31 Ogos 2010
Seronoknya Masak Nasi Ayam, Sotong, Sup Tulang
Hari ni nampaknya ada rilek sikit, sempat masak untuk berbuka puasa. Kebetulan ada orang datang dari JB, saya ajak berbuka kat rumah saya. Saya kata, saya yang masak sendiri.
Nasi Ayam
Penting pada nasi ayam adalah ayamnya. Ayam kena rendam dalam sos tiram, kicap , gula dan garam. Patutnya kena letak herba Cina, "Tangkoi dan Youchok", tapi nampaknya dah tak ada. Saya gantikan pada halia, potong kecil saja dan perap. Biarkan ayam tenggelam dalam 30 minit. kemudian toskan dan masukkan ke dalam dapur 'apollo'. Dalam setengah jam, masaklah.
Nasi
Masak nasi kena tahu cara, jangan sebarang saja. Ingat, ini nasi ayam, bukan nasi beriani. Masak macam masak nasi biasa, kemudian sedikit minyak sapi, 2 ulas bawang putih, halia sikit, perasa ayam 'khnoor' (macam salah eja jer) garam sikit dan minyak bijan. Ingat, semasa masak tu kena kacau waktu separuh masak, takut minyak tak rata. Bila dah masak, baunya naik. Sedappppp....
Sotong Panggang
Siang sotong sederhana besar tu, yang sekilo RM 15.00. Letak kunyit sikit dan garam. Lepas tu letak dalam dapur 'apollo'. Jangan masak lama sangat, kejap jer, nanti sotong jadi kecut.
Sup Tulang
Sekilo tulang daging direbus hampir sejam. Letak sop bunjut, sikit bunga lawang, kayu manis, halia, bawang putih 2 ulas. Kemudian potong bawang besar sebiji bahagi dua. Dah nak masak, letak gula dan garam secukup rasa. Daun sup tak payah. Dalam kuali lain, goreng bawang merah, jangan sampai hangus. Kemudian latak ke dalam sup.
Berselera Nampak
Nampaknya semua yang saya masak, habis licin. Yang terkejutnya, nasi sampai tak cukup. Tadi masak macam dah banyak. Entaklah, sebab sedap sangat ke, atau sebab masing-masing dah lapar berpuasa.
SELAMAT MEMASAK.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
wah ustaz..sedap nampak ayam tu..hihihi..
BalasPadamapa pun alhamdulillah atas kurniaan rezeki yang dah diberikan olehNya... :)
Terima kasihh.
BalasPadamBhai Mohd Khalil...
BalasPadamKena tulis resepi baik-baik nih... kasi buat video... dan upload sama YouTube... hehehe... mantop...
Salam Ustaz,
BalasPadamWah ! untung orang umah ustaz sbb ustaz boleh masak, apapun nampaknya ustaz pon boler niaga nasi ayam kalau pencen jadi kadi nanti, hi3
wah sedapnya.....ustaz...betul ea, tuk borang nikah lelaki punya, kebenaran menikah luar daerah tak perlu, hanya surat pengesahan maustatin dari ketua jabatan jer kan?
BalasPadammrs.irwan,
BalasPadamKalau di Johor, peranan ketua jabatan adalah untuk mengesahkan status bujang dan mengesahkan mastautin di tempat tersebut. Negeri lain, saya kurang arif, kena rujuk ke pejabat Agama di sana.
ustaz ni bujang lg ke?
BalasPadamKalo kawen boleh la jamu org ramai ngan nasi ayam. nyum3...
BalasPadamsalam ustaz..
BalasPadamterliur sy baca posting yg nieh... huhuhuhu.. lmbt lg kul 7.21pm nieh.. huhuhuhuhu..
p/s - sabar2x..