30 Julai 2011
Harga Nasi Ayam RM 4.50 Sepinggan, Mahal Ker Tak ?
Saya singgah makan tengahari di sebuah restoran di Rompin, Pahang. Tengok orang ramai juga di kedai tu dan saya minta nasi ayam. Rasa nasi ayam tu okey juga, cuma tak samalah dengan nasi ayam Hainan yang saya pergi kursus dulu.
Masa makan tu, tengok di papan tanda, cuma dipaparkan menu sahaja tapi tidak diletakkan harga. Kan elok kalau diletakkan harga. Masa saya bayar, dia kata nasi ayam harga RM 4.50 satu. Okeylah, saya bayar. Tapi masa dalam kereta tu saya terfikir juga, kenapa harga nasi ayam 4.50. Di Rompin pula tu, bukan di bandaraya.
Sebenarnya di Johor Bahru, banyak kedai jual nasi ayam RM 3.50 sampai hari ini dan kalau kedai yang mahal sikit pun RM 4.00. Jadi tak betullah kalau orang kata duduk JB ni makanan mahal, tak semestinya.
Harga Ayam Dah Naik ?
Mungkin alasan naik harga nasi ayam sebab harga ayam dah naik. Itu betul, kalau dulu sekilo ayam dapat dengan harga RM 6.00 sekilo, sekarang boleh capai RM 8.00. Lebih kurang harga seekor ayam sederhana (elok buat nasi ayam adalah ayam saiz sederhana), dalam RM 10.00 seekor dulu, sekarang dah jadi RM 13.00-15.00 seekor.
Seekor Ayam Kerat 18
Yang saya dapat ilmu potong ayam (cara potong ayam pun kena belajar tau), seekor ayam boleh dapat 16 pinggan nasi ayam. Atau kalau boleh pandai potong, boleh jadi 18 pinggan. Okey, kalau seekor ayam RM 15 dapat 18 ketul ayam, maknanya seketul ayam adalah hampir RM 1.00. Katakan bahan lain termasuk nasi, sayur, sup, kicap dan sos adalah RM 1.00, maknanya modal menyediakan sepinggan nasi ayam adalah RM 2.00 sahaja.
Maknanya kalau jual nasi ayam RM 4.50, peniaga mengaut keuntungan besar melebihi 100 peratus dari harga modal. Nanti peniaga kata, dia perlu tanggung kos lain termasuk kenaikan bayaran eletrik dan gaji pekerja. Yer, semuanya betul, saya tak kata sapa betul sapa salah. Cuma nak beritahu, niaga nasi ayam ni untung.
Ramadhan Minat Masak
Yer, setiap kali Ramadhan, tiba-tiba saja minat memasak saya datang semula. Saya hadir kursus masak nasi ayam tahun 2008 dan kalau masuk Ramadhan ni, nak tengok semula nota saya yang lama.
Satu lagi, saya selalu selitkan dalam ceramah saya tentang perlunya orang kita ceburi perniagaan restoran ini kerana keuntungannya tinggi. Jadilah peniaga nasi ayam, tapi nasi ayamnya kenalah sedap. Ayam dia janganlah hangus, jangan keras, semua itu perlukan ilmu. Nasi dia pula kenalah sedap, jangan lebih kurang saja. Nak tahu cara masak yang betul, pergilah kursus, saya bukan guru nak ajar orang walaupun saya ada ilmu tu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ermm.. mungkin sbb ramai+sedap utk org setempat tu, maka harga jd mcmtulah ustaz..
BalasPadamtp klau dekat shah alam @ gombak, nasi ayam "Mancongkam" boleh cecah RM6..
RM4.50 tu ok juga. Tapi klu RM3.50 kat JB tu kira sangat murah (betol ke masih ade lagi harge tu?)
BalasPadamMemang le untung berniaga makanan ni, tapi penat le ustaz.
Kalau keluarga ramai, berbaloi buat sendiri, klu 2 org aje, elok beli. Tok biasa beli satu, sbb nek tak makan banyak, kami share..lagi jimat & tak membazir.
Tapi Ramadhan ni insyaAllah kami bercadang memasak utk buka puasa di surau, utk 5,6 org kariah. Masing2 bawa sikit2, kami sama2 nak makan dlm dulang insyaAllah.
Salah satu menu nek nak buat ialah nasi ayam. Ustaz bole tak tolong beri resipi. Mudahan2an resepi ustaz tu semua orang suka & thumb up.. salam Ramadhan ustaz..dari tok & nek.
kat sini ada sampai rm6.50 sepinggan. ada nama. tapi sedap gak. tapi tu je sekali makan
BalasPadamharga 4.50 tuh rasanya ok..susah nk jumpe harga 3.50 lagi..memandangkan ayam bersih skg sekilo dah cecah rm8 (tmpt saya)..
BalasPadamkat sini ada kedai nasi ayam..standard saiz jer dah rm6 (nasinya rm2 + ayam)..dan setiap standard berikutnya tambah rm2 untuk ayam sahaja...kalau nk nasi..tambah rm2 lagik..
tp saya lebih suka masak nai ayam sendiri..peh hati..leh makan ayam bebanyak sikit & part ayam yg sya suka (peha)..hehehhe
Kos menyediakan nasi ayam termasuk sewaan bangunan kedai berbeza beza antara satu lokasi. Maka penjual terpaksa mengambil kira kos ini dalam penetapan harga ayam. Malah bahan penyediaan nasi ayam pun berbeza beza ( kerana perbezaan resepi ). Tentulah harganya harus berbeza. Tapi kalau harga nasi ayam di luar bandar lebih mahal berbanding di bandar...tak patut sangat laa. Apa pun sebahagian masayarakat sanggup membayar mahal jika menu yang disediakan benar benar sedap dan berkualiti.
BalasPadamsalam ustaz setahu saya ayam nasi ayam org potong sepuluh bhg seekor. la nie bukan sahaja harga ayam yang naik bahan-bahan lain pun dah naik ustaz.rm4.50 tu pun tak berbalaoi kalau sewa kedai mahal dan gaji pekerja la nie bukan macam dulu murah. apa pun tuan kedai kena buat bagi sedap dan servis kena cepat jadi pelanggan puashati.maklumat ini saya dapati dari kawan saya yang buka kedai jual nasi ayam. Apa nakjadi nilai duit kita murah tu la barang naik harga fikir fikrlah.
Padamambo jual nasi ayam rm5,, 2013
BalasPadamBukan saja nasi ayam, makanan lain lain pon mahal kat Rompin. Ini lah masallah yang di hadapi oleh kami kakitangan kerajan yang berkerja di rompin. Untuk malklumat ada beberapa kedai makan yang harga murah yaitu kedai seri Tioman dan kedai makan di bus stand senandung malam dan kopitiam, jadi kalau anak ramai masak sendiri lagi jimat sebab bahan mentah x mahal kat sini.
BalasPadamslm..ehe sye pun jual nasi ayam kt jerantut phg
BalasPadamjemputlah dtg rase...rm4.50 jge...
dah rse nt komen lah pulak..!
Apa la. Sy jual rm6.50 2014
BalasPadamAYAM besar dalam rm7.50 - rm8 sekilo.
Cuba ustaz kira kos ni, sy x bg ,masuk sewaand pekerja
1. Ayam potong 4 dada, tight, peha, wing yg disambung isi. Lemak kotOr leher semua sy buang
2. Kuah sup , bwg goreng, bwg putih tumbuk, halia hiris agak bnyk, lada hitam tumbuk, rempah2, majerin tuk tumia bahan, gas tuk tumia, gas tuk rebus, garam dll
3. Masukkan timun and tomato
4. Untuk perap sy guna madu yg sebotol dalam rm12-rm18. Seekor je ayam madu tu dah guna lbhnkurang 1/5 botol. Campur sos tiram, kicap masin, kicap manis, minyak bijan
5. Untuk sambal cili sy gunakan cili padi, bwg putih halia, madu blender guna kuasa elektrik, kemudian tumis guna tong gas yg berisi, masukkan sos.
6. Bila bungkus sy akan gunkan polystren, getah plastik dll.
7. Brg2 diatas sy beli di beberapa kedai dgn sebuah kereta yg dikuasakan minyak petrol
Mengikut logik ustaz berapa Kos harga nasayam tu dan sesuainya sy layak harga berapa yg BERBALOI dgn usaha menyediakan?
Nasi goreng kampung biasa sahajapun dah $5 sepinggan sekarang ni.......
BalasPadam