http://kadikluang.blogspot.com/2011/07/isteri-orang-serang-hendap-perempuan_06.html
04 Julai 2011
Isteri Orang, Serang Hendap Perempuan Skandal Dengan Laki Orang (Episod 1)
Seorang isteri 30-an syak suami dia ada perempuan lain. Bukan itu saja, dia dapat cerita dari ahli mesyuarat tingkap, mengatakan suami dia dah nikah satu lagi di negara lain. Dia dah puas bergaduh dengan suami dia dan bertanyakan hal perkahwinan itu, tapi suaminya menafikannya. Nak dicarikan bukti pun susah sangat. Nampaknya serangan isteri pada suaminya tak mandatangkan apa-apa kesan.
Satu hari tu, suami tertinggal telefon di rumah. Isteri pun sempat menyalin beberapa nombor telefon yang dia syaki perempuan yang 'rampas' suami dia tu. Isteri salin semua nombor telefon yang suami buat panggilan dan terima panggilan.
Selang beberapa hari, isteri nekad telefon nombor-nombor berkenaan, manalah tahu kalau nombor tu betul orang yang dicari. Satu persatu didail, tapi kalau lelaki yang jawab, isteri tu terus putuskan. Tapi ada satu tu perempuan yang jawab. Suaranya manja pula, mesti muda lagi. Amboiiiii.. sebab tulah suami dia tergila-gilakan sangat.
Isteri putuskan perbualan tu dan terus berasap. Tapi lepas tu dia nak telefon sekali lagi perempuan tu dan sudah menyiapkan senjata dan kata-kata untuk serangan. Nanti... siap kau aku kerjakan.
...BERSAMBUNG KE EPISod 2
http://kadikluang.blogspot.com/2011/07/isteri-orang-serang-hendap-perempuan_06.html
http://kadikluang.blogspot.com/2011/07/isteri-orang-serang-hendap-perempuan_06.html
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kita tunggu babak seterusnya...pasti lagi menarik!
BalasPadamalamak !!.
BalasPadamptg stim betoi la.. ustaz.. hahaha !!!
Kisah biasa ni.. saya pernah tolong seorg kawan yg hadapi masaalah ala2 cerita ni dgn suaminya. Saya bawa dia ke pejabat agama, jalani proses kaunseling, nasihat dll, begitu begini... sekarang dah >7 tahun bercerai, & kawan saya tu telah dapat terima keputusan tsb dengan positif, wlu peringkat awal hati terluka & tak leh terima hakikat.
BalasPadamSaya perhatikan & dari sikit2 ceritanya, sbelum suaminya buat hal, dunianya hanya di tempat keja, anak2 & rumah. (Mungkin 'perhatian' kpd suaminya kurang) kerana kepenatan. Tapi hati dah terluka, nak buat cam mana? Suaminya pun tak berterus terang, cari lain pula.
Kenapa lelaki begitu ustaz? Adakah perlu join 'kelab taat suami' & beri layan spr .... baru suami x cari lain?
Seorg hamba Allah lelaki pernah beritau salah satu faktor, kalau lelaki & wanita selalu berdua2an boleh cetus sayang, misalnya selalu pi opis berdua2an, atau sering berdua2an dgn driver pi kerja luar..dll. So kalau dapat, jangan cari penyakit ..
(mcm cerita ustaz yg lum habis tu...)
sori ustaz, panjang pulak.
zee