Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

21 Julai 2011

Gadis Terlanjur Perlukan Nasihat Sebelum Nikah


"Untuk pengetahuan ustaz, saya akan bernikah tak lama lagi. Yang menjadi dilema sekarang ni, saya pernah terlanjur dgn bekas kekasih.  Saya takut dengan hari perkahwinan yang dah semakin dekat. Dari awal hubungan lagi (dgn bakal suami) saya ingin berterus terang tapi saya takut.

Jadi, saya risau kalau bakal suami akan tahu pasal hal ni dari org lain di masa akan dtg. Saya keliru samada perlu beritahu bakal suami atau tidak. Saya nampak bakal suami boleh bimbing saya jadi wanita yg lebih baik dan kadang2 rasa mcm tak layak untk menjadi isterinya. Di kalangan kawan saya pun ada yang tahu tentang perbuatan lama saya ini.

Saya menyesal dengan apa yg terjadi dulu. Kadang-kadang terfikir utk tidak meneruskan pkahwinan kerana ketakutan yg ada dlm diri. Tapi saya mengharapkan kehidupan yg lebih baik dan menjadi wanita dan hamba yg lebih baik....".
Sekian.

Saya menerima email ini dari seorang pembaca blog saya. Saya rasa elok diserahkan kepada pembaca lain yang budiman yang dapat membantu gadis ini demi masa depan beliau. Diharapkan pembaca dapat memberikan komen yang baik tanpa menyalahkan atau mengungkit kesilapan lama gadis ini.

19 ulasan:

  1. Pada hemat saya , berterus terang pada bakal suami. Adalah berisiko kalau beritahu perkara sebenarnya selepas perkahwinan, takut nanti suami tidak dapat menerimanya.

    BalasPadam
  2. Bertaubat dan simpan rahsia sendiri. Kalau nak berterus terang dengan bakal suami, kemungkinan besar tak jadilah pernikahan nanti. Bukannya bakal suami nak bersimpati.

    BalasPadam
  3. cari ruang dan bincanglah dari hati ke hati dengan bakal suami..
    sekiranya dia tidak memandang sejarah silam, mintalah dia bimbing menjadi insan yang baik dan isteri yang solehah..

    apa yang dah lepas tu jadikan pengajaran.. kena kuat dan banyak bersabar dengan apa jua dugaan yang datang.. ;)

    BalasPadam
  4. Saya syorkan gadis tersebut buatlah solat sunat istikharah. Bertaubat dan menyesal dengan perbuatan yang lalu. Kepada kita pembaca pula, ambillah kisah ini sebagai satu ikhtibar. Pertimbangkan akibat baik dan buruk sebelum kita melakukan sesuatu perkara.

    BalasPadam
  5. pendapat tak seberapa dari saya....benda dah jadi dan gadis ni dah bertaubat.

    Tak perlu membuka cerita yang dah lama...yang penting bertaubat dan menyesali setiap perbuatan dan jaga suami dan rumahtangga dia lagi penting.

    Tak perlu nk ingat pada benda yang dah lepas dan mengaiabkan diri.

    BalasPadam
  6. perkara ini pernah berlaku kepada sahabat baik saya sendiri,sebelum bernikah dengan suaminya masa ini,dia pernah terlanjur dengan kekasih lamanya hingga berlakunya penguguran.memandangkan banyak konflik yg berlaku selepas itu,hubungan mereka putus dan dia berjumpa dengan bakal suami.akhirnya mereka berkahwin dan dia tidak pernah menceritakan hal ini kepada suaminya hingga kini.alhamdulilah,semuanya agak baik sekarang.

    BalasPadam
  7. rasanya tak perlu takut akan jadi ungkitan dikemudian hari.cuma kena lah bersedia dgn segala kemungkinan..jarang lelaki dpt menerimanya..

    BalasPadam
  8. setuju sgt
    dgn pendapat Tanpa Nama 1:07 PM

    BalasPadam
  9. jika diceritakan kpd bakal suami, mungkin musibah lebih besar, jadi yg dah berlalu biarkan berlalu dna bertaubatlah..

    BalasPadam
  10. Mai pakat baca dan jadikan panduan

    http://pondoktauhid.blogspot.com/2010/05/cara-taubat-dari-dosa-zina.html

    BalasPadam
  11. wanita baik akan diketemukan dengan lelaki baik... ini janji allah.

    BalasPadam
  12. saya pernah mendengar ceramah berkenaan tajuk sebegini..bila persoalan ini ditanya...jawapan ustazah berkenaan.." bertaubatlah dan simpanlah rahsia ini, jangan diulangi kesilapan lalu..jaga kerukunan rumahtangga..menjaga martabat si suami...insy'allah akan mempermudahkan apa yang kita mohon dariNya'
    ~ kdg2 bila kita menceritakan kisah sebenar..tak semua lelaki boleh menerimanya..mereka hanya sekadar bersimpati sahaja...mungkin si lelaki boleh meneruskan perkahwinan ..tp untuk masa akan datang...perkara2 sebegini akan menjadi ungkitan jika ada kesalahan/salah faham antara kedua2 pihak suami isteri.

    BalasPadam
  13. setuju dengan orchid. lepas kahwin nanti jadilah isteri yang solehah

    BalasPadam
  14. kepada bakal isteri itu, jadi lah isteri yang baik dan taat pada suami, ada perkara yang tak perlu dikisahkan akan membawa lebih kebaikan....

    tapi bersedia lah jika suami dapat mengetahuinya suatu masa nanti... agak2 apa perasaan suami...?

    BalasPadam
  15. Berterus terang dengan bakal suami, jika dia lelaki yang betul-betul mencintai anda, dia akan menerima anda seadanya.

    BalasPadam
  16. bagaimana jika bakal suami dapat tahu sendiri?mungkin dia lebih tidak dapat terima kerana berbohong berbanding berahsia. Saya ada kawan yg mempunyai kes kes yg sama. tunang kawan saya mengaku masih suci. kemudian kwn saya dpt tahu sendiri bahawa dia telah menipu.

    BalasPadam
  17. saya sedang mengalami nasib yang sama, sehingga saya takut pada perkahwinan, persepsi bakal suami..

    BalasPadam
  18. Bagaimana jika kita sudah pernah berkawin dan sudah bercerai..tiba-tiba ada insan yang lebih baik nak melamar kita menjadi isteri..tetapi dia tak tahu bahawa kita pernah berkahwin..apakah pula yang harus kita lakukan

    BalasPadam
  19. Sila mengaku dengan bakal suami yang status sebenar adalah janda. Kalau tidak, nanti datang masalah di belakang hari. Pejabat agama dan jurunikah juga tidak boleh menipu status sama ada janda atau anak dara. Ada satu lagu Indonesia tu..."Mana pilihanku, perawan atau janda..... Hehe.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.