ramadhan yg akan dtg ini, sy terpanggil utk menyuarakan kekesalan terhadap beberapa orang peniaga makanan di gerai makanan "Benteng Jalan Batu Pahat"(berdekatan Taman Idaman, Kluang). Pada bulan Ramadhan thn2 yg lalu, para peniaga ini telah menjual lauk pauk dan minuman secara bungkus seawal jam 9.30 pagi.(Amatlah tidak logik utk juadah berbuka puasa). Sepanjang pemerhatian sy, didapati gerai2 tersebut begitu meriah dikunjungi oleh golongan tentera & drebar lori tanpa rasa segan silu. Amatlah tak masuk akal mrk membeli nasi bungkus utk berbuka seawal jam 10 pg ! Peniaga ini pula akn kemas meja & payung seawal jam 1 tgh.
    Oleh yg demikian, bagi menjaga kesucian bln Ramadhan yg akn dtg ini, saya berharap sangatlah pihak tuan dpt MEMBUAT PEMANTAUAN & MENGAMBIL TINDAKAN kpd peniaga2 yg tidak beretika ini.
    "Selamat Berpuasa Kpd Tuan Sekeluarga"
    Drp : Muslim Prihatin, Kluang.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.