Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

27 Februari 2015

Mana Geng-geng Cai Nombor? Membe Sudah Kena Penjara 11 Bulan


Beberapa hari lepas, seorang lelaki ditangkap dalam sebuah kedai nombor ekor. Semasa soalsiasat dibuat, rupanya lelaki 50-an ini sebelum ini pernah kena tangkap, didakwa di mahkamah syariah dan dikenakan denda RM300. Bagaimanapun, ini nombor punya pasal, banyak susah mahu lupa punya. Main tetap main, nanti kalau satu hari tak ada main, kalau nombor itu naik, banyak menyesal punya. Geng-geng cai pun ramai kat warung di hujung simpang tu, setiap hari berkongsi idea nombor mana paling cantik nak beli ini hari.

Kena Tangkap

Diringkaskan cerita, lelaki ini kena dakwa di mahkamah syariah. Macam biasa, dah tugas pendakwa baca fakta kes satu persatu termasuklah tangkapan kali pertama sebelum ini lebih kurang 2 tahun lepas. Pendakwa pun, skrip dan ayat dah dalam kepala, diulanglah skrip itu setiap kali orang yang kena tangkap kali kedua, tak kiralah kes khalwat ke, makan bulan puasa ke atau tikam nombor ekor. Maka pendakwa mohonlah supaya hukuman berat dan seberat-beratnya pada insan terpilih ini.

Kalau nak kira hukuman paling berat bagi kes nombor ekor ini adalah denda RM3000 tak kurang satu sen pun dan penjara 2 tahun yang tak kurang satu hari pun. Bila pendakwa baca segala fakta kes dan permohonan hukuman berat, maka jantung lelaki ini berdegup kencang. Mana tidaknya, sikit pun pendakwa tak senyum macam 'raja lawak', huyoooo, muka kelat saja. 

Hakim pun timbang sama adil sama berat, sama ringan pasal ini kes. Banyak besar ini kes, bukan kecil-kecil punya. Ada orang kata, tengok muka lelaki ini, sekali tenung, umurnya macam bapak hakim ni. Agaknya ada rasa kesian juga dalam diri hakim ini. Satu orang lagi yang tengok ini kes kata, ini hakim tak ada kira semua itu, kalau mahu kesian pada semua orang, lebih baik jangan kerja hakim. 

Denda RM 2800 atau 11 Bulan Penjara

Akhirnya hakim pun buat keputusan juga. Hukuman denda RM 2800 atau penjara 11 bulan kalau tak bayar RM 2800 tu. Pendakwa pun akurlah dengan keputusan hakim tu. Hakim sebelum nyatakan hukuman, hakim sempat bagi tazkirah, besar juga pahala hakim ini. Orang Islam sesama Islam kena ingat mengingati, nasihat menasihati. Hakim pesan, dalam usia yang dah makin mengkat ini, banyakkanlah beribadat dan jauhkanlah maksiat termasuk berjudi ini. Masa hakim nasihat tu, lelaki ini tunduk dan macam dia sedih juga. Tapi nak buat macam mana, dia dah kena tangkap dan didakwa.

Mana Geng Cai Nombor?

Lelaki ini  duit RM 2800 tak ada. Maka dia telefonlah kawan-kawan dia. Mengharap sangatlah kawan dia tu datang pejabat Kadi untuk pinjamkan dulu duit RM 2800 atau setidak-tidaknya kongsi sikit-sikit nak cukupkan RM 2800 tu. Agak dalam hati lelaki ini, nanti kalau dapat nombor ekor, akan dibayar balik pada kawan dia tu. Tapi, sampai ke sudah kawan dia tu tak datang dan tak nampak muka pun, sampailah dia masuk van putih. Mula dia ingat van mayat, rupanya van mayat yang dia sangka tu ada kerusi macam van pelancong.

"Tolonglah jangan masukkan saya ke penjara dulu, nanti kawan saya tolong bayarkan". Kata lelaki ini kepada pemandu van ni.

"Maaf, kami jalankan tugas hantar ke penjara hari ini. Kalau ada kawan encik bayar esok lusa, encik bolehlah keluar" Kata penguatkuasa sambil tangannya dan matanya tengok whataps.

24 Februari 2015

Kereta Lelong Kastam Seluruh Negara, Jom Tengok Honda Jaz di Johor Bahru (Episod 16)


Sekarang tengah buka lelong kereta Kastam seluruh negara. Tarikh tengok kereta mulai 18 Febuari hingga 3 Mac 2015. Manakala tarikh tutup lelong adalah 10 Mac 2015. Kepada sesiapa yang berminat, elok datang dan tengok sendiri kereta tu. Kalau setakat tengok gambar saja, belum tentu kita puas tengok. 

Kat JB, nampaknya ada 3 biji Honda Jaz yang nama di Singapura guna nama Honda Fit, bukan Mat Pit yer, tu Mat Gian. Saya kira, ambil kereta ni ada nilai tinggi. Lebih berbaloi lagi kalau menang lelong dengan harga yang baik. Di negeri lain pun banyak juga kereta yang lelong tarikh yang sama, yang lain orang lain minatnya

Baca pengalaman saya dari Episod 1, klik sini

08 Februari 2015

Air Hitam Johor Lokasi Sesuai Untuk Bawa Isteri Tua Shoping

Air Hitam Batu Pahat adalah satu destinasi membeli belah yang terkenal di Johor. Pekan ini terletak dalam daerah Batu Pahat walaupun ramai yang memanggilnya Air Hitam Kluang kerana berhampiran dengan Kluang. Pada saya, lokasi pekan ini sangat strategik kerana di tengah simpang empat antara Jalan ke Kluang, Batu Pahat, Muar dan Johor Bahru. Kalau di hujung minggu, keluar masuk tol Air Hitam begitu sesak dengan kenderaan termasuk orang dari luar negeri Johor.

Warga Asing Berniaga

Dalam akhbar Berita Harian beberapa minggu lepas yang kita juga boleh baca di internet, cerita pasal pekan Air Hitam ini yang menjadi tumpuan warga asing terutama dari Pakistan. Kebanyakan mereka menjual perbagai barangan seperti karpet, perabut dan barang keperluan lain dengan harga dan pilihan yang menarik. Mereka memenuhi banyak kedai terutama bangunan-bangunan baru dan dapat bersaing dengan peniaga bangsa Cina yang sebelum ini telah bertapak lama di pekan ini.

Selepas beberapa minggu cerita pasal warga asing di akhbar, semalam saya singgah di Air Hitam. Sebelum ini selalu lalu saja tapi tak singgah. Nampaknya mereka berniaga seperti biasa tanpa ada apa-apa gangguan dari pihak berkuasa. Barang yang dijual juga adalah murah. Contohnya satu meja berlaci seakan kayu jati kalau di satu tempat itu harganya RM300 tapi di sini dapat dengan harga RM150. Begitu juga dengan karpet dan sejadah import, harga di sini sangat murah.

Saya nak beritahu wartawan itulah..... Kalaulah tiada peniaga Pakistan seperti yang ada sekarang, saya anggap Air Hitam akan lengang dan malap. Kalau nak kata peniaga Pakistan rampas tempat orang tempatan berniaga, saya tak setuju. Sekarang ini banyak kedai kosong kalau orang tempatan nak berniaga tetapi ada beberapa buah saja bangunan yang disewa oleh orang tempatan. Yang sedikit kedai orang tempatan itu pun sekarang jadi meriah kerana adanya peniaga asing ini. Tak mustahil kalau peniaga asing tidak lagi berniaga, kedai orang tempatan sendiri akan malap dan tak dapat bertahan.

Alatan Perkahwinan

Bagi peniaga Cina pula mereka menguasai barangan perkahwinan termasuk perhiasan, bunga, tembikar, pasu, bes dan sebagainya. Saya tengok ramai yang datang dari luar Johor untuk persiapan perkahwinan di Air Hitam. Begitu juga permainan kanak-kanak termasuk yang berbentuk bantal yang besar-besar boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah.

Lebih Murah Dari Sempadan

Beberapa tahun lepas saya membeli belah di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur Kelantan di sempadan Thai. Sempat juga saya naik moto dengan bayaran RM20 untuk jalan-jalan ke seberang Thai. Yang lawaknya, di selatan Thai tak perlukan kita memakai topi keledar walaupun berjumpa dengan polis. Tapi saya takut kena saman dan cepat-cepan saya pakai topi keledar. Saya sempat beli barang di seberang dengan harga yang saya ingat sudah murah. Tapi selepas itu, saya singgah di Air Hitam yang jauhnya dalam 20km saja dari rumah saya, rupanya tilam toto itu harganya lebih murah.

Pujuk Bini Tua

Masa saya nak balik tu dan sudah masuk ke dalam kereta, saya lihat seseorang yang saya kenali. Lelaki itu datang dari sebuah daerah di Johor ini sekitar 100km untuk membeli belah di Air Hitam. Nampak dia bawa isteri dia dan anak-anak dia. Nak cerita, lelaki itu 40-an sebelum ini sudah kantoi dengan isteri dia kerana kawin lagi satu senyap-senyap. Nampaknya hari itu dia bawak isteri tua dia datang Air Hitam dan nampak gayanya macam dah okey. Nak diceritakan, beberapa bulan lepas jadi perang besar juga bila isteri pertama tahu suami dia dah buka cawangan baru. Bukan kecil punya merajuk beb, sampai nak mintak cerai.

Kesimpulannyalah, Air Hitam adalah satu lokasi baik untuk Encik Suami yang nak punjuk isteri pertama dia. Ada seorang ustaz yang popular berceramah di youtube, cara nak pujuk isteri kasi dia duit dan bawa pegi shoping, maka terdiamlah dia, hehehe.

05 Februari 2015

Nak Nikah Lagi Satu, Janda Anak Dua, 30-an


Seorang lelaki 40-an dah lama simpan sesuatu nak cakap dengan isteri dia. Tak diberitahu rasa macam bersalah. Akhirnya, satu hari, dalam kereta sewaktu memandu berdua dengan isteri dia, dia pun ceritalah. Kiranya hari itulah hari yang sesuai untuk beritahu segalanya.

"Abang nak beritahu sesuatu, harap ayang jangan terasa hati". Kata lelaki ini. Ayat macam cantik, maklumlah dah berbulan-bulan berlatih dan ulang tayang selalu.

Terkejut juga isteri dia yang tak pernah dengar ayat macam tu. Terus dadanya berdebar-debar juga.

"Ada apa bangggg?". Tanya isteri dia sambil merenung muka suami dia.

"Macam inilah... Setuju tak kalau abang kawin lagi satu dengan seorang janda anak dua. Dan abang jumpa dia seminggu sekali saja" Kata lelaki ini walaupun berat mulut dia macam kena gigit tebuan tanah bibir dia. Tapi tetap dia habiskan ayat power itu.

"Apa! Nak kawin lagi?.... Boleh! Tapi awak ceraikan saya sekarang". Kata isteri dia. Terus isteri keluar dari kereta. 

Dihempasnya pintu macam lempar cakera. Rupanya cerita punya cerita tadi, dah sampai kat rumah baru sempat tanya. Nasib baik kereta dah berhenti, kalau bergerak agaknya isteri bukak pintu pergi terjun dari kereta lagi susah menjawab dengan polis di dunia dan dengan malaikat Munkar dan Nakir dalam kubur kelak.

Macam Mana Nak Buat?

"Nak buat macam mana Tuan Kadi?" Tanya lelaki ini kepada seorang Kadi selepas dia cerita panjang lebar tadi.

Entah yer nak buat macam mana. Ada kawan dia nikah senyap-senyap tapi hari raya tahun lepas akhirnya kantoi juga selepas hampir setahun bernikah kat seberang sungai. Masa bergaduh tu isteri dia cakap lebih kurang begini...

"Kalau betul nak nikah, kena jujur dan berterus terang. Buat apa nikah senyap-senyap kat seberang. Kalau mintak izin saya kasi, kalau main nikah terus, macam mana nak kasi".

Itu cerita kawan dia yang kononnya isteri nak kasi kalau beritahu awal. Yang main nikah senyaplah isteri dia tak terima. Jadi, apa-apa hal dia nak kawin, dia try nak tanya isteri. Rupanya itulah jadinya. Jadi macam mana Tuan Kadi?

Kadi pulak tu tak ada pengalaman kawin dua, nak jawab soalan tu bukannya senang. Lelaki ini tak putus ada, dia tanya pulak, ada ker kadi yang ada isteri dua, dia nak jumpa dan nak dapat ijazah. Pulak dahhhh.
SEKIAN....