Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

14 Julai 2011

Isteri Belum Cerai, Tapi Nak Nikah


Seorang isteri 30-an, sebelum ini dalam 5 tahun dulu bernikah di negara luar dengan lelaki tempatan. Kiranya dia ni jadi isteri kedua, nikah dengan lelaki yang dah beristeri. Hasil perkahwinan, ada seorang anak dan surat beranak ada macam biasa.

Sejak 2 tahun lepas, pasangan ini sudah tidak duduk bersama dan katanya sudah bercerai. Kata wanita ini, suaminya sendiri yang melafazkan cerai di depannya. Sejak itu mereka berdua anggap sudah bercerai dan tidak duduk sama lagi.

Sekarang, wanita ini nak bernikah dengan lelaki pilihannya. Tapi masalahnya, betulkan mereka sudah bercerai ? Katanya sudah, tapi surat cerainya mana ? Kalau tidak ada surat cerai, maka janganlah kata sudah cerai. Dia masih dikira isteri orang dan tidak boleh bernikah.

Bagaimana Nak Dapat Surat Cerai ?

Ini persoalan besar. Sebenarnya, kalau mereka bernikah di negara luar, perlulah sekali lagi ke negara tersebut untuk dapatkan surat cerai. Katanya susah sebab surat nikah pun  suami dia yang pegang, dia tak pegang apa-apa.

Cara kedua, dia kena daftarkan pernikahan luar itu di negara kita di pejabat kadi. Kalau sudah dapat surat nikah, ada kemungkinan dia boleh dapat surat cerai di negara kita juga. Dia kena mengadu yang suaminya sudah ceraikan dia di mahkamah syariah, biar mahkamah memutuskannya. Kalau berjaya, hakim boleh  memutuskan dia sudah bercerai.

Maka kalau semuanya sudah selesai, barulah wanita ini bernikah dengan lelaki pilihannya.

2 ulasan:

  1. Apakah hukumnya suami yang sudah berkahwin (kahwin di thai le kot) tetapi merahsiakan perkahwinan keduanya dengan isteri pertama.

    BalasPadam
  2. Ni kes sendiri cari penyakit. Bila dah ada penyakit sendiri jugalah yang kena cari penawarnya.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.