Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

07 Julai 2011

Best Juga Cerita Gangster

Saya ni bukan suka sangat tengok filem Melayu atau drama Melayu. Tapi saya rasa nak juga tengok satu filem yang sedang meletup sekarang. Adalah sebabnya....

Semalam saya pegi beli barang dan lalu kedai vcd tu. Kat tv tu tengah tayang cerita Melayu gaduh-gaduh.Bila saya tengok, rupanya cerita pasal gangster yang saya tengah tunggu kemunculannya di vcd. Teruja juga saya, lagipun saya rasa nak tengok cerita tu. Pasal apa saya nak tengok ? Sebab katanya ada bantahan dari sesuatu pihak pasal filem tu dari satu pertubuhan. Tapi filem tu terus meletup di pawagam.

Saya belilah vcd tu. Semalam saya tengoklah cerita tu. Memang best rupanya, cerita pasal kumpulan gangster kat KL. Banyak juga unsur pengajaran dalam cerita ni.

4 ulasan:

  1. Nampaknya tuan telah terbeli CD cetak rompak !

    -Hamid

    BalasPadam
  2. beli yang original atau cetak rompak? ;)

    BalasPadam
  3. waahhh! kaki tonton jugek rupanya encik ustaz nih.

    BalasPadam
  4. saya melihat filem2 yang dikeluarkan dengan tajuk sebegitu rupa..pengakhiran selalunya menginsafkan atau memberi pengajaran...tapi selalunya dari peratusan jalan cerita..orang lebih memilih 'yg tk baik'..contohnya dari segi ucapan/tuturkata..kelakuan. malah ada sesetngh dialog filem kita suker menggunakan dalam perhubungan harian..walapun bunyinya nampak gurau tp agak 'kasar'..yg mana bila sesuatu yg kasar bila hari2 disebut sedikit sbyk keaslian/kesopanan tutur bicara/kelakuan kita agak tercemar..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.