07 September 2010
Nak Bersedekah ? Hati-hati
Pagi tadi saya ke CIMB Bank Kluang. Masa keluar dari bank tu, saya nampak seorang lelaki pungut derma, dia pun pandang saya. Lelaki tu saya kenal, sebelum ini pernah saya beri teguran. Saya perhatikan dari jauh, lebih kurang 5 minit, ada beberpa orang Islam yang baru keluar dari bank beri derma pada dia.
Saya hubungi penguatkuasa Agama supaya datang dan tangkap lelaki itu dan saya tunggu di sini untuk tangkap bersama. Dalam 2-3 minit kemudian lelaki ini berkemas dan pergi dari situ, mungkin secara kebetulan atau dia cam saya dari jauh, saya tak pasti. Kebetulan sebelum itu, saya memang lalu depan dia masa keluar bank, mungkin dia perasan saya tadi. Saya hubungi penguatkuasa semula, katakan lelaki tu dah tiada.
Saya nak nasihatkan kepada orang Islam yang nak bersedekah, bersedekah itu digalakkan terutama dalam bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba ini. Tapi kenalah kena dengan tempatnya agar sedekah kita sampai kepada matlamatnya. Lelaki ini pungut derma atas nama anak yatim, sangat meragukan. Sebelum ni saya pernah dedahkan kegiatan lelaki ni yang pungut derma depan Maybank Kluang. Klik ..sini
Kalau nak derma, carilah orang susah, fakir, miskin atau anak yatim kat kampung tu. Terus sedekah pada dia atau dermalah kat tabung masjid. Itu lebih boleh dipercayai dari derma kat orang ni.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam,
BalasPadamSekarang saya rasa ada org tua minta derma depan maybank parit raja.
At taqwa juga tp sebelum2 ni kadangkala budak2.
At taqwa ni bukan rumah anak yatim ker ustaz? Ada masuk surat khabar hari tu minta bantuan?
TQ
Hati-hati, yang masuk akhbar bukan semuanya betul. Iklan along dan skim cepat kaya pun banyak. Bukan tugas akhbar nak siasat semua iklan tu.
BalasPadamKedua, kalau betul tu rumah anak yatim, betul ke duit tu sampai ke anak yatim tu ? Kita yakin sampai ke ?
Sebab tu ler, kalau nak mintak derma berkaitan keagamaan ni kena datang ke pejabat Kadi minta kebenaran. Kita nak teliti dan siasat dulu.
Orang ni lari bila saya mintak surat dan soal siasat dia sebelum ni. Adakah dia betul atau ada benda dia selindung ? Fikirkanlah kalau nak bersedekah.
Tuan syekh .. kalau ada kedai yang menjual makanan kepada org yg tidak berpuasa di pagi hari, adakah boleh dikenakan tindakan. Mohon tindakan di kedai makan sebelah gereja di kluang baru berhadapan Tadika Perpaduan .. meskipun sudah akhir Ramadhan ini...
BalasPadamThe Conquerer...Kalau kedai makan buka dan orang Islam makan terus dalam kedai tu, bolehlah tangkap. Ada orang makan kat kedai tu ker ?
BalasPadamSalam ustaz, macam mana dengan link yang saya bagi tu ya? minta kepastian drp ustaz??
BalasPadamu.Mengkarak.... Sukar untuk saya dapatkan kepastian kerana saya tidak pernah pergi ke tempat anak yatim yang dinyatakan itu. Oleh itu saya ragu. Lagi pun, tidak dapat kelulusan pungut derma dari pihak berkuasa agama.
BalasPadamSaya cadang, nak derma, dermalah terus pada orang susah yang kita tahu statusnya. Atau masuk ke dalam tabung masjid dan surau. Kalau pengemis jalanan, belum tentu dia susah, mungkin dia dipergunakan oleh pihak lain.
Terima kasih ustaz... Salam Ramdhan.
BalasPadamSalam Aidil Fitri. Maaf zahir dan batin.